Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 26, 2014

"Let It Grow, Let It Grow!"



Seminggu lepas aku bercerita tentang menari salsa.
Minggu ini, aku akan berkongsi cerita tentang bulu.








Siapa yang rajin mengembara dalam internet macam aku pasti pernah tahu apa itu 'Movember' dan 'No-Shave November', kan?
Secara asasnya, ianya adalah satu trend yang menyuruh supaya para peserta untuk tidak memotong misai dan/atau sebarang bulu di muka sepanjang bulan November setiap tahun. Biarkan ia tumbuh satu bulan November.

Tapi 'Movember' dan 'No-Shave November' ada sedikit beza.

Menurut wikipedia, Movember (gabungan dari moustache dan November) berasal dari Australia bertujuan untuk mempromosi gaya hidup sihat bagi lelaki dan menyebarkan kesedaran tentang isu kesihatan yang berkaitan dengan lelaki seperti kanser prostat dan beberapa kanser khusus lelaki.
Setiap peserta Movember (yang dipanggil Mo Bro) perlu tahu tentang segala isu tentang kesihatan lelaki.
Movember Foundation juga mengutip derma kebajikan untuk perkembangan kempen kesedaran kesihatan lelaki.

Manakala,
'No-Shave November' pula lebih berasaskan atas talian. Setiap peserta haruslah tidak bercukur bulu di muka sepanjang November dan semua perbelanjaan untuk tujuan bercukur yang dapat dijimatkan itu boleh didermakan kepada American Cancer Society.

Tapi,
bagi warga internet pula, sama ada 'Movember' atau 'No-Shave November', kedua-duanya hanya untuk berseronok dan bermalas-malasan untuk tidak bercukur. Dengan kata lain, November ialah 'bulan malas bercukur'.

Aku selalu trim misai dan janggut setiap hari jumaat.
Trim, dengan kata lain, tidak tebas habis.
Sebab kalau aku tebas habis, muka jadi muda sesangat macam budak sekolah. Hehehe.

Tapi,
sepanjang November ini, aku tidak trim dan cukur langsung bulu di muka,
kekonon nak join 'Movember' dan 'No-Shave November' ni.
Dengan harapan nak laa berjambang ala-ala Wolverine ke, atau ada sikit-sikit shade gelap di rahang supaya nampak macho dan lebih lelaki...
Tapi malangnya, yang lebat hanya misai dan janggut.
Jambang di rahang dan pipi langsung tak nak panjang.

Bagi yang belajar biologi akan tahu bahawa
facial hari (bulu di muka termasuklah misai, janggut, jambang, kumis dan lain-lain) akan tumbuh bila ada DUA syarat ini:
- hormon testosteron ; dan
- gen yang tepat.

Testosteron bertanggungjawab atas semua pertumbuhan ciri-ciri sex sekunder lelaki seperti otot badan yang besar, bulu di seluruh tubuh badan dan pembesaran halkum di tekak.
Testosteron dihasilkan lebih banyak pada lelaki berbanding perempuan. Sebab itu lelaki lebih sasa dan berotot, lebih berbulu dan suara lebih garau berbanding perempuan.

Gen yang tepat pula memberi maksud bahawa bulu di muka hanya akan tumbuh bergantung kepada genetik dan keturunan lelaki tersebut.
Dengan kata lain, boleh jadi juga seorang lelaki itu melimpah ruah testosteron dalam badan dia tapi tidak bertumbuh juga misai, janggut dan jambang hanya kerana gen dia tidak tepat.
Dah keturunan tak berbulu, nak buat macam mana, kan?

Maka,
untuk memudahkan cerita, aku yang hanya tumbuh misai dan janggut tapi tak tumbuh jambang ni kemungkinan besar tidak mempunyai gen yang tepat untuk jambang.
Dengan kata lain, kemungkinan besar sampai ke tua laa aku hanya mampu berangan nak jadi Wolverine.
**tekup muka di bantal dan menangis teresak-esak**

Dan biar aku bagitahu dulu,
aku yang hanya lebat misai dan janggut sangat tak kacak.
Sangat macam walrus....
Aku berharap sangat aku dapat tumbuh jambang.

Bagi tujuan rujukan, inilah walrus.


Sumber Wikipedia

Disebabkan November pun bakal melabuhkan tirai,
mari kita sama-sama ber-'Movember' pada November tahun hadapan pula.
Yaay...


Aku macam berminat nak kongsi info tentang kanser prostat,
mungkin akan datang aku akan buat satu entri khusus.
Agak-agak ada yang nak baca tak?






.


24 comments:

  1. apsal aku baru tahu pasal movember ni? haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kau tak suka buang masa depan internet kot..
      Macam aku, aku tahu sebab aku selalu bergayut dlm 9gag...hehehe

      Delete
  2. evendoh facial hair aku ni mmg cepat tumbuh, tapi aku x mampu nak join no-shave-november ni... sebabnya mau mak aku cantas dgn mesin pemotong rumput nnt kalau aku x shave selalu. huhuhu T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Haryz Khairuddin
      Hahaha... Kalau trim elok2, kemas2 mak kau marah jugak ke?
      Hensem hape muka berbulu... Hehehe

      Delete
  3. woahhh baru tahu ni ha psl Movember & No Shave November. haah btol gak kan kalo gen mmg jnis x berbulu aterr nak wat canerr lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Sebab tu kalau ada kata krim or minyak pelebat jambang aku jadi skeptik sikit...
      Bukan tak percaya tapi kurang percaya... Hehehe

      Delete
  4. owh... aku pun baru tahu pasal kempen guys biar muka serabai sepanjang bulan november ni... cero, dude, ko jenis yg tak rasa rimas ke biar muka macam walrus selama sebulan? kena syampu muka tak utk keselesaan harian? hahah... aku tanya sebab curious dgn guys yg mmg jenis simpan facial hair banyak2... aku tengok macam rimas... hahah gomen2 ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Awal2 seminggu dua memang rimas sikit, tapi lama2 rasa biasa dah...
      Sebab aku amatur lagi, aku guna syampu biasa je masa basuh janggut. Seminggu sekali. Tapi tak silap aku, ada syampu janggut khusus kalau dekat pasaran...Hehehe

      Delete
  5. movember aku tau sebab aku pun seorang yang suka buang masa di internet? yeke? haha.
    lama dah kot dengar istilah movember tapi tak tau pun cerita disebaliknya. tau tang bela bulu kat muka tu jela. haha.

    yang no shave november tu baru ni je baca. ni dah nak habis cabaran dah la kan. haha. seram pulak tgk walrus tu. tapi yang lego tu memang ko siap beli janggut ye. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hikayat Seorang Budak
      Hahaha...janggut lego tu kebetulan aku ada lego figure lain yg berjanggut, jadi aku pinjam sekejap...
      Sebab tu warna dia kelabu...hehehe

      Delete
  6. Aku suka simpan janggut. Tapi undang² opis aku tak boleh simpan janggut kecuali misai. Tapi selalunya hari Jumaat aku tak shave. Sabtu Ahad dah boleh bela goatee. Hari Isnin terpaksa shave. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wut??sunnah kot bela janggut n tak elok bela misai je. Ini sume Illuminati! XP

      Delete
    2. @Aujinz
      Peerrrghhh!!!
      Mesti hari ahad kau kacak gile, tp bila masuk hari isnin terus muka jadi jambu k-pop...hahaha

      Delete
    3. @star
      Hahaha...Tang Illuminati paling WIN!

      Delete
  7. abang aku pernah buat, tahun lepas kot, pastu mak aku marah gila, dia ckp huduh, memang pun sebenarnya abg aku tu huduh klu ada bulu muka, maka dia shave sbb mak aku ugut nak kerat pakai gunting masa dia tidur..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Hahaha...kesiannya abang kau..
      Mak aku suka aku ada janggut n misai, nampak dewasa katanya...hahaha
      Tp aku plak jenis yg tak berapa nak boleh tahan muka berbulu lama2 ni...sooner or later, bakal ditebas jua nampaknya...

      Delete
  8. welcome to walrusvember month :)D=

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Gelak berguling aku tengok emoji yg kau pakai
      :)D=

      Delete
  9. Tetiba ternyanyi dalam hati pulak bila baca tajuk post.
    Oh ingat pebenda ah Movember ni. Tapi serius memula ingat Movember ni asal dari perkataan Move On, so ditafsirkan sebagai bulan untuk Move On. Sekali pasal Moustache.=..=

    Share je, tade orang baca, gua baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Memula aku tgk Movember aku ingat ianya typo...
      Hehehe

      InsyaAllah nanti aku kongsi ttg kanser prostat...
      Tak sangka plak yg perempuan lg berminat nak baca...ahahaha

      Delete
    2. HAHHA tak de lah berminat sangat, tapi kalau bab-bab pengetahuan am yang dipersembahkan dalam bentuk kartun, komik gua suka je baca.(Macam kes derma darah haritu)


      Asalkan tade gambar yang tak senonoh ler. Boleh muntah hijauu sat gi =..=. (Gua bukan pervert =..=)

      Delete
    3. @nanadhoi
      Alaaa..macam mana nak cerita psal kanser prostat kalau tak boleh tunjuk gambar dkat mana dia hinggap...hehehe

      Delete
  10. keh keh keh misai janggut mcm walrus...jgn taring pun terkeluaq ikut sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Jane
      Jangan risau. Taring dah cabut dah. Buat pembedahan cabut taring ari tu...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License