Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 1, 2012

Diari Ramadhan Aku : Terawih


Kalian tahu apa yang membuatkan aku tertekan semasa terawih?
Kanak-kanak buat bising.


Selain solat jumaat setiap minggu,
masjid juga jadi meriah di kala bulan Ramadhan.
Tambahan pula, ketika terawih.

Terawih? Tarawih? Tarawikh?
Mana-mana pun sama.

Surau rumah aku buat 8 rakaat solat sunat tarawih,
tapi di antaranya ada tazkirah dari imam (yang panjang lebar).
Yang bestnya, sampai ada yang tertidur tersengguk-sengguk.
Seronok pula aku melayan ragam orang-orang dalam surau.

Tapi yang tak boleh tahan
adalah semasa solat terawih sendiri.
Meriah dengan gelak-tawa budak-budak kecil.
Masa nak meng'amin'kan al-fatihah,
boleh runtuh syiling surau ooo..
Masing-masing bersaing siapa yang lagi kuat.
Kuat dan panjang.

Yang aku nampak,
kebanyakkan mereka bukan nak solat sangat.
Datang sebab seronok dengan kawan-kawan ramai.
Yang tua-tua ni, nak larang tak boleh.
Maklumlah, budak-budak zaman sekarang.
Nak suruh datang surau pun susah.
Bila dah datang, buat bising pula.
Bila ditegur, bukan makan saman.
Semua besar kepala.

Zaman aku kecil dulu pun nakal juga.
Tapi, seingat aku,
aku masih lagi hormat orang lain solat.
Kalau nak main, keluar pergi belakang surau.
Belakang surau boleh skodeng awek.

Ok apa skodeng awek.
At least aku tak ganggu orang lain.
Kan? Kan? Kan??
Ke aku jahat?

Surau/Masjid tempat kalian solat terawih macam mana?
Riuh tak dengan budak-budak?

.


14 comments:

  1. Jaman kecik2 dulu memang suka sebut Amin kuat2.. tak khusyuk jadinya.

    ReplyDelete
  2. aku rasa, mana mana surau pun sama.. kat tempat aku pun bebudak suka buat bising dan Amin kuat kuat macam tue..


    kekecik dulu rasa best plak buat macam tue... koh koh koh

    ReplyDelete
  3. Dlu waktu elie terawih time skolah menengah kat surau rumah elie, memang meriah dgn budak2. ada siap bergeng-geng lagi! awal2 lagi dah siap dengan geng masing2 nk lawan mercun, haha.

    sekarang bila terawih time umur skrg, tgk dorang da besar, muka2 sama jugak yg buat keje untuk moreh lepas terawih. yg jd tukang main2 mercun ni pulak mybe dah pangkat adik2 dorang kot. :)

    ReplyDelete
  4. saya masih "amin" kuat kuat sampai sekarang..bahaha

    ReplyDelete
  5. ekekeke...cm comel je bile igt balik....uhuhuhuh

    ReplyDelete
  6. ...riuh dgn budak2 n bunyi mercun. =_="

    ReplyDelete
  7. sama jela..
    tempat aku pun riuh jugak dgn budak2.sabar ajelaaa..

    Nasib baik comey.layan jela tengok.hahahaha..

    ReplyDelete
  8. riuh jugak, surau kat rumah kecik sgt, budak2 datang surau main2 je, lepas tu main mercun.

    Tp kalau dari kecik tak ajak ke surau, dah besar lagi tak jejak pulak kan

    ReplyDelete
  9. bagus la bebudak tu dtg surau...kalau di marah lagi bising

    ReplyDelete
  10. @ParkAir
    Haha..kalau boleh nak bersaing sape yg paling kuat dlm surau tu..

    @Aujinz
    Betol2..Kecik2 dulu siap baca surah dlm solat sama dgn imam kuat2 konon2 nak bgtau yg kita tahu arr surah tu..heheh

    @Elie Lily
    Wah! Bgausnya Elie..siap tolong org buat moreh lagi..

    @nazha anua
    Hahaha, ko laa yg selalu buat bising kat surau tu ek?

    @katak merah
    boleh buat tergelak sorang2..hahaha

    @dG
    ada pakcik kt sini, siap melatah dlm solat lagi sbb terkejut dengar mercun...

    @Sophie Al-Yahya
    Yang comel tu, ok laa..
    Kadang2 yg degil tu yg boleh buat angin tu..
    Org dah sound, boleh pulak dia lagi kuat..hahaha

    @.::WaNiE::.
    Betul2.. Nak taknak kita kena laa ajak dan ajar anak2 ke surau..Kalau tak, nanti lama2 surau makin lengang..

    @S.R
    Kena ada sorang pakcik berjaga kat belakang dgn rotan..Sape bising, libas sekali..

    ReplyDelete
  11. Ni paling besttt. Aku tergelak teguling!

    ReplyDelete
  12. @meowfiqa
    dekat bahagian perempuan ada jugak ke jerit "Aminn" kuat2? heheh

    ReplyDelete
  13. 2x5 je.. tapi bebudak tmpt aku ni kalau bising / nak main, semua kena halau dok luar surau/masjid. biar jauh dari jemaah yg tgh solat. tapi ada orang la yg jaga keselamatan bebudak ni.

    cumanye aku xde memori aku jerit Amin kuat2.. sebab surau rumah lama aku dulu ada pak guard (AJK surau) yg jaga saf bebudak. sape bising kena sebat. hahaha~

    ReplyDelete
  14. @Haris Khairuddin
    Uiih!! Bestnya ada org jaga saf kanak2..
    Tapii kesian pulak kat org yg jaga tu, dia plak tak boleh nak beribadah khusyuk..hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License