Kalian tahu apa yang paling mengujakan bila tiba hujung Ramadhan?
Pengumuman raya.
Bila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) duduk dekat kerusi dia dan mula beri salam,
aku rasa muka aku akan jadi begitu khusyuk menontonnya.
Bukan sebab aku nak tahu tarikh raya bila,
tapi sebab aku kagum dengan dia.
YA!
Kagum dengan PMBRR kita.
Ekspresi dia sangat sama, sangat cool.
Setiap perkataan dia adalah dengan nada yang sama,
tak ada langsung naik turun nada suara.
Entahlah..
Sepatutnya, bila hujung Ramadhan,
kita banyakkan amal.
Tapi, aku sendiri,
rasa biasa je..
Ramai berharap sempat sambut Ramadhan tahun depan.
Aku pula berharap,
dalam 11 bulan sebelum Ramadhan tahun depan
aku dapat berubah dan bersedia zahir dan batin
supaya dapat manipulasi khasiat Ramadhan seterusnya sebaiknya.
Sama ada sempat atau tidak,
bukan dalam kuasa aku.
Aku cuma harap aku dapat berubah bukan hanya kerana Ramadhan,
tapi kerana diri aku hendak berubah.
Sudah tentu berubah ke arah yang lebih baik.
Apa harapan kalian untuk Ramadhan tahun depan?
SELAMAT HUJUNG RAMADHAN.
.
stended la tu..yang meningkat naik graf adalah bilangan manusia di jalan TAR.hehe
ReplyDeletegraf tue melambangkan mood aku untuk berkerja, jumlah pekerja di opis dekat dekat nak raya dan jumlah kereta yang parking di lot parking opis.. wakakakaka..
ReplyDeleteharapan utk ramadhan tahun dpn??
ReplyDeleterahsia
hahaha boleh?
.........................
graf tersebut menunjukkan mood keje ! high 5 aujinz kehkehkeh
Semoga ramadhan tahun dpn, elie sudah berubah ke arah yg lebih baik. Doakan elie, bro! :)
ReplyDeleteselamat hari raya encek cero:)
ReplyDeletesame la.. mase.awal.ramadhan rase sronok. tapi dh nak final rmadan ni dh stat malas. =(
ReplyDeletehaha tau takpe. muka PMBRR tu sama je :)
ReplyDeleteSelamat hari raya cero ! :D
@S.R
ReplyDeleteHahaha, betol2...
@Aujinz
Haha, sangat tepat...
@.::WaNiE::.
Kehkehkeh, ni semua mesti asyik ingat nak raya je ni kan?
@Elie Lily
Mestilah. cEro sentiasa doakan yg terbaik utk Elie..
@nazha anua
Selamat hari raya!
@sarah zulk
hehe, semua mmg akan rasa macam tu rasanya..
@M I R A N I S A
Hehehe, dia mcam emotionless sket..hehehe