Kalian tahu apa soalan paling popular ditanya semasa musim perayaan?
"Kau bila lagi?"
Bila masuk musim perayaan,
memang tak sah kalau tak ada aktiviti kunjung-mengunjung sanak saudara, kan?
Dengan sepupu sepapat masing-masing kendong anak kiri kanan.
Dengan kawan-kawan usung isteri suami masing-masing berbaju sedondon.
Yang keseorangan macam aku ni, akan menjadi bahan sakat mereka yang disebut.
"Kau bila lagi"
Bila soalan itu muncul dari mulut mereka,
aku akan sedaya upaya cuba mahu menamatkan perbualan sesegera mungkin.
Tapi,
kalau terus beredar tanpa jawapan,
nanti dilabel sombong pula.
Jadi,
aku sediakan enam jawapan untuk soalan popular itu.
Kebanyakkannya sudahpun aku pakai.
Berikut adalah ENAM jawapan tersebut.
Harap dapat membantu orang yang senasib dengan aku.
Jika setiap tahun kita jawab soalan itu dengan jawapan tahun depan, maka setiap tahun kita memberi harapan palsu terhadap mereka.
Kalau dibalas dengan, "Eih? Tahun lepas pun kata tahun depan?"
Maka, balaslah dengan "Kita manusia hanya merancang..." sambil berlalu dengan wajah sedih.
Jadi, pergi praktis wajah sedih sekarang!
Alasan bodoh mampu untuk menamatkan perbualan dengan segera.
Orang memang tak suka bercakap perkara serius dengan orang yang suka beri jawpaan bodoh.
Maka, balas soalan mereka dengan jawapan di atas dan pastikan mimik muka kena serius seolah-olah kalian betul-betul memaksudkannya.
Mereka akan terfikir, "Dia ni main-main ke, serius?"
Satu lagi yang mampu menamatkan perbualan adalah rasa bersalah.
Jawab soalan itu dengan nada yang paling sedih pernah kalian buat dan kalau boleh sertakan dengan airmata.
Jika kalian buat dengan jayanya, maka jangan risau, mereka takkan sentuh lagi isu tersebut, paling tidak sampai raya tahun depan.
Sarkastik tidak pernah mengecewakan.
Biarkan si penyoal merasa diri mereka kurang bijak dengan menghentam kembali soalan mereka dengan kata-kata pedas.
Kadang-kadang, orang-orang macam mereka ini yang tak mampu nak jaga sensitiviti orang lain memang layak dihidang dengan sajian sarkastik.
Sesetengah dari mereka (terutamanya makcik-makcik) sangat sensitif dengan isu poligami.
Maka, jika mereka menyentuh sensitiviti kalian, balas dengan menyentuh sisi amarah mereka.
Lagi bagus jika kalian boleh keluarkan dalil-dalil sah dari Al-Quran atau Hadis.
Tutup mulut mereka dengan jawapan yang paling mereka tak sangka.
Tapi, pastikan ianya hanya sekadar berniat mahu tamatkan perbualan.
Jangan sampai ke tahap jadi khabar angin di kalangan saudara mara pula.
Hehehe..
Sekarang giliran kalian pula beritahu aku
apa jawapan kalian untuk soalan "Kau bila lagi?" tu..
YA.
Yang bujang je jawab.
Yang dah kahwin, pergi belajar macamana nak jaga sensitiviti orang lain.
OK?
Hehehe..
.
Prinsip saya..kalau kita tak suka orang tanya kita soalan macam tu, so kita jangan buat kat orang..
ReplyDeletelenguh dengo soalan tu yang terkena kat abang ipar..kesian dia
Semoga tahun depan dapat menutup semua soalan yang berkaitan!
ReplyDelete"tahun depan dan lagi..dan lagi..dan lagi..
ReplyDeletesukehati aku la nak kawen bile.."
buat muke confident dah bahagia menjadi single..heeeee....
biarje mereka dan soalan mereka..jgn stress2 k.. salam aidilfitri to you.. :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletejawapan no 6 terus bt aku ternganga..huahua...
ReplyDelete"Patutnya semalam.. pengantin tak sampai sampai lagi.. sesat kot"
ReplyDeletekoh koh koh...
mintak-mintak akhir tahun ni cero kawen! Fuh kanan, fuh kiri!! hahhaa
ReplyDeletep/s: jodoh tu rahsia Allah kan? :)
jwpan no 4 terbaikk kahkah.,
ReplyDelete@norinaomar
ReplyDeleteTau takpe..selalunya yg dah kawin anak ramai ni yg suka sangat sakat dgn soalan camni..hehehe
@Angah
InsyaAllah..chaiyok chaiyok!!
@MS. NO NAME
HAha, tak stress, cuma bila musim perayaan dan ziarah menziarahi, mesti kena expect soalan macam ni, kan?
@lemontea291
haha, sekali yg masuk meminang tu lelaki bini 3..hahaha
@509142750601028109.0
DYSHA,
itu utk tutup mulut org yg bertanya terus..hahaha
@Aujinz
Hahaha, bagus gak jawapan camtu..
Tengok sikit muka org terkena camne..heheh
@Elie Lily
Waaaa, bestnya kalau macam tu..hehehe
@Chuu Muqhlis
Tapi tak boleh pakai kalu yg tanya tu pakcik2 tua..nampak kuang ajaq..hehehe
Selalu jawab bulan 12....tahun xtau lagi....
ReplyDelete@Dean75
ReplyDeleteHaha, sekali, nanti tak kahwin bulan 12, tp bulan 6, camne?
hehehe
tukang tanya: kau bila lagi?
ReplyDeletetukang jawab: ........... (masukkan bunyi cengkerik) eh, tadi tanya soalan apa eh? (pastu buat muka bodoh tengok tv balik.. or ngadap henfon.)
@Haris Khairuddin
ReplyDeleteHahaha, buat tak dengar..hehehe
Bagus gak tu, baru sentap sikit sape yg tanya tu..hehehe
Comelnye jwpn ;p i penah kena tny cmni. Pastu ade kucing lalu time die tny.maka, beta terus ckp 'kucing ko nk kawen dgn aku x??'
ReplyDelete