Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 28, 2015

Cinta Kolesterol.





Kata orang tua,
"Kita tak akan tahu nilai sesuatu sehinggalah kita hilang sesuatu itu."

Tapi hipster kata,
“People say you don’t know what you’ve got until it’s gone. Truth is, you knew what you had, you just never thought you’d lose it.”


Aku selalu fikir itu adalah quote untuk mereka justify kekosongan dalam diri, which is so overrated and overused, walaupun ada sedikit kebenaran di sebaliknya.
Tapi kali ini, aku pula terkena pada batang hidung sendiri.
Karma, biatch!

Aku rindu burger gerai tepi jalan.

Disebabkan kolesterol level aku mencecah 6.4 sewaktu kali terakhir aku buat pemeriksaan darah (rujuk entri ini),
aku dinasihatkan mengawal pemakanan aku dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak dan bergoreng.

Jadi, aku berkeputusan untuk tinggalkan burger yang selama ini menjadi pilihan makanan kegemaran aku.


Bayangkan,
burger daging double dengan cheese double diapit di antara roti dan daging bersertakan dengan sos dan mayonis yang meleleh, dibungkus dengan gabungan plastik dan tisu...
...dan aku meninggalkan godaan tersebut.

Terasa kehilangan ooo..

...or maybe badan aku just craving for the food yang aku selalu makan.
Alaaa, macam bila kau dahaga kau teringin minum air tembikai ais gelas besar padahal kalau dahaga minum air kosong je pun dah boleh hilang dahaga.

Bila difikirkan balik,
burger ni boleh dikira hidangan lengkap laa juga, kan?
Roti ada karbo, daging ada protein dan lemak, cheese hasil tenusu so ada kalsium, sayur lagi, bijan atas roti lagi...
Tapi kenapa burger yang perlu ditinggalkan???

Kenapa?
Kenapa??
KENAPA???

Kolesterol, bila kau nak turun???




.




Jan 21, 2015

Kapasiti Otak: BUASIR!









BUASIR OTAK: THE KOMIK

Rasanya ramai sudah tahu,
sebab kebanyakan pembaca blog ini juga merupakan pembaca blog rakan-rakan kaki conteng yang lain.
Tapi demi memeriahkan suasana, biar aku ceritakan sekali lagi apa itu BUASIR OTAK: THE KOMIK...

BUASIR OTAK: THE KOMIK merupakan koleksi himpunan komik-komik pendek yang diterbitkan secara indie hasil kolaborasi 13 orang blogger dan pelukis amatur di dunia maya internet iaitu Aika, Aujinz, Az, cEro (aku laa tu), Dayang Deno, Deaday, Nazha Anua, Plain83, Prince of Noob, Shada Wentz, The Sharkox, Syue Artz dan Yura Yu.



Klik image para pelukis di bawah dan beritahu mereka semua mereka power!


Oohhh, ada sorang lagi nak menyibuk...



Ini merupakan buku kolaborasi kedua aku (selepas KAMI!).
Kalau nak tunggul keluaran sulung edisi solo cEro, rasanya lambat lagi kot walaupun perancangan memang dah ada...
Biasalah #AllHailProcrastinator
hahahaha

SO,
basically buku BUASIR OTAK: THE KOMIK ni adalah versi komik kepada blog Buasir Otak di mana kebanyakan entrinya berkisar tentang norma masyarakat kita yang kadang-kadang (selalu sebenarnya) tak normal.
Ketidak-normalan dan ketidak-sempurnaan itulah yang membuatkan masyakarat kita unik.
Tapi, unik ke kalau selfie muka hidung kembang tapi letak hashtag #PrayForMalaysia ?

Tapi Malaysia tetap no.1 di hati. **tetiba**

Kembali kepada topik,
di dalam komik ini terkandung lebih 130 komik satu muka dengan yang dilukis oleh 13 pelukis yang 12 daripadanya amat aku kagumi.
Untuk bahagian aku lukis, aku ada selitkan beberapa 'hidden messages' kepada mereka-mereka yang membaca sambil buka mata dan juga terdapat 'cameo' daripada watak-watak yang biasa kalian lihat.
Siapa boleh teka?

Dapatkan buku ini segera kerana keluarannya terhad.
Sehingga entri ini ditaip, aku difahamkan stok semakin cetek.
Apa lagi? Pergi rembat segera!!



HARGA:
RM15 seunit

KADAR POS LAJU:
RM6 (Semenanjung Malaysia)
RM10 (Sabah dan Sarawak)

COD:
Hanya sekitar Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong sahaja.


Memandangkan buku ini dicetak dan diterbit sendiri, maka

STOK ADALAH TERHAD!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT



Untuk membeli hantarkan emel anda kepada:
princeofnoob[at]gmail[dot]com

Ingat ya, order bukan dengan aku, tapi dengan alamat emel di atas :)

Lebih lanjut, layari Projek Buku Buasir Otak: The Komik di blog Boss Noob.



Alien pun boleh datang ke Bumi untuk terhibur membaca BUASIR OTAK: THE KOMIK.
Kalian apatah lagi.



.




Jan 14, 2015

Enam Poin Empat.


Minggu lepas aku bermalasan dengan entri tulis tangan ini.
Akibatnya, scanner merangkap printer dan copier aku rosak tunjuk perasaan.
Jadi, minggu ini aku merungut tentang lain pula.
Tentang enam poin empat.



Atas sebab tertentu,
aku akan menjalani ujian darah dan DNA study setiap enam bulan.
Jadi, hasil keputusan ujian baru-baru ni menunjukkan yang kolesterol di dalam darah aku pada paras 6.4 milimol per liter.
6.4 itu berada 0.2 di atas paras TINGGI iaitu 6.2.
Dengan kata lain, kolesterol dalam darah aku TINGGI.

Walaupun aku sedar aku kurang kacak,
tapi aku amat pasti aku tak gemuk.
Sebab tu aku sedikit terkejut beruk bila diberitahu kolesterol aku 6.4.
Pada aku yang kudus dan naif ni, kolesterol tinggi hanya untuk orang gemuk.
Jadi aku mula meragui diri sendiri, adakah selama ini aku hanya berhalusinasi yang aku tak gemuk tapi sebenarnya aku gemuk?
You know, like anorexia but reverse? Aixerona?

Selepas diberitahu secara terperinci,
rupanya kandungan kolesterol dalam badan bukannya bergantung kepada saiz badan (gemuk atau kurus), tapi lebih bergantung kepada cara hidup dan gaya pemakanan.

Dah makan pun 6 kali sehari dan setiap kali makan punyalah meriah macam pesta muda-mudi, nak terkejut kolesterol tinggi. Puuii!

Kata doktor,
walaupun kolesterol aku tinggi, tapi aku belum tahap kena makan ubat.
Dia nasihatkan aku supaya kurangkan makanan berlemak, berminyak, dan bergoreng (di mana makanan jenis itu mesti ada dalam setiap sesi hidangan besar aku; makan tengahari dan makan malam).

Kolesterol tinggi melayakkan aku menjadi calon pilihan bagi penyakit seperti arterosklerosis, sakit jantung, angin ahmar (strok) dan beberapa penyakit gempak yang lain.
Aku lagi suka jadi calon menantu pilihan gadis-gadis di luar sana daripada jadi calon pilihan bagi penyakit-penyakit ini.

Kata doktor,
"Jaga pemakanan. Buat sesuatu sebelum terlambat."

Aku balas,
"Kalau saya rajin bersenam, kolesterol turun tak?"

Doktor balas,
"Bersenam laa banyak mana sekalipun, tapi kalau lepas bersenam kau pergi tibai nasi lemak tiga pinggan dengan sambal dan ayam suku sekali dengan teh tarik kaw gelas besar, tak menjadi jugak!"
Cis doc, aku terniat nak pekena nasi lemak nenek tepi jalan Taman Nirwana, Ampang.

Kepada yang lain,
aku cadangkan kalian pergi buat pemeriksaan darah untuk tahu tahap kolesterol masing-masing.
Boleh buat di mana-mana klinik dan farmasi terdekat.
Mana tau, kita sekapal geng kolesterol tinggi...hehehe
Kacak, kacak juga. Tapi kalau badan tak sihat pun tak guna, kan?

Sumber Google Image yang bestari.



.




Jan 7, 2015

Printer Aku Dipanggil 'Purba'.







.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: