Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 14, 2015

Enam Poin Empat.


Minggu lepas aku bermalasan dengan entri tulis tangan ini.
Akibatnya, scanner merangkap printer dan copier aku rosak tunjuk perasaan.
Jadi, minggu ini aku merungut tentang lain pula.
Tentang enam poin empat.



Atas sebab tertentu,
aku akan menjalani ujian darah dan DNA study setiap enam bulan.
Jadi, hasil keputusan ujian baru-baru ni menunjukkan yang kolesterol di dalam darah aku pada paras 6.4 milimol per liter.
6.4 itu berada 0.2 di atas paras TINGGI iaitu 6.2.
Dengan kata lain, kolesterol dalam darah aku TINGGI.

Walaupun aku sedar aku kurang kacak,
tapi aku amat pasti aku tak gemuk.
Sebab tu aku sedikit terkejut beruk bila diberitahu kolesterol aku 6.4.
Pada aku yang kudus dan naif ni, kolesterol tinggi hanya untuk orang gemuk.
Jadi aku mula meragui diri sendiri, adakah selama ini aku hanya berhalusinasi yang aku tak gemuk tapi sebenarnya aku gemuk?
You know, like anorexia but reverse? Aixerona?

Selepas diberitahu secara terperinci,
rupanya kandungan kolesterol dalam badan bukannya bergantung kepada saiz badan (gemuk atau kurus), tapi lebih bergantung kepada cara hidup dan gaya pemakanan.

Dah makan pun 6 kali sehari dan setiap kali makan punyalah meriah macam pesta muda-mudi, nak terkejut kolesterol tinggi. Puuii!

Kata doktor,
walaupun kolesterol aku tinggi, tapi aku belum tahap kena makan ubat.
Dia nasihatkan aku supaya kurangkan makanan berlemak, berminyak, dan bergoreng (di mana makanan jenis itu mesti ada dalam setiap sesi hidangan besar aku; makan tengahari dan makan malam).

Kolesterol tinggi melayakkan aku menjadi calon pilihan bagi penyakit seperti arterosklerosis, sakit jantung, angin ahmar (strok) dan beberapa penyakit gempak yang lain.
Aku lagi suka jadi calon menantu pilihan gadis-gadis di luar sana daripada jadi calon pilihan bagi penyakit-penyakit ini.

Kata doktor,
"Jaga pemakanan. Buat sesuatu sebelum terlambat."

Aku balas,
"Kalau saya rajin bersenam, kolesterol turun tak?"

Doktor balas,
"Bersenam laa banyak mana sekalipun, tapi kalau lepas bersenam kau pergi tibai nasi lemak tiga pinggan dengan sambal dan ayam suku sekali dengan teh tarik kaw gelas besar, tak menjadi jugak!"
Cis doc, aku terniat nak pekena nasi lemak nenek tepi jalan Taman Nirwana, Ampang.

Kepada yang lain,
aku cadangkan kalian pergi buat pemeriksaan darah untuk tahu tahap kolesterol masing-masing.
Boleh buat di mana-mana klinik dan farmasi terdekat.
Mana tau, kita sekapal geng kolesterol tinggi...hehehe
Kacak, kacak juga. Tapi kalau badan tak sihat pun tak guna, kan?

Sumber Google Image yang bestari.



.


38 comments:

  1. Rajinnya buat medical checkup! Buat kat klinik swasta ke lab tu sendiri?
    Syafakallah, semoga mendapat kesembuhan utk sakit apa pun ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      Klinik biasa je.
      Tak ada sakit teruk pun lagi sekarang, tapi memang dlm usaha nak kurangkan kolesterol je yg jadi keutamaan...
      Thank U :)

      Delete
  2. Ha ah, last aku check kolesterol entahbtahun bila. Dah lanjut umur ni, nak kena jaga kesihatan gak... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Pergi check, sensei.
      Jangan tunggu sakit baru nak check.
      Tengah sihat laa lagi bagus kalau check :)

      Delete
  3. aku berat 39 kg, tapi cholesterol aku 10. dan aku baru umur 24 tahun. bahana makan mekdi 2 kali sehari, makan kfc, minum air berkarbonat 2 3 liter. that's why walaupun kurus kerempeng macam lidi aku kena jog around 5 ke 7 round sekali, a few times a week. nak kasik turun kolesterol. but then susah aa nak pantang makan last last berat turun, kolesterol tak turun hampeh. eh panjangnyaa bebel hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Seriously 39? Kau ni dibuat dr kertas ke hape?? Ringannya...
      Tp kolesterol 10 tu sgt serious weyh! Dah tahap kena makan ubat kolesterol tu...
      Kena jaga makan betul2...Bykkan minum air kosong.

      Delete
    2. Sbb aku kurus so aku mcm tak berapa nak jaga apa aku mkn..bila aku jaga mkn, org bising sbb kata aku poyo kurus keding duk jaga mkn lagi..bila stress mmg berat aku turun, so since aku stress manjang, berat asyik turun jelaaa

      Delete
    3. @mashy_entah
      Tapi 39 macam ringan sangat aku rasa...
      CUba try maintain berat yg sihat sikit. Maca orang gemuk, orang yg terlalu kurus pon senang dapat penyakit tau :(

      Delete
  4. hahahah dr. afro. Gempaklah dokter pun pakai style rambut afro. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sakinah Kamal
      Gah gah gah!
      Dokter zaman sekarang pun kena jgak bergaya...hehehe

      Delete
  5. ceRo, macam ni... hang amalkan minum air rebusan madu asli campur serbuk kulit kayu manis, amalkan minum segelas setiap pagi 30 minit sebelum hang mula makan apa-apa heavy meal... minum campuran tu sekali dengan air teh-0 (ratio 1:1), satu gelas sekali sehari. Refer entry blog aku yang pasal buku "Allah Doktorku" tu. InsyaAllah, next time hang gi check blood cholesterol kat klinik, result akan lebih menyenangkan hati. Try jangan tak try yoo~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Banyak kawan2 aku kongsi tips2 camni...
      Bukan taknak amalkan, cuma aku ni pemalas sikit bab-bab nak sediakan air rebusan or bancuhan camtu...
      Lain cerita kalau ada yg tolong sediakan, or ada yg segera ke...hehehe

      Tapi dah tahap ni, aku rasa aku tak ada pilihan, kan?
      Semua cara adalah pilihan aku...hehehe

      Delete
  6. thanks kerana mengingatkan.. huhuhu.. mari menjaga kesihatan dr skarang.. dah lambat nnt menyesal x berguna lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Betul betul betul...
      Kesihatan ni masa sihat mmg selalu diabaikan, bila dah sakit baru nak beringat :)

      Delete
  7. Ahhhhh awwa buat kitew takot =='
    ngahahaha dedik betul komen aku.

    Ekhem, aku pun sama cm ko, dgn berat 40 kilo ni aku ingat aku bebes dari penyakit org gemok, tapi... salah! Gemok ke kurus ke kalau mkn melantak serupa beruang, mng akan datang penyakitnya :3

    Okeh, esok nak try hulur jari kat farmasi utk cek darah *dubdabdubdab

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Hahaha...awwa ngan takot, kitew kan adewww...

      Pergi check Zyra, takut2 ada berita yg tak berapa nak sedap didengar nanti...
      Makanan tu kena jaga.

      Delete
  8. x try makan oat time breakfast ke cero?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Haryz Khairuddin
      Aku minum je oat. Nak makan tak berapa nak lalu...
      Minum pon telan terus je...hehehe

      Delete
  9. aku kerja hospital, so 6.4 tu mmg betul tinggi..huhu..so do as what the doc advice ok dude :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Hai pekerja di hospital :)
      Tak nak hulur sikit ke ubat ke hape ke yg boleh bg turun kolesterol...
      Vicodin takde?? Hehehe

      Delete
  10. halamak ini mcm kena p buat check up utk tawu kolesterol tinggi ke rendah ni =.='

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Pergi check, Ana...
      Paling kurang setahun sekali check...
      Check kolesterol tak lama, terus dpat result je...hehehe
      Takut2 ada berita yg tak sedap didengar nanti :(

      Delete
    2. hurmm aku taknak check lah :(

      Delete
    3. @anamizu
      Tapi ana, kalau tak check macam mana kita nak tau kita sakit ke sihat?
      Kenalah check, barulah kita boleh tahu langkah seterusnya yang boleh diambil :))

      Delete
    4. aku takot jwpn yg aku dpt adalah aku menghidap sakit kronik bla bla bla.. arghhh tak sanggup. better aku xyah tahu. errr =P

      Delete
    5. @anamizu
      Salah konsep tu, Ana.
      Kita check sebab nak tahu.
      Tapi kalau kita betul2 sakit, kita takkan tahu kalau kita tak check.
      Takut nanti terlambat.
      Sebelum terlambat, at least kalau tahu, kita boleh buat sesuatu, kan?
      Tak tahu tak bermaksud ianya tak terjadi, kan?
      Hehehe

      Delete
    6. ni bukti aku baca entry EnamPointKosong tu hehehe. ye aku tawu konsep tu salah tapi err tapi aku masih tak pegi buat check up jugak sampai skrg. adehh =P

      Delete
    7. @anamizu
      Hehehe..
      Tak pe aku memahami.
      Harap2 nanti adalah keberanian nak pergi check sbb takut nanti kalau dah start sakit dah terlambat pulak...
      Harap2 tak laa kan? InsyaAllah...hehehe

      Delete
  11. Tak pernah lagi check cholesterol level. Takut juga kalau tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Try laa check sekali setahun..
      Nak pastikan yg badan sihat. Badan sihat otak pun cerdas
      (dah macam iklan dah bunyiknyee...hahaha)
      :))

      Delete
  12. peringatan yg bagus ni... saya pun check kolestrol setiap enam bulan dan walaupun badan besar (ehem ehem) tapi kadar dia okay jer...

    seronoklah baca entry ni... penceritaan yg menarik... salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Najib Ariyan
      Hai Najib,
      bagus laa kalau kadar kolesterol ok. Memang betul, saiz tak menentukan tahap kolesterol kita...hik hik hik!

      Terima kasih singgah. Sila laa singgah lagi lain kali :)

      Delete
  13. perkongsian yang menarik bro.
    aku sebenarnya takut gak nak chek ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Shark Kay
      Thanks, Shark :)
      Takut pon kena pergi check jugak sebab kalau tak check, kita takkan tau, kan? :))

      Delete
  14. Camne doc tu cek ye? Tak pernah pn tepikir nak g cek. Susah nak elak kolestrol ni kalo iman tak kuat. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hikayat Seorang Budak
      Macam aku, doc tu buat DNA study, so dia akan amik satu vial darah utk dihantar ke lab dan dapat result dlm 2 minggu...
      Tapi kalau kau nak check kolesterol je, dekat farmasi biasa pun selalunya ada. Dia akan guna mesin kecil dan amik sample darah dalam setitik dua camtu...
      Try laa check.
      Kolesterol ni silent killer sebenarnya...hehehe

      Delete
  15. jom kita ubah makanan berminyak kepada buah-buahan dan sayur-sayuran..
    makan oat/cereal pagi-pagi.. minum banyak air kosong.. dan exercise~~~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @budoxe lee
      Part nak exercise tu yang culas sikit tu...hahahah
      Part makan senang...

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License