Kalian tahu apa yang membuatkan kita jadi istimewa?
Memiliki kuasa luarbiasa.
Aku yakin,
bukan aku seorang,
tapi majoriti dari kita mesti paling tidak pernah berharap memiliki kuasa luarbiasa.
Mungkin akibat dari pengaruh rancangan TV, wayang ataupun sekadar kuat berangan,
tapi setiap dari kita mesti pernah ada momen di mana
tertimbulnya pemikiran seperti
"Kalaulah aku boleh terbang, mesti boleh lari dari jam"
atau
"Kalaulah masa boleh dihentikan, mesti aku boleh tatap muka dia lama-lama."
Akupun manusia.
Malah, aku manusia yang kuat berangan.
Jadi, memang adalah angan-angan nak miliki kuasa luarbiasa.
Berikut adalah ENAM kuasa luarbiasa yang aku idam-idamkan.
Walaupun kedengaran agak kurang matang,
tapi menjadi matang adalah pilihan, bukan kemestian, kan?
Flight adalah kebolehan untuk terbang,
manakala Levitation adalah kebolehan untuk terapung di udara.
Ini adalah kuasa yang dari kecil aku idamkan.
Sebab kenapa aku suka terbang ialah sama dengan sebab kenapa aku suka tunggang motosikal berbanding memandu kereta.
Sebabnya aku suka perasaan angin bertiup ke muka.
Kalau aku boleh terbang, maka aku tak perlukan lagi mana-mana kenderaan.
Daya apungan pula,
sebab bilik aku sangat sempit dan bersepah.
Kalau aku boleh terapung,
mesti tiada masalah seperti tersepak kaki katil, terpijak kepala tali pinggang dan lain-lain.
Hehehe
Dua benda fiksyen yang aku suka ialah
time-travelling dan zombie apocalypse.
Memandangkan zombie bukan kuasa luarbiasa,
maka menjelajah masa menjadi pilihan aku.
Hiro Nakamura adalah salah satu watak dalam siri Heroes.
Aku secara spesifik merujuk kepada kuasa Hiro Nakamura
kerana Hiro mampu manipulasi ruang dan masa,
bermakna dia mampu menghentikan masa,
melambatkan masa,
jelajah ke masa silam,
jelajah ke masa akan datang,
dan paling best, teleportasi.
Kalau aku ada kuasa ini,
bayangkan betapa banyak perkara mampu aku lakukan.
Pergi bertemu Hang Tuah,
bergambar di waktu pengisytiharan kemerdekaan,
main lari-lari di zaman dinosaur,
bertemu Isaac Newton di bawah pokok epal,
bersarapan di Tokyo, makan tengahari di New York,
dan macam-macam lagi.
Best kan?
Hyperthymesia adalah kebolehan untuk tidak lupa dengan apa yang dilihat.
Hyperthymesia bukanlah fiksyen,
ianya merupakan satu abnormaliti dalam tubuh manusia.
Pemilik hyperthymesia mampu mengimbau segala yang dilihatnya sepanjang hidup hingga ke perkara yang teliti.
Carrie Wells adalah watak dalam siri TV Unforgettable
di mana dengan kebolehannya, dia menjadi polis bahagian siasatan jenayah dan menumpaskan pelbagai kejahatan dengan kebolehannya.
Ala, macam dapat ingat kembali setiap detail di tempat kejadian dan membantu pasukannya mengumpul bukti untuk disabit kesalahan.
Aku secara spesifik merujuk kepada kebolehan Carrie Wells
kerana dia mampu imbau apa sahaja diingatannya bila mana dia mahukan,
sedangkan pemilik sebenar Hyperthymesia di dunia kita
menganggap ianya satu bebanan kerana dia melihat kenangan lalu
sebagai satu projektori yang tidak berhenti
dan sampai satu tahap,
dia gagal membezakan mana kenangan dan mana realiti.
Ya.
Hyperthymesia merupakan satu penyakit.
Hahaha,
sama ada aku terlalu terserap ke dalam minat aku terhadap Naruto, aku pun tak pasti.
Apa yang aku pasti,
aku kadang-kadang agak tertekan bila perlu buat banyak perkara dalam satu masa.
Kage Bunshin no Jutsu, kepada yang tidak tahu,
adalah kebolehan menghasilkan salinan klon kepada diri sendiri.
Klon tersebut mampu membuat tugas seperti badan asal
sehinggalah badan asal berkeputusan untuk menghapuskan (membatalkan) klon itu.
Dan segala ingatan klon itu akan diterima oleh badan asal selepas klon itu dibatalkan.
Aku secara spesifik merujuk kepada kuasa Naruto
sebab dia mempunyai chakura (kuasa) yang banyak dan membolehkan dia menghasilkan klon yang sangat banyak tanpa memenatkan diri.
Bayangkan,
aku nak layan movie dalam laptop, dan dalam masa yang sama perut lapar.
Buat satu klon, suruh klon tu pergi makan banyak-banyak sedangkan aku duduk terbaring melayan movie.
Habis klon tu makan, batalkan klon, dan perut aku pun menjadi kenyang.
Aku juga mampu pergi ke kenduri kawan-kawan yang bertindih tarikh.
Best, kan?
Shape-shifting, seperti namanya, adalah kebolehan berubah bentuk.
Seperti contoh, aku boleh berubah dari wajah aku yang kurang kacak ni ke wajah Aaron Aziz dengan senangnya tanpa pembedahan.
Mystique ialah satu watak jahat dalam siri X-Men.
Dia berkebolehan menjadi bentuk siapa sahaja yang dia mahu
malah suara, gaya tubuh dan ketinggian juga berubah
membuatkan pihak lawan menganggapnya sebagai seorang yang leceh untuk ditentang.
Aku secara spesifik merujuk kepada kuasa Mystique
kerana aku suka Mystique.
Dia cool. Dia jahat. Dia licik.
Tapi yang penting,
kalau dia berubah, dia akan berubah dengan baju sekali.
Bayangkan,
aku rasa nak tukar baju dari T-shirt kepada kemeja,
aku hanya perlu shape-shifting.
Taaadaaa!
Baju dah bertukar tanpa perlu tukar rupa.
Tapi kuasa shape-shifting ni selalu dikaitkan dengan kecelaruan identiti.
Mana taknya, berkali-kali bertukar rupa,
sampai tahap dah tak tahu dah rupa sebenar, kan?
Bahayanya...
Telekinesis dan Psikokinesis boleh dikatakan sama.
Kebolehan menggerakkan objek dengan hanya guna kuasa minda.
Macam Jean-Grey dalam X-Men dan Sylar dalam Heroes.
Kebolehan ini selalunya dikaitan juga dengan telepati,
tapi aku kurang berminat dengan telepati.
Kebolehan menggerakkan objek tanpa menyentuhnya adalah sesuai untuk orang malas macam aku.
Contohnya, sedang tonton TV dan mahu tukar channel,
sedangkan remote berada di 2 meter di hadapan.
Nak gerakkan badan, dan cukup selesa dah.
Nak panjangkan tangan, tak sampai.
Jadi, kalau ada telekinesis, masalah selesai.
Aku juga ada berfikir panjang.
Kalau ada telekinesis yang cukup hebat,
kita juga boleh terbang.
Ye laa,
kalau mampu terbangkan objek lain,
kenapa tak mampu nak terbangkan diri sendiri, kan?
Itulah enam kuasa luarbiasa yang aku idam-idamkan.
Tak dapat semua, dapat salah satu pun dah OK.
Ada kajian psikologi yang pernah aku baca,
dengan menyenaraikan kuasa luarbiasa yang kita idam-idamkan,
kita dapat nilai siapa diri kita yang sebenar.
Hmm, kalau aku..
Mungkin aku adalah manusia yang pemalas tapi bercita-cita tinggi kot..
Kalian pula?
apakah enam kuasa luarbiasa yang kalian idam-idamkan?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan boleh aku baca dan kongsi di twitter dan facebook.
Updated:
6 Kuasa Luarbiasa kawan aku.
Kertas Kosong dari blog The Missing Page [klik sini]
.
kalau aku boleh beli pintu suka hati tu, aku sanggup beli.aku nak balik!!!
ReplyDeleteYou already knew what my 6 things rite? cuma nak komen sini sikit. Sopannya Mystique!!!! kah kah kah.
ReplyDeleteahhh... aku cuma nak teleportation dan space time manipulation. aku rasa itu paling cool...
ReplyDeletesebab kalau boleh hentikan masa, aku boleh tidur sampai puas... kih kih kih
@norinaomar
ReplyDeletePintu suka hati sangat best!
Lagi best kalau Doraemon memang wujud..
@WZ
Mystique versi aku kena laa sopan dan berkulit lembut..hahahah
@Aujinz
Space-Time manipulation macam sangat best!
Banyak boleh buat kalau dpat kawal masa, kan?
Sekali tengok macam panjang je entri ni tapi bila dah baca aku rasa kalau kau senaraikan 16 kuasa luarbiasa idaman kau pun aku seronok je membaca.. ;D
ReplyDeleteBagi aku cukuplah dapat kuasa Kage Bunshin no Jutsu. Nampak biasa tapi sangat selesa bukan? hihi
Tapi kalau dapat kuasa Hiro Nakamura sekali pun apa salahnya.. Boleh melancong tanpa perlu risau akan kos perjalanan.
nak jadi mystique..
ReplyDeleteweeee~
suke
"pemalas to the max.." lalala..
dpt terbang jdk dh..
ReplyDeletehikhik
@Yousof
ReplyDeleteBetul2.. Dapat mana2 satu pun dah ok dah..
Tapi kalau dapat yg Hiro Nakamura punya, macam WOW!!
@MS. NO NAME
Mystique sexy!
hehehe
@Ezy Chiaki
Tapi kan, kalau terbang kat Malaysia ni agak susah sbb udara penuh debu..Kena pakai topeng dan baju yg sesuai..hehehe
kalau aku lak, antara superpower yang aku nak;
ReplyDelete1. invisible. hehehe..
2. telekinesis.
3. kage bunshin tu pon ok gak..
4. mata sharingan & rinnegan. (sebab ada dua mata je kan? kalau x dgn byakugan pon aku nak gak..)
5. healing. (senang..kalau cedera takyah gi jumpa doktor.)
6. space time manipulation n teleport pon nice jugak..
tu je kot..ada banyak lagi. tapi lenkali je la..lagipon ni ruangan komen., bukannye petak entri..kan? ;D
Hehe memang WOW kan. Lebih seronok kalau dapat bawak satu keluarga melancong.. ;D
ReplyDelete@Haris Khairuddin
ReplyDeleteWah! Bagus2..
Ramai suka invisibility..
Best ke ek halimunan? hahah
Tapi yg healing tu memang best..
@Yousof
bawak family pergi melancong, tp kena laa berhati2 dr jumpa polis or kastam, takut kena tangkap nanti, susah plak..heheh
saya nak apa yg saya fikir saya boleh realisasikan terus.. hihi!
ReplyDelete@blog-tips-kurus
ReplyDeleteOh, susah tu..
takut2 terfikir pulak yg bukan2 nanti..
Fikiran ni bukan boleh percaya sangat pun..hehehe
aku+berangan=setiap saat
ReplyDeleterealiti=fantasi
aku suka...
@akubukanaku
ReplyDeletekata orang, berangan tak salah..
Isaac Newton pun berangan bawah pokok epal sebelum dia sedah ttg teori graviti..heheh
Hahahah! Kewll...aku jumpak manusia yg berfikir dan berkeinginan 90% mcm aku masa aku skolah menengah dulu wahahahah! XD
ReplyDeleteKalau aku boleh buat jutsu bunshin, aku boleh potong rambut aku sendiri dgn lebih kemas...aku paling tak suka gi saloon kalau stakat nak gunting/trim rambut ^^
cero,
ReplyDeletemungkin boleh tolong lukis watak mistique yg muslimah?
hahaha-->imaginasi sangat~~
Salam aku baru ter'blogwalking' kat sini dan nice entri bro...
ReplyDeleteAku kalau diberi pilihan nak superpower aku prefer kuasa Jumper dan miliki separuh dari kuasa Superman seperti Xray vision dan kebal.. itu sudah cukup memadai bagi aku....
@plain83
ReplyDeletebetol2..sangat best kalau dpat potong sendiri rambut ni..
Sbb setiap kali pergi kedai, mesti jadi tak puas hati, kan?
@MS. NO NAME
Hahaha, aku boleh lukis Diana Amir dan namakan dia Mystique, sbb Mystique is basically can be anyone..hehehe
@Rosman Isa
Hoho, kuasa Superman dah macam power sangat dah, semua kuasa dia ada, kan?
Tapi teleport macam Jumper saaaaangat cool!
Aku tak nak banyak2.. Aku nak satu kuasa je.. Aku nak kuasa yg bleh tiru/ciplak kuasa orang lain 100%.. Easy right? All in one..
ReplyDelete@Unknown
ReplyDeleteAku pernah terfikir nak kuasa tu...
Tapi, kalau kau sorang je yg ada kuasa luarbiasa, kau nak serap n copy kuasa siapa?
mystique yg original..yg kaler biru..
ReplyDeletecume dier pakai tudung..
x moh mystique yg menyamar..
ok, dah melarat2 komen..
better stop skrg...
cepat sambung cite vorteks!
@MS. NO NAME
ReplyDeletewahaha, mesti comel kalau gitu..
Mystique terkenal dgn perangai mischiefnya..
Sure akan jadi contradict kalo dia pakai tudung..hahaha
haa cepat siapkan vorteks.
ReplyDeletei like:)
aku berangan jadi lelaki:)
ReplyDeleteen. cero bnyk mngunakn otak belahan kanan.
ReplyDeleteseni+sengal,xixi:D
@akubukanaku
ReplyDeletesabar-sabar..nanti akan ada..hehehe
@strawberrycinta
Kenapa nak jadi laki? Laki bukan best pon...
@bukancikguali
Ada cerita tentang otak kanan aku..insyaAllah nanti aku kongsi..
sebab pmpuan kna pkai baju bnyk lapis..
ReplyDeletexbest,xixi:D
@strawberrycinta
ReplyDeleteTapi perempuan boleh manja2..n boleh jd picky..kan best tu..
ReplyDeletesy lah tu hihi:D
@strawberrycinta
ReplyDeletehahaha, kan best camtu..
jadi pompuan, boleh conquer lelaki..hehehe
Sy suggest owner blog pergi kursus jadi ninja atau samurai kat Jepun.Diorang training dalam air.Whatever Wish u da best.
ReplyDelete