Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 29, 2011

Penyimpan Dendam Sepenuh Masa



Aku tak pasti kalau kalian,
tapi, pada diri sendiri, aku dapat kesan satu perangai negatif aku yang memakan diri sendiri.

Aku seorang penyimpan DENDAM sepenuh masa.

Baru-baru ni aku dapat berita
seorang yang dulu pernah menghina, menjatuhkan, menburukkan, dan mencaci aku,
sedang mengecap kebahagiaan.

Sebahagian dalam diri aku menjerit,
dia bahagia selepas melonjak dari kesengsaraan aku.
Bahagian diri aku ini
merancang dan berniat untuk membalas dendam,
dendam yang seribu kali lagi sakit dari aku.
Bahagian ini membara menyal-nyala.


Sebahagian dalam diri aku bertenang,
dengan merosakkan kebahagiaan orang lain
merupakan perbuatan yang tak kurang keji dari apa yang dia pernah buat pada aku dulu.
Bahagian diri ini,
seolah-olah pasrah dan redha
dan menganggap pengalaman dulu tak lebih
dari sekadar mimpi ngeri.


Sebahagian dalam diri aku gembira,
akhirnya dia tahu erti bahagia.
Bahagian diri ini pula,
diam dan tersenyum
malah bersyukur kerana paling kurang
dia akan kenal apa itu kebahagiaan
dan mungkin menyesal kerana pernah memusnahkannya dahulu.

Dalam tiga bahagian ini,
dendam seperti sangat dominan.

Aku tahu aku perlu buang rasa itu.

Tapi, tak semudah berbicara
melakukannya seribu kali ganda lebih payah.

Beritahulah,
bagaimana boleh aku buang DENDAM ini?


[388]




18 comments:

  1. Memaafkan dan melupakan...susah tapi kena buat juga supaya hati kau akan jadi tenang

    ReplyDelete
  2. misal pun dulu menci dgr org yg pernah menjatuhkan kte bahagia siap tp kan lame2 n skang ni da neutral da.dlm ati if dgr ke ttg org tu rase da boleh senyum lebar n ckp dlm ati bagus la.da tade da suare yg dendam tu.magik!hahah

    ReplyDelete
  3. selalunya memaafkan adalah mudah tapi untuk melupakannya adalah sukar

    ReplyDelete
  4. cero lama tak kesini sihat ke???
    apa pun hanya perlu bersabar sahaja...

    ReplyDelete
  5. ya Allah,aku bermohon kepadaMu,jauhkanlah sifat mazmumah dari dalam diri ini dan diri insan yang sedang berduka ini. Semoga ketabahan dan kemenangan adalah miliknya.

    ReplyDelete
  6. ade seorang blogger ni name die Raihana Izati, dia ajar aku cara berhadapan dgn rasa ini. ko buat2 bahagia dan gembira apabila berhadapan dgn orang yg kau dendam. cubalah. aku juga mengalami keadaan yang sama cEro. aku cuba utk tidak berdendam. aku fhm perasaan kau. sakit hati tak terbilang.

    ReplyDelete
  7. aku xpernah pikir perasaan dendam tu boleh dibuang..sebab die salah satu perasaan dalam diri kita..ape yg ko leh buat hanya maafkan dia dan biar dia melalui hari2 bahagia dia..kalo betul die pernah menganiaya ko, Allah akn beri balasannya..biarkn la die ngn hidup die..ntah2 die dh xingt dh ape yg die buat pd ko..buat letih otak ko je memikirkannya..

    ReplyDelete
  8. tak boleh bagi cadangan.. sbb diri ini pon pendendam..

    tp dendam dlm diam je la.. tak penah merosakkan hidup org lain.. alhamdulillah...

    takut dendam makan diri sndiri je..

    ReplyDelete
  9. mostly agree dgn komen2 dekat atas. forgive and forget, but I know the forget part is the most hardest one to dod. but a least u forgive. =)

    ReplyDelete
  10. aku pun pendendam.
    aku tak rancang nak bls dendam.
    tapi bila da peluang, mmg aku keluarkan dendam aku.

    keji betul perangai aku

    ReplyDelete
  11. rsenye klu cuba maafkan dia dendam 2 akan hilang sikit sikit..well., nesa pn kdg2 berdendam tp x lme:)

    ReplyDelete
  12. mmg ssah nk mghapuskn dendam ttpi blajar utk mlupakannya...aku pon lbih kurg ko...tp klu boleh aku elak dri jmp org yg aku x suke nnt brtmbah geram...so aku cuba mlupakn mereka dan kesalahan mereka...tp bkan mudah..aku paham...

    ReplyDelete
  13. tunggu dia dimusnah kan oleh org lain plak, baru dia tahu skitnya hti org yg kena mcm dia bwt dkt org dlu.wkaka * jhtny aku ni -.-'

    ReplyDelete
  14. lek bro.kdg2 ble org wt jht kt kte, kte mmg geram.nk pukul nk bunuh sme ada.tp tu sme hasutan setan. kl kte bjaya didik hati kte jd penyabar, iAllah bnyk ganjarannya. n, doa org2 dianiaya ni mmg makbul.tak makbul sekarang, suatu hari nt msti mkbul pnye ;)

    ReplyDelete
  15. selalu dalam keadaan berwuduk.


    insyaallah.

    ReplyDelete
  16. Cero, ko lahir bulan 8 ke? huhu..em..bg aku dendam tu kdg2 jht, tp kdg2 dendam yg wt aku hidup..

    ReplyDelete
  17. luahkan seperti ini cero...ia juga satu cara...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: