Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 1, 2011

Aku Perlukan PLAN B



Bila jenguk luar rumah,
dengan melihat matahari yang tersenyum lebar memancarkan cahayanya
sampaikan si botak berseluar merah pun memantulkan silau menusuk ke mata,
dan burung-burung biru yang tak dapat dikenali spesiesnya
riang gembira beterbangan di awan yang hanya ada dua ketul sahaja...

Maknanya,
ianya waktu yang sesuai untuk keluar beriadah.




Dan bila beberapa saat aku ke dalam rumah untuk salin pakaian
apa yang aku tak tahu adalah matahari mula dibayangi awan besar
dan awan berubah warna dari biru ke kelabu
dan burung-burung biru pelik pun terbang pulang ke sarang
dan si botak pun sudah tiada di tepi jalan..




Akhirnya,
setelah siap berkelengkapan riadah dengan kasut sport oren
dan saat ketika melangkah keluar dari pintu
air turun dari langit tanpa khabar berita
membasahi baju dan seluar yang berbau downy
dan di hadapan ternampak si botak dengan payung bermuka kucing
angkuh berjalan meredah titisan hujan...

Maka,
niat untuk keluar beriadah sudah terbantut.
Plan yang dirancang awal tidak menjadi.


Merancang memang bagus.
Tapi bila rancangan dilintang halangan diluar kawalan.
Maka, aku perlukan plan B.

postquam-scriptum:
Sebab tu kadang-kadang aku lebih suka menjadi manusia seperti, "Eh? Nak riadah? JOM!"


11 comments:

  1. Waaa. Comelnya payung Si Botak berseluar merah tu. Agaga.

    Jadi, apa Plan B nya?

    ReplyDelete
  2. baru nak bersemangat tetibe down terus.haha

    ReplyDelete
  3. Plan B = Skipping dlm rumah, berlari setempat(LOL), lompat bintang setempat (double LOL)

    ReplyDelete
  4. tempat aku pon kalau nk joging petang2 sekarang ni jgn harap le...
    plan B : beriadah la lepas subuh :D
    hehehe

    ReplyDelete
  5. misteri entiti lelaki botak berpayung kucing

    ReplyDelete
  6. cakap ngn si botak, elie nk pinjam patung dia..hehee

    ReplyDelete
  7. beriadah dengan bersukan sama x? men boling tu kire ape eh? ko pnh dgr x org kate boling tu sukan utk org pemalas? tp aku suke..so, aku ni...

    ReplyDelete
  8. 1) Jogging pagi/lepas maghrib.
    2) Indoor Gym
    3) Kalau duk umah mcm aku umah flat, aku jogging naik turun tangga.
    4) Main bola kat tempat yang tak hujan.

    -kudozu

    ReplyDelete
  9. jom jogging! aku dah lama gler tak main futsal! kepingin sgt! kat sini takde geng. huhu

    ReplyDelete
  10. @Melda Mohd
    hahaha, plan B nya aku tido dlm bilik..hujan kan best kalo tido...

    @jaaFahiza
    kesian aku..kan??

    @WZulhilmi
    hahaha, rumah aku tak berapa luas nak skipping..hahaha

    @Nesa Wazir
    hahaha, sangat bagus plan tu..

    @fadh ^_^
    lepas subuh byk anjing kat tempat aku riadah tu..takut!!!

    @m i r a f i q a
    hahaha..dia memang misteri!

    @little cart00n
    hahaha, payung dia buat ilang muka ganas..hahah

    @CikGusi BingbOo
    men boling pon penat oo..
    tp stakat main dua tiga game takde laa mencabar sangat..try main direct 10 games, mesti berpeluh habis..

    @Anonymous
    1) pagi tmpat jogging byk anjing, lepas maghrib byk nyamuk!
    2) kena bayar..tp aku mmg berangan nk jadi membership kt mane2...
    3) hahaha, naik turun tangga paling penat..terbaEk!!
    4) bola is not my thing..(kaki bangku)hahha

    @hanaahmad
    jom futsal..aku tau main slow2 je..heheheh

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License