Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 5, 2011

Pondok Dimamah Api

Ini adalah terjemahan aku dari tumblr Islamic Thinking.
Mengenai satu cerita tentang seorang yang terselamat dari tragedi kapal karam.


Mangsa Kapal Karam yang Terselamat.


Satu-satunya mangsa yang terselamat dari satu tragedi kapal karam dihanyutkan arus ke sebuah pulau yang kecil dan tidak berpenghuni.
Setelah sedar, dia tekun berdoa kepada Yang Maha Esa supaya dia diselamatkan.


Setiap hari dia tinjau ufuk laut untuk meminta tolong,
mana tahu ada kapal yang lalu,
namun ianya tetap sunyi dari sebarang tanda kapal lalu.
Walaupun kepenatan,
namun dia berjaya membina satu pondok berteduh kecil dari serpihan kayu kapal yang hanyut bersamanya.


Satu hari,
selepas selesai mencari sumber makanan di hutan,
ketika perjalanan balik ke pondok,
dia nampak pondoknya sedang marak dimakan api,
dengan asap yang berkepul menjulang ke langit.


Merasakan dirinya kehilangan segalanya,
dia menjerit meronta marahkan nasib malang yang bertalu-talu menimpanya.


Jeritnya,
"Ya Tuhan Yang Maha Esa! Kenapa nasibku seburuk ini?"


Pagi keesokan hari,
dia terjaga dek terdengar deruan dari kapal yang menghampiri pantai.
Kapal itu adalah milik pasukan penyelamat yang datang khusus untuk dia.


Dia bertanya kepada pasukan itu,
"Bagaimana kalian tahu saya di sini?"


"Kami nampak isyarat asap yang diberikan kamu itu."
Balas mereka.



Moral cerita:
Memang mudah hilang pedoman bila ditimpa kesusahan,
tapi kita tak patut hilang pertimbangan,
kerana Tuhan Yang Maha Besar sentiasa bersama kita
tak kira senang, susah, sakit mahupun derita.

Ingatlah, di saat ketika 'pondok kita terbakar dimamah api'
Akan ada 'isyarat asap' yang membawa hikmah ke bumi.



postquam-scriptum:
Sebanyak mana aku nak berkongsi cerita ini
ianya lebih berfungsi sebagai pengingat diri sendiri.
Kita selalu ungkap 'Ada hikmah di sebalik semua perkara yang berlaku'
Tapi berapa ramai dari kita yang betul-betul memahaminya?


Baca artikel sebenar Islamic Thinking di sini
Follow twitter mereka di @IslamicThinking


12 comments:

  1. yer betul tu
    bile sedih mula laaa pkir nak bunuh diri mula laa nak sakitkan diri
    cam haram laa orang yg mcm ni

    ptutnye fkir ape hkmah dsbalik sesuatu kejadian an an

    ok ustzah kaloi nak renang-renang
    cowww ekekeke

    ReplyDelete
  2. kuattt kuatt kuatt. teeheh

    ReplyDelete
  3. chirpy_chummy05 May, 2011 12:13

    @nurkaloi, kadang senang utk kita berkata camtu. sbb ia x jd kt kita. cerr try duk dlm kasut org yg tgh depress tu cane. apepun, pls b more empathy rather than sympathy.

    yakin kpd yg Esa, hanya Dia yg tau hujung jln cerita.. :)

    ReplyDelete
  4. yes..benda2 yang susah sampai kelat muka ni kadang2 ada benda manis dia..jgn cepat jadi hulk bila susah..aku dah bnyak kali dah lalu benda ni..tenang kejap,tarik napas dan GO~!

    ReplyDelete
  5. mmg betul smua benda yg terjadi ada hikmahnya. mmg tu benda yg patut kita amalkan. tapi klu dh manusia kdg kit akan jadi fragile lpeas tu mula hilang kepercayaan tu. sbb tu kita kena teguhkan hubungan kita dgn yg Maha Esa. =)

    like that story..

    ReplyDelete
  6. cero.
    untuk orang macam kau dan aku yang boleh berfikir untuk diri sendiri dan mengambil iktibar, mudah untuk kita mengambil pengajaran ape yang berlaku. Tapi macam mana dengan orang yang sukar nak kaitkan hikmah yang Allah bagi dgn apa yang jadi dlm hidup dia? Aku dah hampir putus asa untuk orang yang mempunyai hati yang sangat fragile ni.

    Thanks for sharing this :)

    -kudozu

    ReplyDelete
  7. tu pasal kene banyakkan beristigfar.

    eh ade kaitan ke.

    ReplyDelete
  8. Lagi satu pengajaran aku dapat dr cite nih..
    jangan mudah salahkan takdir..
    (cero, aku cuba bygkan rupa ko, tp slalu x terbayang..lemah imaginasi ke aku ni? aisshhh..)

    ReplyDelete
  9. bagus2..nice entry cero..kdg2 kite ni lupa segala hikmah yg tersembunyi di sebalik bencana yg menimpa kita..

    ReplyDelete
  10. at the end of the day Allah maha mengetahui kan? Aku selalu lupa benda tu. hmm.. =( suke sangat salahkan semua benda yang ada kat sekeliling aku dan bukan diri aku sendiri. =(

    ReplyDelete
  11. @nurkaloi
    daripada menilai dia, cuba kita memahami...
    ada sbb kenapa dia jadi macam tu, dan pd aku, sbb yg utama adalah bukan dr dia, tp dr org keliling dia...
    bukan apa yg mereka buat, tp lebih kepada pa yg mereka tak buat...

    @nourelcahaya
    thanks to the author

    @kata kila
    kuuuaattt!!!!

    @chirpy_chummy
    yup! empathy lg berkesan dr sympathy..

    @hentakbelipat
    kita selalu ingat bila sekarang, tp lupa bila ianya terjadi..aku pon slalu camtu..

    @WZulhilmi
    iman itu kepercayaan..
    lemah iman lemahlah kepercayaan..
    masa tu laa syaitan datang berbisik..

    @Anonymous
    teras lemah, sbb tu mudah pecah...
    basic kpd setiap binaan adalah teras..
    manusia juga merupakan binaan...
    terasnya adalah iman...

    @Encik Psychopath
    berisytifar sentiasa membuatkan kita tenang dan mengingatkan kita dgn Yang Maha Esa..
    yup! sangat ada kaitan...

    @CikGusi BingbOo
    bila manusia tak tahu nak salahkan siapa, mereka akan salahkan takdir..
    (jgn bayang muka aku, nanti mimpi ngeri..hahahaha)

    @pu3aan
    kdg2 hikmah itu bukan utk kita, tp untuk orang lain di masa yg lain...

    @Akulah Aqilah Itu
    manusia mmg mudah lupa, tambahan ttg perkara yg tidak nampak...
    sbb tu kita kena saling ingat mengingati..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License