Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 1, 2020

2020 dan Permulaan Untuk Sesuatu?


Salam.




SELAMAT TAHUN BARU 2020.
SELAMAT MENYAMBUT DEKAD BARU.

Kita mulakan entri pertama dalam dekad baru dengan komik pertama yang aku lukis selepas berbulan-bulan berehat daripada melukis.





Manusia seusia aku mesti paling tidak sekali memikirkan bahawa betapa 'besar'nya tahun 2020. Ingat lagi Wawasan 2020? Ingat lagi subjek Pendidikan Seni di mana kita diminta untuk membayangkan bagaimana suasana pada tahun 2020? Apa yang kita lukis adalah kereta terbang, robot berada di merata tempat, manusia berpakaian futuristik, warna tema untuk semuanya adalah silver dan neon.

Namun 1 Januari 2020 sudahpun tiba. Tiada beza pun dengan 31 Disember 2019. Malah tiada beza pun dengan 1 Januari 2010. Mungkin lebih berani untuk aku katakan, tiada beza pun dengan 1 Januari tahun 2000.

Okey, ada beza. Bumi makin panas. Paras air laut global makin meningkat. Udara makin teruk kualiti. Banyak haiwan sudah pupus. Jadi memang ada beza.

Tapi mana kereta terbang? Mana robot? Mana pakaian futuristik? Mana tema silver dan neon?
Hahahahahahahaahha.


Minggu depan aku akan bercakap tentang rangkuman apa yang berlaku pada tahun 2019 dan bagaimana 2019 mengubah persepsi aku tentang kehidupan itu sendiri.

Jadi,
ada azam tahun baru?
Atau azam dekad baru?


Aku akan akhiri entri pertama tahun 2020 ini dengan video yang aku buat semata-mata untuk menghapuskan habuk di channel YouTube aku. Kalau kalian mahu, like video ini dan subcribe channel YouTube cErolian untuk lebih video di masa akan datang. Ikut perancangan memang nak aktif YouTube tetapi pelaksanaannya...     ...lain cerita. Hehe.





  




.


4 comments:

  1. Subjek pendidikan seni tu memang majoriti lukis kereta terbang. Mungkin tahun 3030 baru ada. Itupun kalau bumi ni sempat tiba tarikh tu

    ReplyDelete
  2. Mesti cantik kan kau lukis time tu? Kalau tengok lukisan aku, no one wants to enter 2020 haha. Happy New Year cEro!

    ReplyDelete
  3. PM tahun 2000 dgn PM tahun 2020 adalah org yg sama bro.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License