Salam.
Suatu waktu dahulu, sesi persekolahan pernah bermula bulan Disember, bukan Januari seperti sekarang. Saya pernah lalui zaman itu (seingat memori saya lah. Kalau salah, salahlah memori saya).
Semasa di awal darjah satu, sewaktu sepatutnya murid sebaya berumur 7 tahun, saya belum pun masuk 6 tahun. Sebab saya lahir hujung Disember. Tapi pada waktu itu siapa peduli dengan umur. Tiada sesiapapun di dalam kelas 1 Putih itu yang kisah tentang umur.
Sewaktu di sekolah menengah, salah seorang rakan satu tingkatan adalah pelajar PTS. Bagi yang tidak tahu PTS, Penilaian Tahap Satu ini adalah satu peperiksaan yang diduduki semasa darjah tiga di mana pelajar yang cemerlang boleh lompat terus ke darjah lima tanpa menempuh darjah empat.
Rakan satu tingkatan yang merupakan pelajar PTS ini, walaupun berlainan tahun kelahiran namun beza hari kelahiran kami hanya 20 hari. Saya lagi jauh beza hari dengan majoriti rakan lahir sama tahun berbanding dengan dia yang berbeza tahun, kerana saya lahir di hujung bulan Disember.
Semasa di universiti, seorang pelajar perempuan satu kelas desak saya untuk panggil dia 'kakak' hanya kerana dia lahir terlebih dahulu daripada saya sedangkan secara statusnya kami sebaya, satu kelas, dan sama semester.
Poin saya untuk cerita ringkas ini adalah, umur pada zahirnya cuma angka. Bergantung kepada individu itu untuk menilai keseriusan erti angka itu sendiri.
Masa itu relatif. Umur itu unit masa, maka umur juga relatif. Fikirkan.
Salam minggu terakhir dekad ini. Jumpa lagi di dekad yang mendatang, InsyaAllah.
Sekian.
.
Adakah ini bermakna saya kena komen 'happy birthday'?
ReplyDeleteSaya setuju dengan sis. Ini deep. Masa itu umur yang bertambah sama seperti kos kehidupan yang semakin meningkat seperti makan, petro, servis rumah atau servis cat. Keep writing sis saya suka baca blog sis!
ReplyDelete