Salam.
Hari ini aku akan bercerita tentang lelaki.
Hanya seorang. Bukan wakil keseluruhan.
Bukan representasi segelintir.
Tetapi hanya seorang.
Cerita seorang lelaki.
Lelaki itu seorang manusia normal.
Ada hati, ada perasaan, ada akal, ada fikiran.
Sama seperti yang orang lain hadapi,
lelaki itu juga ada cabaran dalam hidupnya.
Bagaimana dia jatuh, bangun, jatuh, dan bangun semula.
Dan seterusnya terus jatuh, jatuh dan jatuh.
Lelaki itu bukan tidak bernasib baik.
Cuma lelaki itu sedar, itulah jalan hidupnya.
Lelaki itu berkali-kali ingin putus asa,
tapi mungkin dia sudah putus asa untuk berputus asa,
jadi apa sahaja yang datang, dia redahkan saja.
Sama seperti yang orang lain hadapi,
lelaki itu juga pernah suka, dan disukai.
Pernah kecewa, dan dikecewakan.
Malah dia dikecewakan berkali-kali sehinggakan dia putuskan untuk tidak lagi mahu mula menyukai.
Malangnya,
yang putuskan untuk tidak menyukai itu dia.
Yang menentukan jalan dan laluan takdir dirinya itu Tuhan.
Baru-baru ini,
di saat dia tidak mahu lagi menyukai
sekali lagi perasaan itu datang tanpa diundang.
Tapi lelaki itu sedar perasaan itu, namun tidak boleh menolak.
Tapi lelaki itu tahu, perasaan itu hanya sebelah pihak.
Pada lelaki itu, hubungan adalah satu ritual tawar-menawar.
Apa yang si Uda boleh bagi kepada si Dara,
apa yang si Dara boleh bagi kepada si Uda.
Lelaki itu sedar, dia tidak boleh berada dalam hubungan
kerana dia tiada apa yang boleh ditawarkan.
Tiada tawar-menawar jika tiada yang boleh ditawarkan.
Lelaki itu tiada apa-apa.
Jadi apa yang lelaki itu mampu buat adalah pastikan si dia bahagia.
Dalam diam lelaki itu sentiasa mengambil berat tentang si dia.
Dalam doa lelaki itu sentiasa disebutnya nama si dia.
Walaupun tiada apa yang boleh diberikan selain apa yang boleh diberikan.
Suatu hari lelaki itu dapat tahu si dia sudah berpunya.
Si dia yang dia suka, sudah berpunya.
Ikutkan pengalaman lelaki itu, dia patut kecewa.
Namun tidak, lelaki itu tersenyum gembira.
Si lelaki itu tahu,
sama ada dia ada atau tidak ada
sama ada dia punya atau tidak punya
asalkan si dia bahagia, itu sudah berpada.
Dengan atau tanpa dirinya.
Lelaki itu tahu dia patut berundur ke belakang.
Bukan berputus asa.
Kerana tiada asa pun yang boleh diputus.
Bukan mengaku kalah.
Kerana tiada kalah pun yang boleh diaku.
Pada lelaki itu dia sudah menang.
Kerana lelaki itu sedar,
mencinta bukan bermakna memiliki.
Memiliki bukan bermakna hak sendiri.
Itulah konsep suka yang ada pada diri si lelaki.
Namun berat dan doa akan terus diambil dan dititip oleh lelaki itu.
Agar si dia terus bahagia, sentiasa.
Ini adalah cerita tentang lelaki.
Hanya seorang. Bukan wakil keseluruhan.
Bukan representasi segelintir.
Tetapi hanya seorang.
Cerita seorang lelaki.
.
Takpa. Perempuan ramai akhir zaman ni. Bunga yang lepas jangan dikenang. Suntinglah bunga yang lain. Apa pada hal?
ReplyDelete>Anonymous
DeleteSetuju. Hidup kena terus. Cinta kena telus.
Ini cerita ramai lelaki sebenarnya. you are not alone bro
ReplyDelete>Anonymous
DeleteIndeed. Ini adalah cerita lelaki.
wow! masih berfikir, betulkah dalam bercinta perlu ada 'tawar menawar'...
ReplyDeleteapa-apapun, kau dah buat benda yang betul kerana mendoakan kebahagiaannya..
>Angah
DeleteHakikatnya memang begitu.
Tawar menawar bukan hanya kena melalui lisan, tapi keseluruhan.
takpe..usaha dah..doa dah..kalau cenggitu bkn jodoh le jwbnya..
ReplyDelete>Anonymous
DeleteYa. Konsep jodoh sememangnya adalah rahsia Tuhan :)
Orang matang, macam nila pemikirannya.. Aku do'akan yang terbaik untuk lelaki itu, macam mana dia do'akan untuk orang kesayangan dia.. Amiin.. ^^
ReplyDelete>Lee
DeleteAmin.
Untuk kau jua, Lee :)
Aku bukan lelaki tapi situasi aku sama macam lelaki itu. And yeah, to love does not necessitate to own
ReplyDelete>Unknown
DeleteItu satu kpnsep yang kebanyakan orang tahu, tapi tak semua orang faham.
Bukan lelaki saja hadapi ini. Its okay. Tanpa sedar, lelaki itu nungkin disukai oleh perempuan lain pula dalam diam.
ReplyDelete>Amna
Delete'Dalam diam' itulah kadang-kadang masalahnya kerana kita manusia memang belum mampu membaca fikiran yang diam.
ye lelaki tu dah menang. tak semua orang mampu nak tersenyum bila tengok orang yang dia suka bahagia dengan orang lain.
ReplyDeleteharapnya lelaki itu tidak pernah berputus asa dalam hidup, dalam apa jua keadaan.
>NAD
DeleteMelihat si dia bahagia juga satu kebahagiaan untuk diri kita. Sudah tentu tidak akan pernah putus asa!