Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 10, 2016

L untuk...




Salam.

Present cEro's here.
Life's suck!

'Hidup ibarat roda.'
Aku selalu tak puas hati bila orang guna ungkapan di atas.
Kalau hidup ibarat roda, dan roda adalah bulat,
maka kita akan tahu selepas atas, pasti akan ke bawah.
Selepas bawah, pasti akan ke bawah.

Namun kehidupan bukan macam tu,
ada kala, bila kita ke bawah, kita akan ke bawah lagi,
ke bawah lagi, dan lagi, dan lagi dan lagi.
Roda mana yang ke bawah dan ke bawah dan ke bawah dan ke bawah?
Roda yang tidak bergerak, maka yang bawah akan tetap di bawah.

Mat salleh keluarkan ungkapan 'life is like a roller coaster'.
Sedikit tepat berbanding roda,
tapi kebanyakan roller coaster hanya berdurasi beberapa saat.
Sangat jarang adanya roller coaster yang berdurasi makan minit.
Dalam beberapa saat itulah adanya naik ke atas turun terjunam naik ke atas balik terjunam balik.
Tidak kira berapa teruk dan ngeri sekalipun roller coaster tersebut,
ia hanya berdurasi beberapa saat.

Namun kehidupan bukan macam tu,
kehidupan bukan berdurasi beberapa saat.
Ngeri-ngeri kehidupan, kita tak tahu bila akan berakhir.
Jatuh terjunam kehidupan, kita tak tahu sakit mana jatuhnya.
Pecut daki jauh mana sekalipun, akhirnya graviti juga yang mainkan peranan.



Jujur kata, aku dah penat struggle dalam kehidupan.
Aku sekarang bagai sedang berada di dalam LIMBO,
jauh jatuh ke dimensi bawahan dan buntu mencari jalan keluar.



Dulu, Past cEro, adalah seorang yang mempunyai harapan tinggi.
Dia selalu katakan dirinya berpotensi besar dan telah ditakdirkan untuk melakukan sesuatu yang bakal mengubah dunia.

Namun sekarang,
sebagai Present cEro, aku rasa aku sangat useless, tak berguna.
Sejenis manusia yang tiada masa depan dan tidak layak untuk apa-apa.
Potensi? Ptuuihhh!! Itu kata-kata milik angan-angan.
Mengubah dunia? Itu semua delusi. DELUSI!
Berapa kuat aku berusaha, aku tetap di takuk yang lama.
Berapa kuat aku meronta, belitan makin ketat menyeksa.

Usia makin bertambah, masa makin suntuk.
Sampai ke tahap ini aku merasakan apalah yang akan terjadi kepada Future cEro?
Akan wujudkah Future cEro?


Jujur kata, aku dah penat.





This is a cry for help.



.


17 comments:

  1. im from future. Future cEro is cool and style.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa semua pernah lalui fasa ni cero, termasuklah aku rn. Tambah2 bila tengok rakan sebaya dah jauh maju kedepan. Semoga berjaya future cero, future ben :)

    ReplyDelete
  3. boleh jugak anggap kehidupan macam sungai yang mengalir..penuh dgn liku2. xkan pernah berada di tempat yang sama.

    mengubah dunia?? itu impian sia2. lebih bermakna kehidupan kalau kita fokus utk mengubah diri sendiri..betul tak?

    besides who we are in present will definitely be the same as who we were in the past. so, the same thing will happen in our future self.

    ReplyDelete
  4. senang cerita hidup nie macam2.
    takmampu ubah dunia orang lain, ubahlah dunia sendiri kan. :D

    ReplyDelete
  5. kita sama cero...tapi mari kita bersama teruskan juga hidup ini....jadi apa masa depan tak tahulah lagi...sama-sama berjuang cero =)

    ReplyDelete
  6. Hmm.. sebenarnya sedang tahan diri dari komen. Atas sebab isu perbualan kita yang lepas. Tapi bila baca ni, rasa nak komen juga. Apa yang cero taip ni, sebenarnya cuma sebahagian kan? Sebahagian besar lagi cero rahsiakan. Tapi cuma dengan sebahagian ini saja, saya rasa bagai ianya menyatakan situasi yang saya sedang alami juga. Jadi, ini nasihat untuk cero dan untuk diri saya juga: "tolong lawan fikiran negatif".

    Owh ya, Cero ingat nasihat cero bagi bila saya dalam situasi ni?

    ReplyDelete
  7. jangan pernah berputus asa dengan tali Tuhan yang Maha esa. Lagi kuat kita genggam tali tu, lagi kuat Dia pegang kita. Jangan pernah lepaskan. [2:286]

    ReplyDelete
  8. Dude, how can I reach you out?

    ReplyDelete
  9. hidup memang mcm roda bero..

    tapi roda kita mungkin bbeza dgn roda org lain..
    roda kita mungkin bgerak perlahan, tp orang lain laju..
    roda kita mungkin berhenti bila kita ada kat bawah..berenti lama, lepastu baru bergerak balik..
    bila dah gerak balik, kita rasa dah kat atas lah sikit, tiba2 roda tu gostan pulak..jatuhlah kita ke bawah balik..

    kitorang sebagai pembaca je, anggaplah kitorang ni sebagai angin kencang yang akan tiup roda tu ke depan biar ko ada kata atas nanti..

    so bacically, kitorang ni support ko untuk ke atas..harapnya mcm tu lah huhu..

    -kartunster-

    ReplyDelete
  10. aku dulu pernah rasa semacam dah terlalu penat. Sangat!
    tapi, bila aku fikir, tak terlalu awal ke aku ucapkan perkataan penat sampai kadang tu rasa putus asa dia...fuh!
    rasa demotivated, rasa yang kalau boleh aku taknak keadaan tu macam tu...

    masa macam nilah biasanya kita akan banyak ilham...maka cero, buatlah karya banyak2...sebab ilham takkan hadir masa kita gembira. untungkan?

    ReplyDelete
  11. Akirameru no wa mada hayai desu, shikari shiro yo, cEro-kun :)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. On a more positive note.
    This too shall pass.

    ReplyDelete
  14. I dont know you that close, but i do believe you will get through this hell with a smile.

    Future C will come across this post and laughing out loud.

    ReplyDelete
  15. Lol!! Bro..mane pegi Cero yg dulu..??

    Tolong la..jgn la negatif sgt..aku mungkin xtanggung bebanan ko..
    tapi ape guna kami2 pembaca setia blog ko ni..kalo xnasihatkan ko??

    tau x betapa ko sangat mempengaruhi kami??

    Doa byk2 pada Allah..Allah x zalim..Allah xlupa ko..
    Be positive..Fikir yg baik2..ckp yg baik2..doa yg baik2..
    InsyaAllah segala yang terbaik utk ko Allah akan bagi..

    >pu3aan<

    ReplyDelete
  16. Bila kita down, kita perlukan org yg betul2 support apa yg kita buat. So, aku hanya boleh doakan kau berjaya dgn apa yg kau impikan.

    Aku cuma nak bagitahu x payah compare sgt life kau dgn org lain. Appreciate apa yg kau ada skrg. Be happy. Good luck cEro :)

    ReplyDelete
  17. cerita the curious life of benjamin button always triggers me that what makes us is not the success, we define our own success. hehe. ending cerita tu.dialogue simple, "some read, some a mother, some know buttons", meanings to say, ordinary people had an effect on him. and thats that. what count is what you do every single day in your life. now Im a new reader here. baru terjumpa post ni hehe. so just saying this, incase you feel that way again. peace

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License