Salam.
Hidup sentiasa ada jatuh bangun.
Lebuhraya Persekutuan a.k.a Federal Highway.
Bagi yang tidak tahu di mana, ringkas aku beritahu bahawa lebuhraya ini sentiasa ada penggunanya. Segala jenis kenderaan sentiasa berpusu-pusu menggunakannya kerana lebuhraya ini menghubungkan tiga bandar besar di Lembah Klang iaitu Shah Alam, Petaling Jaya dan sudah tentu, Kuala Lumpur.
Aku pengguna tegar Federal Hughway.
Walaupun laluan motosikal disediakan, tetapi jalannya tidak pernah sempurna.
Sempit dan menyusahkan.
Berlubang di sini, tidak rata di sana.
Berpasir di sini, bertakung air di sana.
Tidak pernah tidak ada makian dan carutan di laluan sikal ini.
Tapi aku tetap menggunakannya.
Suatu petang,
aku menelusuri laluan sikal bersama 'kuda putih' aku.
Waktu puncak menunjukkan umat manusia sedang pulang dari tugas 9-5 mereka.
Maka bersesaklah di atas jalanraya dengan kenderaan yang majoritinya beroda empat.
Kami di laluan sikal pun apa kurangnya.
Ada yang 'samseng', kerjanya nak memecut sahaja.
Langsung tidak diendahkan pengguna lain.
Macam dia sahaja yang nak pulang ke rumah cepat.
Aku tidak suka memecut di laluan sikal.
Aku lebih suka kekal pada satu kelajuan yang stabil.
Menikmati permandangan keliling, gelagat manusia rimba konkrit.
Hanya dalam satu jam perjalanan, pelbagai senario dapat aku lihat.
Untuk makluman,
dari laluan sikal juga dapat melihat jalanraya utama (walaupun tidak setiap masa).
Jalanraya yang sesak, kereta perlahan merangkak.
Berderu dari jauh di depan bunyi kereta berkuasa besar.
Bila aku kecilkan iris,
apa yang aku nampak adalah sebuah kereta jenama Lamborghini.
Aku cukup ilmu daripada hasil tontonan siri TV Top Gear untuk mengetahui bahawa kereta itu bukan sahaja berkuasa besar, malah bukan calang-calang harganya.
Kalau tidak silap, itu model Aventador.
Juga kalau tidak silap, hanya sekelompok kecil sahaja pemilik kereta tersebut di negara tanah tumpah darah aku ini.
Ia bukan mampu dimiliki oleh orang biasa.
Tapi malangnya,
kereta berkuasa besar, berharga besar, dipandu oleh orang besar itu
bukan sahaja perlu beratur sekali merangkak dalam kesesakan
malah perlu juga bercampur dan berada sekelompok dengan kereta lain yang mungkin harganya hanya secebis sahaja daripada harga dirinya.
Aku tergelak kecil.
Potensi kereta itu cukup besar.
Di lapangan yang sesuai, kereta itu mampu memecut laju.
Memecut laju meninggalkan mana-mana kereta yang berada di kiri dan kanan.
Bunyi enjinnya serupa ngauman sang singa raja di hutan yang buas.
Buas mengetawakan mereka yang ditinggalkannya di belakang bersama kepulan asap hasil ledakan enjin berkuasa besar.
Namun, malangnya
raja di jalanraya kini terperangkap merangkak di Federal Highway.
Bersama-sama yang lain sedikit demi sedikit maju ke hadapan.
Potensi yang ada hanya sekadar kebanggaan sendiri, tiada siapa peduli.
Hanya menjadi tatapan orang sekeliling dengan kemegahan luarannya
dan menjadi bahan tawa insan seperti aku yang nampak ironi hidupnya.
Sama seperti kehidupan,
kita semua adalah sebuah kereta Lambo.
Di lapangan yang sesuai, kita mampu meledakkan potensi diri.
Namun,
tidak semua daripada kita berada di lapangan yang sesuai.
Ada di antara kita tersilap langkah memilih lapangan yang salah.
Lapangan di mana potensi kita tidak digunakan sepenuhnya.
Lapangan di mana kita terperangkap dengan keadaan sekeliling yang menyesakkan.
Lapangan di mana apa yang kita boleh buat hanyalah bertahan, maju dengan perlahan dan berdoa agar di hujung jalan terdapatnya lapangan lain yang lebih sesuai untuk diri kita.
Kepada semua Lambo yang sedang meronta di luar sana,
BERTABAHLAH.
Jika ada peluang, carilah lapangan yang sesuai dengan diri anda.
Kita semua adalah sebuah Lambo.
.
perumpamaan kau tentang hidup sungguh moden hehe. betul lah tu, setiap rutin/perkara mesti ada kaitan dengan kitaran hidup.
ReplyDeleteI dont even know if I have potential
I dont even know if i now being in a right place doing a right thing.
Deep..
ReplyDeleteTapi aku Lambo yang mungkin half siap, or mungkin suku siap, lalu dibiarkan tersadai tak siap sebab company bankrupt, investors tarik diri last2 minute.. *sigh.*
Kemain berkias entry kau kali ni. Kipidap
ReplyDeletedeep =)
ReplyDeleteruang dan masa.. Lapangan yang betul dan masa yang tepat. Maka elaklah waktu puncak. sekian
ReplyDeleteSetiap Lambo ada kisah tersendiri dalam hayatnya, yang penting Lambo tetap Lambo. Ingat tu Lambo, hehehe X3
ReplyDeletewahhh hebat bila samakan sesuatu situasi dengan kehidupan. lambo pulak tu. :D
ReplyDeletememang manusia nie ada potensi masing2. tetapi kekadang ada yg taksedar potensi diri dan masih tersekat seperti lambo tu. hahahhaaha. so lambo perlukan something atau someone utk sedar potensi diri.
tertanya2 pulak, apa ya potensi diri BV, kena check balik nie. XD
dulu memang gila dengan lambo. kalo dpt sebijik utk semalam pun jdiklah...takat ni dalam mimpi pernahlah..
ReplyDeletetapi minat tu makin pudar. teringin nak jet pulak...mungkin sebab lambo aku dah pencen. lapangan direbat jet.
Deep entri ni. So jadilah lambo yg pandai menyelit dan mencari ruang walau sekecil mana pun ruang tu...
ReplyDeletebetul tu. it make sense.
ReplyDeleteBila baca part last tu...deeeepp.
ReplyDelete