Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 24, 2016

Kelengkeng Menerobos.







Salam.

Kalau kalian datang sini mengharapkan komik atau lukisan, ataupun hasil tulisan yang jiwang atau meruntun hati, maafkan aku. Aku masih di dalam mood malas tapi dalam masa sama tak mahu pecahkan rekod update setiap rabu.

Dan aku sedang berat menimbang untuk betul-betul hiatus sepenuhnya.
Mungkin hilang setahun and come back stronger.


Tapi,
untuk tidak menghampakan kalian yang gigih tunggu blog ini loading namun akhirnya kecewa akibat kemalasan cEro, aku tinggalkan entri ini dengan satu persoalan:



Bayangkan anda duduk satu rumah dengan si A.
Si A ini jenis yang sambil lewa, suka tinggalkan pintu rumah terbuka tidak berkunci, pagar tidak bermangga sedangkan dia hilang terperap di dalam bilik.
Berkali-kali nasihat suruh paling kurang tidak tinggalkan pintu tidak berkunci, tapi atas sebab-sebab tertentu, dia tak akan dengar nasihat anda.

Pada anda, jangan sampai satu masa rumah kena masuk pencuri atau perompak, barang hilang barulah nak diambil kira nasihat tersebut. Jika hal itu berlaku, maka semuanya sudahpun terlambat.

Tapi satu-satunya cara untuk ubah perangai si A ini adalah dengan biarkan hal itu berlaku, maksudnya selagi tidak berlaku rompakan dan kecurian, si A tidak akan berubah. Anda sangat mahukan si A berubah.

Maka,
anda pun rancang satu kejadian rompakan di rumah anda sendiri.

Bersama-sama beberapa kawan yang boleh dipercayai, anda rompak rumah anda sendiri di kala si A berada di rumah yang dibiar terbuka pintunya. Semuanya dalam kawalan, tidak kecederaan, barang yang 'dirompak' juga bukanlah berharga tinggi sangat.

Sejak dari peristiwa itu, si A berubah menjadi berjaga-jaga dengan keselamatan rumah.

Misi anda berjaya.




Sekarang, ini persoalannya:
Adakah perbuatan anda itu BETUL dari segi moral, agama dan undang-undang?





.


32 comments:

  1. moral okay
    agama tak pasti
    kalau undang-undang time buat polis ronda, naya jugaklah nak menjawab, silap silap ke dalam sehari dua. kena buktikan yg kau takde niat haha

    haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Itulah. Bila masuk bab agama ni, kita bukannya boleh ikutkan logik pun. Matlamat tak menghalalkan cara.

      Delete
  2. Diri aku yang skema mengatakan, dari mana2 sudut pun tak OK..huhuhu..

    Siakap senohong ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri.. Takut one thing leads to another.. Kalau yang baik je takpe, kalau leads to something bad..? Naya ooooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Setuju.
      Kalau semuanya habis kat situ je tak apa lagi, tapi kalau ada pulak masuk cerita lain, si A repot polis ke, jiran nampak ke, lain dah jadinya nanti. Huhuhu

      Delete
    2. Betul tu Lee-dono! Aku sokong pendapat ko Lee X3

      Delete
    3. Hmm..hmm.. *nod nod.*

      Owh, aku baru perasan, ada hidden paragraph rupanya..
      Kalau rasa hiatus sepenuhnya lebih baik, teruskan brah, I'm just gonna sit here and miss you lah.. Just make sure you come back stronger..! OvO9

      Delete
    4. >Lee-kun

      Eeeehh? Camne kau boleh perasan ni? Hehehe

      Delete
  3. Aku tak banyak songeh dan tak banyak bunyi. Cara tu sangat relevan. Dah tua bangka sibuk lagi nak jadi budak kecik. Tak boleh nak fikir ke mende? Dah besar menyusahkan orang. Rotan kang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Garangnya ustajah! Lari anak murid nanti. Hahahha

      Delete
  4. saya tak boleh fikir langsung dari mana2 sudut. Yang saya tahu, saya takkan berani buat macam tu walaupun tujuan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Kekadang orang akan mampu buat yang tak terbayang bila sudah masuk zon terdesak. Hehehe

      Delete
  5. entah la nak kata apa. takpasti hahahhaha
    teringat kata2 "niat tak menghalalkan cara"
    maybe kena nasihat/tegur berkali2 baru dia sedar

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Yup. Bila sebut niat tak menghalalkan cara mesti kita rasa ini bukannya cara yang terbaik.

      Delete
  6. The boy who cried 'wolf'. Takut nanti kalau bebetul jadi kes rompakan atau kecurian, jiran dah tak koser nak percaya. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Kalau berkali-kali mungkin akan jadi macam kisah Boy Who Cried 'Wolf', tapi kalau sekali je? Hehehe

      Delete
    2. Kalau sekali pun, kena jiran yang susah nak percaya pada orang, dia pandang slack punyalah... melainkan dia kewl... hahah X3

      Delete
    3. >plain83

      hehehe. Valid point. Manusia ni memang kekadang sangat tak boleh nak predict, kekadang sangat senang nak predict. Hehe

      Delete
  7. Boleh je kan ? Sebab selagi tak berlaku yang sebenar , selagi tu lah boleh . Kan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Cheon SongYi

      Entahlah. Mungkin pada kita yang lakukannya tak nampak macam perkara sebenar, tapi pada dia yang mengalaminya mungkin terkesan lebih mendalam. Hehe

      Delete
    2. Ha jadi .. dy akan lebih berhati-hatilah nanti . Haha !!

      Delete
    3. >Cheon SongYi

      Hahaha. Untunglah kalau berubah jadi lebih baik. Dibuatnya makin memberontak, susah jugak nanti. Hahahah

      Delete
  8. brilliant idea!
    kalau cara itu dpt bantu dia berjaga2 baiklah ia tidak kira dari sisi apa2 pun(ni opinion aku lah...)
    ...dah kalau nak tegur dengan liur pun tak berhasil, kita guna cara tindakan...
    kalau kantoi, cakaplah hal sebenar..tak pun terangkan pada org tersebut tentang tindakan tu..sekurang-kurgnya dia sedar yang ramai org sayangkan dia...

    tegur tanda sayang...gitu....kalau dibiarkan, itu bahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie

      Hahaha. Brilliant kan?
      Kalau difikirkan secara menyeluruh, memang cara tu agak tak menepati syarak, tapi kalau itu adalah last resort, agaknya boleh kot. Hehehe

      Delete
  9. Entahlah. Kalau ikutkan trdesak sgt macam boleh je utk tujuan pengajaran. Tapi kena org sekeliling tahu la plan kau.

    Takpun kau duplicate byk2 kunci pastu kau sepah2kan kunci tu kau bilik dia satu, kat ruang tamu satu, kat dapur satu. Tampal kat pintu please lock the door ke... Bagi dia sentiasa nampak benda2 yg mengingatkan dia utk kunci pintu. Tak tahu boleh pakai ke tak idea aku ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahaha. Idea kau sungguh sarkastik. Kalau dah nampak kunci banyak-banyak camtu, kalau tak sedar-sedar jugak memang nak kena pergi check mental state sikit. Hahahah

      Delete
  10. dari satu sudut, aku rasa itu saja cara nak mengajarnya selepas semua cara dah takleh jalan..

    dari satu sudut yang lain, perbuatan tersebut mungkin mengundang musibah yang lain.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Itu dilemanya.
      Takut karang musibah lebih berat dari kebaikan, susah pulak nanti. Hahahah

      Delete
  11. dari satu sudut, aku rasa itu saja cara nak mengajarnya selepas semua cara dah takleh jalan..

    dari satu sudut yang lain, perbuatan tersebut mungkin mengundang musibah yang lain.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. Matlamat memang tidak menghalalkan cara. Tapi kalau guna helah untuk tujuan kebaikan hukumnya harus aku rasa. Contoh dalam rumah tangga atau dalam perang. Ingat lagi dulu ustazah aku ada cerita tentang seorang sahabat Rasulullah lari dari orang Quraisy. Orang Quraisy tu tanya Rasulullah ada nampak si fulan tu tak. Rasulullah langkah setapak ke depan pastu cakap "aku tak nampak si fulan tu 'di sini'". Bukan nak menipu tapi tu la helah. Cara kau ni kira nak beri pengajaran. Cuma cara tu kena ada plan dan strategi. Kena inform semua yang terlibat kecuali si A. Bila dah selesai 'basuh' la dia bagi sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zulhizam

      Wah! Ilmu baru ni. Serius baru tahu cerita sirah Nabi tu.
      Rasanya, asalkan keuntungan melebihi musibah yang datang, okay dah kot. Tapi tak tahulah, aku rasa je. Hehe

      Delete
  13. Entahlah, kalau aku yakin benda tu tak menyusahkan aku di kemudian hari, aku buat je kot. Baru ler reti nak kunci pintu sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Itu sama dengan apa yang aku fikirkan.
      Tapi hal macam langgar undang-undang ni sedikit merisaukan aku heheheeh

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License