Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 20, 2016

H untuk...





Salam,
nama aku cEro.

Beberapa hari lalu aku terbangun daripada angan-angan dan tersedar bahawa aku hanyalah manusia biasa, bukannya manusia luar biasa seperti yang selama ini aku fikirkan.

Maka,
selaku manusia biasa, aku juga mengalami masalah, cabaran, dan dugaan di dalam hidup.

Ada banyak perkara yang mahu aku kongsikan,
namun hakikatnya aku sedang di dalam emosi tidak stabil.
Kehidupan aku sedang di dalam situasi tunggang langgang.
Aku ada 99 masalah, dan aku tidak mahu blog ini juga menjadi salah satu daripadanya.

Disebabkan itu,
aku mengambil keputusan bahawa blog ini akan memasuki fasa HIATUS untuk sementara.
Dan sementara itu tidak aku pasti berapa lama.

Tapi aku masih mahu mengekalkan rekod entri setiap rabu,
maka KEMUNGKINAN BESAR rabu minggu depan (27 Julai) akan ada entri yang aku jadualkan.
Kemungkinan besar.

Jadi walaupun dalam hiatus, blog ini tetap ada entri setiap rabu.

Hmmmm...
Jadi macam tak ada hiatus laa kan?
Jadi apa poin entri ni sebenarnya?
Huhuhu


Baiklah.
Bagi mengakhiri entri kali ini,
dan bertujuan untuk memberikan kalian poin untuk tulis komen,
(sebab aku tak gemar komen berbunyi 'hm, tak tahu nak komen apa'),
aku tinggalkan kalian dengan satu soalan.

Aku sedang berada di fasa (agak) selesa sekarang.
Di fasa selesa, aku tak boleh terus maju.
Untuk maju, aku perlu keluar dari fasa selesa ini.
Bererti, aku perlu tukar kerja.
Tapi kalau tukar kerja, aku kena mula semula dari mula.
Bermakna aku perlu tempuh cabaran dan risiko baru.
Jadi,
apa pendapat kalian?
Patutkan aku keluar dari fasa selesa dan tukar kerja,
ataupun kekal selesa dengan keadaan sekarang?




.


15 comments:

  1. hi, atus

    selamat berkenalan

    ReplyDelete
  2. Ni pendapat aku. Kalau aku la kan, kalau dah berada di comfort zone, aku pilih untuk kekal. Melainkan jika aku rasa aku dah tak selesa berada di comfort zone aku, maka comfort zone aku tu tidak lagi comfort buat aku, dan aku akan consider pindah kerja dan cari comfort zone yang baru.

    ReplyDelete
  3. Maybe baik kekal tapi kalo rasa btul2 tak selesa tu tukarla

    ReplyDelete
  4. oh noo jangan hiatus Cero..ko la sumber blog yg aku nak tengok, baca dan komen..biarlah aku dgn aujinz je yg hiatus..

    aku yakin, walaupun ko sedang selesa sekaang, ko masih lagi boleh maju dalam keadadaan tersebut..maksud aku, wujudkn cabaran dlm pkerjaan maka akan makin motivasilah kita dan nasi kandar ameen maju..

    sekian

    ReplyDelete
  5. Teruskan entry broo..jangan la menghiatuskan blog ni pulak..encik nazha ngn encik ojinz tu cepat2 la welkambek..we miss u all..
    Okey..serius pulak..hmmm..pasal comfort zone..aku dah tinggalkan comfort zone pasal yg mcm nub cakap tu..sekarang tengah terkial2 mencari dahan baru..dan baru aku sedar..dalam keadaan ekonomi sekarang ni..agak sukar nak cari kerja yg sesuai dengan keselesaan kita..nasihat aku..kau stay la dulu..melainkan kau ada masalah besar dengar bos atau staf2 yg lain..tu taboley buat ape laa..sindiri angkat kaki laa..okey bro? *tepuk2 bahu cero*

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat aku la, kalau dh terlalu lama kau stick kat satu tahap yg sama, boleh la start usha2 kerja lain yg lagi mencabar.

    Kau pergi je la mana2 interview dulu. Nak x nak job tu belakang cerita. Mana tahu lepas dh pergi tu kau nampak kau punya masa depan jadi lain ke....

    Kalau nak stay tempat sama pun ok gak. Lepas tu weekend kau pergi buat kerja2 amal atau kau buat apa2 je la yg kau rasa boleh tolong society. So, sekurangnya2 kau rasa diri sangat berguna. Try buat benda yg kau tak pernah buat ke tapi part time je lah... Rasa la nanti keluar sikit dr comfort zone utk dua hari cuti kau tu.... Huhu...

    Btw kau nak buat pilihan camni kena istikharah cEro. Sebab ni benda paling penting utk kau buat sebelum minta opinion org lain.

    Sekian ikhlas dr aku yg baru first time dpt confirmation kerja setelah penat berpindah -randah. Hahaha...

    ReplyDelete
  7. hiatus ke tidak itu cEro punya keputusan sebab ini blog siapa punya. hahahahha. :D

    bagi BV, kalau dah di fasa selesa tu kira okay lah kot. kalau dah mempersoalkan keselesaan di fasa selesa tu maksudnya mungkin cEro perlukan sedikit cabaran. life kena ada cabaran baru ada feel kan? HAHAHHAHA. tak semestinya kena tukar kerja baru keluar dari fasa selesa. tengok2 la sekeliling, mesti banyak je cabaran mendatang. cewahhh XD

    ReplyDelete
  8. hiatus....
    time berbusy aku dah tak kisah dah....tapi kau kira konsisten what sebab org da tau ko post every wed.

    zon selesa @ zon adventure...
    mana2 pun okay kalau kau bersedia. as long kau okay, semuanya kan okay ma...tapi tulah, kadang kita rasa takut utk keluar sebab taktau apa risiko...tapi kalau dengan risiko tu buat hidup kita 'hidup', why not kan?

    dan aku setuju dengan pendapat bro ley-istikharah-

    paling kurang pun, kau ada kerja untuk dijadikan pengalaman. tak kiralah kerja apa...(ah, aku cakap camni sebab menganggur T_T...)

    ReplyDelete
  9. Hi cEro, salam.. Aku, Lee.. Nice to meet you..

    Dari sudut pandangan aku degan perangai aku, aku akan hiatus jek tapi kau memang consistently post hari Rabu so maybe partial hiatus..? Well, ape2 pun kitorang ada jek kat sini.. ^^

    As for comfort zone.. Hmmm, I gotta admit, aku ni penakut sikit kalau nak keluar dari comfort zone.. Aku sedar tuh.. Aku tak suka benda baru..huhuhu.. So, aku takkan keluar.. Sebab kalau dah nama comfort zone, memang dah sah2 selese.. Ni kalau bab kejela, plus, aku dah tua.. huhuhu..

    Kalau bab2 melukis or buat art, aku belum ada comfort zone lg..huhuhu.. Yang ni lain kot.. Mungkin aku akan beranikan diri untuk keluar dari comfort zone sebab it is always fun like that..

    ReplyDelete
  10. List all the pros n cons of your current job, lepas tu buat solat Istikharah sampai dapat jawapan yang meyakinkan kau. Try avoiding making big, life-changing decisions when your emotions are unstable. All the best bro, ganbatte! :)

    ReplyDelete
  11. Komen spt di atas. Ohoi.. jgn marah. Hee.. rasa mcm sama la. dulu beriya2 mohon jawatan lg tinggi dlm uni yg sama tp asyik x dpt, last2 jd mls. Tp mmg motivasi downla sbb keje jd rutin, nak tukar keje mcm dah xleh, byk hutang kena byr. Alhamdulillah ada peluang cuba bidang part time, jd Dj univ. Bolehla, at least ada sesuatu yg baru.

    Bak kata rakan2 di atas, cer ko listkan keje2 atau bidang2 yg berpotensi ko rasa boleh berjaya. Realistik pikekan hutang2 boleh tak dicover. Start impian nak ada rumah ke pun boleh upkan motivasi keje. Tanya famili, diorg je tau tahap kecekalan kau kalau ditimpa apa2 masalah besar ke kecik. Ada mak ngan ayah, abg2 ngan adik2 tu mintala pendapat. Pastu istikharah serah pd yg Maha Kuasa. Insha Allah.

    -Fisz-

    ReplyDelete
  12. Cero, maaf saya lambat baca pot ini. (kebetulan saya baru tukar kerja) Pada pendapat saya, macam ni: Apa impian Cero? Adakah dengan kekal di comfort zone ini akan membawa kepada impian itu? Jika ya, teruskan. Jangan tukar. Jika tidak, pun jangan terburu-buru tukar. Fikir betul2 jalan mana yang membawa ke impian itu.

    ReplyDelete
  13. kalau kau rasa selesa aku rasa better stay tapi dalam masa yang sama ko cari side thing yang boleh majukan lagi diri. why not kan? kalau nak keluar dari comfort zone pon ok jugak cuma risiko and cabaran baru memang kena hadap dengan tenangggg :)

    ReplyDelete
  14. Aku pun sedang cari kerja baru setelah lama berada di comfort zone yang tak berapa nak comfort dah sekarang ni, cero. Lama sangat kat satu satu tempat sampai aku tak nampak mana aku boleh jump up kat sini. So yeah, why not cuba je nasib dan rezeki di tempat lain. Rezeki kita takkan boleh duga.
    -Chirpy Chummy-

    ReplyDelete
  15. Maybe sudah terlalu lambat untuk komen, tapi aku nak komen jugak. Keluar dari zon selesa kalau ada peluang untuk pertingkatkan potensi diri.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License