Salam.
Tuah jarang melekat pada diri aku...
...dan aku okey dengannya.
Beberapa minggu lepas aku ada join satu peraduan dalam twitter yang dianjurkan satu agensi pengiklanan yang agak dikenali.
Arahannya senang:
"Win an #xxxxxxxx merchandise set!
Just tell us why you should get one.
5 lucky replies, win!"
Aku pun reply atas dasar suka-suka.
Sebab semuanya atas dasar 'lucky', 'tuah',
maka aku tidak mengharap langsung nak menang.
Tuah dan aku bagaikan magnet yang sama kutub, saling bertolakan.
Sepanjang hidup aku,
antara perkara yang aku amat yakin ialah aku sangat tidak bertuah dalam peraduan yang tidak memerlukan usaha dan hanya melibatkan nasib seperti cabutan bertuah, 'pilih 5 penyertaan', dan 'drawing short straw'.
Walaupun cabutan bertuah untuk hari jamuan kelas, aku tak pernah menang.
Dan kalau satu-satu jamuan itu kata akan ada cabutan bertuah di hujung acara dan meminta kita untuk stay sampai acara habis, aku tak pernah kisah langsung dan terus balik sebab aku tahu aku tak akan menang.
Malah,
satu-satunya cabutan bertuah yang pernah aku menangi ialah semasa berada dalam satu majlis yang aku sendiri rigged sistem cabutan dia sehingga meningkatkan peluang kemenangan aku kepada 10%.
Aku lakukannya atas dasar suka-suka,
dan aku tak claim hadiah yang aku dapat.
Bagaimana aku lakukan?
Itu cerita lain, mungkin aku akan ceritakan di dalam entri lain kalau ada yang berminat.
Pendek kata,
aku memang seorang yang tidak bertuah.
Berbalik kepada cerita peraduan tadi,
beberapa hari yang lepas aku periksa emel dan mendapati aku menangi peraduan itu.
Ya. AKU MENANG.
Aku di antara 5 lucky replies.
Reply aku lucky. Aku lucky.
LUCKY!
Pada mulanya aku sedikit kurang percaya.
Maklumlah,
setelah berpuluh tahun purba usia aku telah kena conditioning bahawa aku ni tidak bernasib baik, dan pula beratus-ratus emel scam yang aku dapat kata aku menang hadiah dari Google lah, ada orang dari China nak bagi harta warisan lah, dan juga emel scam untuk pen*s enlargement (apakah neraka?) lah,
sudah tentu bila dapat satu emel yang mengatakan aku menang peraduan menjadikan aku sangat skeptik.
Tak gitu?
Tapi selepas aku periksa alamat emelnya,
aku balas bertanyakan kesahihannya,
dan dia balas kembali memberikan pengesahan,
maka aku sedar ini bukannya scam.
Dan selepas dua kali tampar pipi,
aku sedar ini juga bukan mimpi.
Aku betul-betul menang. Yaay!
Dan selepas beberapa hari,
bungkusan hadiah sampai ke rumah.
Bila lihat hadiah hasil 'tuah' aku berada di depan mata,
keterujaannya bukan kepalang.
Syukur alhamdulillah.
Rupanya ini perasaan gembira menang sesuatu.
Sangat tak biasa. Sangat awkward.
But yet I'm very happy about it.
Mungkin ada antara kalian anggap ianya perkara kecil.
Malah hadiahnya bukanlah besar mana,
tapi hadiah itu sudah cukup buat aku tersenyum riang selama seminggu.
Yup. SEMINGGU tersenyum macam orang gila.
Mungkin nasib aku sudah berubah,
mungkin juga aku sendiri yang berubah,
tapi apapun yang berubah, itu bukan urusan aku. Itu urusan Dia.
Yang penting aku akan menikmati kegembiraan yang amat jarang aku kecapi ini...
..dengan menari.
Jom menari sama-sama :)
.
taniiiah..singggah sini
ReplyDelete@ana
DeleteHmmm...
Masa first time baca komen ni ingatkan kata 'tahi nah' instead of 'tahniah'...hahahah
kahkahkah! apesal comel sgt tariannya tu? smooth pulak tu :O
ReplyDeleteWahhhh congrats C!! Ada menang iphone 6 kew?
Ahahahaha gua lbih kurang senasib dengan lu lah.. tak pernah nak bertuah sejak zaman tadika. Paling koman pun gua pernah dapat cabutan hadiah tupperware masa darjah 3. Dengki gila dengan manusia yang bertuah dpt basikal lah, blender lah, kipas angin lah.
Dan gua pun mcm lu jugak, kalau ada event yang kena tggu utk cabutan bertuah gua kan awl lg angkat kaki.
Buat gua terfikir, adakah kita terbertuah dalam event yang kita angkat kaki tu? what if.. we stay? hamagaddd.. apapun, gua tumpang happy for you :D
@Zyra Roxx
DeleteComel macam org yg menari tu, kan? hehehe
Terima kasih. Tak laa sampai iPhone6..hahaha
Tapi memang betul, kekadang dengki jugak dgn orang yg menang besar2 ni. Basikal, TV, pakej melancong, even menang hamper rm20 dr Giant pun terasa kedengkiannya...hahahaa
Selalu angkat kaki awal, tp lepas tu selalu buat follow up tanya kat siapa yg stay siapa yg menang. To date, tak pernah lagi laa terlepas nombor, hampir pun tak pernah...hahahaha
hahaha aku tak pernah bertuah jugak walaupun mak aku selalu cakap bertuah punya budak, ee la budak bertuah ni. mungkin mak aku cakap x ckup 44 kali lg.
ReplyDeletebtw i'm LOL watching u dancing haha
@NADIA vs BERON
DeleteHahahaa...
Bila aku bangun lambat sampai tengahari, masa tu laa aku kena panggil 'budak bertuah' oleh mak aku, disertakan dgn bebelan sampai petang. Wahahaha
weh menang apa weh?? aku ada kawan sorang yang suka kira probability dia akan menang dlm lucky draw..dan dilahirkan sbg seorang yang tak suka maths, aku dengar dan angguk je, malas nak faham probability yang dia sungguh sungguh nak explain kat aku..sebab last last tak menang hahahaha
ReplyDelete@mashy_entah
DeleteHehehe...rahsia arr takleh bagitau.
Aku pun suka kira probability menang cabutan dan cari jalan macam mana nak kasi up percentage menang dia, tp itulah tentang kebarangkalian, setakat satu kali je memang susah nak pastikan. Kena ulang berulangkali baru boleh nampak...hahahah
hahaha...comel betul ko menari. tumbuk barutau. aku pun tak pernah bernasib baik. aku pernah gak tiap kali ada cabutan bertuah yang aku bebetul nak kan hadiah tu, aku call ma aku, minta dia tolong doakan. tapi, hrmm..sedih. ko dapat apa weh?
ReplyDelete@~* chirpy_chummy *~
DeleteHahaha..sampai nak tumbuk. Kesian aku tau. Hahaha
Satu hari tu ada cabutan bertuah dgn hadiah pakej Legoland All Access, maka beriya laa aku stay dan berharap.
Tapi apakan daya, harapan setinggi gunung bercerai menjadi debu.
hahaha
hadiah apa ko dapat haritu?
Delete@~* chirpy_chummy *~
DeleteAlaaaa...aku saje tak nak jawab soalan kau dlm komen pertama kat atas ni...hehehe
Hadiah biasa2 je, tp aku suka. Org lain mungkin tak suka...hehehe
Wahkahkah dat gif... omedeto gozaimasu! *pops confetti* XD
ReplyDelete@plain83
DeleteHahaha...
Sankyu sankyu **joget bawah confetti**
Firstly nak cakap, hampir 3-4 kali juga baca tajuk entri ni. Di Anlaki C? Rupa-rupanya The Unlucky C. Punyalah slow otak ni loading.
ReplyDeleteSecondly, tahniah sebab menang. Faham sangat macam mana perasaan cEro ni sebab kita agak serupa la. Memang unlucky untuk benda-benda macam ni.
@Farah
DeleteHahaha. Glad ada yg perasan. Most people sama ada tak perasan ataupun perasan tapi tak ambik kisah pun. Hahahaha
Lucky ni macam misteri sikit. Bila kita nak tak dapat, bila tak nak pun tak dapat. Hahahaha
pasni boleh memang award 'the best dancer' kot . haha
ReplyDeletebtw aku pun memang jenis tak bertuah. kalau ada cabutan ke apa memang boleh balik awal dah. Kalau ada tukar2 hadiah pun sama. confirm dapat hadiah yang tak best such as mangkuk tapuwer.
@Nur Haziqah Mohd Rosli
DeleteHahaha...Menari camtu kalau sehari pun tak penat...hehehe
Kalau masuk bab tukar hadiah pun sama jugak tak bertuahnya. Selalu dapat benda yg ntah hapehape je...Padahal hadiah yg kita sediakan power2 belaka. Hahahah
Tak tak aku tak nak menari bersama macam tu berulang kali.awkward sungguh tarian tu.kakakaka
ReplyDelete@Miss Fireflies
DeleteAwkward pun tapi kau suka kan?
Nak lagi??
[img]http://4.bp.blogspot.com/-sdwomwqEsNU/VdxQTXIr-6I/AAAAAAAAGbs/DdDNRdqS9P4/s0/cero_tra_400.gif[/img]
aku pon pernah menang SEKALI je hadiah cabutan bertuah.. tu pon lepas nombor aku 'dijampi' oleh kawan aku. hahahaha..
ReplyDelete@Haryz Khairuddin
DeleteHahaha...Apa maksud jampi kau tu?
Adakah rigged sistem macam aku ataupun.....hehehe
tak pernah dapat cabutan bertuah..nombor cabutan tu sipi-sipi pun tak pernah..semua jauhhhh sangat..baidewei gaya menari tu mcm hmm hahahaha..kbai..
ReplyDelete@stickynote
DeleteHahaha...
Sama la. Nombor yg menang pun tak pernah dekat langsung.
Kekadang macam nak marah pun ada, tapi apakan daya...
Hahahaha
btw, jom laa menari sama-sama :)
Rezeki tuuuu. Tahniah! Aku terhibur dgn animasi cero menari tu. ahaha. Boleh buat emoji.
ReplyDelete@Yusro Yusoh
DeleteYe laa kan. Orang kata rezeki ni misteri...hehehe
Aku sendiri pun suka tgk gif tu...hahaha
Ehehehe... comelnya menari. tngh feeling2 citer bertuah. tiba2 ending menari. tros gelak.
ReplyDelete@Amna Shark
DeleteWahahaha...
Itu fungsi dia. Nak bagi orang ending dgn gembira...hehehe
firsttt....!!!!
ReplyDeletehahaha..mungkin ko dah layak untuk digelat lelaki tebertuah kat malaysia bero..
aku teman ko menari ok..dum cha cha hca
-kartunster-
@kartunster
DeleteAhhh kau first sangat...hahahaha
Typo bersepah bro.
Blog bila nak update? Hahahah
hahaha..
ReplyDeletegembire sangant gamaknye tu..
tarian itu menyerlahkan dan menzahirkannya..
semoga lebih bertuah lagi selepas ini ye.. :)
(imaginary high 5)
@MS. NO NAME
DeleteHahaha...
Biasa laa, orang tak pernah bertuah, sekali bertuah memang gembira bukan kepalang...hahahah
Harap2nye akan bertuah laa lagi nanti insyaAllah...hehehe
**imaginary high 5**
kawan aku cakap,
ReplyDeleteorang yang x pernah menang cabutan bertuah ni, satu hari nanti dia akan dapat hadiah gempak giler..
tak taw la kawan aku tgh sedapkan hati aku ke apa.. hahahhaha
@Raz
DeleteRasanya dia tgh sedapkan hati je tu,
sbb dah berjanggut aku tunggu tak pernah2 jugak daapt hadiah gempak. Hahaha
haha penah rasa gini,,pasuh bila tetiba dpt bende2 betuah ni,rasa mcm ajaib nau
ReplyDelete@amira faqihah
DeleteBetul. Rasa macam tak caya...Rasa macam ada orang saje nak prank pon ada jgak...Rasa macam ada kamera tersembunyi yg merakam segala reaksi..hahahha
Saya pernah follow lucky kononnye... tapi finally.. ada rasa was2 terus tak reply... apapn zaman sekarang macam2 kan...
ReplyDeleteComei je kartin nari2 tu... cute...
@CintaHati Lina
DeleteBaru tgk kartun je, belum tengok tuan dia sebenar lagi comei...
**muntah hijau**
Saya berminat ! Saya berminat nak tau kisah pasal rigged sistem. Haha
ReplyDeleteTahniah laa yer sebab menang...
Lepas nie join laa lagi. Mana tau nasib memang dah berubah :P
Testing testing ???
[img]http://2.bp.blogspot.com/-NK4jj-HGEPc/VdxQS1KRJ8I/AAAAAAAAGbo/gktxUjV1wlk/s0/cero_400.gif[/img]
@Kakak Tiru Cinderella
DeleteKalau ada masa lebih nanti aku try cerita camne...tapi tak janji arr...hehehe
aku pun jarang sangat bertuah. sebab tu bila nampak ada pertandingan aku buat derk ja. haha
ReplyDelete@Gwen Mahdi
DeleteAku pun selalunya buat dek, tapi hari tu tergerak hati pulak nak join. Sekali menang. Wow. Gembiranya tak terkira...heheheh
dah pehal GIF tu comel sangat??! rasa nak ikut menari ke kiri ke kanan pulakss XD
ReplyDeleteapa hadiah tu? taknak bagitau ke? wakakkakaa. gigih scroll komen :3 dulu BV suka join giveaway, selalu jugak menang. wakakkaa. :D sekarang kureng dah luck2 nie :D
@BudakVanilla
DeleteBaru tengok GIF je menari, belum tengok orang sebenarnya menari lagi.
Sure kena baling telur...hhahaha
Nak tahu hadiah dia??
[img]http://i111.photobucket.com/albums/n149/lilyville/puqvp_zpsjloec6br.jpg[/img]
Jealous aku tgk rambut kau berterbangan. Nampak kelembutan kat rambut kau weh. Kau pakai sunsilk apa? Hahaha...
ReplyDeleteSama la aku selalu x dpt pun cabutan bertuah ni. Memang x cukup lucky kot dlm evebt cabutan bertuah ni. Hmmm..xpelah..
Tajuk entri kau style. Dia macam boleh jadi camni. Kau nak citer pasal anak kau dan pada masa yg sama kau nak bagitau yg kau keturunan India. So, Di Anak/Lelaki C. So, aku dah tahu nama anak kau nanti D. Kalau ada lagi dua anak dah boleh agak nama diorang E dan F. Kahkahkah...
Komen ni lawak XD
Delete#mudahterhibur
-Star-
tudia komen Bro Ley boleh tahan buat aku tersembur ayaq lioq baca hahahaha
Deleteehem~ part lucky winner ni. aku malas ar nak ckp banyak. aku rasa aku mcm agak lucky je. kahkahkah =P
weyhh apsal smooth sgt cEro menari? hahaha
meh aku tompang teman hang menari cEro kikiki
[img]https://lh3.googleusercontent.com/-5ShVWGWoAvQ/VXeZ9rOkiAI/AAAAAAAAD2A/k4JcMsvv0BA/s319/15%2B-%2B2[/img]
@Bro Ley
DeleteRambut aku lembut pakai petua orang kampung je, minyak kelapa dara. Yang dara tau, bukan yg lain. Hehehe.
InsyaAllah nanti lama2 ada laa tu datang tuahnya. Kena sabar menunggu. Hehehe
Alamak aih. AKu baru nak buat tEka-tEki pasal tu tapi kau dah bongkarkan habis. Hebat betul kau ni. Detektif Konon ke kau ni? Hehehe
@star
DeleteBro Ley memang macam tu...hehehe
@anamizu
DeleteHaaaaaa....
This is first time orang kata bertuah.
Kalau baca semua komen ke atas, semua kata tak bertuah...hehehhe
Kongsi laa sikit ilmu macam mana boleh bertuah tu...hehehe
Jom joget sama-sama jom! Hehehe
@star, kau jangan caya cakap cero ni. aku baik je kot...kalau kau x caya baca ni: Jenis2 orang yang aku tak suka...
Delete@ana
DeleteAku rasa kau ada penyakit high saliva pressure la.....sampai tersembur2 ayaq lioq hang. Sila dapatkan nasihat pakar kesihatan yg x bertauliah iaitu cero. kahkah..
Terima kasih semua kerana puji aku melambung-lambung sampai aku gayat dah ni..kehkeh..
Delete@cero
ReplyDeleteLa....kau nak buat teka-teki macam tu..aduh x payah la cero. kau xde bakat langsung la buat teke-teki kalau macam tu je soalan dia. Teka-teki camtu tutup sebelah mata pun aku boleh jawab la...hahaha.
Tu la aku ingat nak buat part time jadi detektif konon la..bakat dah adani....hehehe...
@Bro Ley
DeleteKang aku bagi teka-teki yg susah nanti tak terjawab plak...
hehehe