Salam.
Siapa baca tajuk entri ni dalam irama lagu 'Telefon Berbunyi' angkat tangan!
**angkat tangan**
Jadi biar aku pendekkan cerita.
Salah satu misi jangka panjang aku yang pada orang biasa mungkin akan kata aku ni kuat berangan tapi sebenarnya aku betul-betul serius ialah mencipta mesin masa.
Dan salah satu aktiviti yang aku rancang kalau berjaya cipta mesin masa ialah pergi ke masa silam dan berjumpa dengan aku (diri sendiri) pada waktu itu. Pergi ngeteh dan catch-up, kasi kata-kata motivasi dan sedikit tips untuk berjaya memandangkan I don't have that kind of figure buat masa sekarang. Simple.
Dan suatu hari pada bulan Ogos 2015,
bila aku tinjau siapa yang call semasa handphone aku berdering ring ring ring,
aku dapati nombor yang call tu ialah nombor aku sendiri.
Bagaimanakah ini boleh berlaku?
Macam mana nombor telefon aku boleh naik dekat telefon yang sama?
Sihir apakah ini?
Logiknya,
kalau aku berjaya merentas masa dari masa depan ke masa sekarang
sudah tentu aku akan bawa handphone aku sekali.
Dan sudah tentu kalau aku nak jumpa diri aku pada masa itu,
aku akan call dia (aku).
Jadi, kemungkinan besar nombor aku yang call kepada handphone aku tu ialah aku dari masa depan.
At least itu yang aku fikirkan.
Sebab eksaited tambah nervous bercampur baur,
aku terlepas dari menjawab panggilan misteri itu.
Dan selepas bertanya kepada beberapa kawan,
rupanya kalau ada nombor sendiri call masuk, itu bermakna ada voicemail.
Maka realiti datang menampar aku sampai tersedar.
Kelakar ada, kecewa pun ada.
Kelakar sebab berangan tak hengat dunia.
Kecewa sebab alaaaa kenapa tak jadi realiti...
Tapi kalau memori dalam otak aku tak mengkhianati,
aku rasa voicemail handphone aku akan call dengan nombor prefix 1
(contoh kalau nombor aku 01x-xxx xxx8, voicemail aku ialah 101x-xxx xxx8)
Tapi,
memori manusia ni mana boleh percaya sangat.
Apa menu makan malam aku tadi pun aku dah tak ingat dah.
Pengajarannya di sini,
walaupun #BeranganItuPercuma,
tapi yang boleh menjadikan angan-angan kita itu bernilai adalah usaha menjadikannya sebagai realiti.
And as for time travelling,
it's a long way to go.
Kalau korang sekarang dapat kesempatan berbual telefon dengan diri korang sendiri dari masa lepas,
agaknya apa yang korang nak bualkan?
Kalau aku,
aku patut warn aku yang dulu tentang ex aku yang menghancurkan hati tu.
Wahahahahahhaha.
.
*angkat tangan* Saya baca tajuk post ni sambil menyanyi.
ReplyDeleteHmmm, soalan KBKK sangat ni kalau dapat berbual dengan diri sendiri dari masa lalu. Macam banyak je yang akan dibualkan.
@Farah
DeleteSecara logiknya memang banyak benda nak dibualkan,
tapi rasanya kalau jadi betul2 mesti rasa awkward gila...hahahaha
Telefon berbunyi ring ring ring, ku angkat ku tanpa siapaaaa...
ReplyDeleteSyahdu betul lagu ni. Tp zmn sekarang dh tak releven, mana ada hp bunyi ring ring ring dh, most of them bunyi mp3, ke u still stick to the old ring? *Chuckle*
Gua tak pernah dapat apa2 call sejak sebulan lalu.. forever alone ah katakan. If ada call pun family atau salah no. Inikan pulak nk dapat call dr diri sendiri, kakaka.
If only gua dpt kembali berjumpa zeraroks di masa silam, gua akan pesan 'spend more time with mom' kpd zeraroks remaja dan 'spend more time with dad' kpd zeraroks kecik. Dan of course, stay away from 'that asshole' (ex) kepada zeraroks dewasa.
@Zyra Roxx
DeleteHp I guna ringtone opening Mr. Brightside. Awesome tak? Hehehe
Meh bagi nombor telefon meh, boleh bagi miss call tiap2 hari supaya tak forever alone. Hehehe
Alaaa Z, sedih plak bila baca komen ni, Tetiba terasa nak peluk mak & abah ketat-ketat :(
misskol aje? dah takde zaman lah bang, 15 tahun dulu boleh lah
Deletekahkahakha! :p
@Zyra Roxx
DeleteAlaaa....
Habis tu orang zaman sekarang buat apa selain miss call?
hahhaha, BV pun pernah kena call nombor sendiri. tak berani angkat sebab rasa seram semacam. wakakaka. padahal adik kata voicemail je kot. :3 masa tu tengah femes orang kena pukau melalui telefon. XD
ReplyDelete@BudakVanilla
DeleteKaann??
Rasa seram je bila nombor sendiri call..hehehe
Takut jugak jadi apa2 tak elok.
Zaman sekarang guna SMS pun boleh pukau :(
*angkat tangan*
ReplyDeletehahahah oit takkan br tau psl voicemail tu? tp 1st time kena aku pun pelik nombo sendiri call haha.
ex tu semua pengajaran, jgn pernah ada sesalan kakakkakakaka
@NADIA vs BERON
DeleteSeram ooo bila dapat call dr diri sendiri...
Seram tak ingat...Hehehe
Yup, memang betul. Pengajaran. Tapi kesakitan yg dia bagi tak terubat ooo..Distortedly broken habis semuanya...hehehe
Hahaha kantoi pula ternyanyi sambil baca tajuk.
ReplyDeleteKelakar la awak ni, org dh tahu lama dh,hihihiks.
@CikMai
DeleteHahaha. Itu laa pasal.
Dulu cita-cita nak jadi stand-up comedian, so tu yg kekadang kelakar tu. Whahahaah
Kalau jumpa diri aku sendiri pd masa lalu, aku akam ckp "Please die" lol!
ReplyDeleteBut on a more positive(?) thinking, aku akan suruh kurangkan malas dan degil kot.
Tapi, a better way is not to regret the past kan. Masa berlalu xdpt diulang. But ofkosla si pesimis mcm aku akan sentiasa have regrets.
*akan*
Delete@star
Delete1st aku rasa mesti awkward kalau jumpa diri sendiri.
Then aku macam dapat rasa yg kalau aku dinasihati oleh diri aku sendiri, aku akan rasa 'eh, apahal dia ni nak nasihat2 bagai..' so nanti end up buat yg sebaliknya...hahaha
Serius la kau imagine sampai mcm tu sekali. hahaha....Aku kalau dapat call dari no sendiri aku akan automatik takut sebab aku tau panggilan jenis2 cenggini bakal makan kredit aku. So, biar je la sampai habis ringtone tu....
ReplyDeleteCerita kau ni mcm movie Doraemon: Stand By Me. Lebih kurang la...dlm citer tu Cucu Nobita dari masa depan yg datang pergi jumpa tolong Nobita yg agak loser tu...So, kalau ikut cerita kau ni watak kau sesuai sebagai Nobita tu. Baju dah sama warna. Hahaha....
Kesian aku tgk Nobita kena hina dgn Doraemon kat dalam citer tu. "Awak ni Nobita, dah la pemalas, tak guna, suka menyusahkan orang, takde matlamat hidup, cepat mengalah, pemalas, tak guna."
Tengok la citer doraemon ni. Mesti kau rasa mcm tengah tengok diri sendiri. Hahaha....Rilek eh cero. Gurau je. Kau jgn makan hati pulak. :)
gahahaha gua dah tgok stand by me, rasa cm nk nangis gak sbb tacing, tak rock langsung gua ini, hampeh :3
Delete*nak jadi shizuka*
@Bro Ley
DeleteSILA JANGAN SPOILER. AKU TAK TENGOK LAGI CERITA TU.
Hari tu rancang nak tengok dekat wayang, last2 terlepas tarikh macam tu je. Sekarang rancang sama ada nak download (illegal) atau nak beli DVD je...
Okey what jadi Nobita. Dlm siri baru Doraemon yg tayang hari sabtu pukul 7 di NTV7 tu, Nobita ni tak laa teruk sangat sebenarnya...hehehehe
@Zyra Roxx
DeleteHi Shizuka. Boleh intai mandi susu?
**kena baling dengan besen air**
[img]http://2.bp.blogspot.com/-YvIbP_EZSCc/VdLTlHA7NEI/AAAAAAAAGa0/REty4WkqzZY/s0/future_00.png[/img]
ReplyDeleteHaha...jadi la cero...aku tekan preview x jadi. Rupanya kena publish terus baru boleh jadi. Thanks weh...
Delete@Bro Ley
DeleteMemang tekan preview tak nampak. Maka kena tawakal laa kalau silap...hehehe
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSorry cero spam komen kau...excited lak. hahaha.....
Delete@Bro Ley
DeleteBesor sangat Ley yg Nobita tu.
Nanti try cari yang kecik2 je dalam saiz bawah 700pixel lebar, baru nampak penuh. Hehehe
Ok cero.....ok......
DeleteAku faham maksud kau. Semak gila kan gambar besar2 tu ada kat komen. Aku faham apa yg kau nak bgtau. Aku faham.....walaupun kau cuba berkias tapi aku faham. Kau jgn risau, aku dah delete gambar x senonoh tu. haha....
@Bro Ley
DeleteLaaa...Salah anggap la tu.
Aku tak kisah laa nak letak gambar apa pun asalkan tak offensive je.
Itu tujuan aku buat kasi boleh komen gambar.
Cuma kalau saiz besar nanti nampak sekerat je, jadi tak best. Hehehe
Peace yaw!
Ini lawak. Pernah terjadi jugak macam nie. Tak berani angkat.. Ingatkan ada ahli sihir. Hahahaha --'
ReplyDelete@Kakak Tiri Cinderella
DeleteTry laa angkat. Tapi rasanya tak ada harm mana pun. Tak tau plak kalau sihir...hehehe
pernah dapat call dari nombor sendiri, dan aku tau ini mesti voicemail, so aku biarkan je, karang2 bila aku rasa nak check, aku check la... hahah ;3
ReplyDelete@plain83
DeleteSebelum ni kebanyakan voicemail aku dia bagi SMS je bagitau suruh call certain nombor ni utk dgr voicemail, takde plak sampai call dr nombor sendiri macam ni. Hehehe
aku pon pernah dapat.. aku igt telefon aku rosak.. so aku biarkan je.. x taw plak voice mail.. ignorance nye aku kah3
ReplyDelete@Raz
DeleteAku pun dengar dr orang, tak pernah berjaya angkat pun.
Rasanya betul laa tu voicemail...Hehe
tumpang test
ReplyDelete[img]http://i.imgur.com/dhMeAzK.gif[/img]
yeay jadi. tq cero huhu
Deletevah vah vah! makin meriah lah ruang komen C lepas neh ><
Delete@Boss Noob
DeleteWaahhh!!! GIF pun boleh ghupenye.
Aku sendiri pun baru tahu :)
haha masa first time dpt call dari numbo sendiri ingatkan ada dua org pakai numboq sama,tp mana lojik gitu --'
ReplyDelete@amira faqihah
DeleteDulu pernah ada kes telefon fixed line kena curi line dan ada dua nombor sama. Bila call, ada dua orang angkat. Tapi tak pernah plak terfikir boleh jadi kalau hendphone :0
power imagination kau..level 99999..kalau laa betul boleh jd mcm kau imagine tu, aku ni dah berapa kali dah di call oleh aku dari masa depan hahahhahaha
ReplyDelete@mashy_entah
DeleteKalau laa dgn berangan boleh dapat duit, dah kaya raya 2.6 billion dah aku ni tak payah orang derma. Hahaha
aku pon mcm bro ley gak. kalo nombor aku sndiri yg call fon aku mmg aku x jwb. aku biarkan aje smpai dia senyap hehehe
ReplyDelete@anamizu
DeleteHahaha...Try laa jawab. Mana tau Ana dr masa depan yg call. Hehehe
aku nak test gak lah.
ReplyDelete[img]http://vignette1.wikia.nocookie.net/doraemon/images/f/fc/Shizuka_(4).gif/revision/latest?cb=20140328074814&path-prefix=en[/img]
@anamizu
DeleteAahhh! Shizuka!
ehhhh alamak jadi lah! ahahahaha aku pon exited sama! ahahahahah sory cEro ! hahahaha [img]http://i87.photobucket.com/albums/k153/Desirayyy/Mobile%20Uploads/tumblr_ne2rut5iFi1tafeuqo2_500_zpsbmkinl4x.gif[/img]
ReplyDelete@anamizu
DeleteHahaha..Suka dia main komen gambar. Hehehe
cakap dengan diri sendiri buat buisness online :-)
ReplyDelete@Nabihah Arrose
DeleteBetul jugak tu.
Bagitahu diri kita apa prospect yg menguntungkan pd masa akan datang then nanti boleh kaya senang. Whahahah
HAHHAH aku pun pernah dapat call daripada no. sendiri.
ReplyDeleteBila tanya kawan, baru tahu.
Aku akan cakap kat diri aku, banyakkan membaca dan tambah skill baru. Pastu suruh stay awesomee and stay cooool! HAHAHAHA
@nanadhoi
DeleteKaaann. Misteri sangat masa nampak nombor sendiri terpapar dkat skrin...hehehe
Bagus nasihat tu. Aku pun harap aku lebih banyak membaca dan perbanyakan skil baru, dan belajar pandai2...hehehe
aku akan cakap tidurlah siang selagi mampu sebab bila kau besar nanti kau dah jarang dapat peluang itu. oh dan berenti meratah milo sebab nanti kau gendut.
ReplyDelete@Gwen Mahdi
DeleteHahaha...ni kes tak dapat tidur banyak laa ni...hehehe
Betui ada ka no sendri cl??musykil jap.,hehe
ReplyDelete@adrianna syaz
DeleteBetul. Takut oo bila first time dapat. hehehe
kahkahkah.... tp sy kalau dpt voicemail, dia msg je..
ReplyDelete@Zizie Zack
DeleteAku pun kekadang dapat jugak SMS.
Maybe lain operator lain kot cara bagitahu voicemail dia...
kalau df lah kan. Df pun sama macam cero. warn diri tentang kesah selam haha :D
ReplyDelete@Afiqah
DeleteKaann.
Ada banyak sangat perkara yg rasa macam "I wish someone has told me that..."
nanti aku nak update blog pasal telefon jugak tapi telefon rumah.cara2 nak gayut tepon sampai subuh tanpa pengetahuan parents time muda2 lu zaman sekolah.kakaka
ReplyDelete@Miss Fireflies
DeleteHahaha...Ini mesti kisah berdasarkan pengalaman sebenar ni.
Hahaha
aku banyak kali dapat call camtu. itu adalah voicemail jewww. tapi tengok katun ko tu buat aku ketawa terbahak bahak. kemain over action nya. lulz!
ReplyDelete@~* chirpy_chummy *~
DeleteHahaha..itu reaction aku yg biasa je Mar.
Kau belum tengok lagi reaction aku yang over...hahaha
(angkat tangan) yup. saya baca tajuk smbil nyanyi. hehe...
ReplyDeletepernah terpikir gak psl teringin nk bg nasihat kat saya yg masa dulu. ada baaaaanyak bnda nk pesan. haha...
@Amna Shark
DeleteKaaannn... Kalau ada kesempatan memang banyak benda nak bagitau...lebih kepada nak warning supaya kita di masa dulu tak merasa kesakitan kita di masa sekarang.
Ecewah ayat.
kalau aku boleh bercakap dengan aku yang dari masa lepas, aku nak bagitau yang kat tahun 2012, jangan frust sampai makan banyak, berat naik berkilo-kilo!! payah aku nak berusaha jaga makan, exercise bagai!! Haiyakkk!!
ReplyDelete@Danial Jaafar
DeleteI feel you, bro.
Aku pun kalau boleh nak tepuk bahu aku yang dulu masa baru lepas frust menonggeng dulu.
At my time dulu, tak ada support buddy langsung, tu yg jadi broken macam sekarang ni...huhu