Salam.
Tuah jarang melekat pada diri aku...
...dan aku okey dengannya.
Beberapa minggu lepas aku ada join satu peraduan dalam
twitter yang dianjurkan satu agensi pengiklanan yang agak dikenali.
Arahannya senang:
"Win an #xxxxxxxx merchandise set!
Just tell us why you should get one.
5 lucky replies, win!"
Aku pun reply atas dasar suka-suka.
Sebab semuanya atas dasar 'lucky', 'tuah',
maka aku tidak mengharap langsung nak menang.
Tuah dan aku bagaikan magnet yang sama kutub, saling bertolakan.
Sepanjang hidup aku,
antara perkara yang aku amat yakin ialah aku sangat tidak bertuah dalam peraduan yang tidak memerlukan usaha dan hanya melibatkan nasib seperti cabutan bertuah, 'pilih 5 penyertaan', dan 'drawing short straw'.
Walaupun cabutan bertuah untuk hari jamuan kelas, aku tak pernah menang.
Dan kalau satu-satu jamuan itu kata akan ada cabutan bertuah di hujung acara dan meminta kita untuk stay sampai acara habis, aku tak pernah kisah langsung dan terus balik sebab aku tahu aku tak akan menang.
Malah,
satu-satunya cabutan bertuah yang pernah aku menangi ialah semasa berada dalam satu majlis yang aku sendiri rigged sistem cabutan dia sehingga meningkatkan peluang kemenangan aku kepada 10%.
Aku lakukannya atas dasar suka-suka,
dan aku tak claim hadiah yang aku dapat.
Bagaimana aku lakukan?
Itu cerita lain, mungkin aku akan ceritakan di dalam entri lain kalau ada yang berminat.
Pendek kata,
aku memang seorang yang tidak bertuah.
Berbalik kepada cerita peraduan tadi,
beberapa hari yang lepas aku periksa emel dan mendapati aku menangi peraduan itu.
Ya. AKU MENANG.
Aku di antara 5 lucky replies.
Reply aku lucky. Aku lucky.
LUCKY!
Pada mulanya aku sedikit kurang percaya.
Maklumlah,
setelah berpuluh tahun purba usia aku telah kena conditioning bahawa aku ni tidak bernasib baik, dan pula beratus-ratus emel scam yang aku dapat kata aku menang hadiah dari Google lah, ada orang dari China nak bagi harta warisan lah, dan juga emel scam untuk pen*s enlargement (apakah neraka?) lah,
sudah tentu bila dapat satu emel yang mengatakan aku menang peraduan menjadikan aku sangat skeptik.
Tak gitu?
Tapi selepas aku periksa alamat emelnya,
aku balas bertanyakan kesahihannya,
dan dia balas kembali memberikan pengesahan,
maka aku sedar ini bukannya scam.
Dan selepas dua kali tampar pipi,
aku sedar ini juga bukan mimpi.
Aku betul-betul menang. Yaay!
Dan selepas beberapa hari,
bungkusan hadiah sampai ke rumah.
Bila lihat hadiah hasil 'tuah' aku berada di depan mata,
keterujaannya bukan kepalang.
Syukur alhamdulillah.
Rupanya ini perasaan gembira menang sesuatu.
Sangat tak biasa. Sangat awkward.
But yet I'm very happy about it.
Mungkin ada antara kalian anggap ianya perkara kecil.
Malah hadiahnya bukanlah besar mana,
tapi hadiah itu sudah cukup buat aku tersenyum riang selama seminggu.
Yup. SEMINGGU tersenyum macam orang gila.
Mungkin nasib aku sudah berubah,
mungkin juga aku sendiri yang berubah,
tapi apapun yang berubah, itu bukan urusan aku. Itu urusan Dia.
Yang penting aku akan menikmati kegembiraan yang amat jarang aku kecapi ini...
..dengan menari.
Jom menari sama-sama :)
.