Hello buLan,
Biar saya beritahu sesuatu.
Saya selalu ingin bertanyakan khabar awak di sana,
tapi saya tidak pasti bagaimana.
Apa yang saya pasti ialah awak akan sentiasa disayangi.
Awak memang begitu.
Awak sentiasa membuatkan orang yang melihat awak akan menyayangi.
Naluri azali mereka akan melindungi.
Mereka akan tenang dengan awak.
You are lovable.
It's, somewhat, like a superpower you possessed.
If you ask how am I doing, I'm just okay.
2014 sudah menjadi sejarah.
Walaupun saya mulakan tahun itu dengan semangat yang berkobar-kobar,
tapi tetap ianya bukanlah tahun untuk saya.
Saya masih di takuk lama.
Takuk yang semakin hari semakin selesa walau bagaimanapun badai melanda di sekitarnya.
Takuk yang semakin lama semakin dalam saya gali.
Semakin lama semakin tinggi untuk saya daki.
Saya sedar tentangnya.
Selagi saya di sini, selagi itu saya tidak dapat pergi.
Pergi mencari sesuatu erti yang bakal memandu diri.
Even a Sandshrew will eventually evolve to Sandslash,
but Sandslash curls up into a spiny ball when threatened.
Should I curl too?
Tapi dalam tahun itu saya ada buat satu keputusan.
Keputusan yang selama ini saya was-was untuk putuskan.
Saya berhasrat mahu sambung pelajaran.
Sesuatu yang baru, atau sesuatu yang lebih maju,
itu saya akan perincikan kemudian.
It will be hard.
Tapi itu keputusan saya. Saya lelaki.
Dan lelaki tidak akan tarik kata-kata sendiri.
Seperti ada pemberat yang menjadi sauh cangkuk menghalang saya ke depan.
Adakah pemberat itu memori kita yang tersimpan?
Ya, memori kita.
Tapi ianya bukan pemberat. Ianya penguat.
Saya pasti amat.
Keluarga sudah bertanya tentang jodoh.
Saya tergelak kerana di alam sejajar yang lain, kita mungkin sedang bersama.
Tapi itu tidak berlaku di realiti ini.
Saya bodoh. Hodoh.
Dalam realiti ini, jodoh tidak pernah menjadi kerisauan.
Namun, jam biologi tidak pernah menunggu si tuan.
Satu hari satu masa saya tetap kena fikirkan.
Mungkin masanya ialah sekarang?
Mungkin juga masanya tidak akan datang?
Soalannya,
bagaimana mahu berdua jika yang pertama tidak terjaga?
Hidup ini seperti berlegar dalam gelung moebius tanpa kesudahan.
Ianya tidak teruk, tapi juga pastinya tidak bagus.
Tiada jalan keluar. Bagaimana?
Mungkin selama pra-2015 ini saya terlalu fokus pada diri.
Mungkin untuk pasca-2014, saya perlu lebih membahagiakan orang lain dengan harapan kebahagiaan kembali berbalik kepada sendiri.
Seperti bulan yang malar dalam keadaan jatuh ke bumi namun masih tidak mencecah tanah, tapi dalam usahanya mengejar batu ketiga itu masih mampu memantulkan cahaya bola suria pada malam yang indah dan berseri.
Gelaklah.
Aku sedang bercakap dengan bulan.
Kerana seperti bulan, aku juga begitu.
Satu sisi sentiasa menghadap.
Satu sisi lagi sentiasa bergelap.
.