Entri ini khusus untuk Sarah.
Dia yang suruh aku buat review buku ini.
Dia kata dia nak tahu jenis buku apa yang aku baca.
Aku rasa aku memang seorang pembaca yang setia,
dari komik, surat khabar, blog, papan tanda jalan, label belakang kotak barangan, label di ubat gigi, label jenama pengeluar yang tertulis di hujung jamban mencangkung, sampailah ke nombor plat kenderaan di hadapan aku semasa sedang aku menunggang motosikal,
semuanya aku baca.
Cuma aku kurang minat membaca buku, sebab baca buku perlukan komitmen.
Hehehe.
Tapi aku tahu, dengan membaca buku aku mampu dapat maklumat yang mungkin aku tak tahu jika aku tidak membacanya.
Disebabkan maklumat amatlah penting pada zaman globalisasi masa kini,
maka membaca buku adalah satu keperluan untuk terus hidup.
Memandangkan aku tak selalu baca buku,
maka aku tidak tahu format sebenar nak buat review buku.
So, bear with me, please.
Cukuplah mukadimah.
Beberapa bulan lalu aku beli satu buku ini.
Aku selalu terfikir,
bila orang buat salah, ditangkap, dan disabitkan kesalahan,
dia kemungkinan akan dipenjarakan.
Tapi apa pula yang berlaku semasa di penjara?
Adakah si pesalah berubah ke arah positif?
Ataupun apabila sekumpulan orang buat salah dikumpulkan di dalam satu tempat, maka perkara negatif menjadi lebih dominan?
Sebab itulah aku beli buku Hotel K ini.

Naaahhhh..
Sebab utama aku beli buku Hotel K ini adalah kerana tajuknya ada huruf K.
Hotel K bukanlah cerita fiksyen.
Ianya termasuk di dalam genre 'Non-fiction/ True Crime'.
Kisah di dalamnya ialah kumulatif kepada pengalaman penghuni penjara di Bali, Indonesia yang dipanggil Penjara Kerobokan.
Kisah dan pengalaman itu dikumpulkan oleh Kathryn Bonella, selaku penulis buku ini.
Penulis bukanlah penghuni Hotel K, tapi dia berulang alik masuk keluar Hotel K untuk menemubual para penghuni.
'Hotel K' datang dari namanya, Hotel Kerobokan,
di mana walaupun ianya sebuah penjara, namun hakikatnya lebih kepada perihal sebuah hotel.
Dengan kuasa wang, sesiapa sahaja yang menghuninya mampu memiliki hampir apa sahaja, sama ada tempat tinggal yang selesa, makanan yang sedap, bilik yang menghadap pantai indah Bali, mahupun dadah, arak, perkhidmatan seks dan jika kena dengan nilainya, mereka juga mampu memiliki kebebasan dan boleh keluar dari 'hotel' itu bila-bila masa yang mereka suka.
Semuanya dengan kuasa wang.
Dadah, pesta arak, seks bebas.
Disebabkan ianya terletak di Bali, sebuah destinasi pelancongan terkemuka dunia, maka penghuni Hotel K terdiri daripada golongan yang pelbagai; orang tempatan, pelancong asing, selebriti, malah pemimpin tempatan dan luar negara turut sama 'menghuni' hotel ini.
Penulis menceritakan satu persatu pengalaman penghuni Hotel K,
bermula dari jenayah yang mereka lakukan sehinggalah kehidupan mereka selepas disabitkan kesalahan.
Disebabkan penulis menceritakannya sebagai orang ketiga, maka kita yang membaca seolah-olah boleh melihat kejadian yang berlaku terhadap mereka di depan mata kita (dengan bantuan sedikit imaginasi laa).
Lama kelamaan, dari satu mukasurat kepada satu mukasurat yang lain, kita akan mula berasa 'familiar' dengan para penghuni yang diceritakan, sehingga mampu kenal personaliti masing-masing.
Untuk aku, aku sampai ada satu watak (penghuni) kegemaran dalam buku ini, iaitu Ruggiero dari Brazil.
Antara penghuni-penghuni lain yang turut diceritakan ialah Iwan Thalib yang ada makmal ekstasi di dalam Hotel K, Saidin yang masuk Hotel K sebab potong kepala orang, Gabriel yang suka surfing berasal dari Amerika, Juri dari Itali yang berkahwin di dalam Hotel K, Ronnie Ramsay yang merupakan adik buangan kepada jutawan chef, Gordon Ramsay, beberapa penjenayah yang digelar Bali Nine, dan juga kisah tentang Imam Samudera yang bertanggungjawab ke atas peristiwa pengeboman kelab malam di Bali beberapa tahun lepas.
Cerita yang diceritakan adalah sisi lain tentang kesemua mereka.
Walaupun digelar penjenayah dan banduan, tapi mereka juga manusia.
Mereka ada sisi baik mereka sendiri.
Namun, korupsi membuatkan mereka terpaksa teruskan kelangsungan hidup tanpa mengira baik atau buruk. Pegawai penjara yang gemar memerah wang penghuni, sistem penghakiman yang berlandaskan siapa kaya dia menang, teman satu jel yang baik dan dalam masa sama tidak boleh dipercayai, semuanya berteraskan wang.
Semakin aku semakin menghampiri 301 mukasurat ceritanya,
aku berasa seperti rasa tidak mahu menghabiskan buku ini,
bukan kerana ianya tidak bagus,
tapi kerana aku tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kepada watak-watak dalam buku ini.
Aku rasa kebarangkalian aku dan kalian untuk masuk penjara memang rendah,
(unless kalau muka hodoh merupakan satu jenayah, please arrest me...)
jadi dengan membaca buku ini, sedikit sebanyak kita dapat merasai pengalaman bagaimana kehidupan di penjara, walaupun bukan kita yang laluinya.
Ianya mengambil masa 3 bulan untuk aku (yang tak sukakan komitmen membaca ini) habis baca, jadi aku rasa kalian yang hebat membaca ni mesti sekejap dah boleh selesai, kan?
Kalau kalian jenis yang gemar novel tentang kena kahwin paksa dan lepas tu terjatuh cinta dengan pasangan sendiri tanpa disedari, Hotel K memang bukan untuk anda.
Hotel K boleh didapati di kedai buku terkemuka berdekatan anda.
.