Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 17, 2014

Yang Botak Hanya Sementara.



Salam,
sebelum ini aku bercerita tentang sebab kenapa aku botak,
minggu ini sambung sedikit lagi tentang kebotakan.









Memang bergenang mata masa nak keluar kedai gunting rambut tu.
Bila nampak tukang gunting sapu rambut aku yang bertaburan di atas lantai,
rasa semacam je...
Macam sebahagian dari aku hilang.
Rambut-rambut yang pernah menjadi peneman aku di kala susah senang,
kini berpisah dari badan dan disapu umpama sampah.
Bila difikirkan, aku sedikit tertekan.

Tapi hidup kena terus...

Botak tak semuanya mudah.
Minggu pertama, aku menjadi bahan jenaka kawan-kawan.
Macam-macam nama diberi.
Ayat yang memang standard macam 'Kau nampak macam si polan ni laa..' itu memang biasa.
Asal tak samakan aku dengan orang yang tak elok, aku OK je.

Tapi,
rambut botak memang sementara.
Aku tak pasti hormon terlebih atau genetik,
tapi rambut aku memang cepat panjang.
Ikutkan, tak sampai tiga minggu botak, kini rambut aku dah boleh sikat.

Respek dan tabik untuk mereka-mereka yang mampu kekal botak.
Maknanya, mesti selang seminggu dua mereka akan pergi trim
atau beli mesin sendiri dan trim di rumah.
Pendek kata, nak kekal botak pun kena ada jagaannya juga, kan?

Hmm...
Tetiba rasa nak pergi trim.




.




26 comments:

  1. Replies
    1. @Razfira
      Kalau botak sekata mmg kemas...
      Tapi kalau botak tak sekata, nampak serabut...hehehe

      Delete
  2. Perasaan itu bila melihat rambut sendiri bersepah atas lantai.
    Untunglah rambut cepat tumbuhh,

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Dulu masa panjang mmg penah gak rasa rambut gugur...
      tapi harap-harap sekarang dah tak gugur dah...

      Delete
  3. pergh, sat ja noh rambut hg naik balik... jeles aku... hahah, aku ni kena pakai shampoo hair reactive woo nak bagi rambut kurang gugur, ni aku keep my hair short je cam tomboi yg jambu (LoL), nak kurangkan efek rambut gugur (plus nak kurangkan migraine)... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Shampoo hair reactive tu camne? Jenama apa ko pakai plain?
      mak recommend dkat adik aku sbb dia rambut gugur jugak...

      Delete
    2. Audace Extra Hair Reactive... kira ok la shampoo ni bagi aku, takdelah superb sangat kesannya, boleh laa...

      Delete
    3. @plain83
      Ok, nanti aku try recommend.
      Mmg kebelakangan ni rambut gugur dia menjadi-jadi.
      Thanks Plain :)

      Delete
  4. Replies
    1. @Miss Fireflies
      Mawi kacak sikit. Sikit je...hahaha

      Delete
  5. itu hari aku gi gunting rambut.. dah fikir nak tebas terus no 1.
    dah duduk atas kerusi, barber tanya gunting macam mana...

    dalam hati nak no 1, mulut lancar jer kabo "macam biasa"

    aku masih tak kuat.. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Betul tu ojin...Nak tebas botak kena tekad kuat...
      Aku pon pikir berpuluh-puluh kali baru bulat tekad...

      Delete
  6. ini mesti genetik keluarga rambut tebal, selalunya org rambut tebal ni rambut dia cepat tumbuh balik..selalunya lah..
    p/s: topi itik paling best, serupa itik betul kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Dulu ye, rambut tebal...
      tp belakangan ni tak brape nak tebal mgkin sbb faktor usia dan faktor cuaca kot...
      tu yang tekad nak botak tu...hehehe
      p/s: agak2 kalau buat jual topi tu, laku tak?

      Delete
    2. Topi itik tu mmg ada dah jual..tp saiz bayi..and itik mmg tgh trend skrg..mana pegi pun mesti jumpa itik kuning mulut oren ni..

      Delete
    3. @mashy_entah
      Yang utk baby mmg selalu nampak...
      Banyak jenis binatang lain pun ada jugak...
      Tp yg dewasa punya tak pernah lagi.
      Mungkin org tak berani nak pakai kot...hehehe

      Delete
  7. aku rasa aku dah klik publish tadi, tp pesal tak keluar pun komen aku tadi?

    ah, tak seronoklah nak komen dua kali. first time je rasa honestly dari hati. gituh!

    hrmm..aku nak kata comel gambar usap kepala tu. comel giler. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      sabar mar, sabar...
      dugaan orang demam memang macam tu...hehehe
      Suka giler aku bila usap kepala sendiri...hik hik hik

      Delete
  8. yeye je anda memiliki topi shank.. haha... bagi aku botak kemas.. sebab ayah aku pun botak kan... and yg penting, xda kelemumur.. so, tapayah nk pike nk beli shampu jenama apa... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. @cinderella besar sikit je
      Ada betul laa topi tu...cuma tak tau bila sesuai nak pakai...kang kata nak cosplayer plak...hehehe

      Delete
  9. Bila botak mudah dapat perhatian betul tak??
    Huhu tapi tak pernah la sampai botak sebelum ni.. mungkin kalau ada rezeki buat haji nnti >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ibnu Ramli
      Kalau botak tp muka hensem mmg dapat perhatian org.
      Tapi kalau muka pecah rumah mcam aku, orang lari...hehehe

      Nak jugak Haji!!! InsyaAllah...

      Delete
  10. msti org kata mcm Mawi la ! pstu mcm Faizal Ismail la ! ade dak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Ada sangat...
      Iye kan aje laa bila orang samakan kepala kita dgn mana2 artis...hehehe

      Delete
  11. lain org lain pandangannya..hehehehehehe......bukan cantik jer yg subjektif...tpi,botak pon subjektif..lololololololol....
    saya tamau botak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aiman mania
      Try botak aiman...best ooo...
      Sekali sekala botak puas hati oooo...

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: