Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 24, 2014

"Boleh tahan PERVERT juga kau ni..."


Salam.
Minggu lepas aku bercerita tentang bulu atas kepala,
kali ini aku mahu berkongsi sesuatu tentang wallpaper...






Putih lawannya hitam.

"Kira okey laa aku guna wallpaper gambar perempuan,
kalau aku guna gambar lelaki, nanti lain pula ceritanya..."

Hujah di atas pernah berlaku di kalangan kawan-kawan aku,
sampaikan aku sendiri guna trick yang sama bila wallpaper aku ditanya oleh adik perempuan aku.
Memang basic manusia bila sesuatu perkara dipertikaikan,
dan kemudian perkara itu dibalas dengan sesuatu yang lebih logik,
orang yang pada mulanya mempertikaikan akan kemudian menerima keadaan seadanya.

"Kenapa lambat?"
"Okey laa lambat, daripada tak datang langsung..."

"Mahalnya..."
"Mahal pun, kalau bermutu apa salahnya..."

"Jahatlah kau ni..."
"Ala, orang lain ada lagi jahat dari aku tau..."

Apa yang banyak orang gagal untuk fikirkan ialah,
tidak menggunakan wallpaper gambar perempuan tidak bermaksud kena guna wallpaper gambar lelaki.
Berlambak lagi gambar lain boleh dibuat wallpaper.
Gambar permandangan, kartun, abstrak, gambar kereta dan lain-lain.

Lawan kepada putih bukannya hitam.
Lawan kepada putih ialah 'bukan putih'.

Dari perspektif lain, aku cukup benci orang senyap-senyap berdiri di belakang semasa aku di hadapan komputer.

Post-scriptum:
Sorry for the seriousness tone in my post.
Lately mood tak ada sangat, nak lukis pun malas
(tu yang satu je yonkoma tu, selalunya aku buat 3 untuk satu entri).
Bukan sebab tak ada idea, tapi lebih kepada malas nak convert idea ke atas kertas.
Aku dalam misi mencari sesuatu yang dapat meningkatkan mood diri.
Kerja dalam keadaan berulang-ulang membuatkan aku cepat bosan dan hilang motivasi.

Jadi untuk memecahkan tone serious dalam post ni,
aku ada satu soalan:
'Apa lawan kepada tahi?'





.


27 comments:

  1. First, thank you. Aku google lawan kepada tahi and aku jumpa your blog. then aku taip antonym to poop or dung and i found a lot of thing termasuk asal usul 'poop'.. hahaha.

    synonym to poop: exhaust
    antonym to poop: strengthen

    "sebaik-baik hidup ialah hidup yg berliku... sebaik- baik kisah adalah kisah yg berliku..
    kerana itulah jln yg lurus... jln org2 yg diberi nikmat... jalan para nabi, kisahnya penuh liku" - ust salim a fillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @cinderella besar sikit je
      Kan? hehehe
      "Hidup, kalau monotonous je akan membosankan..." - cEro

      Delete
  2. Ko cerr buat cara aku. letak side mirror dekat tepi workspace. Bila ada orang lalu ke apa, boleh perasan. Cermin kecik pun jadi. Selamat.

    Lawan tahi kencing.la.kot. errr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      aku penah try letak side mirror tu, tp tak seronok arr...asyik terjeling-jeling ke kanan...hehehe
      Jadi, nak lagi selamat, setiap tempat kerja aku, aku akan mengadap ke pintu dan berbelakangkan dinding/ tingkap...hehehe

      Delete
  3. Haaaaaa... tengah artist block ya bang. Kakaka.. samalah dengan aku.

    Lawan kepada tahi ialah, bukan tahi. Mungkin perfume, bunga etc etc

    Ermmm.. ooo tadi aku klik link yg tak mesra browser kot. Aku buka guna browser, kembali kepada mobile mode. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Nak kata artist block, tak jugak...
      Idea ada, masa ada, cuma nak lukis tu macam tak datang tekad lg...
      Btol laa tu, artist block arr tu...hehehe

      Delete
  4. Ada sorang member aku dulu yg berfikiran mcm ko ckp ni, dia pernah tanya aku satu soklan annoying, pastu sendiri buat kesimpulan otak ringkas... dia tanya aku, "kenapa ko tak nak ade boipren?", aku jawab ringkas, "tak suka", pastu dia ckp, "tak suka lelaki eh? ko suka perempuan?"... nampak tak? nampak keringkasan otak beliau? LoL

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Peerrghhh...memang ramai weyh kawan aku yg suka berfikir mudah macam tu...
      Macam 'Hey, kenapa kau suka datang kenduri dgn fahmi (member sekolah aku)...Korang gay ke?'
      Like...WHAT?!

      Delete
  5. Tengah mental block? Happens to me everyday for the past 2 weeks..pegi drive area usm(since usm cantik banyak pokok), pegi pantai(drive pegi pantai tp tak keluar dr kereta pun, pandang je dr dalam sbb takut sunburn), pegi mcd( tapi duduk dlm kereta je sbb kelantan still boikot mcd)..bunyi mcm gila, but have to go find something else klu tak jadi lagi gila dr selalu kehkeh
    Lawan kpd tahi : bukan tahi lahh hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Betul2...
      Aku selalu dengar kalau mental block, pergi laa buat sesuatu yg lari dari norma setiap hari...
      Since aku duk KL, nak cari pantai memang susah (aku suka pantai)
      So, cara terdekat ialah pasang mp3 deruan ombak pantai dan baring separa lena...

      Delete
    2. PD kan ado..haha..baru semalam pegi pantai (kelantan banyakk pantai) konon nak dip kaki, last2 sekali semua ter dip dalam air laut haha

      Delete
    3. @mashy_entah
      PD? hm...
      Aku kalau ada pilihan, PD aku takkan pegi...
      Pantai tak lawa. Lain tak cantik. Suasana pun buat hilang mood je. Banyak sgt kelemahan PD tu...

      Delete
  6. *trying to think of witty comment* Nope,nothing.
    1- Paparan latar telefon aku skrg ialah kerlipan cahaya suram dalam kegelapan. Majoriti paparan latar aku mesti gelap,segelap jiwa ini haha! Okey, mungkin sebab aku silau,silau dari segi psikologi sebab bila periksa mata taklah tinggi mana. (komen keluar topik)
    2- Persepsi/ respon orang selalunya berdasarkan pengalaman dan cara pemikiran sendiri. Ada sesetengah perkara aku akan bagi respon tipikal seperti di atas,ada perkara lain aku boleh bagi respon yang berwawasan (baca=insightful). Dan bila aku cuba respon secara lawak,selalu gagal sebab org tak faham yg membuatkan rasa kekok kerana aku yg gelak beria-ia.
    3 - Tidak dapat tidak,aku selalu menghakimi lelaki yg letak gambar perempuan,tapi tak pula kalau perempuan pakai gambar lelaki,hrmm bias.
    Semasa taip komen ni,jadi hilang arah pula nak komen berkaitan entri. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar artis,selebriti dll. lah, kalau gambar pakwe/makwe memang terus pandang serong hahaha!

      Delete
    2. @star
      1. Tak elok utk mata laa kalau layan henfon dekat2 mata dlm keadaan bilik gelap...heheh

      2. Aku pon kadang2 nak keluar counter attack yg witty punya pasal sampai lupa akan logik di sebalik hujah. Tp selagi org boleh terima, apa salahnya, kan? hehehe

      3. Pakai wallpaper laptop/ komputer dgn gambar selebriti okey lg dr simpan gambar awek dlm wallet yg akhirnya berada di poket belakang punggung..heheheh

      Delete
  7. cemane ko xde mood sekalipon cero aku tetap suka dtg sini baca entry ko.
    tu lah aku pon paling x selesa bila ada org dok blkg aku masa aku tgh browsing.. rasa nak sound direct je masa tu jugak smpai die nanges haha

    manusia mmg slalu judge ikot 'normal' pd dorang kot.
    contohnye mcm soalan 'apa lawan pada tahi'
    mesti org jwb perfume ke atau etc yg wangi. konfem !

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Thanks anamizu sbb rajin singgah sini...hehehe
      Tu laa, kekadang org mmg tak berapa pandai nak hormat privacy kita, kan?

      Cabaran yg sebenarnya ialah meletakkan logik dan hujah sebelah menyebelah.
      Be logical is easy. Be witty is easy. But be logically witty is not that easy.

      Delete
  8. cero,aku first time singgah blog ko ni. Jauh sangat nak sampai. aku setuju dengan entry ko ni. lawan putih bukan hitam tapi bukan putih. yang ko tanya soalan lawan tahi pulak kenapa? haha. lawan tahi bukan tahi le. tapi adat la manusia, suka jawapan klise. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @budak
      Selamat singgah, budak.
      Rerajin laa singgah blog aku yg tak seberapa ni...hehehe
      Harap kita tak tergolong dlm golongan manusia klise...hehehe

      Delete
  9. baru nak jawab letak gambar hutan, gambar pemandangan tapi dah di explain kan sendiri pulak kat atas.

    apa lawan kepada tahi?

    air kot. bila kita flush air tu akan jirus bawak taik tu jatuh ke lobang jamban. okeh tahu tak kelakar. kbaii. HAHHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Hahaha...dah laa aku baca komen ni sambil makan....
      hampir tersedak baca pasal taik dan flush...hehehe

      Delete
  10. Salam, lama tak singgah sini... Aku macam terpandang satu nama... siapa Liyana tu? ;-)


    ~Zul~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zulhizam
      Hello Zul...Liyana? Siapa Liyana?
      Mana kau dapat nama tu? :)

      Delete
    2. @Zulhizam
      Wow! You have very good eyes.
      Jarang orang perasan benda remeh camtu...
      Dah lama aku buat macam tu, ini first time org perasan hidden message aku...hehehe

      Delete
    3. Kebetulan kot.. Hehe... Ade satu entri tahun lepas pon kebetulan jumpe link ke sandshrew :D... tapi dah lame sangat, malas nak komen... Aku start bace blog ni pon Mei tahun ni...

      Delete
    4. @Zulhizam
      Hahaha...bagus.
      Memang tak ramai yg perasan kebanyakan hidden message yg aku letak. Teruskan membaca ye :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License