Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 29, 2012

6 Jawapan Untuk Soalan Popular Itu.


Kalian tahu apa soalan paling popular ditanya semasa musim perayaan?
"Kau bila lagi?"


Bila masuk musim perayaan,
memang tak sah kalau tak ada aktiviti kunjung-mengunjung sanak saudara, kan?
Dengan sepupu sepapat masing-masing kendong anak kiri kanan.
Dengan kawan-kawan usung isteri suami masing-masing berbaju sedondon.
Yang keseorangan macam aku ni, akan menjadi bahan sakat mereka yang disebut.

"Kau bila lagi"

Bila soalan itu muncul dari mulut mereka,
aku akan sedaya upaya cuba mahu menamatkan perbualan sesegera mungkin.
Tapi,
kalau terus beredar tanpa jawapan,
nanti dilabel sombong pula.

Jadi,
aku sediakan enam jawapan untuk soalan popular itu.
Kebanyakkannya sudahpun aku pakai.

Berikut adalah ENAM jawapan tersebut.
Harap dapat membantu orang yang senasib dengan aku.




Jika setiap tahun kita jawab soalan itu dengan jawapan tahun depan, maka setiap tahun kita memberi harapan palsu terhadap mereka.
Kalau dibalas dengan, "Eih? Tahun lepas pun kata tahun depan?"
Maka, balaslah dengan "Kita manusia hanya merancang..." sambil berlalu dengan wajah sedih.
Jadi, pergi praktis wajah sedih sekarang!




Alasan bodoh mampu untuk menamatkan perbualan dengan segera.
Orang memang tak suka bercakap perkara serius dengan orang yang suka beri jawpaan bodoh.
Maka, balas soalan mereka dengan jawapan di atas dan pastikan mimik muka kena serius seolah-olah kalian betul-betul memaksudkannya.
Mereka akan terfikir, "Dia ni main-main ke, serius?"




Satu lagi yang mampu menamatkan perbualan adalah rasa bersalah.
Jawab soalan itu dengan nada yang paling sedih pernah kalian buat dan kalau boleh sertakan dengan airmata.
Jika kalian buat dengan jayanya, maka jangan risau, mereka takkan sentuh lagi isu tersebut, paling tidak sampai raya tahun depan.




Sarkastik tidak pernah mengecewakan.
Biarkan si penyoal merasa diri mereka kurang bijak dengan menghentam kembali soalan mereka dengan kata-kata pedas.
Kadang-kadang, orang-orang macam mereka ini yang tak mampu nak jaga sensitiviti orang lain memang layak dihidang dengan sajian sarkastik.




Sesetengah dari mereka (terutamanya makcik-makcik) sangat sensitif dengan isu poligami.
Maka, jika mereka menyentuh sensitiviti kalian, balas dengan menyentuh sisi amarah mereka.
Lagi bagus jika kalian boleh keluarkan dalil-dalil sah dari Al-Quran atau Hadis.




Tutup mulut mereka dengan jawapan yang paling mereka tak sangka.
Tapi, pastikan ianya hanya sekadar berniat mahu tamatkan perbualan.
Jangan sampai ke tahap jadi khabar angin di kalangan saudara mara pula.
Hehehe..


xxxxxx

Sekarang giliran kalian pula beritahu aku
apa jawapan kalian untuk soalan "Kau bila lagi?" tu..
YA.
Yang bujang je jawab.
Yang dah kahwin, pergi belajar macamana nak jaga sensitiviti orang lain.
OK?
Hehehe..




.

Aug 19, 2012

Pergilah Menyambutnya.







Selamat Hari Raya Aidilfitri
1433H
Maaf Zahir Batin.

Aug 15, 2012

Diari Ramadhan Aku : Hujung Ramadhan


Kalian tahu apa yang paling mengujakan bila tiba hujung Ramadhan?
Pengumuman raya.


Bila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) duduk dekat kerusi dia dan mula beri salam,
aku rasa muka aku akan jadi begitu khusyuk menontonnya.
Bukan sebab aku nak tahu tarikh raya bila,
tapi sebab aku kagum dengan dia.

YA!
Kagum dengan PMBRR kita.
Ekspresi dia sangat sama, sangat cool.
Setiap perkataan dia adalah dengan nada yang sama,
tak ada langsung naik turun nada suara.

Entahlah..
Sepatutnya, bila hujung Ramadhan,
kita banyakkan amal.
Tapi, aku sendiri,
rasa biasa je..

Ramai berharap sempat sambut Ramadhan tahun depan.
Aku pula berharap,
dalam 11 bulan sebelum Ramadhan tahun depan
aku dapat berubah dan bersedia zahir dan batin
supaya dapat manipulasi khasiat Ramadhan seterusnya sebaiknya.
Sama ada sempat atau tidak,
bukan dalam kuasa aku.
Aku cuma harap aku dapat berubah bukan hanya kerana Ramadhan,
tapi kerana diri aku hendak berubah.

Sudah tentu berubah ke arah yang lebih baik.

Apa harapan kalian untuk Ramadhan tahun depan?

SELAMAT HUJUNG RAMADHAN.


.

Aug 12, 2012

Diari Ramadhan Aku : Mercun


Kalian tahu apa yang aku rindu bila datang bulan Ramadhan?
Main mercun dengan kawan-kawan.




Aku bersyukur,
kerana zaman kanak-kanak aku ada termasuk dengan kenangan bermain mercun dengan kawan-kawan.
Kami sempat bermain mercun dengan seronoknya sebelum mercun diharamkan di negara kita.
Almaklumlah, abah aku sangat tegas dengan kerjanya, jadi dia amat tak benarkan anaknya melakukan sesuatu yang diharamkan.

Bila dikenang balik,
antara kenangan mercun yang paling aku tak boleh lupa ialah tahi meletup.

Tahi kucing yang masih fresh dan basah di kawasan tanah lapang dan cucuk dengan beberapa batang mercun papan.
Dibakar serentak dan YEEEAAAAHHH!!
Berlarilah segenap manusia bertempiaran kerana tak mahu terkena percikan tahi yang berterbangan apabila mercun meletup.

Pernah kawan aku seorang ni terkena percikan tu.
Kena gelak sampai melelh airmata dengan kami yang lain.
Hasilnya, dia merajuk sampai seminggu.

Tapi,
zaman aku main mercun dulu tak ada pula dengar putus jari laa, mata buta laa, tanagn terbakar laa, macam zaman sekarang ni.

Yang aku nampak,
bebudak muda (juga tua) zaman sekarang kreatif tak bertempat.
Apa ke bangang letak belerang padat dalam batang paip besi?
Apa ke bangang balik mercun dalam bekas simpanan mercun lain?
APa ke bangang bakar mercun, lepas tu tak lempar sampai meletup kat tangan sendiri?

Rindu main mercun.

Kalian ada pengalaman best bermain mercun?


.

Aug 8, 2012

Diari Ramadhan Aku : Buka Puasa


Tahukah kalian apa yang ditunggu-tunggu ketika berpuasa?
BERBUKA PUASA.




Semasa sekolah rendah,
Ustaz aku dulu bersyarah,
katanya berbuka puasa ibarat hari raya kecil.
Ianya kemenangan kita menahan lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa ketika siangnya.

Lalu aku pun menjawab,
"Jadi Ustaz, kita kenalah berbuka dengan meriah, sebab hari raya pun meriah."

Ustaz mengangkat kening, lalu senyum.

"Silap tu. Saya kata 'hari raya kecil'.
Maka, berbuka pun perlulah disambut dengan kecil-kecilan."

Cuba kita renung sejenak.
Dalam menu berbuka kita yang lepas,
berapa banyak sudah kita bazirkan?

Beli kuih 3 jenis, cuma makan satu.
Beli air bungkus besar, minum hanya segelas.
Lauk 3 jenis, 2 daripadanya tawar dan tidak dapat dimakan.
Membazir, bukan?

Yang memasak pula,
buat 2-3 lauk, tapi makan hanya dua orang.
Sudah tentu, berbuka perlu lebih,
kononnya nak tampung tenaga yang hilang siangnya.
Akibatnya,
rugi masa hanya untuk membenarkan perut lega.

Berapa banyak dari kita masih berbuka dengan kurma dan air,
kemudian tunaikan solat Maghrib, baru teruskan makan yang lain?

Aku? Tidak.

SELAMAT BERBUKA PUASA.

postquam-scriptum:
Kalau rakan serumah kalian hidangkan menu seperti di atas (kurma dan air suam),
apa yang kalian bakal respon?


.

Aug 5, 2012

Diari Ramadhan Aku : Bazar Ramadhan


Kalian tahu apa yang membuatkan aku kurang gemar ke bazar ramadhan?
Membazir.



Membazir ke bazar ada beberapa konteks.

Pertama,
setiap kali nak ke bazar ramadhan petang-petang,
apa yang aku fikirkan adalah kena menempuh
banjiran manusia di sana.

Kalian boleh tinjau entri aku pada Ramadhan tahun lepas bertajuk
10 Perkara Tak Patut Berlaku di Bazar Ramadhan Tapi Tetap Berlaku Juga Setiap Tahun.
Dan kesemua 10 perkara itu akan aku lalui bila ke bazar dan membuatkan aku membazir.

Membazir apa?
MEMBAZIR PAHALA PUASA.

Selalunya,
bila ke bazar, dan bila jumpa perangai seperti manusia yang menyakitkan hati, mulut aku tak terlepas dari mengucapkan sumpah seranah.
Maka, hilanglah pahala puasa aku.


Kedua,
disebabkan musuh kepada diri adalah nafsu sendiri,
dan aku kadang-kadang lemah dengan nafsu,
maka pergi ke bazar dengan menatap pilihan makanan yang banyak dan menyelerakan bakal menggugat iman dan membuatkan aku lupa dengan pegangan seperti 'berjimat-cermat' ataupun 'beli ala kadar'.

Natijah,
aku akan menghabiskan duit ringgit untuk makanan yang kadang-kadang pada waktu bukan bulan puasa, takkan aku sentuh langsung.
Lambakan makanan waktu berbuka yang banyak tidak menjamin keharmonian malam aku.

Maka,
berlakulah pembaziran di situ.
MEMBAZIR DUIT DAN MAKANAN.


Tapi aku tak menolak
bazar adalah lubuk rezeki pada sesetengah orang.
Peniaga terutamanya.
Dari segi itu, bazar memang bagus.

Kalian bagaimana?
Suka pergi bazar?
Pernah mengalami pengalaman seperti dalam 10 Perkara Tak Patut Berlaku di Bazar Ramadhan Tapi Tetap Berlaku Juga Setiap Tahun?


.

Aug 1, 2012

Diari Ramadhan Aku : Terawih


Kalian tahu apa yang membuatkan aku tertekan semasa terawih?
Kanak-kanak buat bising.


Selain solat jumaat setiap minggu,
masjid juga jadi meriah di kala bulan Ramadhan.
Tambahan pula, ketika terawih.

Terawih? Tarawih? Tarawikh?
Mana-mana pun sama.

Surau rumah aku buat 8 rakaat solat sunat tarawih,
tapi di antaranya ada tazkirah dari imam (yang panjang lebar).
Yang bestnya, sampai ada yang tertidur tersengguk-sengguk.
Seronok pula aku melayan ragam orang-orang dalam surau.

Tapi yang tak boleh tahan
adalah semasa solat terawih sendiri.
Meriah dengan gelak-tawa budak-budak kecil.
Masa nak meng'amin'kan al-fatihah,
boleh runtuh syiling surau ooo..
Masing-masing bersaing siapa yang lagi kuat.
Kuat dan panjang.

Yang aku nampak,
kebanyakkan mereka bukan nak solat sangat.
Datang sebab seronok dengan kawan-kawan ramai.
Yang tua-tua ni, nak larang tak boleh.
Maklumlah, budak-budak zaman sekarang.
Nak suruh datang surau pun susah.
Bila dah datang, buat bising pula.
Bila ditegur, bukan makan saman.
Semua besar kepala.

Zaman aku kecil dulu pun nakal juga.
Tapi, seingat aku,
aku masih lagi hormat orang lain solat.
Kalau nak main, keluar pergi belakang surau.
Belakang surau boleh skodeng awek.

Ok apa skodeng awek.
At least aku tak ganggu orang lain.
Kan? Kan? Kan??
Ke aku jahat?

Surau/Masjid tempat kalian solat terawih macam mana?
Riuh tak dengan budak-budak?

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License