Hai, biar aku beritahu,
Ramadhan adalah bulan yang ditunggu oleh para peniaga kerana kemeriahan bazar Ramadhan yang tak dapat disangkal.
Namun tak semua tentang bazar Ramadhan menggembirakan.
Jika kalian pernah pergi ke bazar Ramadhan (walaupun sekali), pasti hal berikut pernah kalian rasa.
10 Perkara Tak Patut Berlaku di Bazar Ramadhan Tapi Tetap Berlaku Juga Setiap Tahun.
1. Berborak-borak dengan kawan di tengah jalan.
- "Lama tak jumpa..Kau buat apa sekarang? Dah kahwin? Anak berapa? Bini berapa?"
Sedangkan bazar yang penuh dengan orang berpusu-pusu, ada pula program jejak kasih tengah ruang jalan.
2. Emak usung anak kecil berduyun-duyun.
- "Nampak tak? I subur! Sebab tu laa anak ramai. I datang bazar sebab nak tayang anak I je.."
Kadang-kadang rasa macam datang Program Hari Kantin sekolah rendah pulak.
3. Cakap telefon di tengah orang ramai.
- "Hellooo!!! Haaaaa??? Tak dengaq laa.."
Tengah menunggu bungkus nasi kerabu dalam kelompok manusia yang banyak, pastu expect boleh berborak-borak telefon dengan aman? Otakmu di mana??
4. Usung anak kecil dalam kereta sorong.
- "Laaaa, aku ingatkan sini Mid Valley.."
Kesian ke anak kecil tu. Dia nak tidur dengan aman dan tenteram laa. Takkan ada tempat dekat bazar ramadhan tu yang aman dan tenteram.
5. Berpayung.
- Seriously?
Berpayung pergi bazar?
Seriously?
6. 'Keretapi' manusia terpanjang dengan dikepalai warga tua berjalan perlahan.
- Bukan nak under-rate warga tua, tapi apa salahnya serahkan kerja mencari makanan di bazar kepada yang lebih muda dan perkasa. Al-maklumlah, pergi bazar macam nak pergi berperang. Tertanggal tulang kaki, sapa nak tanggung?
7. Sekumpulan perempuan bajet 'super-hot' nampak pusat jalan seiringan ala-ala Pussycat-Doll atas runaway tak kasi orang celah langsung.
- Kalau salah seorang kena raba, kena pegang sana-sini, tolong jangan salahkan kaum Adam 100%. Orang puasa nak tambah amal, bukan nak kasi orang lain tambah dosa.
8. Orang yang tengah jalan, tiba-tiba terbehenti dan tukar arah.
- "Alamak, gua dah terlepas popia basah laa. Patah balik sekarang"
Nasib baik belakang dia manusia juga. Kalau belakang dia lori balak ke, steamroll ke, kempunan popia nanti.
9. Drama siri bergenre romantik sepanjang perjalanan.
- "I love you. Jom beli nasi dagang."
"I love you too. I mahu air katira."
Oh man..c'mon!! Get a room!!
10. Orang lain pakai kaki, dia pakai moto.
- "Pin..pin.."
Alahai, tahap minyak moto melimpah ke sampai takleh nak turun jalan kaki? Orang lain pun ada moto gak, kalau moto kau tu 5000cc ok gak laa, sedap sikit dengar.
Setakat Honda Cup 70, hon orang konon...
------------------------
Kalian ada tahu mana-mana perangai annoying lain yang sering berlaku di bazar?
Ceritakanlah...
postquam-scriptum:
Tapi, above all, bazar Ramadhan seakan-akan tak lengkap kalau tiada ragam macam ni, kan??
Bazaar ramadhan leh diktkn sbg pdg perang...kn perang dgn nafsu n emosi(x suke sesak smp jln mcm penguin)...
ReplyDeleteKdg2 geram dgn org suke block kat parking..x reti parking jgn sesuka hati block org len...grrr...
lps tue geram bila beratur alih2 feberet dish yg kite tggu da hbis..sob3 (T_T)
no 8 kelakar.hehe!!
ReplyDeleteaku xsempat lagi nak gi bazaar ramadhan sebab mak aku dah masak cukup :)
ReplyDeletegi bazaar ramadhan mcm nak gi men rugby..kene singsing lengan baju then REDAH!!!!
haha, klakar lah semua tu
ReplyDeletetapi memang realiti pun kan ^_^
hahahaha!!..
ReplyDeleteterkejut tok aku dengar aku gelak
aku setuju semua! paling annoyying sekali adalah org yang dok soksek-soksek tgh jalan, padahal orang belakang dah penuh suh jalan cepat. haiyoh. nak membeli ke melancong? ekekek
ReplyDeleteHAAAAAAAAAAA! No 1 terjadi semalam. 2 family masing2 dukung baby. exchange opinion about their babies dekat tengah2 jalan. LIKE WHAT??
ReplyDeletehahaha 'terlepas popia basah' ek. Terkena batang hidung :`D lol
ReplyDeletedamn. pernah sekali aku gi bazar, ada orang dok hulur2 yassin. aku memula cam taknak amek, pastu aku cam terfikir, "eh dia nak bagi yassin free, apalaga, amek ar" kan.
ReplyDeletepastu aku pun amek la yassin tu. sebaik saja aku berlalu pergi, akak yang passing yassin kat aku tu cakap kat aku "5 ringgit dik" aku cam "??"
"yassin ni 5 ringgit dik"
aku cam "oh yeke" and bagi balik yassin tu.
ek enen. ingatkan free. btw, masa dia duk hulur2 tu, dia cuma cakap "amek la, amek la"
cis.
kahkahkah...dia suruh kau duduk rumah masak sndri
ReplyDeletesalam perkenalan..
ReplyDeletememang tepat!!
pling xminat...aku baik punye tggu turn nk bli lauk tibe2 dtg sorg nie himpit2 tolak2 mcm die sorg je yg puase..lapar sgt ke? lol
ReplyDeletehuh! kejadian berlaku tadi!!! budak kecik tu nangis2 sibuk nak beli murtabak dan ibunya hanya membiarkan...
ReplyDeleteaduyaiiii!
Paling annoying ialah orang yang sekadar berdiri depan warung tgk tokey murtabak menebar tapi depa bukan nak beli pon. Saja tengok tengok..
ReplyDeleteKita plak terpaksa panjangkan leher nak mengorder..
org yg asyik terpijak kai org..
ReplyDeleteeh eh..die lg pijak kaki aku..mmg x prihatin org gini..pehhhhh
ha ah..
ReplyDeleteaweks seksi ramai kat pasar ramadhan...
makin nak berbuka makin kurus pahal puasa...huhuhu
owh men! tang yg pakai moto tu mmg takleh blah! mcm siut bila pinpon pin pon sana sini kat tgh bazar! grr!
ReplyDeleteAda! semalam aku pergi bazaar.
ReplyDeleteAda seorang bukan Islam berbangsa lain, boleh tak dia nak rasa cempedak goreng tu sedap atau tak dia makan depan gerai tu.lahap laju2..dia rasa sedap then dia nak beli lagi.. Errr..aku rasa, at least hormatlah orang Islam yang berpuasa. Dahlah makan gelojoh.buruk laku la perempuan makan gelojoh.
hahaha.. lawak beb.. :)
ReplyDeletehaha..sangat betul! area bazar ramadhan bandar sri permaisuri buatkan orang lain yg tak pergi bazar terpaksa hadapi jam sbb kete2 double parking!
ReplyDelete@Miss Comot
ReplyDeleteserius! aku pon sentiasa bersedia bila nak masuk bazar..
mcam nak sedia pegi berperang..
pastikan poket tak berlubang, wallet tak senang keluar...
@PenuliS
haha, thanks!
@afifahadit
haha, main rugbi, kena rmepuh org..
sama laa kan dgn bazar..hahah
@DoodleLicious
yg bestnya, perkara mcam ni mesti kena ada, baru bazar meriah, kan?
@mashi
hahaha, gi urut2 belakang tok tu, nanti semput susah..hahah
@hanaahmad
dah laa kebanyakan bazar direka dgn laluan sempit..hahah
@WZulhilmi
hahaha, diorg ada mesyuarat ibu beranak kot, tp taknak terlepas gi bazar..hahah
@fISZ
hahaha, ko ke??
hahaha
@Dayana
oh right!
seriously, mmg byk berlaku camtu..
pandai marketing, suruh amik dan guna guilt, suruh bayar..nice!
@the
hahaha, kalo pandai masak takpe gak...
megi boleh laa..hahah
@hayatunfadzila
salam perkenalan..
tepat kan?
@EspadA
hahaha, yg lagi tak best, yg lambat datang tu laa org kedai tu bagi dulu..what the..???
@Liyana Aziz
hahaha, diorg silap tmpat tu, diorg ingat bazar tu funfair nak bawak anak jalan2 je taknak beli..hahah
@Aujinz
haha, dia nak buat kajian ttg kadar penebaran murtabak dan kaitannya antara kesedapan murtabak utk PhD dia..hahah
@Nesa Wazir
haha, kalo pakai kasut takpe, yg tak best kalo pakai selipar jepun, pastu putus..hahahah
@kueh bakar
haha, patut kita hambat je awek2 camtu...ish ish ish!
@Elie Lily
tau takpa...
dia ingat bazar tu ada drive thru kot??
ingat mcD?
@Sophie Al-yahya
hahaha, itu kes berat dah tu..tak hormat kita berpuasa..
kasi tazkirah sikit..hahaha
@Heidi Shafiq
hahaha..kan?kan?kan?
@airaniez wirdani
haha, tu satu hal...
kalo boleh nak bawak kete sorg satu pegi bazar..hahha
haha..hakikat..tp ramadhan neh xberkesempatan g nak serbu bazar..xsanggup nak berimpit..
ReplyDelete@-sheyr-
ReplyDeletekalau tak perlu, jangan laa ke bazar..
takut2 hilang pahala..heheh
boleh kata semua aku dah jumpa. ada sekali hampir mata aku tercucuk dgn bucu payung. pastu boleh lak minah tu buat muka selambe..pandang aku macam aku yg bersalah. watder...
ReplyDeletebawak moto kira waras lagi. ada aku gi kat seksyen 17, bawak keta masuk bazar? kepala bingai betol..
oh lagi satu..orang sibuk cari makanan, ada yang sibuk cari kawan dia yg hilang dalam lautan manusia tu. dah tu bukan tau adab. main harung je.. tau la badan tu ala2 budak ragbi (tapi versi pompuan kan?) hoho..
ReplyDeletebelum lagi kira budak2 yg buat bazar tu serupa playground dorang. main kejar2 sana sini. rasa nak flying kick je manatang alah jenis ni.. huhu. ;p
@Haris Khairuddin
ReplyDeleteHaha, sebab tu bulan puasa namanya bulan yg mengajar erti kesabaran..
bukan waktu di rumah n tmpat keje je kena sabar, kat bazar pun kena sabar jugak, kan?
Tapi,
kalau dah tahap susahkan org, susah dah nak sabr..hehehe