Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 26, 2017

Buat Penamat Sendiri!



Salam.

Aku kata nak bagi komik minggu ni tapi aku tipu.
Tiada komik lagi minggu ni.
Siapa tak puas hati mari jumpa aku,
I'll give you a chance to hit me because I'm madly craving human contact.
Hahaha kedengaran sangap di situ
tapi aku bertapa dalam Fortress of Solitude ni terlalu lama
aku amat perlukan interaksi sosial dengan manusia.

Hujung minggu lepas di kala orang lain berseronok bersama teman,
aku mengemas bilik aku yang semak macam tanah tak bertuan.
Banyak perkara aku jumpa, kebanyakannya barang lama dari kenangan lama.
Dulu, awek belanja coklat pun aku simpan plastik pembungkus dia.
Bertahun kemudian, awek tu jadi mak orang, aku masih simpan sampah itu.
Hahahaha

Tapi yang paling menarik minat aku dalam khazanah yang aku gali itu
adalah satu kepilan kertas yang tertulis macam-macam.
Beberapa helai kertas (mungkin 15 keping) dikepil dengan pengepit
dan dijadikan seolah-olah seperti buku nota.

Di dalam nota itu tertulis pelbagai perkara.
Daripada formula fizik, sampailah ke puisi jiwang.
Oh, kalian mungkin tak tahu,
sebelum aku rajin melukis di blog dan alam maya, aku rajin menulis.
Kebanyakannya adalah perasaan aku pada masa ia ditulis.

Alkisah sesi mengimbau kenangan silam pun bermula.
Aku belek nota tadi dan baca satu-satu.
Wow, boleh tahan jiwang aku ni.
Banyak kumpulan ayat-ayat cinta (ewah!) yang aku tulis.
Bukan puisi, bukan sajak, tapi sekadar tulisan.

Aku sedar,
dalam nota ini penuh dengan luahan perasaan aku semasa rapat dengan seseorang dulu.
Seorang perempuan yang aku tahu aku sukakan dia dan aku tahu dia sukakan aku
tapi atas sebab tertentu
dan atas sebab aku terlalu bangang terkesan dengan kekecewaan sebelumnya
maka kami hanya simpan perasaan masing-masing.

Lama sudah tidak dengar khabar si dia.
Entahlah mana dia sekarang.
Aku pun tidak mahu mencari, dia pun tidak mahu berhubung.
Mungkin kami hanyalah selingan dalam buku panjang kisah hidup masing-masing.

Biar aku jujur di sini.
Aku menjadi membesar menjadi matang kerana dia.
Masa zaman dikecewakan teruk sebelumnya itu, aku masih lagi mentah.
Aku tahu aku ada salah, tapi aku salahkan segalanya ke atas dia.
Aku tidak matang.

Tapi bila bersama si dia ni,
aku rasa aku terlalu berhati-hati.
Setiap tindakan aku bersifat 'bertahan' kerana aku tidak sanggup diluka lagi.
Rasa pedih dibuang macam sampah sangat menyakitkan,
walaupun hanya memikirkannya akan buat dalaman aku rasa dicubit.
Sakit.

Dengan si dia ni, aku tak mahu terluka lagi.
Aku suka dia, tapi aku tak pernah buka.
Aku rasa dia tahu, aku rasa dia mahu,
tapi kami masing-masing membisu.

Sampailah masa memisahkan kami.

Kepada kalian yang pernah baca kisah Gadis Kasut Converse aku tulis dalam blog ni beberapa tahun lepas, biar aku beritahu sesuatu.
Gadis itu, walaupun tiada apa-apa hubungan, sudah membuatkan aku gagal untuk membuka hati aku kepada mana-mana perempuan lain.
Banyak kali mencuba, tapi gagal.
Apa boleh aku buat kalau setiap perkara mengingatkan aku kepada dia?
Tengok langit ingat dia.
Tengok bulan ingat dia.
Tengok maggi ingat dia.
Macam mana aku nak bersama dengan orang lain kalau apa yang aku buat sentiasa mengingatkan aku kepada dia yang bukan di depan mata?

Kawan aku nasihatkan aku ganti memori itu.
Replacement method.
Buat sesuatu yang mengingatkan aku kepada dia bersama orang lain dan ulang berkali-kali supaya boleh ganti memori tadi dengan memori baru.
Macam kalau habit kita tulis huruf 't' seperti palang, tapi kalau kita ulang berkali-kali dengan menggantikan huruf 't' palang tadi dengan 't' berekor, maka lama kelamaan kita akan terbiasa tulis huruf 't' berekor.

Err...kenapa aku rasa penerangan aku di atas tak membantu?

Begitulah.
Kawan aku nasihatkan aku agar menggantikan memori aku tentang si dia itu dengan memori lain.
Tapi kalau kalian tahu, itu susah.
Memori manusia bukan macam memori laptop, tekan 'delete' sudah terpadam.
Jadi nak gantikan memori aku itu, agak mustahil.
Apatah lagi aku memang tak berniat pun nak buat memori aku tentang dia.
Kecuali aku hilang ingatan akibat kemalangan,
tapi fenomena hilang ingatan bukanlah semudah seperti dalam plot drama.
Salah cara, hilang nyawa.

Jadi,
kawan aku bagi cadangan kedua.
Dia kata, sebab utama aku tak boleh lupakan memori itu adalah kerana cerita aku tiada penutup.
Tiada closure.
Kisah kami tergantung.
Kami masing-masing bawa diri teruskan hidup ikut jalan masing-masing.
Ia agak sama seperti earworm, lagu yang berkumandang di dalam otak berulang-ulang.
Sebab lagu itu tidak berpenamat, jadi ia akan berulang.
Untuk tamatkannya, kita kena dengar lagu itu sampai habis.

Soalnya,
macam mana nak tamatkan memori yang sentiasa berulang?

"Embrace that memories. Make your own closure!" kata kawan aku.

Dia cadangkan aku bukukan segala cerita aku dengan si dia itu.
Kumpulkan semua post blog yang berkaitan dengan dia dan bukukan.
Mungkin bukan untuk tujuan komersial, bukan untuk dijual,
tapi sebagai simpanan peribadi untuk diri.
Sebagai pedoman kepada diri aku sendiri di masa akan datang bahawa
si dia hanyalah seseorang yang menyinggah ke dalam hidup aku.
Hanya satu bab dalam kehidupan aku.
Aku ada bab lain lagi yang perlu dilalui, sama ada dengan atau tanpa dia.
Dengan itu, aku akan ada penamatnya.
Mungkin bukan penamat yang indah, bukan penamat kepada kehidupan,
tapi penamat kepada sesuatu supaya aku dapat mula semula melalui bab-bab yang seterusnya.

Cadangan dia sangat bernas.

Dulu ada juga yang cadang supaya dibukukan Gadis Kasut Converse tu
tapi aku tolak sebab ceritanya tiada penamat.
Tapi kalau aku sendiri yang buatkan penamatnya,
aku sendiri yang putuskan ke mana harus aku tuju,
maka bolehlah aku teruskan cadangan itu.

Lagipun,
aku dapat rasakan aku lebih kepada 'penulis' daripada 'pelukis'.
Bakat melukis aku mungkin sudah sampai limit.
Mungkin aku perlu fikir hobi yang lain pula.

Jadi dengan itu aku nak umumkan,
aku bakal sibuk menulis semula cerita Gadis Kasut Converse untuk dibukukan.
Bukan mahu diterbitkan secara besar-besaran,
mungkin dua tiga copies untuk mereka-mereka yang mahu.

Dan kepada awak,
walaupun saya yakin 100% awak tidak akan baca ini,
tapi ketahuilah awak sentiasa ada di dalam doa saya.
Teruskan hidup seceria selalu walaupun banyak halangan menimpa.
Don't worry about me.
I'll be alive and kicking and smell like jet fighters and punching.







.




14 comments:

  1. you are both writer and painter! Dont stop. aku nak buku tu 1. cop! untuk pengetahuan kau aku dah 2x ulang baca cerita tu.

    aku syahdu sebenarnya baca cerita kau ni, in a way ada terkena dengan kisah hidup aku jugak. haish. bertabahlah meneruskan hidup dengan memori. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Both of you should meet and date, tah knapa aq rasa sesuai korang ni. hahahaha. ok Nad. Im joking. Joke aside, what do you think? :P

      Delete
    2. >NAD

      EEhhhhh?? Kau antara pembaca cerita tu ke??
      Aku ingatkan dah tak ada dah yang baca dan masih wujud di sini. Hahaha

      Delete
    3. >just Yana

      Aku dah lama dah teringin nak jumpa si Nad ni tapi biasalah teringin je usaha takde hahahaa

      Delete
    4. ok, I hope Nad reading this. teehee and I know shes rolling her eyes right now. XD

      Delete
  2. wow sampai nak bukukan,tp klau dibukukan,,bukan lagi teringat kee

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      That's the thing. Aku tak mahu lupakan.
      SO aku embrace it and make it forever, dengan jadikannya nashkah. Hehehe

      Delete
  3. susah jugak nak keluar dari memory loop. ko tulis cero nanti dah tulis bgtau aku nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Itu hakikat tentang memori.
      Yang makin kita nak lepaskan itulah yang akan kerap muncul.
      Yang kita nak retain selalunya akan hilang senang. Hehehe

      Jadi editor aku laa, Boss. Proofread, maybe?

      Delete
  4. you are the only blogger yang saya xtau bagaimana nak DM. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Emel ada,
      twitter boleh PM.
      Facebook page boleh message.
      Instagram boleh DM.
      Pilih je memana aku insyaAllah akan layan hehehe

      Delete
    2. apa email? haha thats what I mean.

      Delete
  5. harap kau dan gadis converse tu nanti akan bertemu dan pengakhiran bahagia. aku nak baca. simpan 1 copy unt aku

    ReplyDelete
  6. Apa khabar agaknya dia (ygbernamasamadgnmu). Doakan yang terbaik untuk dia dan kamu - Fisz

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: