Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 27, 2016

Tanpa Tajuk #12


Salam.

Bertemu sekali lagi kita di dalam entri Tanpa Tajuk,
satu entri di mana beberapa isu mahu aku kongsikan tapi isunya terlalu pendek untuk diberi satu post khusus, jadi aku rangkumkan kesemuanya di dalam satu entri.

Sebenarnya,
cEro minggu lepas (Past cEro) decided to be on a hiatus mode,
jadi apa yang kalian baca sekarang adalah hasil taipan Past cEro.
cEro masa kini (Present cEro) mungkin sedang seronok gosok perut tanda kemalasan.
Mari kita berharap agak cEro masa depan (Future cEro) tak malas lagi.
Amin.

**Gambar recycle entri Kamen Rider cEro**


1. LEJEN KOMIK

Bulan lepas (Jun), aku menyertai satu pertandingan pencarian bakat komik anjuran Lejen Komik yang diberi nama 'Pencarian Artis Komik dan Doodle Lejen Komik'.

Lejen Komik mencari 5 pelukis komik/doodle untuk projek travelog mereka.
Peserta diminta menghantar 3-5 sampel lukisan doodle dengan tema travelog.
Aku hantar hasil lukisan last minit (macam biasa). Hantar 3 je pula tu.

Keputusan diumumkan pada 20 Julai 2016 lepas.
10 peserta disenarai pendek untuk saringan seterusnya.
Obviously aku tak termasuk ke dalam senarai 10 peserta tersebut.
Hasil last minit, apa yang boleh expect, right?

Tapi Lejen Komik bermurah lati (?) mengumumkan 40 peserta mengikut ranking pilihan.
Guess what?
Aku dapat no.19. Woooohooooo





Not bad dari hasil last minit, kan?
(3 kali aku mention last minit, saja tak nak mengaku kurangnya kompeten dalam bakat sendiri)

No.19 daripada 76 penyertaan is not that bad, kan?

Aku sebenarnya bangga dengan diri sendiri.
Masa nak hantar penyertaan tu aku fikir juga,
kalau aku tak terpilih adakah aku akan meroyan dan menyalahkan ketidakadilan gender dalam memilih karya (lol) ataupun mempertikaikan keputusan para juri yang berat sebelah (double lol),
tapi aku tetap hantar sebab aku rasa kalau aku tak mencuba,
aku takkan tahu kemungkinan yang bakal berlaku.

Namun masa result keluar,
aku tengok hasil karya 10 terbaik itu,
memang bak langit dan bumi dengan hasil karya aku.
Semuanya memang hebat sampaikan aku rasa kerdil sebab hantar karya picisan je.

But yet aku realized that kalau aku berusaha lebih sikit,
mungkin kedudukan keputusan adalah berbeza.

Naluri psikopat aku berbisik,
aku cuma perlu scratch 9 nama dalam senarai itu untuk masuk dalam top 10,
and 'scratch' ada banyak definisi bergantung kepada siapa yang berfikir.
Namun sebab aku dah kurung si psikopat tu jauh-jauh,
maka aku terima keputusan itu dengan penuh redha.

Huhuhuhu



2. Sayangku Kapten Mukhriz (????)


Jadi aku benarkan kalian hentam aku seteruk mana yang kalian suka,
tapi aku nak mengaku di sini bahawa aku layan drama petang slot Akasia TV3 yang sedang ditayangkan sekarang.
'Sayangku Kapten Mukhriz' rasanya tajuk dia walaupun aku tak pasti betul ke tidak (malas nak google)

Jujurnya,
jalan cerita drama tu lain sikit dari drama-drama petang sebelum ni.
Tak ada lelaki hensem kaya anak datuk perempuan kudus suci kena paksa kahwin bla bla bla...

Tujuan aku kupas bukanlah sebab nak promote drama itu.
Aku nak sentuh satu perkara sahaja;

Basically, drama ni cerita tentang seorang perempuan yang sukakan seorang ustaz yang juga kapten tentera laut di Lumut. Dia yakin dia mahu jadikan ustaz ini sebagai suaminya dan berusaha keras ke arah itu. Banyak scene yang nampak seolah-olah perempuan tu terhegeh-hegeh sangat dengan ustaz tu sampai kelihatan tak malu dan desperate, tapi pada hemah aku, tindakan dia masih berbatas.

Apa yang aku nak sentuh ialah satu point, USAHA.

Jika kau tekad mahukan sesuatu
(dalam kes drama ini dia mahu bersuamikan Ustaz Mukhriz)
kau kenalah berusaha di samping berdoa dan bertawakal.
Tidak kisahlah kau lelaki atau perempuan, apa yang penting USAHA.
Tak ada istilah yang kena usaha hanya lelaki, perempuan kena jaga kelas.
Kalau kena pada tempatnya, nampak usahanya, elok gayanya,
aku yakin bukan sahaja jodoh, malah apa sekalipun mampu kita dapat.

I'm not giving any hint to anyone.
I'm also not talking about any particular homo sapiens.
Tapi pada aku, jangan kata kita sudah berusaha bila apa yang kita buat itu tak nampak pun hujung pangkalnya.

Aku sebagai lelaki sangat suka perempuan yang berusaha.
Bukan berkenaan jodoh sahaja,
nampak perempuan yang jelas usahanya mengejar sesuatu membuatkan daya penarik terhadapnya makin meningkat.
Tapi aku cakap bagi diri aku sahaja.
Aku juga percaya ada lelaki lain juga sebegitu.

Macam mana perempuan tak mahu nampak desperate,
lelaki juga sebegitu.
Tapi kalau nak dituruti ego melangit, maka apa pun tak jalan, kan?
Jadi, kalau sesiapa yang baca ini ada berkenankan seseorang (atau sesuatu),
just go for it.
Usaha dulu sampai lembik then kalau rasa macam adoi tak menjadi ni,
it's okay to give up and move on.

Masa aku taip entri ni, drama petang tu tak habis lagi.
Tapi ending drama petang tu mestilah dah boleh jangka.
Mestilah si Ariana dapat bersuamikan Ustaz Mukhriz.

Macam ending indah drama swasta yang lain,
apa kata kita endingkan drama kita dengan yang indah juga.

Chia chia chia!
**kena baling selipar**









Itu sahaja bebelan minggu ini.
Let just hoping that hayat cEro masih panjang dan Future cEro akan post entri baru minggu depan.
Amin.





.




35 comments:

  1. woah cero kembali dari hibernasinya..
    tahniah bero dapat top 19 hebat3x tepuk..hehe
    dan hey, tak de masalah pun laki2x nak tengok drama tu sampai nak kena buat pengakuan ok haha..
    cuma tula, dah streotaip drama melayu mcm tu kan so bila da drama yg lain sikit pn kena tempiasnya la haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      1st? Hehehe
      Terima kasih. Takde laa hebat pun dari hasil karya tu. Patut pon dapat 19. Hahaha
      Drama petang tu, selalunya aku tengok satu dua episod kalau best aku layan sampai habis.
      Tak macam sesetengah orang, tengok pun tidak tapi ngutuk panjang lebar hahahahaha

      Delete
  2. wah tahniah top 20 hehe. caras jangan tak caras.

    Baiklah. aku akan ikut nasihat kau *genggam penumbuk*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nad

      Thanks Nad. Kau jangan. Aku caras betul kang hahahaha.
      Hehehe.
      Dah ada target dalam hati ke? Huhuhu

      Delete
  3. 1) Tahniahhhhh. Walaupun usaha kecil, boleh lead kepada apa yang kau aim next time. hehe. lepas ni buat betul2 yaa!

    2) wow, mmg cerita tu nampak desperate sikit, tapi ya kah? kadang2 orang buta nak nampak hehe.. lepas aku terkena sekali, bukan sekarang lah aku nak berusaha (dalam erti kata nak mengorat orang haha)

    - kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      1) Terima kasih. Kalau ada next time memang aku nak try lagi. Kali tu aku takkan last minute lagi. Hahaha

      2) Memang sesetengah org tengok macam desperate dan gedik, tapi pada aku macam okay je sebab dia tak keterlaluan. Terkena tu pengalaman Dil, next time boleh dijadikan pengajaran. :)

      Delete
  4. Tahniah C! Okay lah tu no.19 dari 40 :D
    Nanti lejenkomik upload dekat insta diorang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ben

      Thanks Benny. Actually 19 dari 76. Yang dia tayang tu top 40.
      Dan dia upload kat insta yang top 10 je. Nasib baik, kalau tak sejagat makhluk dapat tengok hasil no.19 aku hahahahaha

      Delete
  5. Tahniah brother..listed tuu..

    Anyway, aku xlayan sangat cerita melayu tapi pelakon yang bawak watak Bazli dalam cerita Cinta Si Wedding Planner tu anak Manager aku. eh takde kena mengena

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Thanks Sister...Tak sangka terlisted jugak. Hehehe

      Perrrghh. Manager kau mak artis tu. Suruh dia cakap kat anak dia suruh kirim salam kat Mira Filzah #eh

      Delete
  6. wow!!!! cero!!!!! Itu memang sesuatu yang patut dibanggakan! Tahniah cero!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Terima kasih Amna. Bangga tetap bangga walaupun rasa macam nak menang jugak. Hahahaha

      Delete
  7. pergh top20 tu

    bro memang lejen

    terbaik dan teruskan usaha demi memajukan industri komik negara

    blee

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Thanks BLee.
      Lejen tak lejen tak terpilih gak jadi tak apalah, redha. Hahaha
      Tapi kalau ada peluang lagi lain kali jom kita join jom!

      Delete
  8. Tahniah, dude.. Majulah komik untuk negara..! Itu satu pencapaian..! Aku tak pernah ada pencapaian yang macam tu sebab aku susah terima kenyataan..

    Aku nak make the first move tapi malangnya, takde mamat yang aku betul2 suka.. *sigh.* Btw, aku pernah confess kat orang yang aku suka..haha..kelakar sebab tak bajet aku boleh buat macam tuh..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Terima kasih. Next time kalau ada kontest lagi jom laa join. Alaaa, takleh terima kenyataan pun takpe sebab aim laa top 10 sampai dapat. Huhuhu

      Waaaahhh!!
      Nak tahu jugak cerita confession kau tu. Apa cerita dia sekarang? Pada aku tak kisah siapa pun boleh je buat first move. Lelaki mahupun perempuan. Huhu

      Delete
  9. tahniah!!! semoga trus maju dan jaya dalam industri komik!!!

    "jika anda ada berkenankan sesuatu, just go for it..."
    -hela nafas berat dulu.....nampak macam senangkan...tp tulah...tu lah....-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie

      Thanks. Nak maju jaya ni kena rajin, masalahnya aku malas. hahahaha

      Sebab nampak senang tapi tak senang tu laa kita kena buat. Sebab yang senang tu senang je buat, yang tak senang tu yang dinamakan usaha dan cabaran. Hehe

      Delete
  10. 1-Congrats untuk tempat top 20, bukan calang-calang tuu. Anggp sbgai batu loncatan utk pergi lebih lagi.

    2- Dh approach lelaki tu, dh confess. Tp mcm tak diterima je, huhu. Mula2 dulu mcm okay tp skrg.. ntah. Tak tahu usaha apa yg perlu dibuat. nak masakkan nasik dia duduk jauh lah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      1- Thanks. Selagi tak buang perangai malas ni rasanya tak boleh nak pergi jauh even ada batu loncatan sekalipun. Hahahahah

      2- Hahaha. Usaha tu sebab libatkan orang, jadi dia jadi subjektif. Mungkin pada awk dah usaha dah ni, tapi pada dia macam tak nampak je usaha, sekejap ada, sekejap sunyi, sekejap marah, sekejap jeles so...

      Delete
  11. 1. Kalau bukan last minute punya kerja aku rasa boleh dapat top 10 tu :p btw congrats no19 pon power juga.

    2. aku tak layan lagi cerita ni sebab lambakan drama yang tak habis2 jalan cerita yang sama tapi bila ramai cakap sedap, rasa nak tengok pula :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ezan Idma

      1. Thanks Ezan. We'll never know sama ada aku mampu ke tidak ke top 10 kalau usaha lebih sikit. Hahahahaha
      Cuba lain kali je laa jawabnya...

      2. Aku pun selalunya tak layan. Tapi hari tu tertonton satu dua episod, pastu rasa macam best pulak so layankan je laa. Nasib baik Isyak masuk lambat hehehe

      Delete
  12. mintak sikit talent hang melukis

    tak layan drama melayu tak boleh komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nurul rasya

      Alaa...jangan rendah diri sangat. Ang pun apa kurangnya bakat yang ada. Hehehe

      Nasihat aku, jangan mula layan. Nanti sangkut. Hahahaha

      Delete
  13. Top 20 tuu wohoii congrats bruh~ X3

    Drama Melayu, M-dorama. Aku boleh tengok yang ada kaitan dengan bulan Ramadhan dan hari raya je. Selain dari tu, aku tak boleh layan, kecuali dah takde benda lain sangat dah kat tv tuh... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Thanks P. Nampak gaya kena usaha lagi 19 kali ganda lagi. Hehehe

      Aku pun bukannya layan sangat memandangkan sekarang ni penuh dengan drama yang sama je genrenya. Mesti ada orang kaya pangkat datuk paling kurang, syarikat korporat, datin rambut kaler, heroin kena cun tahap model bla bla bla...

      Delete
  14. Replies
    1. >Afif Rayyan

      Terima kasih...:)

      Delete
  15. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  16. Bab salahkan gender dan salahkan juri berat sebelah tu LOL sangat.. hahahaha... tahniah bero. Terbaekkk.. walaupun last minit.. jeles aku.

    Aku x layan cerita tu, so,maku tak nak komen apa apa.. wkwkwk

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Rugi arr kau tak join. Entah-entah kau boleh masuk top 10 sebab aku tau kau lagi power. Huhuhu

      Jangan layan, Ojin. Takut tersangkut macam aku. Hahahaha

      Delete
  17. Wah, ko masuk juga kontes tu ye? Tahniah anyway. Kalau ko bersungguh mesti boleh juga sebenarnya. Macam entry terakhir ko tu.

    -Chirpy chummy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mar

      Aku masuk sebab kau laa promote. Thanks Mar.
      Kalau kau tak promote memang aku tak masuk pun. Hahaha
      Slack aku suka buat last minute.
      Macam mana entah nak buang perangai teruk ni. Hahahaha

      Delete
  18. tahniah cEro! rezeki dah tu. usaha memang tangga kejayaan. tinggal nak sukat je usaha tu banyak ke sikit. kejayaan memang ikut usaha la kan. ahhahahaha falsafah XD

    pasal drama tu, BV taktau. sebab tak follow up pun. tengok sipi2 je. memang tabik dengan si gadis yang berusaha mengejar kapten hensem tanpa rasa segan. orang putih kata, effort tu yg penting. LOL

    usaha memang tangga kejayaan. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Thanks BV. Betul. Usaha memang tangga kejayaan. Kalau tak usaha jangan berangan laa nak dapat kejayaan dengan mudah, kan?

      Sama point-nya. Kalau kita usaha, apa yang dihajatkan pasti lebih tinggi untuk diperoleh. Effort tu yang penting. Bab ganjaran atau benda lain, itu sudah jatuh no 2 atau 3.

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: