Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 14, 2015

Kamen Rider cEro.



Salam.
Pernah tak kalian buat sesuatu yang memalukan semasa kecil
dan sangat memalukan sehinggakan walaupun selepas hampir 20 tahun
kenangan itu masih lagi terasa sangat memalukan?







Angkat tangan siapa perasan yang lukisan cEro makin malas!
**angkat tangan**

Angkat tangan siapa yang tak peduli!
**cEro angkat tangan**


Memory is a weird thing.
Kita akan lebih ingat perkara yang sangat kita tak mahu ingat
daripada perkara yang kita rasa kita perlu ingat.
Mungkin ini alasan kenapa aku cukup payah nak ingat fakta dalam buku sejarah semasa di sekolah menengah tempoh hari.


Jadi,
kena gelak dengan Abah sendiri sebab guna 'topeng khas' dia sambil berangan nak jadi Kamen Rider (a.k.a Masked Rider, atau lebih klasik Suria Perkasa Hitam atau Kesatria Baja Hitam, bergantung kepada mana satu timeline zaman kanak-kanak kalian berada) sememangnya satu memori yang tak mudah hilang dari dalam otak walaupun selepas kita menjalani lobotomy sekalipun.

Okey, mungkin tak perlu jauh sampai ke lobotomy.

But weirdly (again),
memori yang pada awalnya kita rasa memalukan
selepas melalui tempoh masa tertentu
boleh bertukar menjadi satu memori yang mampu membuatkan kita tersenyum.

Sebagai contoh,
kenangan sakit perut tercirit-birit sampai lesu
mungkin satu pengalaman yang pahit dan menyakitkan
tapi bila sampai satu masa, kita kenang kembali
ianya boleh mengundang senyum di bibir, kan?

Macam senior aku bernama Niswan pernah cakap,
"Kenangan buruk ni, satu hari nanti, boleh bertukar jadi kenangan yang mampu membuatkan kita bergelak ketawa bersama kawan."

Tapi pakai topeng untuk jadi Kamen Rider rasanya
bukanlah satu kenangan buruk pun, kan?
Ianya satu cerita yang seronok untuk diceritakan kepada cucu-cucu satu hari nanti, kan?

Kalian pun.
Kenangan pahit seperti putus cinta atau kena tinggal dengan pasangan
mungkin bukannya satu kenangan yang enak dan seronok untuk diingat.
Menangis siang malam mata lebam skip breakfast lunch dinner supper.
Tapi percayalah one day, bila kita sudah bertemu bahagia
kenangan itu akan membuatkan kita terfikir
"Kenapalah aku bodoh sangat skip makan waktu tu..." sambil tersenyum.

So don't give up.
Don't ever give up!

Jadi,
kalian ada kenangan buruk yang bertukar menjadi kenangan indah?

Dan apa Kamen Rider kegemaran kalian?
Aku suka Kamen Rider Kabuto.
"おれが そばに いる"
Jyeeeeaaahhh!





.


51 comments:

  1. Kenangan buruk banyak sangat tapi betul ckp kau, satu hari nanti kita akan redho dengan benda tu and somehow make us to b better.

    Kenangan memalukan pun banyak jugak sampai malu nak cerita kat sini. Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA vs BERON

      Hehehe. Aku pun cerita yang boleh cerita je.
      Ada lagi yang tak boleh cerita but still, tergelak bila memikirkannya...hehehe

      Delete
  2. hahaha bagi saya lukisan cEro makin nice dan nampak lebih santai. comelnya cEro mini! ni 1st appearance kan?

    Betul3x, masa encounter dgn pengalaman buruk tu rasa cm the end of the world je. tp lama2 rasa mcm 'hek eleh betul'.. hahahah! Terutamanya masa clash lah. suka satu ayat dari 9gag: "remember when you said you cannot live without him/her? look at you now, still breathing and shit" hahahahah :p

    kenangan terburuk? Hmmm (nak tapis yg paling tak memalukan)
    Ok, masa kecik dulu saya pernah hilang (baru boleh berjalan). riuh rendah semua org cari. Masa tu kakak ckp sy sama tggi dgn lalang. ada org nampak sy mengikut jiran balik ke rumahnya, cari2 takde.

    kaget betul waktu tu (xsangka kekecik dh blh bikin havoc). kalau sekrg mesti dh report polis.. hehehe. Lepas beberapa jam, kakak yg sulung jumpa saya. tahu kat mana? Rupanya sy tergelincir jatuh ke dalam telaga dekat rumah dan hanya berpaut pada rumput dan lalang selama berjam2 tanpa bersuara, huhu...

    sekrg, bila berkumpul ramai2 dan buka cerita lama, semua akan tergelak bila kenang saat tu. "kalau tidak, dah takdelah mak su..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. damn lepas baca kali ke-3 pun tergelak lagi. lagi2 part oh god why
      hahahahah niceeeee

      Delete
    2. >Zyra Roxx

      1st appearance dlm blog, tapi dlm buku KAMI! dah pernah ada dah :)

      Betul sangat tu. Masa baru lepas clash macam aduh tak boleh nak teruskan hidup normal dah sebab asyik terkenang but then lepas satu tempoh masa, all is well. Hehehe

      Oh, ni kes pernah hilang masa kecik laa ni ek?
      Dalam telaga tu yang dramatik tu. Macam mana laa budak kecik boleh termasuk dalam telaga nih? Hehehe

      Delete
  3. kenapa kau guna perkataan kalian?macam dah arwah tok aku dlu pun sebut kalian.bukan korang ke kamu semua ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Miss Fireflies

      Hahahaha...aku ni pun boleh tahan purba jugak Kon oi...
      Aku dah lama guna 'kalian', tapi masa aku reallize 'kalian' sounds pelik dan klasik, aku dah terbiasa dah, so aku teruskan je guna asalkan kalian faham. Wahahaha

      Kamu semua or korang maca sedikit tak best, terutamanya kalau yang baca ni orang2 tua dan purba macam aku...hahaha

      Delete
  4. memalukan buat anda.. tapi bila orang lain yg ingat, menggembirakan kot.. hahaha

    sorry aku x tengok kamen rider.. Kamen rider tu sama dgn satria baja hitam ke? ada kot aku tgok satu, dua episod.. itupun terpaksa.. hahahaa

    Ada kawan aku ni sampai ke tua minat Kamen Rider, penuh la bilik dia dgn patung2 kamen rider, tali pinggang, cincin bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Hahaha.

      Most perempuan memang tak layan sangat Kamen Rider. and yes Kamen Rider tu Satria Baja Hitam walaupun nama tu sebenarnya refer untuk Kamen Rider Black sahaja...hehehe

      Kawan kau tu boleh jadi geng aku tu. Aku rasa kalau nanti ada anak sekalipun, aku akan layan jugak Kamen Rider...hehehe

      Delete
  5. benda memalukan nie memang payah sangat nak lupa. apatah lagi bila kenangan masa kecik2. bila ungkit balik memang la bikin gelak guling2 sebab tak percaya dengan perangai sendiri macam apa tah masa kecik2. and we be like "unbelievable, was it really me??" chewahhhh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BudakVanilla

      Kaaannn??
      Kelakar ooo bila ingat balik.
      Kenangan macam tu laa yang membuatkan kita rasa rindu dengan zaman kanak-kanak :)

      Delete
  6. haha banyak ja kenangan memalukan yg duk ingat sampai la ni,,rasa maluu tp yg ni jugak yg buat gelak sorg2,

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      Kaannn???
      Yang malu tu yang kita ingat, padahal banyak lagi kenangan indah yang lain, cuma yang memalukan ni laa yang lebih kukuh dalam otak kita :)

      Delete
  7. Aku x tgk kamen raider, so aku x pernah kot buat mcm kau buat ni.

    Tapi aku pernah pakai mcm superman pakai la...Dh elok je pakai baju smart2, g sarung spender kt luar pulak..hahaha..

    Lagi satu ni aku ingat2 lupa, tp mak aku yg ingat. Kecik2 dulu aku suka ckp sorg2 dgn dinding, kadang2 cakap sorg2 sambil lukis komik syok sendiri.hahaha.....

    Aku rasa bohong la..., kalau betul mesti aku dh lukis lg hebat dr kau cEro..kahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahaha...siapa lelaki peminat Superman tak pernah main jadi superman pakai spender kat luar memang tak best laa...hahahah

      Takutnya aku kalau tengok anak aku cakap sorang2 dengan dinding...
      Kau tak ingat ke dengan siapa kau cakap tu? Mana tau ada imaginary friend ke...hehehe

      Kau tak cuba lagi bro. Apa kata cuba dulu, then semua orang mesti lagi hebat melukis dari aku..hehehe

      Delete
    2. @cEro

      Aku pun x tahu la aku ckp dgn sapa, ingat2 lupa je...mybe aku tgh meluahkan perasaan dkt dinding kot.. Ala..mcm org skrg la....semua benda nk tulis kt wall fb...lebih kurang la...hahaha

      Takpe la...aku bukan x nak cuba, tp takut nanti kacau periuk nasi korang pulak..hahaha.. *alasan org malas melukis*

      Delete
    3. >Bro Ley

      Kira kau ni lagi power dari Facebook laa ni, belum pun wujud Facebook kau dah bercakap dengan 'wall' kau sendiri...hehehe

      Ala, kekonon merendah diri konon. Aku tahu kau power. Jom laa melukis! Hehehe

      Delete
  8. Hahahaha bercakap dgn dinding? Hahahaha
    Aku dulu suka main dgn bayang2 je kat dinding, bila letrik takde :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra Roxx

      Sama laa. Suka main bayang2...
      Tapi mak marah main bayang2...sebab apa entah tak tahu.
      Lupa nak tanya :)

      Delete
    2. @zyra roxx

      Aku pun suka gak main bayang2 kt dinding. Tp kan lg best kalau bercakap sekali masa tgh buat bayang2 burung tu. Nampak 'hidup'. Hahaha...

      @cEro

      Ala..kau ni...xkan tu pun x tau sbb apa. Mak kau tu takut hantu sebenarnya . Bayang2 tu nampak mcm hantu pd dia. Ok..skrg terima kasih kt aku sbb aku dh selesaikan satu misteri kau..hahaha...

      Delete
  9. Kabuto.
    and love Mizushima Hiro!

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Tak salah aku Kabuto tu first time dia berlakon, kan?
      Lepas tu je terus jadi famous, kan?

      Delete
  10. Benda memalukan eyh? Hmmmmmmm... *pikir and pikir and pikir.* Takdelaaa...hahahaha..XP


    Kamen Rider, aku paling ingat and follow Kamen Rider Ryuki..sbb time dia tayang kt tv tuh aku sekolah menengah petang so pagi boleh tngk tv..hahaha..yg len2 tak ingt sangat..huuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Dalam Kamen Rider Ryuki aku paling suka Kamen Rider Ouja yang ular warna purple tu sebab Asakura yg pakai belt Ouja macam cool giler kot...wahahaha

      Delete
    2. Oiiihhhh..!!! Sama..! Dia cool, kamen rider tu pun cool..!

      Delete
    3. >Lee-kun

      Kaannn???
      Uih. Kenangan betul melayan Ryuki. Lama dah rasanya masa berlalu...hehehe

      Delete
  11. Say hello to Pakistan for me please :)

    ReplyDelete
  12. Kenangan buruk jadi kenangan indah? Macam banyak tapi biarlah rahsia. hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Alaaaa...
      Apa rahsia-rahsia ni?
      Cerita laa satu...hehehe

      Delete
  13. Hmmm... don't feel so bad about it cEro, Chouji (masa level genin) pakai underwear biru kat atas kepala dia dengan ninja plate konohagakure dilekatkan kat bahagian depan tu, rilek ja dia... kawan2 genin dia pun tak gaduh nak gelakkan dia :p

    Tapi style yg kau pakai masa zaman budak kecik tu untuk imitate kamen rider, hahah... ada rupa macam pakcik pencuri underwear dalam cerita ranma 1/2 la pulak... hentai jiji yaro, shitagi dorobo hahah! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Gah gah gah!
      Aku pun perasan jugak Choji pakai underwear tu...hahaha
      Nasib ada plate ninja kekonon mcam official laa tu..hahaha

      Hahaha...bukan tipikal dorobo cerita anime memang gaya camtu ke?
      Hehe..except masa kecik dulu mana peduli siapa punya shitagi. Hahaha

      Delete
  14. Pengalaman buruk yang menjadi gelak ketawa ngan kawan-kawan sampai sekarang ialah, masa kitorang kena rendam dalam kolam ikan pukul 3 pagi kat asrama dulu.

    sampai la ni kitorang gelak kalau cerita balik pasal benda tu

    Oh ya, Kamen Rider era Showa tentunya Kamen Raida Buraksu aka Black.
    Kamen Rider era Heisei plak aku suka Kamen Rider Den-O.

    aku fanatik Kamen Raida. dan aku ada hampir kesemua koleksi dvd era Heisei. Baru jer tambah Kamen Raida Drive dalam koleksi.
    wkwkwkw ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Weirdly, Ojin,
      aku pon pernah kena rendam dalam kolam lepas prep malam masa sekolah asrama dulu..
      And yes, memang gelak ketawa habis bila ingat balik...hahaha

      Showa of coz aku suka Black, sbb itu je yg aku ingat (dan tengok, kot),
      Heisei, Den-O pun best jugak. Aku suka Double (W) jugak.
      But lately Kamen Rider macam kureng menarik minat aku,
      tapi aku nak try layan Kamen Rider Ghost yg paling baru ni.
      Kalu best, aku teruskan...hehehe

      Delete
  15. Seluar kecik bapakk..eeuw..ha-ha..cantik je lukisan komik tu :D

    ReplyDelete
  16. Seluar kecik bapakk..eeuw..ha-ha..cantik je lukisan komik tu :D

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Seluar kecik bapakk..eeuw..ha-ha..cantik je lukisan komik tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >fadh leyanie

      Hehehe...
      Masa kecik lagi, masa tu suci kudus mulus lagi.
      Tu yang seluar kecik bapak pun rembat...hahaha

      Delete
    2. Alamak sorry terspam comment.

      Delete
  19. Wahaha Comel laa... XD
    Betul laa tuu... Masa mengalami memang sakit.. Payah... Tapi 2 3 tahun akan datang... Ia boleh buat kita rindu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kakak Tiri Cinderella

      Kan?
      Sebab tu bila tengok orang yg patah hati ni, kita support je dia.
      Next time bila tiba masanya, dia faham yg semuanya bukanlah penamat.
      Kan?

      Delete
  20. pergh~ kamen rider spender... hahahahaha

    aku suka ninja.. buat ninjamask guna t-shirt hehehehehe.
    pastu main panjat2 dinding rumah (kayu).

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Sama laa ku pon.
      Bila besar sikit ada kawan lelaki, kitorang main ninja dekat semak belakang sekolah, balut kepala dengan t-shirt sambil sorok2 baling batu. Wahahaha

      Delete
  21. aku cukup tak suka ingat memori lama.. sebab banyak yg x best. but thanks to those around me sebab suka benor cerita balik kenangan2 dulu.. sebab seronok buat stok bahan lawak.

    takde bau2 aneh ke yg keluar dari 'topeng kamen rider' kau tu? hohoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Aku pun bukannya banyak sangat memori best, yang tak best lagi banyak tapi itulah...yang tak best tu yang buat cerita jadi lagi syiok berbanding yang best. Hehehe

      Hahaha...masa kecik dulu mana kisah nak ada bau hape pon...
      Asalkan bergaya katakan...hahahaha

      Delete
  22. walaupon melukis malas-malas,tetap berseni okay!ahahahhaaa...cerita kat atas tuh lucu......kepala kecik hgga seluar dalam ayah plak jd mangsa......kalau yg dah pakai dah mmg naya~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >aiman mania

      Hahaha...
      kecik lagi siapa peduli yg dah pakai ke atau yang baru basuh ke...
      hehehe

      Delete
  23. Kehkehkeh.. lawak kamen rider tu win.. tapi itulah.. kenangan pahit tu jugak yang nak diingat walau dah cuba ingat kenangan yang best2 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >aizamia3

      Kan?
      Padahal masa baru lepas alami kenangan pahit tu, kita kalau boleh nak lupakan secepat mungkin, sebab pahit.

      Delete
  24. Terima kasih. Nasihat yang sangat berguna .

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Sama-sama.
      Harap bermanfaat kepada Amna :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License