Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 14, 2012

Gambar Paling Susah Nak Diterangkan Dalam Handphone Aku.


Tahu tak apa kita boleh dapat dari galeri dalam phone?
Peribadi seseorang.


Aku ada seorang kawan, satu sekolah asrama dulu.
Walaupun lama tak jumpa, tapi bila jumpa sekali hari tu
dia buat satu permintaan pelik.

Dia nak tengok galeri handphone aku.
Aku kaget!

Since aku tak ada simpan gambar porno dalam phone,
mahupun ambil gambar yang mencurigakan,
aku benarkan.

Seketika dia melayan galeri aku, dia tersenyum.
Kadang-kadang, dia berkerut muka.
Kadang-kadang, dia tergelak kecil.

Aku tanya, "Apsal nak tengok galeri?"
Dia jawab, "Kita dapat tahu lebih tentang seseorang dari apa yang dia simpan dalam phone dia.."

Secara logik memang betul.
Penggemar kereta akan ada banyak gambar kereta.
Penggemar kucing akan simpan banyak gambar kucing.
Sex maniac akan ada banyak gambar porno dalam phone.
Juga, yang mana tersimpan banyak gambar tangkap sendiri, dipanggil narcissist.

Sekali,
kawan aku bertanyakan satu gambar yang pelik.
Ini dia gambarnya....




Abaikan habuk tebal di pinggir tingkap itu,
tapi itu adalah gambar lipas yang masih hidup.

Aku menceritakan,
gambar ni adalah momen aku paling rapat dengan lipas dengan kerelaan.
Semua sedia maklum aku tak suka lipas.
Tapi, satu hari,
aku ternampak lipas hidup bertenggek di penjuru tingkap.
Mengumpul keberanian, aku datang rapat memerhati.
Lipas tu seperti berada di akhir usia,
nyawa-nyawa ikan nampaknya.
(Ironi bila lipas yang selalu dikaitkan liat nyawa disamakan dengan nyawa ikan)

Saat ini aku merasakan seperti,
"Padan muka! Pada waktu kau sihat, kau saja nak troll aku, datang-datang dekat nak acah-acah. Bila masa kau terbang, aku lari bertempiaran tak cukup tanah. Sekarang, saat akhir nyawa kau, kau hanya mampu duduk di penjuru tingkap bertemankan habuk. Sekarang kau tahu siapa manusia, siapa lipas!"
Untuk beberapa ketika itu, aku rasa aku MENANG!

Memandangkan ini momen aku paling hampir dengan lipas dengan kerelaan,
aku pun snap gambar beberapa keping buat kenangan.



"Aku ingat kau ada fetish dengan lipas!"
Aku tergamam mendengar kata-kata kawan aku.
Membayangkannya, tekak aku loya.

Aku sangat tak suka lipas.
Sangat!


Postquam-scriptum:
Apparently, gambar itulah gambar paling pelik dalam handphone aku.
Korang pula?
Cuba belek handphone sekejap dan cari
apakah gambar pelik yang paling susah korang nak jelaskan keadaannya?




.




18 comments:

  1. selama 9 tahun aku memiliki handphone, aku tak pernah memiliki handphone berkamera..percayalah

    ReplyDelete
  2. dalam galeri fon aku tak ada apa yang pelik.. tapi, yang pasti paling banyak gambar makanan.. haha..

    ReplyDelete
  3. banyak gambar anak2 je, kalo boleh setiap hari nak amik gmbar dorg

    ReplyDelete
  4. fetish dengan lipas eh?? hebat betul cara berfikir tu. ;p


    aku rasa xde gambar pelik.. sebab aku memang jenis x suka amik gambar.

    ReplyDelete
  5. kehkeh kelakar pun ada..lipas je kot? tak suka buat ape. eei sekeh jugak karang..

    ReplyDelete
  6. ok skg aku belek blik folder image..hurmm...cuba nilai diri-sendiri..haha3

    ReplyDelete
  7. hahaha...mengong la ko ni. lipas pn nk d ambil gambar ke? bajet dah terer, blh dekat2 dgn lipas la tu? hahahaha

    aku pny henpon? hrmm..nanti, aku update blog la ttg tu. menarik!

    ReplyDelete
  8. kih kih kih.... Kipas Lipas... XD

    aku rasa, ko pon boleh teka apa ada dalam galeri handphone aku.. wakakakaka

    ReplyDelete
  9. apa kata nanti kau guna camera hp kau tu ambik gambar kahwin aku hahaha..weh nnti kau email alamat kau kat personal email aku ni hazwanfaiz87@gmail.com... kau dijemput tau!! datang tau!! sebb kau lah blogger friend aku sjk dari mula aku start blogging lagi hahaha -hentakbelipat : )

    ReplyDelete
  10. @norinaomar
    Ye ke? Ada lagi ke henfon takde kamera skang ni? mesti rare, kan?

    @pingu_kecik
    ni mesti ko suka makan ni..or at least teruja dgn makanan..hehehe

    @6049156377579729657.0
    Aku pun rasa kalo aku dah ada anak nanti, mesti byk gambar anak2 je..haahah

    @Haris Khairuddin
    gah gah gah...
    nasib baik kau tak ngaku ada fetish dgn lipas..hahah

    @SaddLone
    Geli laa lipas..
    Tambahan tang kaki yg berbulu2 tu..eeee

    @Miss Comot
    Jadi? Apa keputusannya? hahaha

    @~* chirpy_chummy *~
    silakanlah mar..
    mesti best, kan?

    @Aujinz
    Haha, biar aku teka, mesti byk gmbar kucing, kan?
    hahaha

    @the
    Haha, insyaAllah,
    kalau ada kesempatan aku datang..
    tahniah btw..hehehe

    ReplyDelete
  11. ah ah ah..

    kalau selongkar galeri telepon aku pon, tetap takkan dapat teka aku orang yg mcm mne :P

    ReplyDelete
  12. dlm phone aku gambar2 xpelik sgt kot..
    ader gmbar serpihan botol minyak gamat yg pecah(yg kat bhgian atas tmpat tutup tu)..amek gmbar sbb serpihan tu telah berjaya menyebabkan luka hebat yg menyebabkan kebanjiran darah dari tapak kaki..hee..naseb bek kace tu xpecah dan tertinggal dlm kaki.1 peristiwa dlm hidup.. :)

    ReplyDelete
  13. Aku pun geli dengan lipas. Tak sangka ada manusia yang bijaksana masuk pertandingan makan lipas dan berakhir dengan kematian sebab lipas tu beracun..




    Dalam fon aku banyak gambar anak sedara aku sebab bagi aku diaorang adalah terapi penghilang stress yang terbaik. ;)

    ReplyDelete
  14. @nazha anua
    haha, tak tau nak guna perkataan lain kot..

    @hibari ace
    yeke? apa ada dalam galeri henfon ko?

    @MS. NO NAME
    Uih.. bahayanya..
    tp siap ambik gmbar lagi..hahah
    sbg peringatan maybe..hehehe

    @Yousof
    Eeeee, aku pon ada dengar berita tu...
    geli nye..
    pastu mati plak lepas tu..
    tp mungkin dia suka kot, sbb mati sebagai juara..hahahah

    ReplyDelete
  15. lipas brazil paling terer sbb bleh hidup kat malaysia dgn baik..

    nak tengok lipan amazon tak? lipan giant yg aku bunuh XD

    http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2012/11/entry-khas-menjawab-request-komenter.html

    ReplyDelete
  16. @plain83
    huyooo...
    besar nak mamps!!!
    Takut aku...

    ReplyDelete
  17. yeay!!yeay!!! aku nak komen ni.. haha.. LOL!... "baru" nak komen :D
    aku xada la gambar pelik.. aku tak faham bg aku, aku mungkin tgk biasa.. tp, bg org len...mungkin luar biasa? muahahaha... aku suka ambil gmbr pemandangan... secara kesimpulannya.. aku suka fotografi.. jadi.. segala mak nenek...tp, banyak kepada nature.. dah hp ajo yg selalu aku bawak... haha

    ouh.. tp, aku memang jenis pelupa.. =__=" (apa benda ni aku komen????)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: