Memiliki haiwan peliharaan impian.
Aku ada bela kucing.
Aku ada bela arnab.
Dulu bela ikan dan kura-kura, tapi macam leceh.
Jadi, apsal nak bela-bela lagi ni?
Rumah dah macam zoo dah, tak puas hati lagi?
Bukan...
Semua tu (kucing, arnab, ikan, kura-kura) terlalu ordinary.
Terlalu biasa. Boring.
Hidup kenalah penuh dengan cabaran dan keseronokan,
barulah warna warni hidup tak pudar..
Walaupun ada dalam list ni yang kurang realistik,
tapi..
kadang-kadang,
apa salahnya berangan kan?
Berikut adalah ENAM haiwan peliharaan idaman yang (aku tahu) (mungkin) aku takkan dapat seumur hidup aku.
Masuk akal ke tidak, itu perkara ke-348...
Aku tak tahu 'chameleon' dalam bahasa dipanggil apa.
Tapi yang aku pasti, bela chameleon kedengaran macam sangat cool.
Apatah lagi kalau jenis chameleon yang bertukar warna ikut persekitaran tu.
Seolah-olah macam aku sedang bermain sorok-sorok dengan dia, sepanjang masa.
Kawan aku pernah cerita,
nak bela chameleon bukannya senang,
tambahan pula dengan cuaca kita yang panas dan lembap,
reptilia ni berdarah sejuk, jadi nak jaganya perlukan sedikit kepekaan.
Memandangkan reptilia tak mampu tunjuk emosi di wajah,
jadi memang susah nak tahu chameleon ni stres ke, happy ke..
Tapi nak membelanya bukanlah mustahil..
InsyaAllah, suatu hari nanti aku akan cuba membelanya..
Aku nak namakan dia Leon S. Kennedy.
Homing pigeon ialah burung merpati jinak yang sangkarnya terbuka.
Dia boleh terbang ke mana saja yang dia nak dan nanti dia akan balik ke sangkar tu balik.
Bebas, kan?
Sebab tu merpati kadang-kadang digunakan sebagai simbol kebebasan.
Carrier pigeon pula adalah merpati yang dilatih sebagai alternatif komunikasi masa zaman tanpa telefon dulu-dulu.
Merpati ini seperti kompas yang hidup.
Mereka boleh pulang ke sangkar asal berpandukan medan magnetik bumi, sama konsep dengan kompas yang sentiasa menghala ke utara.
[Lebih maklumat di wiki]
Antara sebab aku nak bela merpati macam ni adalah...
hmmm...malulah...
sebab dengar macam romantik.
Aku selalu bayangkan dua kekasih berhubung dengan selitkan nota di kaki merpati, dan lepaskan merpati tu di muka tingkap untuk terbang kepada kekasih masing-masing.
Dengan itu, tak perlu lagi SMS, emel or even facebook.
Tambahan, lebih private and confidential.
Pergghh! Idea bercinta dengan guna merpati pada zaman moden sangat sesuai dijadikan tema dalam novel dan diadaptasi ke drama swasta 26 episod slot Akasia.
Untung-untung nanti boleh dijadikan filem mengalahkan Ombak Rindu.
CC: Ahmad Idham dan David Teoh!
Aku dapat tahu, di kebanyakan kawasan pendalaman Russia,
ada keluarga yang jadikan beruang sebagai haiwan peliharaan.
Dengar macam awesome, kan?
Memandangkan beruang adalah mamalia,
jadi mereka mampu beri respon dengan kasih sayang.
Dengan kata lain, kalau aku sayang dia, dia akan sayang aku balik.
Kalau aku beri makan dia, dia akan balas dengan melindungi aku dari bahaya.
Apparently, beruang adalah makhluk yang membalas budi.
Bayangkan,
perempuan akan bawa teddy bear kesayangan hadiah dari pakwe untuk teman tidur.
Aku pula, akan bawa Teddy (nama beruang aku bela) jalan-jalan ke taman, shopping mall dan rumah saudara.
Maka, tak ada siapalah yang berani rompak aku.
Awek-awek pun akan tertarik dengan keunikan haiwan aku.
Tambahan, aku akan ada kawan yang boleh dengar keluh-kesah aku tanpa prejudis.
Apa lagi awesome dari bela beruang?
Tentulah bela singa.
Digelar raja haiwan, penampilan singa dah menampakkan kegagahannya.
Jika singa gagah, apatah lagi manusia yang mampu menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.
Macam mamalia lain, kalau kena dengan tempatnya,
singa boleh jadi haiwan yang sangat baik dan penyayang.
Tapi, haiwan karnivor ni ada instinct sendiri.
Jangan dicabar naluri tu, kita akan selamat.
Sebenarnya,
aku berangan nak bela singa sebab masa kecil-kecil dulu
aku pernah mimpi tunggang singa berlarian kat kawasan savana.
Mungkin aku terlalu terpengaruh dengan satu filem yang aku tonton masa kecil dulu,
The NeverEnding Story, cerita tentang budak naik anjing terbang.
Memandangkan aku tak boleh naik anjing, jadi aku naik singa.
Legit, kan?
Oh, dan aku akan namakan singa aku Raikou.
Apa lagi gempak dari tunggang singa merentasi Savana?
Tunggang singa terbang berkepala helang membelah langit. Griffin.
Griffin adalah makhluk lagenda kepercayaan mitos Eurasian.
Separuh bahagian hadapan Griffin adalah helang, merangkap Raja Segala Burung
dan separuh belakang Griffin pula adalah singa, merangkap Raja Haiwan Buas.
Maka, Griffin dianggap Raja Segala Haiwan.
Sebelum kalian melatah, biar aku jelaskan,
Griffin tak pernah wujud. Hanya mitos.
Jadi, aku memang tak akan dapat bela seekor.
Malah, aku tak tahu pun apa Griffin dalam Bahasa Malaysia.
Tapi yang pasti,
kalau dapat bela satu, aku nak namakan dia Griff.
"Griff, terbangkan aku ke Akihabara, Japan"
Zup, dia terbang.
"Griff, kejar peragut jalanan itu!"
Zup, peragut jalanan tu tersangkut dekat tiang elektrik 3 meter tinggi.
Ultimately,
aku nak bela seekor Triceratops.
Dinosaur yang terkenal dengan kepala bertanduk tiga.
Triceratops dikatakan musuh kuat kepada dinosaur yang ditakuti seluruh makhluk, Tyrannosaurus Rex (T-Rex).
Aku akan tersenyum panjang bila terbayang betapa epiknya pertarungan kedua-dua dinosaur ni.
Tapi, dengan kelemahan lengan kontot T-Rex dan perut boroinya,
Triceratops ada ruang luas menyondol lalu merabakkan perut T-Rex dengan tujahan maut.
Sebab tu aku pilih Triceratops daripada T-Rex.
Sebab Triceratops hebat!
Bayangkan,
aku bawa Triceratops berjalan-jalan di taman tasik.
Agak-agak apa reaksi orang ramai?
Itulah enam haiwan peliharaan idaman yang aku rasa takkan dapat bela.
Tapi part chameleon dan homing pigeon tu macam ada harapan lagi...kot!
Ada yang mengatakan kita dinilai dengan cara kita melayan haiwan.
Kalau aku layan singa dengan baik,
adakah aku boleh dikatakan Raja kepada Raja Haiwan?
Aku lagi suka kalau jadi raja kepada manusia.
Ataupun raja di hati korang. (Pergh! pickup line!)
Kalian pula?
apakah enam haiwan peliharaan yang kalian idam-idamkan?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan boleh aku baca dan kongsi di twitter dan facebook.
UPDATED:
6 haiwan peliharaan idaman kawan-kawan aku yang awesome!
Sila jangan malu-malu nak singgah.
Haris Khairuddin dari blognya Haris Khairuddin [klik sini]
Aujinz dari blognya Lanun Ranggi [klik sini]
かわいい d y s h a dari blognya Kawaii Dysha Studio [klik sini]
.
orang kate sesumpah tu lagi senang bela dari bela arnab
ReplyDeletechameleon tu sesumpah la kot dalam bahasa melayunye..
ReplyDeleteahaaaa...
ReplyDeletekalo sempat nanti nak buat entry cenggini gak..
(tp mcm x sempat jer)Insyaallah k..
plg cool natang griffin tu...heee..
bela naga pon cool gak weh.. :)
macam awesome je bunyik dia..
ReplyDeletedalam otak aku ada la jugak haiwan legend yang aku nak bela.
1. helang (macam hebat gilak je natang ni kan??)
2. panda bear (sebab beliau cute gilak.)
3. nine tail demon fox (so, aku akan ada unlimited chakra.)
4. naga (memang awesome.. tapi dah ada 1 kat rumah aku.) hoho.. ;p
* ko xnak bela polar bear gak ke?
anda dibenarkan membela sesumpah dan burung merpati saje, kalo beruang, singa sila bela dalam zoo, griffin dan dinosour sila bela dalam mimpiiiiiiiii... seb baik bukn nak bela t-rex>.<
ReplyDeleteHehe... bestnye.. beruang ngan singa best!!!!
ReplyDeletebela cicak tokek ok gak. org cakap mahal hargenya. tu pasal aku tak mampu bela. tapi kalu lipas, nyamuk ngam burudu banyak laa kat blakang umah. kos bela pun tak mahal. hahaha
ReplyDeleteencek cero..hahaha..aku sukanya entri ni..bela beruang memang cara betul kan..
ReplyDeletehamster is to mainstream
ni aku dah buat satu entri pasal haiwan peliharaan yang aku nak bela..
ReplyDeletehttp://haryzkhairuddin.blogspot.com/2012/10/antara-haiwan-peliharaan-yang-aku.html
aku teringin nak bela singa jgk sbb aku leo..tringin nk sikat rambut kat kepala singa tue..tp aku lbih tringin nk bela harimau albino..comel! mcm kucing msa baby...grrr..rawr! kah3
ReplyDeletehewan yang pertama itu adalah bunglon dalam bahasa Indonesia
ReplyDeletesalam kenal ya dari Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia
Sesumpah dengan Homing Pigeon tue still boleh lagi laa... kih kih kih
ReplyDeleteHaaaaa... aku pun ade gak Haiwan Peliharaan yang aku rasa susah nak bela... nanti aku buat entri .. koh koh koh..
yg last sekali tu mau runtuh umah kalau bawak balik. kakakaa
ReplyDeleteSesumpah antara yang paling dekat untuk dicapai dalam anganan cool kau kali.. ;D
ReplyDeleteKau boleh tukar Triceratops kepada badak sumbu. Makhluk yang mempunya serupa tapi tak sama.
Antara haiwan yang aku idamkan adalah
1- Kuda bersayap.
2- Ikan Arapaima baka terbaik. Bila dah membiak banyak boleh dijual sekaligus memberi pulangan yang berbaloi-baloi kepada aku hehehe
lepastu link kan list2 deme yg senaraikan hewan belaan yg deme mau, aku nak baca..bulih???? guuuguuu!
ReplyDelete@SR
ReplyDeleteyeke? Tetiba aku eksaited nak bela cepat2..hehehe
@Nerzhul
Sesumpah ek? Tapi sesumpah tukar kaler gak ke? hehehe
@MS. NO NAME
Silakan2.. nanti aku promote sama..
Griffin mmg cool, tp malangnya tak ada..hehehe
@5558445967224597518.0
Haha, gilo ke nak bela t-rex..
jadi sarapan pagi diorg je nanti..hehehe
@Gadis Misteri
Beruang dan singa dengar mcam best, tp rupanya kena ada lesen baru boleh bela..hehehe
@roninmalaya
nak bela satu hal..
hilang nanti org curi satu hal lagi rugi..hehehe
@nazha anua
hahaha, org kata hamster busuk, kena jaga elok2..betol ke ek??
@Haris Khairuddin
Thank you Haris.. nanti aku promote..
@Miss Comot
Aku selalu bayangkan. Taik kucing dah habis busuk dah..
agak2 taik singa n harimau lagi busuk ke hape ek?
@Honeylizious Rohani Syawaliah
Hello Rohani, bunglon ka namanya?
Thanks ya..
@Aujinz
Thanks Aujinz..silakan silakan..
@EZAN IDMA
Hahaha, kena ada bangsal besar baru boleh bela..
Kalo manja2, nanti berguling2 kena himpap..gahgahagh
@Yousof
1-Kuda bersayap tu tak salah aku dipanggil pegasus..
2-Aku pernah buat kajian ttg arapaima..
mmg berbaloi bela arapaima, tp kena ada tank yg besar ar..
tapi cantik arapaima tu..
@cik marikh
Baiklah! Will be!!
Thanks
aku rasa tak kot sbb kucing semua bnda kita bg makan mcm manusia..durian etc..tp harimau n singa diorg hnya mkn daging..karnivor so myb x sebusuk kucing kot..tahi haiwan pling busuk bg aku adalah tahi kera.
ReplyDelete@Miss Comot
ReplyDeletehaha, betul gak tu rasanya..
Taik kera busuk?
Aku tak pernah bau, tp kalo ada peluang, aku mmg taknak bau..
Aku dan busuk ni lain sikit, skali bau, teruk melekat dlm kepala..hehehe
nak bela giraffe, lemur dgn ostrich.. XD
ReplyDelete@hibari ace
ReplyDeleteteringat lemur dlm citer Madagascar tu...
Macam kelakar habis laa..hehehe