Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 13, 2011

Terima Kasih...Terima Kasih



Aku tak berapa pandai dengan nombor,
aku sedar akan kenyataan itu,
isteri tercinta aku pun tahu mengenainya.

Suatu hari,
selepas solat Isya' berjemaah berdua,
si dia bersalaman, mencium tangan aku.
Sejurus semasa dia mengangkatkan kepala,
tangan kiri aku sedang menunjukkannya sekotak hadiah.

"Bukalah.." aku kata.

Si dia membuka hadiah tersebut di hadapan aku
dan wajahnya seperti kanak-kanak yang ingin tahu
akan isi yang terkandung di dalamnya.

Lalu,
dia terpegun melihat rantai leher idaman yang sering kali dia tatap ketika melintasi sebuah kedai barangan kemas di kompleks membeli belah berhampiran, kini, berada di hadapan mata di dalam tangannya.
Muka dia bersinar dengan senyuman.

"Abang, apa ni semua?" dia menyoal aku dalam senyuman.

"Selamat ulangtahun, sayang..."

Dia terdiam.
Lalu tergelak kecil.

"Abang, ulangtahun apa ni?"

"Ulangtahun kita."
Aku masih melihat senyuman di bibir dia.

Dia letakkan rantai leher itu di atas riba,
lalu kedua tangannya rapat memegang tangan aku.

"Abang. Saya tahu abang dan angka memang tak serasi.
Tapi tarikh ulangtahun kita lambat lagi,
beberapa bulan ke depan lagi."

Aku masih melihat senyuman di bibir dia.

"Abang belikan rantai ni, kan dah membazir."

Aku sedikit kecewa sebab tiada kata terima kasih yang aku dengar.

"Tapi, saya tetap suka hadiah ni.
Jadi, terima kasih banyak-banyak ye, sayang."

Bagaikan dia mampu membaca fikiran aku,
kata terima kasih yang diucapkannya meredakan hati.

Lalu aku berkata,

"Awak, hari ini memang ulangtahun kita.
Bukan ulangtahun perkahwinan kita,
tapi pada hari ini, beberapa tahun sudah,
saya pertama kali melihat awak
dan sejak itu, awak tetap di hati saya.
Sampai sekarang, sampai bila-bila."

Mata dia berkaca.
Kerana tak dapat menahan lebih lama,
dia peluk bahu aku sambil berulangkali berkata,
"Terima kasih...Terima kasih.."

--------------------------------


Maaf kalau terlebih dramatik,
tapi itulah impian dunia perkahwinan aku.

'Aku mahu mengimami solat jemaah bersama isteri aku dan di akhir selepas doa, kami berbual kecil mengenai kehidupan, diselangi dengan gelak tawa, kata serius, mahupun cerita sedih.'

Aku cuma mahu hidup seperti manusia normal.




30 comments:

  1. wohohohohohoho

    fantastik
    alhmdllh ini laa lelaki yg bagus

    imam dlm kluarge
    aminnn

    eah nombor...wahahah same same

    ReplyDelete
  2. get a job, get a life, make some money, stop dreaming.

    dumbass.

    ReplyDelete
  3. terima kasih terima kasih.. hihihi
    Cero Kamil is back!! =P

    ReplyDelete
  4. Salam Cero...

    nk minta kebenaran copy entry nie boleh tak...huhuhu...

    best la...alhamdulillah ianya bukan mimpi...ianya realiti..

    ummi darwisy
    ~silent reader~

    ReplyDelete
  5. semoga mendapat seperti apa yang dihajati....

    ReplyDelete
  6. amin..semoga impian cero tercapai kelak..

    ReplyDelete
  7. HAI NAK KENAL BOLEH? bagi lah num hp .ekekke

    ReplyDelete
  8. cero. ini komen serius. btw. aku suka entry ni

    ReplyDelete
  9. kalau lah dapat suami sebegitu..alhamdulillah sangat - sangat..hmm

    ReplyDelete
  10. fuh....aku juga punya impian sebegitu cEro! dan, aku yakin semua org mahukan seperti itu juga. aku doakan impian ko ini cEro menjadi kenyataan. inysaAllah. :)

    ReplyDelete
  11. anon tu nama dia dumbass ke? Lol.
    -kudozu

    ReplyDelete
  12. Bagusnya kerana ada cita2 nak menjadi *imam* buat isteri.jangan lupa hafal doa masuk rumah dan keluar rumah juga! ^_^

    ReplyDelete
  13. hi cero.. very good one! hehe.. as a girl, it really makes me wanna smile for a few minutes after read this entry.. also, seeing this scenario on my imagination cloud.. hehehe!!

    ReplyDelete
  14. woowwwwiii~~


    *kenyit2 mata*


    romantik sungguh imaginasi ko cero..aurrrmmm~!!

    ReplyDelete
  15. fuyooo cero..semga tercapai impian ni..

    ReplyDelete
  16. tahap imaginasi tinggi.he3.semoga dapat apa yang diidamkan.

    ReplyDelete
  17. @nurkaloi
    haha, tu idaman semua suami kot rasenya...

    @8909096160283368604.0
    thank you, english teacher..
    btw, being among the first to comment, u sure had a heart on this blog..thank you..

    @aQel
    terima kasih..

    @WZulhilmi
    hahaha, dah lama tak dengar nama tu..hehehe

    @zue_amin
    silakan, silakan..
    terima kasih..

    @Angah
    terima kasih Angah

    @pu3aan
    biar ia jadi impian semua orang..
    amin...

    @kata kila
    hahaha, terima kasih..tak kisah pun serius ke tidak..hehehe

    @Fina Fento
    harap aku kekal berimpian sedemikian...

    @hanaahmad
    aku sendiri tak berapa sempurna lagi..
    tapi tak salah terus bermimpi dan kekal berusaha utk berubah, kan??

    @hahau
    terima kasih

    @nourelcahaya
    terima kasih...

    @Anonymous
    hahaha, entri camni pon dia nak menggelupur, agaknya entri macam mana baru dia nak kata elok ntah...

    @airaniez wirdani
    oh, insyaAllah..
    terima kasih kerana mengingati..

    @Miss Comot
    terima kasih...

    @Mentadak Mentadu
    terima kasih..;)

    @sarah zulk
    thank you..i hope this will be a dream for other men too...

    @~* chirpy_chummy *~
    hahaha, berangan kot..
    berangan baik takpe kot...

    @tulip
    terima kasih :)

    @Syuk Ry
    terima kasih ;)

    @storyfromme
    terima kasih...
    mempunyai impian adalah hak semua orang...

    ReplyDelete
  18. @Wijdan Hawani
    Amin..
    terima kasih.. ;)

    ReplyDelete
  19. cero, aku tau aku tlambat komen..tp nak jugak komen..huhu

    bukan sng nak tulis ssuatu yg blh sentuh hati org..tapikan, klu bakal isteri ko tuh bkn plhn ko camne? hehe..btw, sweet sgt..

    ReplyDelete
  20. @CikGusi BingbOo
    kalau bukan pilihan?
    asalkan ada akad dan nikah, dan dia isteri aku, aku rasa tanggungjawab sbg suami adalah lebih penting, walaupun bukan pilihan, tp kita sentiasa ada pilihan utk sayang dan menyayangi, kan??
    thank you, komen ko mmg dr sudut lain yg tak pernah aku fikirkan...

    ReplyDelete
  21. ni maknanya.. kau dah kena kahwin la ni cEro... =)

    ReplyDelete
  22. @Sophie Al-yahya
    wahahah, duit nak repair moto pon korek tabung..ni nak jaga anak orang..hahahha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: