Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

tEka-tEki #19 Butang Hijau




Terima kasih kerana memilih butang hijau.
Butang hijau ini membawa anda ke soalan susah.

Jika anda ke sini kerana mahu soalan yang mudah,
anda telah terjebak ke perangkap yang aku sediakan.
Jelas aku nyatakan dalam arahan bahawa
butang hijau membawa anda ke soalan susah.
Sama ada anda keliru dengan arahan,
atau anda keliru dengan gambar,
ianya 100% salah anda.

Fear not.
Anda masih boleh ke soalan mudah dengan hanya klik sini.

Tapi jika anda memang mencari soalan susah,
TAHNIAH, inilah tempatnya!

Soalan ini pernah berlegar-legar dalam Facebook satu masa dahulu.
Aku simpan lama dalam komputer semata-mata nak tunggu ianya reda.
Soalan yang sama juga pernah muncul dalam salah satu episod Scam School.
Scam School adalah satu channel dalam YouTube yang pernah aku ceritakan di sini.

Soalan ini memerlukan penguasaan matematik,
tapi aku jamin, matematik yang digunakan tidak lebih tinggi dari matematik sekolah menengah.
Jika anda tamat sekolah menengah, anda mungkin mampu menjawabnya.

Lihat imej di bawah:




Set nombor yang ditulis dengan dakwat hitam di dalam imej di atas mewakili operasi matematik yang tidak masuk akal.
Namun, semuanya boleh menjadi masuk akal, logik dan tepat dari segi matematik dengan meletakkan simbol operasi matematik yang ada.

Sebagai contoh,
aku telah selesaikan masalah untuk 6.
6 + 6 - 6 = 6
Dengan hanya letakkan simbol tambah (+) dan tolak (-), ianya menjadi operasi matematik yang tepat.

Cabarannya ialah
selesaikan keseluruhan baris dengan memasukkan simbol matematik dan menjadikan operasi matematik tersebut sebagai tepat dan betul.


Syarat:
  1. Simbol matematik hanya boleh dimasukkan di dalam kawasan kotak merah. Dengan kata lain, dilarang ubah mana-mana bahagian di luar kotak merah. (tukarkan simbol 'sama dengan' (=) kepada 'tidak sama dengan' adalah dilarang)
  2. Hanya simbol matematik yang dibenarkan. Nombor tambahan tidak dibenarkan.
  3. Simbol matematik yang melibatkan nombor JUGA tidak dibenarkan. Simbol matematik yang melibatkan nombor adalah seperti 'punca kuasa tiga', 'polinomial', 'limit', 'differentiation' dan sebagainya adalah tidak dibenarkan. Actually jawapannya takde laa sampai tahap kena differentiate segala bagai.


Disebabkan aku ni kurang hensem tapi hati baik, aku bagi tips:
  1. Tidak perlu ikut turutan. Kalau boleh selesai nombor lain dulu, buat yang boleh selesai dulu.
  2. 8 adalah yang paling susah. Jadi, selesaikan 8 paling akhir sekali.
  3. Tidak perlu kalkulator (kot). Semuanya operasi mudah, rasanya.


Since ini soalan matematik yg melibatkan simbol,
aku dapat merasakan orang yang nak menjawabnya akan jadi kurang.
Mana taknya,
nak jawab dalam comment camne?
Nak taip simbol matematik kan susah....

Jadi,
aku ada penyelesaian. Begini...
Kalian tulis atas kertas jawapannya.
Kalian snap gambar jawapan tersebut.
Kalian share gambar tersebut sama ada dengan letakkan link gambar di ruangan komen,
atau mention aku dalam twitter (@cerolian),
atau send gambar ke facebook page Empire State of cEro,
atau mana-mana saluran lain yang kalian rasa sesuai.

Aku harap sangat kalian tak putus asa dalam menjawab.
Perasaan dapat jawab satu demi satu sampai akhir, pada aku, sama macam perasaan bila tengah lipat seluar tiba-tiba jatuh sekeping not RM100 dari poket, lepas tu buka peti sejuk ada aiskrim, lepas tu duduk depan TV ada tayang cerita kegemaran, lepas tu dapat panggilan telefon bagitahu kalian menang cabutan bertuah, lepas tu ada orang ketuk pintu rumah, buka-buka ada Emma Stone berdiri depan pintu buat surprise, lepas tu lepas tu....
Ehem ehem..Ok...I should stop...

Update:
Beberapa kawan-kawan yang awesome sudah dapat menjawab sebahagian/keseluruhan dari tEka-tEki ini di bahagian comment. Sebab aku tak ada option utk hide comment tersebut, jadi kalau sesiapa yang berniat anak cabar diri sendiri sebelum melihat jawapannya, sila elak dari melihat comment.


Ok,
in case anda buntu, cepat putus asa,
dan berminat untuk ketahui jawapannya, klik sini.
Tapi link di atas hanya berfungsi bermula pada 2 Mac 2014
bersamaan dengan dua minggu selepas post ini diterbitkan.

Marilah mencabar ingatan matematik sekolah menengah.
Selamat mencuba.

GOOD LUCK!


Lagi tEka-tEki dalam koleksi:






.


14 comments:

  1. (0! + 0! + 0!)! = 6
    (1 + 1 + 1)! = 6
    2 + 2 + 2 = 6
    3 x 3 - 3 = 6
    sqrt(4) + sqrt(4) + sqrt(4) = 6
    5 / 5 + 1 = 6
    6 + 6 - 6 = 6
    7 - (7/7) = 6
    8 errr...entah
    sqrt(9) x sqrt(9) - sqrt(9) = 6

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      WOW! You are good!!
      Cuba lagi yg nombor 8.
      Sikit lagi tu...

      Delete
    2. Tak larat dah nak fikir.
      pastu dah tertengok jawapan dari @gema awan,
      cenggitu rupanya.HAHHAH

      Delete
    3. @nanadhoi
      Yang 8 mmg mencabar sikit...hehehe
      Tapi kau dapat selesaikan 9 dari 10, kira power jugal laa tu...hehehe

      Delete
  2. "5 / 5 + 1 = 6"

    (5/5)+5=6

    terer betul nanadhoi..
    aku terkebil2 untuk operasi 0 dengan 1..sebab ada !

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Cuba lagi nazha...
      Sebenarnya tak sesusah yang kita fikirkan...hehehe

      Delete
  3. Seorang lagi dapat jawab via twitter mention @cerolian.

    Dari @gema_awan
    Klik sini untuk membacanya!

    ReplyDelete
  4. argh gua benci nombor kecuali yg berkaitan dgn duit :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Hahahaha...gwa pun suka kira duit je...
      Sebab waktu berduit je kena guna matematik...heheheh

      Delete
  5. laaa..math ke....terus otak jammed

    ReplyDelete
    Replies
    1. @lemontea291
      alaaaa, math mudah je...hehehe

      Delete
  6. No.8=7÷7-7=6

    ReplyDelete
  7. No.8=7÷7-7=6

    ReplyDelete
  8. No.8=7÷7-7=6

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License