Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mesej Tersembunyi.



Salam.

Selamat datang ke Siri Mesej Tersembunyi.




Untuk siri 'Mesej Tersembunyi' ini,
aku ada sorokkan kata rahsia di satu tempat di dalam setiap entri. Di mana aku sorok, bagaimana cara nak dapatkannya akan berbeza bagi setiap level. Apa yang anda perlu buat adalah cari kata rahsia itu dan tinggalkan di ruangan komen.

Siapa paling awal tinggalkan komen 'kata rahsia' dikira pemenang utama. Yang berjaya jumpa kata rahsia dan tinggalkan di ruangan komen juga dikira pemenang walaupun bukan yang pertama.

Buat masa sekarang aku tidak terniat untuk beri hadiah kepada pemenang. Namun aku ada perancangan untuk tingkatkan kesusahan di masa akan datang dan kemungkinan sesiapa yang boleh selesaikannya akan diberi hadiah.

Dan cabaran siri Mesej Tersembunyi ini akan meningkat mengikut level. Kepada yang rasa tidak tahu mana nak mula, boleh cuba dahulu cari mesej yang aku sembunyikan di level-level terawal kerana 5 level pertama merupakan tutorial sebagai latihan permulaan.



Tujuan.

Entri ini tiada tujuan khusus. Aku buat sekadar suka-suka. Aku suka cabaran puzzle macam ni, jenis yang buat gear dalam otak berpusing bekerja. Otak kita ni macam mesin. Kalau lama tidak bekerja, boleh berkarat.

Salah satu sebab aku buat entri ini juga adalah untuk kongsi gambar yang ada dalam galeri telefon bimbit aku. Entahlah, bila aku skrol galeri dalam telefon aku ini, banyak rupanya gambar yang (pada aku) menarik tapi entah kenapa aku langsung tak kongsi di media sosial. Jadi melalui entri ini, paling tidak, gambar-gambar itu akan berguna juga tidaklah terperap di dalam kad memori menunggu untuk hilang disebabkan korup.

Level seterusnya akan ditambah bergantung kepada pencapaian kalian pada level sebelumnya.

Pada aku, selagi ada yang berjaya cari kata rahsia yang aku sorokkan, maka akan ada level seterusnya yang lebih mencabar. Anggap sahaja pada satu hari nanti kalau tiada sesiapa yang berjaya cari (atau tiada sesiapa yang datang ke blog ini lagi *sedih*), maka aku sendiri akan dilabel sebagai pemenang kerana tiada siapa dapat kalahkan aku (lagi).

Cabaran ini dapat diselesaikan tidak hanya bergantung kepada kepantasan, malah kegigihan mencari jawapan. Yang penting tidak berputus asa.

Bagaimana mahu tahu itu kata rahsia?
You'll know it just by looking at it.

Pastikan kalian jangan tersalah beza antara 'klu' dengan 'kata rahsia'.
Kata rahsia adalah jawapan yang terang-terangan dilabel sebagai kata rahsia.
Klu pula hanyalah panduan di mana terletaknya kata rahsia, bukannya jawapan.



LEVEL

Mesej Tersembunyi:

Tutorial:

Level 1: 'Mesej Tersembunyi'
Level 2: 'Mesej Tersembunyi #2'
Level 3: 'Mesej Tersembunyi LEVEL 3'
Level 4: 'Mesej Tersembunyi LEVEL 4'
Level 5: 'Mesej Tersembunyi LEVEL 5'

Cabaran:

Level 6: 'Mesej Tersembunyi LEVEL 6'
Level 7: 'Mesej Tersembunyi LEVEL 7'
Level 8: 'Mesej Tersembunyi LEVEL 8'


Jika anda masih baru, cuba selesaikan bermula dari level paling bawah. Satu ketika anda akan dapat tangkap bagaimana cara aku berfikir dan ia akan membantu anda selesaikan level seterusnya.




Jadi apa lagi yang ditunggu?
Bolehkah kalian cari di mana kata rahsia yang aku sorokkan?

Good luck!




.

No comments:

Post a Comment

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License