Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 30, 2019

Aku Benci...!



Salam.

Beberapa tahun lepas, aku ada bergaduh besar dengan abang aku. Bergaduh sangat besar sehinggakan wujud perasaan benci yang mendalam dalam diri aku terhadap diri dia. Walaupun mendengar nama dia disebut sudah buatkan aku rasa meluat.

Tapi disebabkan dia keluarga, maka aku juga sedar bahawa aku tidak mahu apa-apa tidak baik berlaku pada dia dan keluarganya. Jauh dari sudut hati aku, aku tahu aku (walaupun tidak mahu mengakuinya secara lisan) masih lagi sayangkan dia.

Sejak daripada peristiwa itu, aku faham sesuatu.
Walaupun acap kali dikatakan 'sayang' lawannya 'benci',
tapi aku sedar kedua-dua perasaan itu bukanlah sebelah berlawanan untuk satu syiling yang sama,
bukanlah dua kutub yang berbeza di utara dan di selatan.

Sayang dan benci boleh wujud pada masa yang sama.
Aku boleh sayang, dan benci sesuatu itu pada masa yang sama.

Hasil luahan di bawah perlulah dibaca di bawah pemahaman kepada konsep di atas.




Yang kenal aku mungkin sedar aku ini normal.
Aku ketawa. Aku marah. Aku serius. Aku mesra. Semuanya bergantung kepada keadaan.

Namun,
satu perkara yang kalian tidak tahu ialah AKU BENCI MANUSIA.

Kalau kalian baca blog ini dengan setia, banyak kali sudah aku beritahu aku benci dan suka manusia. Aku suka manusia dari segi biologi, sosiologi, behavioral, morfologi, anatomi. Pendek kata, manusia sangat menarik untuk 'dikaji'.

Namun pada masa yang sama,
aku benci manusia.

Setiap manusia yang aku lihat di depan mata, ada sahaja perkara tentang mereka yang aku benci. Baik di kalangan ahli keluarga, kawan-kawan, kenalan, malah orang asing yang langsung tidak dikenali. Aku benci semua mereka sama rata, mungkin ada antara mereka yang aku benci lebih sedikit tetapi masih lagi kebanyakannya aku benci sama rata.

Aku benci semua manusia.
I hate all human equally.

Namun,
ada seorang di antara manusia yang aku benci itu berada di tangga teratas senarai benci. Sejak sekian lama dia berada dan menakluki kedudukan teratas walaupun tangga kedua dan seterusnya sentiasa berubah orang. Aku begitu bencikan dia sehinggakan aku tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan benci itu buat masa sekarang.

Pemilik tangga teratas itu adalah aku.
Ya, DIRI AKU SENDIRI.

AKU BENCI DIRI AKU SENDIRI.



Aku pendam perasaan benci ini terlalu lama sehinggakan aku dapat rasa kesannya memakan diri aku sendiri. Bagaimana orang biasa akan melihat imej mereka di cermin sebagai normal, tapi aku pula cukup benci dengan imej itu sehinggakan kerap kali aku meludah ke arah cermin hanya kerana aku membencinya.

Banyak perkara berlaku pada aku belakangan dua tiga tahun ini yang menjadikan aku semakin benci dengan diri sendiri.

Aku percaya,
segala masalah boleh diselesaikan tanpa aku masuk tangan kerana kalau aku masuk tangan, masalah akan jadi lebih rumit. Sebab itu orang keliling aku anggap aku jenis yang kurang empati, sebab aku tak menolong. Tapi pada aku, aku sebenarnya menolong mereka dengan tidak masuk campur.

Aku bencikan diri aku,
sampaikan bila ada orang tahankan pintu untuk aku lalu pun aku sudah rasakan yang akulah manusia paling tidak berguna dalam dunia. Bayangkan, perlakuan seperti nak tolak pintu pun kena ada orang buatkan. Aku sangat tidak suka orang buat baik kepada aku kerana aku tahu aku tidak layak untuk terima mana-mana kebaikan orang lain (yang aku benci senyap-senyap).

Aku bencikan diri aku,
sampaikan bila ada orang berterima kasih kepada aku untuk apa-apa perkara (kecil atau besar), dalam hati aku sumpah seranah beritahu diri sendiri yang aku tidak layak terima ucapan itu. "You don't know what cruel things I did in life. I don't deserve that gratitude."

Aku tidak pernah berkongsi perasaan benci aku ini kecuali kepada seorang perantis imam di sebuah masjid yang selalu aku kunjungi. Bila luahkan perkara ini (perasaan benci diri sendiri), nampak jelas di muka dia yang dia langsung tidak faham apa yang aku lalui. Ya, nasihat dia bernas. Dia suruh pulang ke asas panduan Islam iaitu Al-Quran dan Hadis, tapi paling tidak pandulah aku ke arah mana patut aku mula. Nak cari jarum di dalam timbunan jerami bukannya mudah.
(Actually you can use magnet, super powerful one, tapi itu hal lain yang tidak patut aku ceritakan di sini)

Aku tidak rasa aku berjaya gambarkan secara tepat apa yang aku lalui.

Mungkin juga ada di kalangan kalian yang juga benci diri sendiri, tapi aku berani jamin ia berbeza dengan aku. Aku SANGAT BENCI DIRI SENDIRI.

Aku juga tidak rasa ini adalah sejenis mental disorder. But I don't know. Is hating yourself a disorder?

Kadang-kadang ada datang terfikir nak terjun depan lori yang bergerak laju, atau tunggang moto laju menuju ke tiang lampu, atau cucuk perut dengan paip besi, tapi itu semua hanya (setakat ini) di dalam fikiran sahaja. Untuk waktu ini, aku sedar kalau aku buat sedemikian, aku bakal susahkan orang lain dan orang lain perlu buat kebaikan ke atas aku dan aku benci orang buat baik dengan aku sebab aku benci orang.

Ahhhhh, susahnya aku nak terangkan perasaan aku.

Sebab kenapa aku luahkan di sini adalah semata-mata kerana aku perlu taip untuk memberitahu. Di sini, aku tidak perlu bercerita depan orang sebenar kerana kalau aku buat sedemikian, nanti aku akan jadi benci orang itu hanya daripada bacaan isyarat tubuh dia terhadap aku (seperti mana yang berlaku kepada perantis imam tadi)

Mungkin trust issue. Ya, aku tak percaya sesiapa pun atas dunia ini, terutamanya diri aku, jadi apa-apa pun janji yang orang lain beritahu aku, aku tidak langsung akan terimanya. Semua itu sekadar angin yang berlalu pergi.

Tapi trust issue akan menjurus kepada hating oneself ke? I don't think so.



Ahhhh!!!! Fissshhh!!
Aku taip panjang-panjang kemudian aku dapati aku langsung tidak berjaya nak luahkan apa yang aku rasa. Loser tahap teruk aku ni. Memang patut pun aku benci diri sendiri.

Sudahlah!

Nampaknya luahkan di blog tidak membantu.
Aku patut cari medium lain, sebelum terlambat.
Clock is ticking near.





.

9 comments:

  1. C..aku ikut kau ni lama dah..tapi baru 1 atau 2 komen aku tinggalkan..aku tak suka tinggalkan jejak..so kali ni aku jadi anon je..for my sake..

    Kes kau ni hampir sama dengan wife aku..tapi aku rasa taklah seteruk kes kau..aku tak tahu kenapa dia bencikan diri dia sangat..katanya dia ada kisah silam..tapi dia tak pernah cerita kat aku..aku bukan pengorek cerita..walaupun aku kenal dia dah 7 tahun dan dah kahwin selama 4 tahun,aku masih tak kenal dia..dia,tak pernah percayakan manusia lain selain arwah ayahnya dan mak dia..aku masih dalam penilaian dia..

    Kalau dia down,dia selalu harapkan kematian..dia suka menyakitkan badan dia sendiri..katanya,lagi baik dari sakitkan org lain..kalau dia ada masalah dgn org,dia akan mengamuk..sampaikan dia tak boleh tidur pun dia akan tumbuk dinding dan tendang segala yang ada..

    Aku cuma boleh bagi nasihat..masa dia mengamuk tu,aku cuma boleh pegang dia dan cuba elakkan dari dia tercedera..aku sendiri buntu..aku cuba sedaya upaya untuk buat dia tak jadi begitu..

    Jadinya aku kat sini bukan nak selesaikan masalah kau,aku nak bagitahu yang kau tak keseorangan..aku pun ada sedikit macam tu tapi bagi aku normal..aku cuma maki diri aku kembali bila aku ada buat salah pada org..walaupun benda tu dah 10 20 tahun dulu dan tetiba aku teringat balik..tapi aku masih okey..

    Nasihat aku,cuba cari kawan alam dunia..jauhkan kawan2 negatif,bila kau depress,kau mula nak marah,kau ingatlah pada family yang kau sayang..buat apa yang kau suka buat,untuk hilangkan perasaan tu dari kau walau sekejap..aku bukan doktor,penasihat pun bukan..aku sendiri pun masih buntu dengan wife aku..cuma aku bantu wife aku elakkan dari dia berterusan macam tu..dalam dia sedar atau tak..nampak macam ada sedikit perubahan pada diri dia..last dia mengamuk teruk pun sekitar 2 bulan lepas..yang kecil2 dalam dua minggu lepas..tapi ada nampak perubahan laa..

    Itu saja dari aku..maaf,terpanjang pulak komen..assalamualaikum..

    ReplyDelete
  2. Err..kalau kau dah baca,tolong delete ya..

    ReplyDelete
  3. kronik sangat dah ko ni. kalau nak nasihat dari sudut agama pun, mesti ko rasa tak membantu pun. yelah imam muda bagi nasihat pun ko rasa tak membantu. jadi aku cadangkan ko pergi klinik atau hospital, pergi jumpa doktor psikatrik, check dulu apa sebenarnya masalah ko, mungkin ada masalah kesihatan mental ke apa, lepas tu baru boleh buat rawatan based on masalah ko. orang lain nak bantu sangat pun tak boleh sebab mereka takde knowledge sangat dalam bidang ni. kita sakit demam pun jumpa doktor, ko punya masalah pun sejenis sakit juga so ko pergilah jumpa doktor.

    ReplyDelete
  4. Aku pun pnh bnci diri sndiri. Btul ckp komen kt ats tu, dia kne buat ssuatu yg dia suka utk kurgkn stress dia. He deserves kot dpt kbaikan dri org lain. Every human desrved it ya know. Tu cth tnda tuhan nk bntu kita wlpn prtlgn kcil. Ya know wht, stiap mnusia ni psti buat slh silap. Kmgkinan org yg tlg thn pntu utk dia tu pun rsa bnci dgn diri dia sndiri tp dia still buat baik utk org lain. Bcause mgkin dia nak org lain yg mgkin hdpi hari2 yg agk truk, rsa ceria , dhrgai & dpt rezeki dri kbaikn yg dia lkukn? Ya know wht, aku pun pnh sedih psl diri sndiri. Pnh tny tuhan why he cipta aku sdgkan aku bknla org baik. Aku teruk. Aku x lyk ada atas dunia ni. Hey but, klau kau x de atas dunia ni, apa akan jd pd org @ hdupn yg kau dh tlg slama ni?.Dia prnh crita yg dia tlg ank anjing dlm lgkang isnt? Klau dia x dlhirkn, sapa yg sudi dtg bntu? Kmgkinan ank anjing tu smkin sakit kan? Hey, ure not bad. Kau mgkin x nmpk kbaikan kau & byk nmpk klmhn & kburukan kau, tp god knows u dlmn & luaran you. Ini ujian utk kau. God loves u most. Org yg syg kau pun loves u more thn u know. Mgkin ktiadaan kau akn mnjdi kesedihan trbesar dlm hdup mereka. Trutma family kau. Hey, we are all humans right? It is ok to feel bad smtimes abt ourslves but dont take too much time. Always buat bnda yg u suka & enjoy. Please reward urself dgn beli hadiah utk diri sndiri or utk fmily �� tgk muka happy diorg isnt satu kpuasan utk kau? Im not good in giving advice. Hey, just move forward and move on. Live happily and u know wht? Ure hero. Evntgh i dnt knw u very well but its ok. We as a human & muslim must be love each other & hargai stiap hdupn yg hdir dlm hdup kita. Itu yg mnjdikn kita mnusia smpurna. Ure special. We are special �� Its ok. Mgkin ambil masa agk lama utk heal. Dont push urself. Take time. Bykkn lihat alm smulajadi. Truskn usaha & brdoa. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak selesa dgn komen ni, blh pdm

      Delete
  5. Fuhh tak pernah-pernah lagi aku baca masalah camni. First time do baca. Aku tak nak ucap kata2 penghargaan, nanti asbab aku cakap camtu camni kau pun salahkan diri lagi . Aduuh . Better kau pergi hospital la dulu buat checkup.


    ReplyDelete
  6. Kalau ustaz ni dia dah biasa bg nasihat general. Aku rasa dia pun tak tahu cara terbaik utk tolong kau tu. Maybe kau kena luahkan benda ni kat org yg mahir psikilogi pasal manusia n minta nasihat dia. Aku pun tak mampu nak bantu sbb aku bukan pakar. Aku doakan kau mampu handle masalah kau ni. Insyallah..

    ReplyDelete
  7. Cero, Akak (I just take a wild guess you are younger than me) rasa awak kena cari bantuan secepat mungkin. Sampai tahap ada suicidal thoughts tu bahaya. Kalau to the point awk nangis sorang-sorang dan suka duduk dalam gelap then you really need to talk to someone. Wish you well OK. Take care

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License