Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 21, 2018

Dua Tua Bersembang IMPIAN.



Salam.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk duduk berbual dengan seorang kawan lama.
Pada usia purba kami,
topik yang biasa orang seusia kami bualkan selalunya berkisar sekitar isu politik, isu kewangan, isu dunia, dan isu nak daftar cucu-cicit darjah satu tahun depan.
Tapi itu bukanlah isu yang kami (aku dan kawan aku) bincangkan.

Kami berbincang tentang IMPIAN.

Pada usia manusia paleolitik seperti kami,
berbincang tentang impian adalah sesuatu yang...tak kena.
Topik impian selalu dibincangkan orang muda dan bertenaga.
Jarang manusia purba berborak tentang impian.
Maklumlah, dah terlewat.

Namun, kami tidak peduli.




Aku ada satu impian untuk miliki sebuah van dan ubah suai ruang belakang van itu menjadi ruangan yang sesuai untuk aku tinggal. Aku berimpian mahu mengembara dengan van itu ke seluruh negara. Pergi ke satu tempat, tinggal dalam van untuk seketika, berkenalan dengan orang tempatan di kawasan itu dan selepas dua tiga hari, aku beredar ke tempat lain dan ulang rutin yang sama sampailah aku berjaya jelajah ke seluruh Semenanjung.

"Van? Maksud kau caravan?" tanya kawan aku.

Konsep yang sama macam caravan (ada ruangan tambahan, trailer yang ditarik) tapi aku hanya mahu van (macam van yang hantar budak sekolah pergi balik tu). Aku tiada masalah untuk tidur di ruang sempit, jadi ruangan seperti belakang van yang sudah diubahsuai rasanya tak jadi masalah. Lagipun caravan terlalu besar dan rasanya, bukanlah satu scene yang normal untuk pandu caravan di Malaysia ni.

"Kalau macam tu, kenapa bukan kereta? Boleh je kau tidur di seat belakang, kan?"

Aku dulu pernah seketika kerja pandu van, aku dapat rasa perasaan pandu van amatlah berbeza berbanding pandu kereta mahupun menunggang motosikal. Aku lagi suka memandu van berbanding kereta. Lagipun van lagi praktikal untuk simpan barang kalau aku nak pergi mengembara lama berbanding kereta. Mungkin aku akan bawa generator elektrik sendiri supaya aku tidak terlalu bergantung kepada sumber elektrik orang lain kalau memerlukan.

"Macam mana dengan air? Untuk mandi, untuk minum?"

Air minum rasanya aku akan sediakan bekalan yang banyak untuk disimpan. Tapi kalau bekalan kurang, rasanya tak ada masalah nak cari sebab aku nak terjah bukanlah pendalaman mana pun. Pekan-pekan kecil, kampung-kampung pun masih ada lagi jual air. Untuk mandi, rasanya aku kena jadualkan seperti singgah ke RnR, atau singgah ke sungai, lata, jeram yang ada, atau singgah ke stesen minyak, atau singgah ke masjid. Yang penting, kena merancang.

"Berak?"

Kalau urusan nyahtinja tu tak terdesak, boleh je singgah mana-mana tempat awam yang ada. Tapi kalau terdesak, common brader...takkan tak faham kot? Apa guna ada semak samun? Apa guna ada plastik? Kenalah kreatif sikit selesaikan masalah.

"Makan macam mana?"

Sudah tentu aku ada sediakan bekalan dalam van itu. Mungkin ada penunu kecil kalau aku rajin nak memasak. Tapi kalau tak rajin, singgahlah makan di mana-mana warung yang ada. Malah kalau kejiranan itu terlebih mesra, boleh je tebalkan muka tumpang makan. Rasanya orang Malaysia kita ni masih lagi ada adab jemput tetamu makan kot, walaupun di bandar semakin kurang.

"Seorang diri? Kau tak takut ke?"

Rancangnya memang nak seorang diri. Senang. Buat keputusan sendiri tanpa perlu fikir orang lain. Tapi kalau ada kawan sekepala dan tak kisah tidur sempit, apa salahnya. Nak kira takut, di situlah kena ada ilmu. Janganlah berhenti di tempat yang mengundang. Tak kisahlah mengundang apapun. Manusia pun sekarang ni lebih menakutkan daripada yang bukan manusia.

"Kau macam sudah rancang segalanya. Apa yang buat halang kau lagi sekarang?"

HAHAHAHAHAHA!! Aku gelak. Aku gelak. Aku gelak.

Rancangan aku memang lengkap, kecuali SATU.

"Apa?"

WATAK UTAMA TIADA.

Watak utama dalam 'impian' ini adalah van. Dan aku tak ada van. Ya. Aku boleh sahaja mula menyimpan dan sampai satu tahap aku akan mampu memiliki sebuah van yang diingatkan namun mengembara ke seluruh negara HANYA satu impian, bukannya keperluan untuk aku terus hidup. Mungkin lebih baik duit yang aku simpan untuk membeli van itu aku simpan untuk perkara yang lebih baik seperti peningkatan kerjaya, perkembangan perniagaan ataupun rancangan membina keluarga baru.

Bila berbicara tentang 'travel' dan mengembara, percayalah, tanyalah siapa pun mesti jawapan mereka adalah mereka suka. Siapa tidak suka dapat menikmati pemandangan baru, ke tempat baru, bertemu orang baru, merasa pengalaman baru, snap dua tiga keping gambar yang cantik dan kongsi di laman sosial. Tetapi semuanya berbalik kepada satu isu; KEWANGAN.

Hanya yang mampu sahaja mampu meletakkan hobi mereka sebagai suka travel. Jangan salah anggap ayat aku itu. Semua orang boleh menyimpan untuk travel. Tapi tak semua orang mampu untuk travel. Kebanyakan kita ada tanggungjawab lain yang masih perlu dilangsaikan. Kerja, amanah, keluarga. Semua itu tanggungjawab.

Ambil contoh aku nak mengembara dengan van ke seluruh Semenanjung. Sudah tentu aku kena cuti panjang untuk melaksanakannya, kan? Sudah tentu aku perlu sediakan sejumlah wang sebelum mula mengembara, kan? Duit minyak, makan, jalan-jalan, kalau kita fikir semua itu PERCUMA, kita terlalu naif.

Fikir pula tentang perkara yang kita tinggalkan semasa pergi mengembara. Bil-bil, sewa rumah, sewa kenderaan, hutang pelajaran, hutang peribadi, makan pakai kucing belaan dan orang yang berada di bawah tanggungjawab kita. Bukan semudah itu untuk kita pergi dan menikmati pengembaraan.

Masa juga main peranan. Aku pada usia purba ini baru masuk bahagian perancangan. Bila pula akan berlakunya perlaksanaan? Kalau nanti sudah berambut putih baru nak mengembara, bagaimana dengan kesihatan? Mampukah badan pada ketika itu? Bagaimana dengan keluarga? Jika keluar mengembara seorang diri, bagaimana dengan yang ditinggalkan?

Kalau diri yang bercakap ini baru berumur 18 tahun, mungkin aku akan kata "GO FOR IT!"



Sebab itu, pada aku secara peribadi, impian untuk mengembara tidak kira dengan van ataupun kaki ataupun motosikal ataupun bas, adalah hanya impian. Sesuatu yang hanya menjadi bahan bualan dua kenalan ketika dapat berjumpa bual. Dan beginilah perbualan dua orang dewasa yang bercerita tentang impian. Kami bercakap mengenainya, dan kami musnahkannya dengan kenyataan dan kebenaran.


Tapi ketahuilah,
kepada yang membaca entri ini,
jika kalian ada impian yang mahu dikejar,
jangan putus asa.

Orang macam aku mungkin sudah menggantung impiannya di dinding.
Tapi kalau kalian rasa optimis akan capai impian kalian,
seperti apa yang akan aku cakap kepada aku yang berumur 18 tahun,
JUST GO FOR IT!




Sekian.


Yang sudah membuang impiannya,
CERO




.


12 comments:

  1. wahhhh seronoknya impian kau ni cero.. mungkin tak seindah yang dijangka sebab di situ kita akan dapat macam2 pengalaman hidup.. semoga kau dapat beli van cero aku doakan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >MisDiarios

      Hahaha. Sebab tu perkataan impian dengan mimpi lebih kurang sama, sebab tanpa usaha apa-apa, impian akan terus jadi mimpi.

      Doakan aku sihat juga sekali :)

      Delete
  2. Kenapa aku rasa entri ni macam satu personal attack to someone??
    U ok cEro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Maybe just an attack to a group of bunch, sebab mostly orang fikir travel itu satu pilihan mudah, nak tak nak je. Pada aku, travel bukan semudah nak tak nak.

      Delete
  3. Aku cadangkan kau join jemaah tabligh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      You know what? Aku memang pernah terniat nak join jemaah tabligh. Tapi lepas aku duduk bersembang dengan beberapa orang yang pernah pergi, aku rasa belum masanya lagi. Mungkin akan datang, insyaAllah :)

      Delete
  4. wow impian kita sama cuma aku nak pergi by car. kekangan kita pun sama; kewangan dan masa haha. mungkin aku terpaksa tangguhkan impian aku sampai lepas pencen. lol

    beli van volkswagen tu wehh. stylo habisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      YESS! THAT CAMPER VAN. KOMBI. TYPE 2! Oh maiii all time favorite kot van wolkwagen tu. hehehe

      Nampak gaya macam lepas pencen baru boleh laksanakan impian tu. Tapi aku risau tak sempat je, or tak berkemampuan dari segi kesihatan. Maklumlah, dah pencen. Bukan umur 18 lagi hahahaha

      Delete
  5. Impian sama tapi aku dah lama lupakan sejak masuk alam pekerjaan neyh..huhuhu.. sekarang aku hanya berangan-angan.. Tatau kenapa bila sebut van, aku bayang van toyota hiace jek..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Bila kau sebut Hi-Ace, tetiba aku terdengar bunyi sliding door dia bila tutup dengan kuat. Hahahaha

      Tapi tu laa. Kekadang aku fikir juga. Umur sekarang kumpul duit banyak2 sebenar untuk apa dan nak buat apa? Bila tua nanti duit je banyak, tapi tenaga dah habis. Nak keluar ke laman rumah pun malas. Hahahah

      Delete
  6. aku pun selalu fikir camtu gak. Nak buat something, tapi rasa tak mungkin sbb duit dan masa among other factors.
    Dan i hate myself yg pesimis dan envious of others, pastu pikir diorg takpela, itu ini etc. Privileged people. Padahal kalau betul nak buat boleh je mulakan usaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >star

      Sebenarnya aku pun jenis envious macam tu. Tengok orang lain senang lenang je nak travel ke luar, aku ni nak ke negeri sebelah pun kena berkira-kira hahaha.

      Tapi betullah. Mungkin belum cukup nekad. Nak capai sesuatu, pastinya akan perlu korbankan sesuatu. Pertukaran sama nilai :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License