Salam.
Tiada komik hari ini dan entri ini sedikit ilmiah.
Jadi kalau antara kalian yang elergik dengan bahan ilmiah,
kalian boleh baca entri lain yang kurang ilmiah.
Aku cadangkan baca entri ini.
Hari ini aku mahu tunjukkan cara untuk nampak pandai tanpa perlu jadi pandai,
satu helah yang selalu sangat aku pakai sampai ramai orang ingat aku ni pandai sangat hahahahahaha ramai kena tipu hahahahaha
Satu hari aku TERlayan satu video di YouTube tentang satu kuiz sains.
Okaylah, bukan TERlayan tapi channel macam tu memang aku rajin subscribe,
jadi aku layan bila ada notification.
Kuiznya antara dua peserta berkenaan topik sains.
Pengacara tanya soalan, siapa yang cepat jawab betul akan dapat markah,
dan kalau jawab salah tolak markah sehinggalah pusingan akhir
siapa paling banyak markah dikira menang.
Format biasa kuiz.
Setelah beberapa soalan, tetiba muncul satu soalan susah ini:
Mangrove killifish are tiny fish that live in Florida, Central America and South America. What's weird about them is that they can survive on dry land for up to TWO months and they have to, because they live in little pools of water that disappear during the dry season. The fish have lots of adaptations to help them survive on land but which of the following DON'T they do?
A. Lower their metabolic activity.
B. Breathe through their skin.
C. Bounce around using their tails.
D. Hunt for food on land.
Terjemahan:
Ikan 'killifish' (tak pasti nama BM ikan ini tapi yang pasti bukan ikan belacak atau ikan tembakul) yang tinggal di kawasan paya bakau merupakan ikan kecil yang ada di Florida, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Apa yang pelik mengenai ikan ini ialah mampu hidup di tanah kering sehingga DUA bulan, dan itu adalah satu keperluan kerana ikan ini tinggal di lopak air yang akan hilang pada musim kering. Ikan ini ada pelbagai adaptasi untuk terus hidup di daratan kering, tapi di manakah antara berikut BUKAN adaptasi yang mereka lakukan?
A. Merendahkan kadar metabolisme badan.
B. Bernafas melalui kulit.
C. Melantun-lantun di daratan menggunakan ekor.
D. Memburu untuk makanan di daratan.
===========
Kalau kalian rajin baca soalan yang penat aku taip di atas
(aku tahu 90% tak baca jadi TAHNIAH sebab anda seorang yang rajin)
kalian akan tahu soalan ini terlalu spesifik,
seseorang yang mempunyai ilmu dalam bidang Biologi Marin pengkhususan haiwan muara, pesisiran pantai dan paya bakau pun belum tentu boleh jawab dengan tepat.
Tapi aku boleh jawab soalan itu dengan yakinnya tanpa perlu belek buku biologi,
hanya dengan menggunakan skil yang orang ramai panggil 'deductive reasoning'
tapi aku pula panggil 'kalau bukan ini, maka adalah itu'.
Dan aku tiada ilmu tinggi dalam bidang biologi haiwan paya bakau.
Begini.
Soalan ini berkisar tentang kemampuan untuk terus hidup dalam keadaan ekstrem.
Kebanyakan haiwan akan beradaptasi untuk terus bertahan sehingga keadaan ekstrem tadi berlalu pergi.
Contohnya,
tupai yang berhibernasi semasa musim sejuk.
Ataupun burung yang terbang migrasi berpindah ke cuaca yang lebih panas.
Ataupun penguin yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi untuk bertahan di cuaca sejuk beku.
Semua ini ada diajar di dalam matapelajaran Sains darjah 4
(mungkin berbeza bergantung kepada generasi)
Dalam soalan di atas,
ikan itu terpaksa tinggal di daratan selama 2 bulan kerana musim kering.
Dan peserta (kita) perlu cari pilihan jawapan yang BUKAN adaptasi ikan tersebut.
Orang biasa akan terus kata jawapan A (merendahkan kadar metabolisme badan) adalah betul kerana memang logiklah haiwan akan rendahkan metabolisme badan bila dalam keadaan terdesak supaya boleh terus hidup lebih panjang.
Macam kita.
Bila lapar (keadaan ekstrem),
badan jadi lemah dan kita rasa nak baring (rendahkan aktiviti metabolisme).
Mana ada orang lapar, lepas tu keluar jogging.
Tapi bak kata Sherlock,
jangan buang mana-mana jawapan hanya kerana kita RASA salah.
Buang jawapan hanya bila ada bukti KUKUH ia salah.
Perhatikan senarai jawapan.
Jawapan A (merendahkan kadar metabolisme badan) dan C (melantun-lantun di daratan menggunakan ekor) kedua-duanya kontra. Kalau kadar metabolisme rendah, maka tak mungkin ikan itu gigih nak lantun badan guna ekor, kan?
Maka di sini, salah satu jawapan ini adalah yang kita cari.
Jika adaptasi yang salah adalah salah satu daripada A dan C,
maka baki jawapan B dan D kedua-duanya adalah adaptasi yang BETUL.
Kemudian perhatikan jawapan D (adaptasi yang betul tadi).
'Memburu untuk makanan di daratan' juga kontra dengan jawapan A.
Mana mungkin kita akan berburu sedangkan metabolisme rendah.
Jika jawapan D adalah adaptasi yang betul,
maka jawapan A adalah adaptasi yang salah.
Jawapan yang kita cari (adaptasi yang salah) ialah A.
Dan YA.
Jawapannya, ikan 'killifish' TIDAK merendahkan metabolisme badan ketika menghadapi musim kering. Ikan tersebut terus hidup seolah-olah mereka hidupan darat dengan bergerak melantun menggunakan ekor dan pergi berburu hidupan kecil seperti serangga. Oh, mereka juga boleh bernafas ikut mulut.
Bad*ss kan ikan ni?
Cabaran Seterusnya.
Dengan menggunakan skil yang sama,
apa kata kita sama-sama selesaikan contoh masalah di bawah.
Tres ada 4 beradik. Tiga lelaki dan seorang perempuan.
Dalam 4 penyataan di bawah, 3 adalah benar dan satu adalah tidak benar.
1 - Tres dan Uno kedua-duanya bukan perempuan.
2 - Cuatro seorang lelaki.
3 - Dos bukan lelaki.
4 - Tres seorang perempuan.
Bolehkah anda beritahu apa jantina Tres?
Seperti soalan ikan di permulaan tadi,
cuba cari dua penyataan yang kontra, bercanggah.
Penyataan 1 bercanggah dengan penyataan 4,
bermakna salah satu daripada dua penyataan ini adalah TIDAK BENAR.
Jika salah satu daripada (1 dan 4) itu TIDAK BENAR,
maka baki dua penyataan (2 dan 3) adalah BENAR.
Jika penyataan 3 (Dos bukan lelaki) adalah BENAR,
maka Dos adalah perempuan.
Jika Dos adalah perempuan, maka Tres adalah lelaki.
Penyataan yang salah adalah penyataan 4.
Jadi,
kalian dapat kan prosesnya bagaimana?
Dengan fakta yang sedikit, kita boleh simpulkan sesuatu yang kukuh.
Tak perlu kenal Tres siapa, kita sudah tahu apa jantina dia.
Kesimpulan.
Aku sengaja beri contoh cabaran yang lebih kurang sama supaya kalian dapat tangkap konsep 'kalau bukan ini, maka adalah itu' yang aku tekankan.
Skil ini bukan hanya boleh digunakan ke atas pilihan 3vs1 sahaja,
tapi boleh juga digunakan ke atas cabaran penyelesaian masalah yang lain,
cuma kalian kena tweak sikit sana sini supaya masuk akal.
Bagaimana caranya?
Itu aku tak akan ajar sebab malas nak taip panjang lagi
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
The point is, use logic to solve logic.
Masa untuk Uji Diri.
Dengan dua contoh skil 'kalau bukan ini, maka adalah itu' aku tadi,
aku mahu kalian selesaikan cabaran yang aku beri di bawah:
Di tangan aku terdapat dua gula-gula.
Satu gula-gula berada di tangan kanan, satu lagi di tangan kiri.
Salah satu gula-gula tersebut adalah gula-gula paling sedap di dunia,
perisanya akan membuatkan anda berkata 'kini hidup tiada sesalan lagi'.
Salah satu pula adalah gula-gula palsu, berperisa tahi hidung.
Tahi hidung yang dikumpulkan dan dibentuk menjadi gula-gula.
Aku tahu mana satu gula-gula sedap, dan mana satu gula-gula 'masin'.
Tiga daripada empat fakta di bawah adalah BENAR,
satu daripadanya pula adalah TIDAK BENAR:
- Kalau aku nak rasa sedap, aku akan pilih tangan kiri.
- Yang di kiri berperisa tahi hidung.
- Yang di kanan bukan tahi hidung.
- Gula-gula bukan palsu berada di kanan.
Pilih satu sahaja, sekali sahaja, kiri atau kanan.
Salah pilih, maka makan tahi hidunglah jawabnya.
Dengan menggunakan skil yang baru kita belajar tadi,
apa pilihan anda?
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis walaupun panjang lebar.
.
gula gula kanan yg sedap tu.
ReplyDeleteelimination thought process
>firdaus
DeleteTepat sekali.
Elimination process pun boleh juga asalkan kita tahu mana yang boleh di-eliminate :)
Tangan kanan rasanya...gigih membaca awal sampai habis. Entry exercise minda di pagi hari
ReplyDelete>SalbiahM
DeleteTepat sekali!
Terima kasih sebab gigih baca dari awal sampai habis :)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteeh salah conclusi..statement 1 'Kalau aku nak rasa sedap, aku akan pilih tangan kiri' yg salah?
Delete>lemontea291
DeleteTepat sekali!
Sebab penyataan itu salah, jadi yang sedap ada di sebelah kanan :)
Kanan..
ReplyDeleteKini hidup tiada sesalan lagi.. UvU
>Lee
DeleteTepat sekali!
It's the best candy in the world! Hehe
pening juga baca benda ni tapi aku faham. syabas kepada kau. you're pandai hehehe.
ReplyDeletekanan.
>NAD
DeleteAku tak pandai sangat, cuma nampak pandai. Hahaha
Tepat sekali. Kanan!
lol. rasa macam xnak pilih.sebab kalau tgn kiri de taik idung, tangan kanan mungkin ada terpegang XP hancuss
ReplyDelete>just Yana
DeleteAlaa... kalau ada rasa masin-masin sikit dekat gula-gula sedap tu, kira halal laa. Baru ada perisa tambahan hahahahah
perghhh aku baca sampai habis ni pun dah kira cukup pandai dah ni haha. kadang-kadang was2 juga dengan pilihan sendiri
ReplyDelete>Seorang Syed
DeleteOrang kata kalau was-was dengan pilihan sendiri, ambil pilihan pertama yang kita fikirkan sebab pilihan kedua dan ketiga dan seterusnya itu mungkin datang dari ragu-ragu berpunca dari syaitan.
Kalau salah pun takpe, sebab hanya boleh salahkan diri sendiri, kan? Hehe
Kanan, tapi aku takkan amik sbb alasan aku sama mcm @just Yana. Hahah X'D
ReplyDelete>P
DeleteKeh keh keh!
Anggap je laa gula-gula tu berbungkus di luarnya dan tak bergelumang dengan gula-gula yang satu lagi. Hehehe
Nice strategy, oh jawapan aku sama macam jawapan yang betul di atas. Da baca and jawab haritu (dalam otak) tapi macam malas la nak buat reasoning balik. HAHHHA
ReplyDelete>nanadhoi
DeleteTepat sekali.
Lain kali jangan malas. Orang malas selalu rugi (eh, malas ke lambat ke tamak, aku tak pasti mana satu hahahaha)