Salam.
Adakah anda seorang yang istimewa?
Mungkin anda istimewa kepada individu tertentu?
Mungkin anda ada kebolehan tertentu yang menjadikan anda istimewa?
Atau mungkin anda ada kekurangan yang dilihat juga sebagai istimewa?
Bila ditanya kepada setiap individu,
pasti setiap orang ada perkara yang dianggap istimewa tentang dirinya.
"Tulisan saya cantik."
"Saya boleh baca ABC secara terbalik."
"Kentut saya dalam air boleh mencipta buih setinggi 5 cm."
Dengan kata lain, semua orang istimewa.
Namun begitu, kalau semua orang istimewa, maknanya semua orang sama.
Jika semua orang sama, maka semua orang tak istimewa.
Jika dalam 10 orang dan sembilan daripadanya adalah istimewa,
maka istimewa adalah majoriti dan 1 (satu) yang tinggal itulah istimewa.
Setuju?
Kalau aku tamatkan entri sehingga ayat di atas,
aku sure akan ada yang tinggalkan komen mengecam beritahu bahawa istimewa itu unik kepada individu.
Sembilan orang istimewa di dalam kumpulan 10 orang itu mungkin memiliki keistimewaan yang berbeza, menjadi setiap daripada mereka adalah istimewa, termasuk satu yang tidak istimewa itu.
Ya. Penyataan itu betul sebetul-betulnya.
Istimewa adalah keunikan individu yang mungkin berbeza-beza.
Itu adalah kenyataan yang tidak dapat aku sangkal.
Tapi apa yang aku nak tekankan ialah
ISTIMEWA hanya boleh diiktiraf orang lain kepada orang lain.
Kita tidak boleh claim diri kita istimewa kepada seseorang tanpa dia gelar diri kita istimewa dulu.
Si A tidak boleh kata diri dia istimewa kepada si B sedangkan si B langsung tak anggap dia istimewa pun.
Aku tak boleh kata aku istimewa walau aku boleh keluarkan api dari tangan sekalipun selagi orang lain tak tahu (atau tak dibuktikan) aku ada kebolehan istimewa sebegitu.
Ya.
Topik hari ini sedikit berat,
aku sendiri tak pandai nak susun ayat menerangkannya.
Tapi aku pasti kalian dapat poin aku, kan?
Sebab itu aku nak tekankan di sini bahawa
tidak kira sama ada status Facebook aku ada terkena setepek atau kena sipi-sipi dengan kau atau tidak kena langsung, selagi aku tak kata aku maksudkan individu tertentu, maka aku mungkin maksudkan orang lain.
Aku suka letak status di Facebook cEro (add me as friend kalau sudi!) yang membuatkan aku dan pembaca berfikir tapi selalu disalah anggap sebagai serangan peribadi terhadap seseorang.
Penat ooo asyik disalah anggap.
Ok, sebelum aku terus merungut, baik aku berhenti.
Azam tahun baru nak kurangkan merungut hahahahaahahaha
Berbalik kepada topik aku tadi,
kalau kalian perhati komik aku di atas,
walaupun semua individu di situ akhirnya sedar masing-masing adalah sama (nombor 1)
tapi kalau kalian lihat satu persatu, mereka semua unik dan ada keistimewaan tersendiri.
Begitulah kehidupan.
Walaupun pada dasarnya semua manusia sama sahaja
tapi kita perlu tonjolkan keistimewaan diri kita supaya orang lain akui kita istimewa.
Bukannya dengan delusi menganggap diri sendiri istimewa tanpa berbuat apa-apa.
Okay.
Untuk akhiri entri ini, aku ada satu soalan personaliti #ewah
Kalau kalian adalah manusia dengan nombor besar terpampang dekat muka macam dalam komik aku di atas,
agak-agak apa nombor yang akan terpampang dekat muka kalian?
Aku chup nombor KOSONG. Hehe
Oh, dan aku tak boleh keluarkan api dari tangan.
(Rasanyalah. Tak cuba lagi)
.
-Star-
ReplyDeletesbb tu kdg2 tgk retis ke celebs kt tv, akan ada org komen, eh ada org lain yg lebih terer dr dia, tapi bergantung pd nasib gak, dah org tu yg dpt exposure, dialah yg untung.
my ex boss pernah ckp kt aku, aku ada something yg istimewa, kena tgk apa yg org sekeliling aku slalu ckp psl aku. Bkn nk upkan diri ke apa, mksd aku, kita kekdg tak perasan apa weakness/strength kita, org lain je yg nmpk.
Eh tapi senanya entri ni ko nk ckp psl ada org sentap dgn status fb ke pdhal ko xtuju ke dia?
lastly, kalo ada nombor kt muka, 404 kot kt muka aku XD
-Star-
Deleteps: serius tak pernah cuba keluarkan api dr tangan?
pss: skg takleh letak gif dah ek kt komen?
https://www.youtube.com/watch?v=WhhnN2Nlo28
>Star
DeleteHahaha. Betullah tu. Masa memula taip entri ni aku nak merungut panjang lebar pasal orang cepat sentap dengan status umum aku, tapi halfway (dah habis taip dah pun) aku backspace balik dan tulis entri yang low key sikit hahaha.
Kalau 404 kat muka kau sure kena panggil 'page not found' je nanti hahaha
ps : Tak pernah nak keluarkan api, tapi selalu try nak ada psychokinesis hahahahaha
pss : Tak boleh dah sejak blogger upgrade security jadi https. Aku tak pandai nak tweak bagi boleh balik hahahaha
Oh, aku pun pernah try nak buat kamehameha tapi technically kamehameha bukan api...kan?
-Star-
Delete404 = emotionally unavailable XD
kamehameha bukan api ek, tapi gelombang?haha
-- nmpk tak kerajinan mengomen berkadar songsang dengan kerajinan bekerja
>Star
DeleteKalau ikut terjemahan dalam komik Mutiara Naga, KameHameHa bukan api tapi dipanggil gelombang. Tapi ikut logik pun bukan api sebab first time KameHameHa keluar dalam manga digunakan untuk padam api yang bakar bukit, jadi takkan api padam api, kan? Hehehe
ni perasaan sendiri
ReplyDeletehehe
0 means anything pon ko leh hadam
1 betul2 pendirian, degil
2 ade purpose and rasa confident
3 ceria
4 sendiri2 mengikut cara penulisannya
5 same dengan 2 tapi lebih tengok kebelakang
6 suka mengungkit aq rasa haha sebab lengkung dia mesti ke belakang balik
7 flexible dr 1
8 endless curve,xkan putus asa?
9 maju kehadapan
I choose 8, because it spells my body curve. bahahahahahhaa. not.
>just Yana
DeleteUuuu body curved like an 8 hehehe.
Kalau tengok body aku, curved like a 0 kot, sebab tu pilih 0 hahahaha
I say not in the end. means O here aswell. XD
DeleteI say not in the end. means O here aswell. XD
Delete>just Yana
DeleteHahaha. Jangan modest sangat.
Entah2 betul-betul bentuk macam 8 hahaha
Aku chup nombor 5.. nyiahahahaha...
ReplyDelete>Aujinz
DeleteNombor 5 akan jadi pilihan kedua aku selepas 0 hehehe
Perasan juga status FB cero kebelakangan ni ke arah ini. Tapi saya tak faham apa-apa. Sesuatu terjadi?
ReplyDeleteSoal istimewa, maaf saya ada pendapat lain. Sekadar pendapat saya, tak setuju tak apa. Kita kena anggap diri sendiri isrimewa. Bukan untuk samoai tahap riak. Tapi supaya kita menyayangi diri sendiri. Kalau bukan kita yang anggap kita istimewa, ada ke orang lain anggap kita istimewa? Jadi, anggap diri sendiri istimewa untuk hargai diri sendiri. Sebab xuma diri kita yang tahu segala kesusahan dan usaha yang telah kita lalui sehingga ke hari ini.
Oh ya, saya nombor dua. Tak ada sebab. Cuma suka nombor tu.
>Amna
DeleteYup, sesuatu terjadi tapi terlalu peribadi nak cerita dalam blog huhuhu.
Actually pendapat Amna tu dah selari dah dengan entri ni.
YES. Kita semua sentiasa anggap diri sebagai istimewa.
Dalam psikologi itu dipanggil 'egocentric bias', bermakna kita sentiasa mengutamakan diri sendiri tidak kira kita sedar atau tidak.
Yang nak ditekankan dalam entri ini ialah menganggap diri sendiri istimewa di dalam hidup orang lain.
Yes, kita boleh anggap kita sebagai seorang puteri raja dan bersikap seperti puteri raja, tapi kita tak boleh demand orang lain layan kita macam puteri raja KECUALI orang itu yang nak layan kita macam puteri raja.
Dalam erti kata lain, setiap orang adalah sama KECUALI diakui orang lain bahawa dia adalah istimewa.
(sorry panjang lebar balas komen)
Oh, tetiba aku teringat the term 'Special Snowflake'. Hahahaha.
ReplyDeleteNombor? Aku suka nombor ganjil. Aku pilih no.3 sebab biasanya kalau gagal buat sesuatu perkara yang susah, kali ke-3 biasanya akan berjaya. It's like number 3 is a charm, gitu ;3
>P
DeleteYeap, 'special snowflake' kinda term yg orang selalu guna, sama macam leaf clovers. Aku suka term-term yang buatkan orang berfikir macam tu.
Bila kau bagitahu, baru aku perasan nombor 3 memang selalu di associate dengan good charm, kan? Pastu just tambah 1 jadi 4, terus associate dengan bad luck plak hahahaha
aku tgk komik atas ni aku nampak fliza dragon ball tu je. Sama weh kau lukis. Hahaha...
ReplyDeleteBetul la tu org lain yg boleh tentukan kita istimewa ke tak. Nak ckp diri sendiri istimewa sgt nampak acah2 je..
Nombor aku pilih nombor 3. Aku anak no 3, aku rasa aku x istimewa so average biasa no 3 . So no 3 paling sesuai utk aku. Hurhue
>Bro Ley
DeleteNasib aku guna nombor tu jadi warna merah. Kalau aku warna ungu mesti jadi Fliza betul-betul hahaha.
Itulah yang aku cuba nak sampaikan. Kita memang istimewa, tapi yang boleh tentukan kita istimewa atau tidak adalah orang lain bukan diri sendiri hehehe.
Laa kau anak ketiga ke? Patutlah Hehehe
kau orang paling consistent aku pernah jumpa literally, walau secara harfiahnya aku tak jumpa betul2..still posting every week eh.
ReplyDelete>si nelayan
DeleteHahahaha thanks to the power of internet and schedule post, bagi aku sehari je aku boleh siap jadualkan posting untuk dua bulan hahahaha
"Kentut saya dalam air boleh mencipta buih setinggi 5 cm."
ReplyDeleteIni bukan tahap istimewa dah, ini tahap woww. HAHHAHA
Betul jugak kalau semua dah istimewa maknanya semua sama je la. Tapi ye la semua orang ada keistimewaan memasing. But somehow aku macam paham apa yang hang nak sampaikan. Tapi nak explain balik tak reti. lols.
Nombor 5! Sebab nombor 5 bagi aku, nombor bertuah aku and sebab aku lahir bulan 5, and lagi satu aku rasa nombor 5 tu bentuk dia comel. HAHAHHAH
>nanadhoi
DeleteHahaha. Yang lagi wow ialah gigih pula dia ukur tinggi buih tu hahaha.
The fact is kita memang istimewa. Tapi keistimewaan kita itu tidak bermakna kita lebih atas daripada mana-mana individu. Sebab kita semua istimewa, jadi kita semua sama.
Hehe. Nombor 5 juga adalah antara nombor kegemaran aku sebab atas dia petak dan bawah dia bulat. Hehehe