Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 26, 2016

Diari Seorang Lelaki.



Salam.

Untuk teruskan membaca (tiada komik hari ini),
kalian perlu tahu 2 perkara tentang aku:

1) Aku mildly introvert, jadi selalunya akan mengelak daripada bertemu dengan orang. Jika perlu keluar, aku akan berpakaian biasa (biasanya selekeh) demi untuk mengelak interaksi dengan orang yang tidak dikenali. You know that one guy yang masuk kedai gift lepas tu staff kedai tu ikut rapat je dengan dia sebab muka dia suspicious? That's me. Untuk cerita kali ini, aku hanya berbaju T kolar bulat (Captain America), berseluar jeans lusuh dan ikat rambut ponytail tinggi dekat belakang. Untuk tambahan, muka aku macam mat rempit kena sagat pipi atas jalan, so yeah! I'm not that attractive at all.

2) Aku bukan seorang pembaca novel. Ya, aku suka membaca. Tapi bahan bacaan aku pelbagai, daripada komik tempatan ke komik antarabangsa, buku non-fiction, Nat Geo, Majalah Mastika, label dekat belakang roti sardin Gardenia, tarikh luput di bawah botol Calpis sehinggalah ke fakta nutrisi pada pembungkus gula-gula. Tapi novel bukan salah satu bahan bacaan aku. Novel perlukan komitmen. Untuk buku non-fiction, aku boleh baca satu bab lepas tu sambung dua minggu kemudian tanpa masalah, tapi novel tak boleh buat macam tu.


Dengan mengetahui dua perkara di atas,
kalian boleh teruskan membaca cerita yang aku akan sampaikan di bawah.





Hujung minggu lepas aku habiskan masa keluar meninjau mainan Lego di pasar karat di dalam sebuah kompleks membeli-belah. Kompleks berkenaan berada di tepi Lebuhraya Persekutuan, jadi kadar parkir dia memang macam haram mahalnya, ikut jam.

Untung aku datang dengan kuda putih aku (dibaca: motosikal).
Parking belakang bangunan, selamat, malah yang penting PERCUMA.

Setelah pusing meninjau, beli mana minifugure yang berkenan di hati,
aku buat keputusan untuk masuk ke kedai buku.
Kedai buku ini memang murah, terkenal dengan pesta buku bermaskotkan musang jahat besar tu.

Tempat pertama aku tuju ialah ruangan komik.
Pelbagai komik Marvel dan beberapa komik Amerika lain menarik minat aku,
tapi aku jenis tak beli kalau tak baca dari awal,
jadi sekadar belek-belek mengagumi bakat pelukisnya yang aku harap aku ada.

Melangkaui bahagian komik, aku sampai ke bahagian novel bahasa inggeris.
Sebab masa masih banyak, aku single tak ada siapa tunggu, dan sekadar suka-suka,
aku gigih baca setiap tajuk buku yang ada di rak itu dari kanan ke kiri.

Adalah beberapa novel yang biasa aku dengar.
Life of Pi, The Kite Runner, Lotus Eater, Pride and Prejudice...
Tapi kebanyakannya aku tak pernah dengar.
Ada satu tajuk yang menarik perhatian aku:
'The Man with the Compound Eyes'
Katanya penulis dari Taiwan, jadi gaya bahasa bukan macam penulis barat yang lain.
Aku baca summary, wow, macam best!
Tapi aku tak beli sebab aku tahu best macam mana pun aku takkan habis baca.

Ruangan novel itu penuh dengan orang.
Masa aku datang tadi macam tak ada pun orang.
Tetiba sedar-sedar kiri kanan ramai muncul.
Makcik-makcik, remaja, belia, semua ada.

Aku sudah mula rasa tidak selesa. Mildly introvert, ingat?

Tapi tiba-tiba ada gadis menghampiri aku di sebelah dan mula buka mulut,
"Kalau saya tidak pernah baca novel, tapi saya nak mula membaca, rasanya tajuk mana yang awak boleh cadangkan?"

Gadis itu good looking.
Kalau aku mencari, mungkin dia adalah jenis yang aku suka.
Suara dia sedap, bau dia wangi (creep alert)
Yang penting dia tengok mata aku bila bercakap dengan aku.
Trait itu susah nak cari zaman sekarang ni.

Look.
Aku sedar penampilan aku.
Aku tak nampak macam orang yang membaca pun.
Baju t-shirt biasa, jeans lusuh, kasut aku dari warna krim asalnya, kini warna kelabu.
Kulit aku warna tipikal lelaki Melayu, tak jambu.
Sebelah sana ada lelaki yang lebih kelihatan layak menjawab soalan itu.
Malah sebelah sini pula ada auntie yang rasanya sangat gemar membaca dan tahu semua jenis novel yang ada.
Selang dua rak pula sudah boleh capai kaunter pertanyaan,
boleh berinteraksi dengan pekerja kedai yang sentiasa ramah.

TAPI KENAPA PILIH AKU?

Masa macam berhenti seketika.
Aku cuba nak cari sebab kenapa dia tanya aku.
Ada beberapa andaian, tapi hanya sekadar andaian.
Mungkin kawan dia cabar dia untuk bercakap dengan aku yang nampak tak mesra ni.
Mungkin juga dia salah anggap aku ni kawan dia yang muka mirip-mirip.
Mungkin juga dia ingat aku pekerja kedai walaupun pekerja kedai berbaju T berwarna hitam berkolar sedangkan aku jelas berbaju T kolar bulat warna biru gelap dengan bintang Captain America di tengah dada.

Dalam masa berhenti ini juga aku ada terfikir apa jawapan yang patut aku beri.
Dia cantik, jadi mengaku bukan pembaca novel akan jatuhkan saham aku. (lol)
Aku boleh sembang kencang dengan cadangkan dia bermula dengan novel dari rak English Literature, mungkin novel seperti Tom Sawyer, Huckleberry Fin, ataupun Lord of the Flies boleh dijadikan sandaran (yes, I know a few literature books walaupun tak baca)
Aku juga boleh capai buku 'The Man with the Compound Eyes' tadi dan borak panjang berkenaan isinya sebab aku baru sahaja baca summary buku tu.

There's like 10 ways I could initiate a good talk,
tapi tetiba ayat cikgu Kemahiran Hidup aku dulu bermain di kepala:

"Segalanya yang bermula dengan penipuan tidak akan berakhir dengan kebaikan."

Lalu aku pun jawab,
"Saya tak baca novel. Saya datang sini saja tengok-tengok, sekadar nak isi masa lapang."

Ya. Muka dia berubah.
Kecewa, aku tak pasti. Tapi mungkin jawapan aku bukanlah jawapan yang dia sangka.
Tapi dia tak terus bail out.
Kami ada berbual untuk seketika dan lepas tu aku decide untuk berlalu pergi.
Sebelum pergi aku ada beri cadangan,
"Mungkin awak boleh mula dengan buku yang tidak terlalu tebal. Kalau takut cerita tak best, cuba baca dulu summary yang selalunya ada tulis di kulit belakang buku."

Dia pun senyum.
Dari senyuman itu, aku tahu,
aku sudah buat perkara yang betul untuk tidak menipu.

Tapi sampai sudah aku tak pasti apa yang membuatkan dia memilih aku daripada beberapa pilihan lain yang jauh lebih baik untuk ditanyakan soalan.

Sesetengah soalan memang tidak mungkin dapat dijawab, kan?





Kalian rasa?
Kenapa dia pilih aku?
Jangan kata sebab aku kacak sebab aku tahu aku tak.


Oh, untuk tambahan,
gadis itu berbangsa Cina.
Gadis Cina menghampiri lelaki Melayu asing yang tidak dikenali di kedai buku untuk mula bertanyakan soalan, walaupun kedengaran seperti plot menarik untuk permulaan sebuah novel cinta, tapi pada aku, adalah satu situasi yang sangat 'rare' dan janggal.
Dan aku bertuah kerana ia berlaku kepada aku.

Ah, rugi pula tak tanya nama, atau minta nombor telefon.



Terima kasih kerana baca sampai habis.
#DiariSeorangLelaki



.


35 comments:

  1. dear cero..if aku aku that girl, aku akan pilih pergi pada ko jugak.. first aku akan jadi malu/x selesa utk bercakap dngan lelaki handosone. (sory bukan nak kata ko x hndsome, tp ko yg describe diri ko selekeh.. 2) instead of mak cik tua, ak akan bertnya orang yang sebaya aku.. sebab taste membaca maybe berbeza ikut lapisan umor...
    pepown, that lady mungkin ada reason lain.. 1) ko nmpak mcm pekerja kt situ.. 2) actually dya perasan ko dah lama kat kedai situ..she assumes u know much

    ReplyDelete
    Replies
    1. >First Anonymous

      1) Oooh, tak sangla pula perempuan tak selesa cakap dengan lelaki handsome. Tapi lagi baik dia pilih yang average daripada pilih lelaki selekeh macam aku, kan? Hehe

      2) Hmm...bila tengok dari POV tu, aku rasa betul juga. Cakap dgn orang tua berpengalaman ni kekadang memang sangat menakutkan. Hehehe

      1) Hahaha. Aku tak nampak macam pekerja laa. Hahahaha

      2) Mungkin kot. Dia akan tahu aku duduk lama situ kalau dia pun dah lama nampak aku duduk situ, so make sense.

      Nice! Thumbs up!

      Delete
    2. U know cero sometimes muka sagat has its own charm or may look manis or may look cool or may look gagah.. banyak or kan..sebab ak x thu nak letak term yg tepat... n kadang nice figures make it u look nsome..nice figures does not mean being sado..mybe ur height, ur flat stomatch or ok again i donno how to explain.. sungguh paras bukan segalanya..

      Delete
    3. >Anonymous

      Hahaha. I got it.
      Tapi entahlah. Aku just nak tahu je kenapa dia pilih aku daripada ramai2. Kalau sebab hensem alhamdulillah hehehe tapi kalau ada sebab lain aku macam nak tahu sangat apa hehehe

      Delete
  2. Aku rasa aku tau mall mana ko pergi.. Aku rajin pergi jugak situ, teman kawan aku yang kaki buku..

    Hmmmmm, entahla cEro.. Aku pun taktau.. Mungkin sebab dia nampak kau senang nak approach.. Aku tak pernah lagi mamat handsome tegur aku randomly..

    Pernah sekali di mall dalam kedai buku penganjur Encik Musang jahat jugak (entah2 tempat yang sama ngan ko), budak kecik, umur 8 tahun.. Dia tanya aku pasal buku yang best.. Aku sembangla jugak sikit2 so that aku boleh bagi cadangan buku mana yang mungkin sesuai based on apa yang kami sembangkan..Ni pun chinese gak, cakap omputih macam air.. Mungkin masa tu sebab aku jek ada kat situ so dia terus jek tanya aku..

    Well, only she knows.. Maybe she's just the opposite of you.. ^^ Tula, awat tak mintak..! Haisssh, melepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Kalau kau tahu mall tu. maka betullah tu. Ada satu je mall camtu hehehe.

      Mungkin juga aku ni senang nak approach kot instead of appearance yang mencabar hahaha.

      Mungkin pemahaman kita tentang bangsa cina lain daripada bangsa kita. Mungkin diorang tak kisah pun sesiapa nak ditegur sedangkan bangsa kita kena tengok rupa dulu. Hehehe

      Tu laaaa...Rugi jap. At least tanya nama ke okay laa jugak, boleh search kat Fb hahahaha

      Delete
  3. perempuan memang selesa cakap dengan laki yg tak hensem. dengan laki hensem mesti la segan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Hahaha Tapi dunia consist of lelaki hensem, lelaki biasa, dan lelaki muka tersagat atas jalan tar. Kenapa tak pilih lelaki biasa tapi pilih lelaki muka tersagat juga?
      Hehe

      Delete
  4. you are so lucky man! Ingat kan cinta pandang pertama tadi. Ala tak semua manusia pandang rupa baju seluar semua tu kalau nak tanya pendapat. Maybe sebab kau dah lama sangat kat situ so mesti dia anggap kau suka membaca. cewahhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      I never this lucky. Hahaha
      Aku pun anggap camtu je. Sebab dah lama sangat mundar mandir baca tajuk novel jadi dia pun datang tanya dekat aku padahal habuk pun tarak tau hahahahaha

      Delete
  5. First of all, aku nak cakap tahniah C kerana berjaya mengambil keputusan untuk tidak menipu just to impress a cute chick *thumbs up* ;3

    Maybe she decided to ask/tegur kau sebab sebelum tu she noticed the Captain America star kat shirt ko masa tengah berdiri sebelah ko, and kebetulan she's a fan of Captain America? Aihh patut ko tanya dia, "You like Captain America?" Heheh ;3

    Ataupun dia memang tertarik nak berborak dengan kau masa tu, wuuu tahniah sekali lagi heheh~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain

      Thank you thank you. Tahu tak untuk tak menipu bila nampak perempuan cantik sangatlah susah pada aku hahahaha

      Hahaha. Takut-takut nanti aku start buka pasal Captain America, terus dia lari hahaha

      Mungkin aku sekadar berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat je hehehehe

      Delete
  6. -Star-
    First of all, serigala bukan musang kan? Unless this is different from what I think of.
    Secondly, boleh tak nak cakap gini, talking to opposite gender from a different race is easier even for an introvert like me. Lagipun kaum lain, based on apa yg kwn2 cina aku ckp, pergaulan lelaki perempuan tu biasa je tanpa ada rasa apa2.
    Third, mungkin dia ingat kau nampak berjiwa seni kot haha tu dia tanya tu.
    Dan sebab lain yg aku pikir, sama mcm anonymous pertama tu.

    ps: Confidence-crashing tak komen ni? XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Yang aku ingat musang is wolf, fox is serigala unless aku tertukar kedua-dua tu hahahaha takpe nanti aku check balik.
      Second, based on kawan-kawan aku pula, sesetengah bangsa lagi suka lepak dgn bangsa sendiri even tak kenal. Contohnya kalau dlm bas ada empty seat sebelah melayu, cina dan india, orang yang baru naik akan prefer duduk tempat kosong sebelah bangsa sendiri. Tapi mungkin betul juga cakap kau tu bila difikirkan balik.
      Third, hahaha abang sepupu aku pun pernah tegur tengok gaya aku macam orang seni hahahaha.

      ps: worry not, no confidence being crashed for now hahaha

      Delete
  7. sudah sudah lah tu terlalu merendah diri. saya percaya cero hensem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Bukan merendah diri, Amna. Tapi sedar diri hehehe

      Delete
  8. Hahahaha tergelak aku baca list bahan bacaan kau.

    And sayang melepas, patut ajak talk a bit longer with the girl kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anyway kau punya tablet using art are superb kot cero. Honest!

      Delete
    2. >Hafiy Halim

      Hahaha itulah hakikatnya, aku memang suka membaca tapi bukanlah novel.

      Tak berani arr nak talk lama sikit. Tak tahu nak kata apa sebab tu aku yg blah dari situ hahaha.

      Tablet using art aku yang dikatakan superb tu semuanya jasa button ctrl-Z. Tanpa buttons tu, maka tak jadi laa macam tu hahahaha

      Delete
  9. dan aku hanya mampu tersenyum baca entri kau ni...peluang tak datang dua kali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie

      Tak apa. Itu bukanlah peluang yang aku cari dan nantikan pun hehehe

      Delete
  10. dari segi cerita pemakaian kau, aku rasa sebab dia rasa kau orang yg easy. tak poyo tak acah2 bagus. sempoi, slumber.

    entah kenapa aku bygkan cina tu mcm cina cerita karate kid hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Hahaha. Kalau gitu, maka tujuan aku berpakaian begitu agak tak sampai tujuan laa. Aku tak nak berinteraksi dengan orang asing hahahaah

      Gadis cina Karate Kid tu, yang Karate Kid ada Jackie Chan ke ataupun yang klasik ada Miyagi-sensei tu? Hehehe

      Delete
    2. haha so kau better pakai yg poyo2 sikit. suits lengkap contohnya kakaka

      yg ada jackie chan hehe

      Delete
    3. >NAD yang rajin reply kepada reply

      Hahaha. Karang orang pandang lagi pelik pulak pakai suit segala bagai last-last lepak rak komik je dekat kedai buku hahahaha

      Oh, baru-baru ni ada viral orang share gambar gadis cina tu, buat perbandingan yang masa Karate Kid dengan sekarang yang dah super hot. Hehehe

      Delete
  11. entah la nak komen apa. sebab perempuan nie complicated. hahahhaha :D lain orang lain cara, hanya si gadis yang tau apa yang tersirat dan tersurat. XD

    good job for being honest. rugi tak mintak nama dan no telefon. kalau dapat nama pun dah cukup ok tu. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Perempuan, bila kata perempuan tu complicated maknanya betul laa perempuan complicated hahahaha.

      Kaaaannn. Kalau dapat nama pun at least kalau ada jodoh boleh tegur-tegur contohnya "Oh, you're Anna right? We met once in a bookstore?" gitteww!

      Delete
  12. Jom pegi trip. Kalau serious, pm aku.

    - kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Nanti aku PM.
      Tapi soalan pertama aku akan berbunyi 'bila?'

      Delete
  13. Tahniah kau tak try nak impress dgn cuba bohong bajet2 tahu pasal novel.

    Mungkin dia pilih kau sebab nampak kau senang nak selesa je kot. Tak pun memang dia nampak kau hensem. Kau bukan tahu pun mata dia nampak kau camne. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Itu je laa kot alasan yang aku rasa logik.
      Mungkin dia rasa aku ni selesa untuk didekati hehe.
      Ishhh, fikir balik rugi sangat pula tak tanya nama hahahah

      Delete
  14. omg gelak giler kot baca entry ni. anyway, I'll ask anyone yg plg dekat masa tu. xkisah kalau pakai baju gambar bersih 5.0 pon. huhu. yup, memang xselesa nak tanya lelaki handsome. takut disalah anggap nak menggatal

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Hahaha baguslah kalau tak ada prejudis macam tu.
      Suasana ada orang asing datang nak bermesra sedikit janggal untuk zaman macam sekarang ni hehehe

      Delete
  15. Yupp setuju dengan jawapan Bro Ley. Kalau aku pun, aku akan tanya kat orang yang aku rasa selesa dan dekat. Kalau dia hensem, aku cari orang lain, neves pulak nak tanya kat orang yang hensem. HAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Hahahaha maknanya aku tak hensem laa ni hahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License