Salam.
Wow! A non-rabu punya entri!
Ini sesuatu yang rare kalau kalian kenal si pemalas bergelar cEro tu macam mana.
Mesti ada perkara penting yang cEro nak ceritakan ni sampai tak sempat nak tunggu rabu.
Entri ini mungkin panjang bergantung kepada individu, jadi be prepared or be gone.
Kalian mungkin sudahpun tahu yang aku sukakan teka-teki.
Tapi mungkin ramai yang salah sangka (dan buruk sangka) dengan beranggapan cEro suka share teka-teki sebab nak tunjuk pandai.
Aku hanya suka teka-teki macam sesetengah orang suka baca novel dan suka layan muzik K-pop.
Kau tak kata orang yang suka baca novel English sebagai pakar dalam grammar dan English literature, kan?
Kau juga tak kata orang yang minat muzik K-pop tu tahu bahasa Korea dan layak untuk masukkan Korean Language sebagai 'known language' dalam profile Facebook dia, kan?
Sama juga macam aku.
Aku hanya suka teka-teki, kenapa pula aku kena label suka tunjuk pandai?
Kalau kalian tahu latar belakang akademik aku,
mungkin tak akan terlintas langsung nak label aku tunjuk pandai.
Okaylah. Cukup cakap kosong.
Aku suka teka-teki.
Dalam blog pun sudah beberapa puluh entri tEka-tEki sudah aku terbitkan.
Tapi disebabkan trafik ke blog semakin merudum,
dan yang tinggal pun tak ramai yang minat teka-teki sangat,
jadi aku kurang bermotivasi untuk buat teka-teki lagi.
Kisahnya,
teka-teki bukannya solo game. Paling kurang perlu ada dua peserta.
Pemberi teka dan yang akan menjawab.
Kalau aku sahaja beri, tapi tak ada siapa jawab, maka bukan game laa namanya lagi.
Jadi beberapa bulan lalu,
selama 10 minggu berturut-turut aku sediakan teka-teki untuk page
Facebook Buasir Otak The Komik.
Untuk makluman, page Buasir Otak The Komik adalah page yang berkongsi karya komik (kebanyakannya satu muka) para pelukis amatur Malaysia yang mahu mencuba nasib.
Jadi pada aku, komik dan kemudian diselangi soalan mencabar minda adalah idea yang bernas, kan?
Slot teka-teki itu diberi nama 'Teka Buasir',
10 soalan setiap rabu dan jawapannya pada keesokan hari.
Niat aku pada mulanya supaya user page itu dapat manfaat,
bukan sekadar hiburan dari komik.
Aku juga mahu tangkap audiens yang lebih besar,
at least mesti ada yang tersangkut sukakan teka-teki.
Mana tahu boleh jadi bff aku ke, sama-sama jawab teka-teki.
Best jugak tu.
Jadi, inilah soalan pertama yang sediakan:
Walaupun bukan original, tapi tahap kesukarannya cukup rendah untuk tangkap minat pembaca.
Soalan yang tidak perlukan IQ tinggi, tapi masih elegan tanpa loyar buruk.
Pada aku, it's a good start...
...until some sh*tty comments came around.
Antara yang sangat beri kesan pada aku ialah komen yang berbunyi begini:
"Manusia yang cipta teka-teki ini mungkin obses dengan lubang. Mungkin."
Tidak kisahlah apa yang dia cuba nak sampaikan,
walaupun bukan aku yang 'cipta' teka-teki tu,
tapi hati aku sangat terluka dengan komen itu.
Pada masa itu aku sudah rasakan,
"Ini tidak seseronok yang aku fikirkan..."
Soalan kedua muncul seminggu kemudian.
Niat aku nak naikkan sedikit demi sedikit tahap kesukaran soalan,
jadi soalan ini memang perlu fikir jauh sikit.
Tapi aku sedar, jumlah user yang cuba menjawab turun mendadak,
tak semeriah soalan satu.
Yang ada komen pun lebih banyak nak buat loyar buruk lawak bodoh daripada betul-betul cuba menjawab.
Pada soalan ini aku sedar satu golden rule in social media interaction:
'People don't want to look stupid in social media.'
Yang tahu jawapan akan jawab sebab nak nampak hebat.
Yang tidak tahu, atau malas nak fikir akan diam dan tidak mencuba.
Yang tidak tahu tapi masih nak nampak hebat pula akan buat komen yang (pada mereka) 'witty'.
Soalan ketiga aku sudah sediakan lebih awal,
jadi tiada masa untuk ubah tahap kesukaran.
Maka sekali lagi user dihidangkan dengan soalan pada tahap kesukaran sedikit tinggi berbanding sebelumnya.
Soalan kali ini juga membuktikan inferens aku pada soalan kedua.
Makin ramai yang tidak mahu mencuba jawab kerana tidak mahu nampak tidak pandai.
Dan bilangan komen yang tiada kaitan dan sekadar loyar buruk pun makin meningkat.
Internet penuh dengan trolls.
Jadi soalan minggu keempat aku rendahkan tahap kesukaran HANYA untuk buktikan poin aku.
Andaian aku betul.
Walaupun andaian aku betul, tapi aku tak gembira.
I secretly wished for the opposite.
Ada seseorang cakap pada aku,
"Soalan terlalu senang, mesti ada trick lain yang tersembunyi, kan?"
Maaflah.
Aku terpaksa mudahkan tahap soalan hanya kerana mahu tarik semula minat user.
Maruah aku sedikit tercalar, sebab niat aku dari mula nak naikkan kesukaran sedikit demi sedikit.
Baru minggu keempat ni. Ada enam minggu lagi aku janji untuk selesaikan.
Soalan minggu kelima dan soalan keenam dibuat semasa aku berada di lowest point of motivation.
Masa ni aku hanya buat untuk habiskan 10 minggu yang aku janjikan.
Aku tidak kisah pun siapa komen betul siapa komen loyar buruk.
Siapa like siapa share langsung aku tak ambil peduli.
Tapi pada akhir minggu keenam,
ada orang cakap pada aku,
"Aku suka teka-teki kau. Walaupun sedikit susah tapi aku tetap rasa nak selesaikan sendiri tanpa melihat jawapan."
Ayat yang diucapkan seseorang itu membuatkan aku gigih siapkan sepenuhnya sampai ke minggu ke-10 dan hanya menunggu untuk diterbitkan sahaja.
Pada aku, tak apalah tiada ramai yang sukakan teka-teki aku,
tapi ada seorang pun yang dapat manfaat daripadanya, dah cukup dah.
Dah cukup bersyukur dah.
Soalan minggu ketujuh dan kelapan bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap fleksibiliti user untuk menjawab soalan.
Soalannya sangat familiar dan popular, ramai user bagitahu pernah baca at one point of their life tapi tak ramai yang betul-betul faham konsep untuk selesaikannya.
Sekali pandang seolah-olah ia soalan ulangan,
tapi pernah jawab tak semestinya dapat jawab tidak kira berapa kali aku ulang tanya, kan?
Pada minggu ni aku nampak ramai yang struggle untuk jawab.
Aku suka.
Aku suka bila nampak kegigihan orang untuk menjawab.
Jawapan salah atau betul itu soal lain,
tapi kesungguhan tu yang buatkan aku sedikit tersentuh.
Tapi satu komen yang aku dapat untuk dua soalan ini ialah
'terlalu banyak teks, user lagi suka kalau lebih image-oriented'
Okay.
Jadi inilah soalan 'image-oriented' yang aku sudahpun sediakan.
Masih juga ramai yang tinggalkan komen bersifat loyar buruk dan bukannya cuba menjawab.
Mungkin usaha aku nak memanfaatkan masyarakat cukup setakat ini sahaja, kot.
Masyarakat Facebook secara amnya tidak suka untuk mencabar otak.
Mereka mahu isi yang lebih santai dan tidak memenatkan kepala.
At first aku ada sediakan soalan terakhir yang sangat KEBABOM,
kononnya sebagai penutup supaya pembaca dan user akan rasa nak lagi,
tapi sebab nakkan 'image-oriented', aku toss yang lama dan buat yang ini.
Soalan simple, tapi masih mampu sampaikan perasaan aku.
Aku akhiri Teka Buasir di page Buasir Otak The Komik dengan caption bertanyakan perlukah slot itu diteruskan, dan aku dapat jawapannya.
Jawapannya, biarlah aku pendamkan sahaja.
===================================================
Baru-baru ini aku compile kesemua 10 soalan dan jawapan ke dalam satu album
dan publish di page Empire State of cEro.
Klik link ini kalau berminat nak lihat : Senam Otak
Aku juga tambah TIGA lagi soalan extra dalam album itu,
menjadikan jumlah soalannya ialah 13.
Dan untuk soalan ke-13, aku tidak sediakan jawapan hanya kerana aku nak kekalkan keseronokan berteka-teki di situ.
Aku juga rebrand nama daripada Teka Buasir ke Senam Otak atas alasan:
1) Buasir adalah trademark Buasir Otak dan Buasir Otak The Komik, jadi kalau aku guna Teka Buasir macam tak best pula padahal publish dekat page sendiri.
2) Aku nak buang pandangan skeptik orang tentang teka-teki. Bila kata teka-teki mesti ingat akan muncul soalan macam 'dalam banyak-banyak mi, mi apa yang tak boleh dimakan'. Soalan aku lebih kepada uji minda jadi aku buang perkataan 'teka' dan masukkan perkataan 'otak' supaya lebih tepat merujuk kepada jenis soalan yang aku sediakan.
Jemputlah singgah dan selesaikan, ya.
Sekali lagi aku ulang,
aku buat teka-teki bukan mahu tunjuk pandai.
Semuanya sekadar suka-suka, walaupun aku ada niat nak cari calon isteri yang mempunyai minat dalam teka-teki juga, or at least dia boleh main tic-tac-toe dengan aku tanpa menyerah kalah di pertengahan permainan.
Sekian bebelan aku.
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis.
Oh, untuk soalan 'dalam banyak-banyak mi, mi apa yang tak boleh dimakan' tu,
agak-agak apa jawapannya?
Jawapan aku BUKAN MISAI sebab kalau aku sumbat mulut korang dengan misai dan paksa kau telan, kau masih boleh dianggap makan misai, kan?
Hehehe
.
I like your effort tapi aku memang manusia yang tak suka befikir hahaha. Aku akan cuba bila bebetul ada masa sebab aku jugak berjenis yang once aku dah start aku akan ambil masa yg lama nak give up dan akan tension kalau x dpt jwb sendiri hahaha. sbb tu aku jarang ambil port. hehe.
ReplyDeletebtw, good job! aku doakan kau dpt bini suka teka teki jugak sampai sblm makan malam dihidangkan pun kena jwb teka teki bg betul kehkehkeh
>NAD
DeleteThanks Nad. Takpa. At least kau tak mengutuk orang yang minat teka-teki dgn label dia sbg nak tunjuk pandai pada aku dah okay dah.
Hahaha. Dapat bini yang sebelum makan pun nak bagi teka-teki maka akibatnya lambat laa makan nak masuk perut hahahaha
Teka teki last tu TAMAT kan? Yg last dengan yang ada buah buahan tu jek aku boleh jawab sebab senang.
ReplyDelete>Kon
DeleteBetul, Kon. Tahniah!
Yang lain pun cuba-cuba laa jawab.
Aku jamin, tak susah mana pun, asalkan ada tekad nak jawab je. Hehehe
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNi lebih kepada test IQ ni bhaha. Malam satgi nak cuba!
ReplyDelete>Syaf
DeleteMemang ramai akan salah anggap bila sebut teka-teki mesti ingat jenis yang santai/ loyar buruk tu. Tak salah, tapi yang uji IQ pun teka-teki juga, kan?
Silalah jawab :)
Hmmm... MI yang tak boleh dimakan ya...
ReplyDeleteHow about note MI, as in DO RE MI FA SO LA TI DO? :3
>plain83
DeleteHahaha. Nice P.
Memang antara jawapannya ialah itu.
As long as that 'mi' tak ada physical form, rasanya itulah jawapannya. Kalau tak ada bentuk fizikal, macam mana nak makan, kan? Hehehe
Star
ReplyDeleteI guess kita tak compatible haha aku tak berapa suka teka teki. Sbb akan rasa tertekan utk solvekan.
Tapi kalau puzzle in games tu okla, minat lagi.
Dlm byk2 mi, missing you? Bwahaha #pickupline
>Star
DeleteHey. Perasaan tertekan untuk solvekan tu laa yang best.
Bila kita gigih menjawab, dan jawapan kita betul, itulah perasaan yang tak dapat nak dibeli dengan wang ringgit #ewah
'missing you' ye? Pun boleh. Hehehe. Cheesy.
'MI'num la tak boleh makan...
ReplyDelete>Anonymous
DeleteOh maiiii...
This is one brilliant answer ! :)
nie teka teki high level punya. macam iq test je. berapa agaknya level IQ cEro nie eh? boleh share? :3
ReplyDeletesuka jugak kalau ada masa terluang tengok2 dan belek2 teka teki yg macam iq test nie. konon nak release stress, tapi makin stress bila taktau/takdapat jawapan XD
mi takboleh dimakan adalah milan.
>BV
DeleteDia nampak high level sebab soalan dia ada jawapan logik, bukan jawapan main-main. Tapi ikutkan soalan ni senang je, semua orang boleh jawab kalau betul-betul nak.
Hahaha. Kalau dah sampai buat diri stress, jauhkan laa dulu soalan tu. Takut nanti jadi lain pula hahaha.
Hahaha. Milan sangat besar untuk dimakan. Hahaha
Boring fact pasal aku, aku tak suka reply kat fb benda2 serius macam ni.. I mean, something yang aku tak amek ringan.. semua teka teki ko aku try selesaikan diam2..haha.. Aku suka teka-teki walaupun aku akan stress kalau tak dapat jawab..haha..sebab nanti aku rasa aku bodoh.. Yes, I have high expectation on myself..
ReplyDeletekomen ni, "Aku suka teka-teki kau. Walaupun sedikit susah tapi aku tetap rasa nak selesaikan sendiri tanpa melihat jawapan." Aku pun ada rasa yang sama. Yang aku dapat jawab/try jawab, aku dah cek jawapan.. Yang masih belum selesai, aku kiv dulu sampai sekarang..masih belum ada masa untuk fikir sedalam-dalamnya..haha, Believe me, I tried.
Plus, banyak sangat main teka-teki and jawab IQ test, aku perasan pattern otak aku berfikir so kadang2 aku susah nak tune, nak fikir logik ke fakta ke artistik ke..haha.. Well, we're human, we see things differently.. So, banyak jugala aku tak dapat jawab sebab berfikir dalam arah yang salah..XP STRESSS..!
Social experiment ko...hmmmmm.. nak buat macam mana, orang yang guna fb kebanyakkannya mentaliti macam tuh.. =_=
>Lee
DeleteBagus, Lee. Aku tau memang wujud orang yang macam kau dgn secara senyap-senyap jawab. Itu aku tak kisah sangat walaupun aku lagi suka interaksi sebab kalau tak ada interaksi aku akan rasa macam aku syok sendiri hahahaha.
Aku pula selalu anggap semua teka-teki adalah uji IQ, maknanya jawapannya bukan loyar buruk. Jadi bila aku dapat jenis yang loyar buruk, aku sedikit geram hahahaha tapi tak marah laa. Kekadang terhibur pun ada hahaha
Susah sebenarnya aku nak dapat buat soalan teka-teki dengan participant yang yang cukup besar dan betul-betul nak jawab. Sampai sekarang aku fikir medium apa lagi yang patut aku cuba selain blog dan fb :)
Banyak jugak teka-teki kau yg aku tak jawab lagi. Sebab teka-teki kau ni mencabar dan perlukan masa. Kalau dah start nak jawab nanti takut tak perform, amik masa lama pulak nak jawab. So, aku skip nanti2 la bila free.. huhu..
ReplyDelete>Bro Ley
DeleteHahahaha. Try laa jawab mana yang boleh jawab.
Semua soalan tu masih di bawah paras boleh dijawab oleh umum, tak perlu ada spesifik ilmu untuk selesaikan. Cuma tu laa, kena amik masa sikit hehehe.
Good luck :)
soalan 10 je xleh jawab. actually menarik. cuma kena lebih cam subtle sikit kot image dipaparkan. boleh improve la. jangan mudah mengalah . baru org iq bodo mengusik sikit. keep it up
ReplyDelete>just Yana
DeleteHahahaha. Ganas benor bila kata org iq bodo mengusik hahaha.
Image tu kekadang kalau boleh tak nak overshadow soalan sebab tu macam lay low sikit hehehe.
Thanks for the suggestions :)
no 4 is 15 ka? hahaha bersungguh sungguh selesaikan
ReplyDelete>Unknown
DeleteBetullah tu. Yang lain ada cuba tak?
:)
Macam mana nak tahu jawpan???
ReplyDelete