Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 19, 2016

Nombor Dua!


Salam.






Quick updates of my life:

1. Aku kini sudah tak ada roommate. Maka, bilik aku milik aku seorang.

2. Aku sedang berat mempertimbang untuk menyertai satu pertandingan melukis komik, tapi semua idea yang aku ada melibatkan watak perempuan. Seperti yang semua sedia maklum dan tidak boleh dipertikaikan lagi, aku lemah lukis perempuan.

3. Aku sudah buat keputusan yang tidak boleh aku tarik balik lagi untuk mula lukis watak perempuan dalam komik aku mulai sekarang. Jadi sila bersedia untuk mencabul pandangan kalian dengan lukisan watak perempuan yang tidak menjadi.
Wahahahaha.



Nampak tak betapa hebatnya aku tulis entri yang tak sentuh langsung tentang fakta bahawa aku tak flush jamban sendiri seperti yang aku kongsi di komik?

Kepada yang nak kata 'tak busuk ke tak flush?' biar aku beritahu,
lid jamban duduk bila ditutup dapat halang bau busuk najis,
kecuali kalau najis kalian sangat busuk sehingga lid pun tak mampu nak bendung.
Makan apa sampai busuk tahi satu bilik lekat? Hahaha
Tapi sekali dua je ya aku tak flush jamban sendiri.
Jamban awam aku mesti flush, or at least tak biarkan kapal selam tidak meninggalkan pengkalan.

Bak kata makcik cleaner bangunan tempat aku singgah tempoh hari,
"Home is where you berak comfortably."


Soalan cepu-cemas kali ini:
Antara jamban duduk dengan jamban cangkung, mana lebih anda pilih?
Huraikan.
[10 markah]







.


22 comments:

  1. serius kau x flush? hahahahaha
    best kan hidup sorang. bebasss. hahaha

    aku suka jamban duduk. sebab rasa dilindungi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD yang selalu first :)

      Haha. Sekali (dua) je aku tak flush. Kalau busuk pun aku je yang bau hahaha.

      Best laa jugak hidup sorang, tapi ada time macam lonely jugak, kena bukak radio hahaha

      Macam mana jamban duduk boleh buat rasa dilindungi?
      Mohon bagi pencerahan :)

      Delete
  2. xsenonoh!!! hahahahhah
    personally...xkisah...janji selesa dan bersih...tp kalau public toilet, aku prefer cangkung.... dan nasib baik dah makan..kalo tidak, tak lalu dowh! sebabnya terbayang entri ko ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Sorry sorry! Hehehehe
      Aku pun prefer cangkung. Mungkin sebab dari kecil diajar jamban cangkung hehehe
      Alaa, kalau belum makan pun apa salahnya terbayang ahahaha

      Delete
  3. Practice makes perfect, dude..! You can do it..!! And good luck with the competition..! Kalau hang masukla..

    Besela tu, kadang2 terlupa nak flush sebab asyik sangat basuh berak..XP

    Aku prefer jamban cangkung..sebab jamban duduk aku geli sikit..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Thanks Lee. Nak power lukis perempuan macam kau. Hehehe
      Kau pun masuk tak competition tu?
      Aku atas pagar lagi hehehe
      Kenapa jamban duduk geli? Sebab ada contact ek? Hehehe

      Delete
  4. Jamban cangkung...feel dia lain sikit =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      Cuba huraikan sikit feel jamban cangkung yang lain sikit tu. Hehehe

      Delete
  5. prefer tandas cangkung.. sebab ikut sunnah. lagipun, secara saintifiknya dah dibuktikan bila kita mencangkung, sudut (angle) yang terhasil akan membolehkan proses penyahtinjaan berlaku dengan lebih lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Sebenarnya kan...yang viral kata cangkung lagi baik sebab sudut apa tu semua adalah hoax. Ada kajian lain counter teori tu dengan keputusan duduk atau cangkung semua bergantung kepada peristalsis usus besar dan rectum.

      Delete
  6. hahahhaha, kalau tinggal sorang2 takpe la perangai camtu XD
    memana pun okay je, asalkan dapat melepas dengan selesa. better la dari takdak kan. tetiba. :3

    all the best utk melukis watak perempuan. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Kalau selalu sangat lupa flush pun susah jugak. Semerbak bilik nanti hahahaha.
      Hahaha. Orang zaman dulu kena korek tanah dan kambus, lagi susah. Hahaha

      Thank you BV :)

      Delete
  7. Arghhh tak agak2 budak C nih... patut kau censor sikit lukisan unko tuh semua hahah! X3

    Macam Lee cakap, prefer jenis cangkung jugak sebab jamban duduk itu agak menggelikan. Geli and disturbing sebab perlu ada skin contact dengan jamban tersebut... dan jadi renyah balik bila nak kena alas dengan beberapa helai tisu pulak kalau tak sanggup guna terus macam biasa. Wekkk...

    All the best lukis onnanoko-tachi, ganbatte~ :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..especially time boleh sembahyang, jadi tak konpiden terus tentang kebersihan dan kesucian a/bila pilihan cuma jamban duduk..wuwuwu..

      Delete
    2. >plain

      Hahaha. Aku agak bila aku kecikkan jadi komik, unko tu tak nampak sangat sebab tu aku tak censor. Tak sangka pula nampak jelas hahahaha

      Hahaha. Kalau public toilet memang aku cari cangkung je atas alasan contact tu laa. Tak apa yang ada dekat jamban tu pastu kena kulit kita eeewwwww

      Arigatouuuuu Purein-san!

      Delete
  8. lama aku tidak menyinggah ke dunia blog...rindunya! jenuh nak baca semua entry.

    anyway! cero keep up with the good work! especially part nak buat komik tu! peminat mu menunggu hasil kerja mu! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hafiy Halim

      Kau tu pun, rerajin laa update. Dua bulan sekali aku tengok, tu pun kekadang je ada up hahaha.

      Hahaha. JAngan nak peminat sangat. Aku sekarang lebih berat ke arah tak join je walaupun ada idea. Tengok laa nanti hahaha

      Delete
  9. pernah sekali di public toilet. I just came out of the seat toilet. then this lady complaining about how come toilet cangkung sikit. camne nak buang air ni. kotor la guna toilet seat ni. I was like.... hello lady. masuk toilet seat. lap la dulu seat tu. baru duduk. then lepas well. u know. sediakan wet tissue. which already got alcohol wtsoever. and memang dah sah2 bunuh kuman. it is that simple and that bersih. wtf kan. xpayah pegang pili air yang kadang2 dah ade contact dengan lantai org peed. so yeah. after that filty explaination. utk hajat kecil adalah lebih bersih toilet seat

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Hahaha. Aku perasan pembangun dan pemaju sekarang lagi suka sediakan toilet duduk berbanding cangkung entah kenapa.
      Masalah toilet duduk kalau pandai jaga kebersihan takpe, ni tak, kebanyakan manusia mana peduli tambahan lagi kalau toilet awam, kan?
      Gayanya memang kena sediakan wet wipe selalu laa camtu hehehe

      Delete
  10. Toilet cangkung ofkos. Dari kecik kot guna. Tapi toilet seat okay je sebenarnya.

    Asalkan bila bukak penutup dia tak nampak 'ikan' berenang. Wehhh sumpahlahhh mimpi ngeri kalau kat mall nampak camtu. Tokojut den, masuk terus najis yang nak keluar tu.

    Lagi satu pantang, toilet yang tade paip, jenis kena pancut agak-agak. Dasar mengundang maki betul! Boleh terbatal niat. Lagi horror bila dah buang, bukak air, air yang dipancut tu jenis mengalir lesu. Aku tak dapat bayangkan kalau masa tu tengah buang air besar. Mahu nangis rasanya.

    Panjang pulak aku bebel. I shud make a post on toilet, HAHHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Kalau korek-kambus pulak? Okey ke? Hehehe

      'Ikan' ni kalau kita punya tak jijik sangat berbanding orang lain punya hahahaha

      Betul. Toilet takde paip terus aku rejek walau macamana terdesaknya nak melabur hahahah

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License