Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 23, 2015

Daya yang Membangkit.



Salam.

Sehingga entri ini siap ditaip,
aku masih lagi belum menonton Star Wars: The Force Awakens.
Booo, C. Boooo!!!




Nak kata fanatik tu idok ler.
Tapi at least aku layan kesemua 6 movie Star Wars sebelum ni,
movie The Clone Wars je aku tak layan lagi.
Tapi setidak-tidaknya aku tahu apa yang aku nak expect dari movie ni.

Tak macam orang lain yang selalunya hujung tahun akan ada banyak cuti,
aku pula hujung tahun makin tak boleh cuti.
Jadi, nak curi waktu nak layan movie dekat wayang memang sangat mencabar.
Tapi bila dapat curi waktu pula, timing pula tak kena.

Thanks to cuti sekolah dan holidays season,
tiap kali aku dapat ke pawagam, mesti tiket sold out/ selling fast.
Pastu ada pula yang bangga dapat layan 5-6 kali.
Bagilah can manusia purba macam aku ni nak layan juga.

Lagi sakit hati, yang dah layan 5 kali tu laa yang kata Star Wars tak best.
Kalau tak best kenapa layan sampai 5 kali?
Kau budak hipster bawah umur spender pun suruh mak basuh, pakai spek tingkap dalam bangunan dan ada masalah pertuturan dan rabun warna sebab koordinasi warna pakaian kau teruk, i mean siapa pakai baju merah topi biru seluar kuning spek hijau? Kau ingat kau watak anime?
Aku bet kau tak pernah pun layan mana-mana filem Star Wars sebelum ni,
tak tahu pun StormTroopers tu belah baik ke jahat,
malah tak dapat beza pun antara Star Wars dengan Star Trek.

Sekarang bagitahu aku,
adakah normal jika aku terasa nak cucuk kepala paip beli dekat dada budak tu supaya bila aku buka kepala paip tu bukannya air paip, tapi darah yang akan mencurah keluar dan dia akan perlahan-lahan hilang kesedaran so dia ada masa untuk reflect diri supaya next time kalau tak suka sesebuah filem tu tak payah laa layan sampai 5 kali sampai orang lain nak layan juga pun tak boleh?

Ok, mind my murder fantasy.
**tarik nafas dalam-dalam, bertenang**

But I don't know, I may regret this entry later.
Macam entri-entri sebelum ni,


Kalian pula bagaimana?
Dah layan Star Wars? Best tak?
Nak bagi spoilers?
Sila tinggalkan alamat rumah sekali sebab senang sikit nanti aku nak curah petrol dan bakar rumah tu dan seterusnya duduk tepi jalan menikmati pemandangan api marak sambil makan popcorn.

**nyalakan lighter**

No, gurau. No! Not gurau. Gurau!  bipolar
**flip meja**

Bye.




.


37 comments:

  1. Belum.. Aku layan kpop je sekarang..
    [img]https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/9d/48/ae/9d48ae32113b118ddf757fe9ccb5952b.gif[/img]

    Sebenarnya aku nak tengok wayang gak tapi setiap kali pegi panggung penuh orang macam kat kenduri. Terus aku batalkan niat kudus nak tengok wayang.. *sobbing vigorously*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Alamanda, kalau pergi time orang lain keje, sangat heaven. Wkwkwkw ~

      Delete
    2. haha cEro tengah bengang tu lagi mau kasi bakar kemarahan dia dengan gif tu hahah!! XDDD

      Delete
    3. >Mona

      **tengok imej KPop itu**
      WHAT? Itu orang ke cacing? Apsal smooth sangat?

      Aku pon selalu je kecewa bila wayang penuh. Dah laa jenis aku tak suka (aka tak pandai) nak booking online ape semua tu...hahaha

      Delete
    4. >Aujinz

      Aku dengar Alamanda memang port baik pekerja kerajaan nak curi tulang. Hahahahaha

      Delete
  2. tak pernah layan Star Wars ahhaha yang aku pernah dengar Anakin Skywalker, Padme Amidala, dengan Darth Vader hukhuk

    try booking ticket online dulu maybe lagi mudah kot.
    takpon layan lah Dilwale sementara ahahhaha

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      At least kau tak layan sampai 5 kali pastu kata tak best. Hahahaha

      Diwale pon nak tengok jugak. Sama jugak, asyik penuh je...

      Delete
  3. Tak pernah tengok Star Wars seumur hidup ni jadi kita duduk diam sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hahaha..ini bagus.
      Tapi Farah, never too late kot nak jadi fan. Hehe

      Delete
  4. Kah kah kah.. marah bebeno cEro. Rileks bro, rileks. Aku itu hari pun rezeki ada Satu seat best kosong di antara kepenuhan pawagan. Jadi dengan kuasa telepon pintar, aku membblock seat tersebut dan terus membeli menggunakan mobile. Huhuhu...

    Ada yang tak boleh beza Stormtroopers dgn CloneTroopers pon. Tapi dok kabo Star Wars tak best.

    Aku layan kesemua 7 episod. Semua best. Tapi aku sokong kata kipas susah mati SW, Jar Jar Bink memang saks.

    Wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Tempat aku tuju nak tengok wayang tu maybe tumpuan ramai kot, tu yg satu seat pon takde tu...hehehe

      Aku pernah berdebat dgn org pasal dia kata CloneTroopers dgn StormTroopers tu sama. Aku mcam WTHeck?

      Delete
  5. aku tak pernah tengok star wars kat cinema, setakat kat tv je pernah tengok suatu ketika dahulu... kah! ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Kat TV pon sebenarnya jarang nak tayang SW ni.
      Kalau tayang pun habis banyak scene dia potong.

      Delete
  6. bro download yg cam version sudah huehuehue

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Apa barang donlod cam version bro.
      Layan wayang laa baru ada DTS Dolby Digital Surround! Hehe

      Delete
  7. bro, aku bukanlaa nak kasik kau lagi sakit hati, tapi kan tiket star wars ni dia dah start jual since november. masa tu mmg ramai pre-book. almaklumlah, ramai followers. aku tak tengok lagi, haritu aku google dia punya family tree, pastu aku mcm fed up. mungkin kau boleh tengok dilwale dulu? hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Hahaha. Ye aku tahu. Memang dua minggu dia bukak preorder beli tiket tu. Tapi aku ni jenis tak suka beli online, so aku hapuskan niat nak order dlm talian.

      Nak layan Star Wars dari awal ni kau kena open mind sikit.
      Tapi once kau dah suka, akan melekat ooo...Macam Harry Potter gitu.

      Delete
  8. Hellloooo, aku kat sini memang tak de chance la nak pergi cinema nak tgk Star Wars. Laki bini memasing paranoid takut tetiba ada manusia saiko dtg bawak pistol kan. Hahahahahahahahah

    Skrang ni memang tak sabar nak tunggu dia keluar on Playstation network. Itu pun kena pre-order, tapi bila dia release pun tak tau! Takkan aku nak tunggu sampai May kot?!?!

    Arggghhhhhhhh stress sebab nak tgk Star Wars, tapi kena tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Alia

      Wow! Separah tu ek situasi kat sana?
      Aku ingat macam seminggu dua lepas satu insiden semuanya akan jadi tenang balik.
      Tetiba teringat dkat kes tembak masa citer Batman dulu. Ngerinya...

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. [img]http://i.imgur.com/aC6NKb9.png[/img]

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHHAHAHHAHAHAHA OOPS. Terbesar pulak image. Saja je nak try, sebab sebelum ni tak pernah tau yg boleh tepek image.

      HAHHAAHHAH ok. now dah tau. thank you!

      Nah, bergembira la dgn muka aku yg gabak itu. HAHAHAHHAHAHA

      Delete
    2. Owh, boleh tepek gambo rupanya..kakakakaka

      Delete
    3. Owh, boleh tepek gambo rupanya..kakakakaka

      Delete
    4. Gigih sungguh Alia nak tepek gambar
      Hahahahahaah

      [img]http://4.bp.blogspot.com/-sdwomwqEsNU/VdxQTXIr-6I/AAAAAAAAGbs/DdDNRdqS9P4/s0/cero_tra_400.gif[/img]

      Delete
  11. hahahhaha sabar cero sabar. luckily, ina belum tengok star wars. actually, ina tak pernah tengok haha. btw, budak pelik tu memang sangat menjengkelkan. sampai 5 kali tengok kot. gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Sabrina SA

      Kaaannn??
      Itu yang pelik tu. Kalau tak suka kenapa tengok sampai 5 kali?
      Cis sungguh.
      Ini tengok laa Star Wars. Mana tau nanti boleh tersuka terjadi fan ke. Hehehe

      Delete
  12. Psycho terus jadinya cEro ni. Haha..lek bro, aku pun dh lama gila x tgk wayang kot.. Tapi, kejadah sungguh tgk 5 kali tapi x best.

    Btw, aku try tgk citer star wars lama2 keluar kt astro hari tu. So, cerita star wars ni level Harry potter yg mana aku x boleh nk masuk langsung tp org lain teruja giler nk tgk. Maybe aku antara generasi yg x peduli pun dgn cerita star wars ni..

    So, persoalannya skrg budak tu kira generasi aku/generasi bawah aku la aku assume...So, aku rasa betul dia rasa x best citer tu cuma dia memang dh xde benda lain nk buat n kawan2 dia pulak sorg2 ajak dia tgk cerita tu pada hari yg berlainan. Makanya terjadi la 5 kali tu.

    Skrg ni aku x puas hati jugak apahal nk habiskan duit tgk citer x best 5 kali. Habis duit mak/bapak je... And of course la kesian org yg nk tgk citer ni mcm kau cEro x dpt tgk pulak bila ada peluang. Hmmm...Bertabahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Kau tak menghayati betul2 tu tu yang kau tak boleh masuk tu. Hehehe.

      Hahaha. Kalau nak fikir positif, mungkin dia tu tak boleh kata NO kot. Tiap kali orang ajak dia jom-kan aje sebab tu sampai 5 kali dia layan walaupun tak best pada dia...Baik budaknya tu. Hahahaha

      Delete
    2. ekceli aku pun sama mcm Bro Ley gak. jenis takleh go dgn citer2 Harry Potter/Hobbit/Star Wars etc tu.. 1st movie yg aku p tgk kat wayang adalah 47 Ronin. tu pon lps diracun oleh adik2 aku kata cita tu best. sipbaik mmg best citer tu kalo tidak konfem aku membebel.

      aku bkn jenis kaki wayang so aku jugak tak reti nak booking online utk movie ticket ni tp aku tgk adik aku kemain laju je die buat. faktor usia barangkali. pffftt~

      Delete
    3. nak mencelah gak...aku sokong dengan bro ley and anamizu...aku pun xley nak masuk semua series tu...tah pasai pa aku xtau..

      Delete
    4. >anamizu

      Kalau jenis tak layan tapi tak tengok, takpe.
      Yg buat aku sakit tuh di sini di dalam hatiku ialah yg kata tak layan tapi pergi jugak tgk pastu cakap tak best. Hahahaha

      47 Ronin best.
      Katanya tu lagenda sebenar dekat jepun, tapi hero dia bukan mat saleh arr...hahahah

      Delete
    5. >sofie adie

      Hahaha. Jangan kata kau tak boleh masuk series sci-fi cammi tapi kau boleh masuk series Twilight plak. Hehehe

      Delete
    6. err. errr.. cEro.. ekceli kan.. aku ni lah slh sorang yg tak masuk series sci-fi (star wars) tapi Twilight mmg aku pulun je layan semuanya ahaksss~

      Delete
    7. >anamizu

      WHAT ANA????
      Sanggup menolak Star Wars dan memilih Twilight????
      Ruginya.....
      Hehehehhe

      Delete
  13. aku cadangkan ko tengok chipmunk bero..
    best taw..memang empty seat banyak haha..

    aku dah tgk..memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nazha

      Hahaha. Ada jugak orang promote Chipmunk.
      Aku pon rasa movie tu best, tapi sebab dah tenggelam dgn promosi Star Wars & Dilwale, so movie tu nampak suram je...hehehe

      Nak gi layan arr Chipmunk!

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License