Salam.
**muzik intro**
Ini anda.
Anda baru sedar daripada pengsan dan merasakan badan anda lemah lain macam,
tidak seperti lemah anda yang kebiasaan.
Anda juga mendapati diri anda tidak berada di tempat terakhir memori anda berada.
Sebaliknya anda berada di dalam sebuah bilik tertutup, terduduk di atas kerusi bertemankan meja yang terdapat dua buah gelas berisi cecair serta berdekatan anda terdapat seorang manusia yang dari mukanya jelas kelihatan seorang yang jahat.
Melihat anda sudah sedarkan diri, manusia jahat itu berkata,
"Kau sudah diracun. Racun yang meracuni kau itu sedang membunuh kau dengan perlahan. Di hadapan kau terdapat dua gelas cecair; satu merupakan racun yang meracuni kau dan satu lagi adalah penawar untuk racun itu. Buat keputusan dengan bijak. Good luck!"
Menyedari kenyataan yang memeritkan itu, ditambah pula dengan gelabah anda mengetahui diri diracun, anda perlu buat keputusan dengan segera kalau tidak mahu mati berbuih mulut. Anda berkeputusan perlu memilih salah satu dari dua gelas itu untuk diminum.
Satu gelas berisi cecair merah, satu gelas berisi cecair biru.
Anda pun fikir,
"Sudah tentu yang merah itu racun sebab nampak menakutkan. Jadi aku akan minum gelas biru."
Anda pun membuat keputusan untuk memilih gelas berisi cecair biru...
...tanpa menyangka rupanya gelas berisi cecair biru itulah racun.
Hayat anda pun berakhir dengan kematian mulut berbuih.
Jadi pengajaran untuk kisah ringkas kali ini sangat jelas iaitu...
...JANGAN ASSUME!
JANGAN BUAT ANDAIAN SEBARANGAN KERANA ANDAIAN ANDA MUNGKIN SILAP!
Aku suka teka-teki.
Dan bila bercakap tentang teka-teki,
kita tak dapat lepas dari membuat assumption,
membuat jangkaan, membuat andaian.
Tapi aku sentiasa mengingatkan diri aku supaya sentiasa membuat andaian berdasarkan fakta, bukannya berdasarkan sesuatu yang tidak kukuh, terutamanya perasaan diri sendiri.
Walaupun kehidupan bukanlah satu teka-teki (most of it),
tapi ianya juga sama boleh diaplikasikan di dalam kehidupan.
Bila dapat berita yang (1) belum tentu pucuk pangkal kebenarannya, (2) tidak jelas fakta dan situasinya, dan (3) yang diragui sumbernya, cuba sedaya upaya mengelak daripada membuat sebarangan andaian mentah.
Ketahui kebenaran sepenuhnya daripada pihak yang sepatutnya,
bertanya kepada sumber utama,
bukannya buat andaian berdasarkan akal dramatik dan
perasaan marah, benci dan kecewa kita tu.
Kerana kalau kita buat salah andaian, pasti akan dapat kesan buruknya.
Wild assumption is a deadly weapon.
Ayat aku di atas mungkin sedikit berbelit,
tapi aku tahu kalian faham maksud aku.
Kalau kalian boleh baca entri ini, takkan perkara common sense pun tak dapat nak fikir kot?
Dalam kes memilih dua gelas itu:
1) Siapa kata tak boleh tanya si manusia jahat tu? Sebab nampak muka dah jahat, kita terus assume dia nak kita mati. Tak salah pun tanya mana satu racun mana satu penawar. Dia mungkin akan tipu, tapi kalau kita mati disebabkan penipuan dia, paling tidak kita tak mati disebabkan kebodohan diri sendiri. Lagipun kalau dia nak tipu, tak perlu kot dia sediakan salah satu gelas itu berisi penawar. Baik dia isi dua-dua dengan racun je.
2) Apa ke bengap sangat kau assume cecair merah racun, cecair biru penawar? Banyak sangat layan drama dan anime ke macam mana ni?
3) Siapa kata tak boleh minum dua-dua gelas sekali? Walaupun peratusan penawar hanya 50% serta racun 50%, tapi kalau kita minum kedua-duanya, kita akan mendapat 100% penawar dan 100% racun. Lagipun kita sudahpun diracuni dengan racun yang sama, jadi apa beza segelas lagi racun dan diikuti dengan segelas penawar.
Mungkin di sini sahaja entri kali ini.
Entri ini dilukis dan ditulis dalam keadaan marah,
jadi maafkan atas segala kekasaran.
Apa kata mari sama-sama kita berubah supaya tak cepat assume sesuatu perkara.
Nasihat untuk kau, kau, kau, TERUTAMANYA KAU, dan aku juga.
Aku cukup anti orang cepat assume ni,
apa susahnya tanya aku cerita sebenar, baru assume.
Ingat, dalam perkataan 'assume' ada perkataan 'ass'!
Sekian.
**muzik outro**
.
Betul. Jangan assume. Dont be such an asshole.
ReplyDelete>Miss Fireflies
DeleteKan? Kan? Kan?
Assume berdasarkan fakta, bukannya membuta tuli.
Dalm 'membuta tuli' ada perkataan 'tuli'.
serius sekarang rasa nak tahu sangat peristiwa yang menyebabkan kau marah benau ni. orang lagi gemar assume dari tanya, maka terjadilah assumption bangang
ReplyDelete>mashy_entah
DeleteKonsep manusia kan memang camtu, suka ambil jalan mudah dan salahkan keadaan.
Sebab assume itu mudah, manakala mencari kebenaran itu susah. So ramai pilih untuk assume.
brain over emotion!! jenis yang ske assume yang buruk first ni banyak menimbulkan pergaduhan dan silap paham. huhuhu..
ReplyDelete>Kie Nicholson
DeleteBetul. Just assume sorang2 takpe lagi, tapi ramai yang jenis suka assume pastu pergi canang seantero jaringan seolah-olah assumption dia tu yang paling benar, tiada yang sebenar-benar kebenaran.
Aku assume cecair merah to mesti perisa strawberi.
ReplyDeleteJokes aside, making assumption is one of human's learned response to everything. It's a mechanism to identify risk and how to manage it. Sayang bila rata-rata berhenti di stage "Assume". Sepatutnya ada follow up untuk buktikan assumption tu dan cari jalan alternative untuk kurangkan risiko.
Panjang pulak aku komen. okbai
>Mona
DeleteExactly my point. Buat assumption bukan satu perkara yang salah. Tapi yang salah ialah membuta tuli dan baseless. Lepas tu anggap assumption kita tu satu fakta regardless apa fakta yang sebenar.
Jenuh kita pula nak explain.
Satu dua, OK. Kalau dah selalu, penat ooo.
Tetiba rasa sedih....T^T
ReplyDelete>sofie adie
DeleteAlaaa...jangan laa sedih.
**hulur tisu**
igt cerita ala2 the matrix dah tadi. naseb baca sampai abes. hehe
ReplyDelete>budoxe lee
DeleteHahaha. Jangan cepat assume.
Nanti kecewa. Hehe
Nicely put cEro, nicely put. I know that feeling so friggin damn well bro, but life goes on for everybody and those arses can just go on ASSuming whatever until the day they friggin die while still believing whatever nonsense they chose to believe. I won't make their ignorance my friggin biznez. Heck, I'm starting to think that it's kinda fuuun to watch the show. I name it, "The Ignoramus Show", just keep 'em hanging on false assumptions foreeever. Don't spill anything, grab some popcorn and have some lemonade ;3
ReplyDelete>plain83
Delete'The Ignoramus Show' sounds so good, we should make it real. Hahaha.
But you're right. Let'em believe what they wanna believe as long as we deliver the truth. Ignorance not always a bliss.
iyela, yg merah x semestinyer racun, darah juga x semestinya warna merah., huhu2
ReplyDelete>tiga lalat
DeleteHahaha Wak ni sampai ke darah pulak dia.
Assumption bahawa merah itu bahaya tu kurang tepat sebenarnya, kan?
betol tu. jangan cepat buat assumption. zaman sekarang entah kenapa manusia cepat sangat assume sesuatu benda contohnya benda viral ke apa, senang2 je share dan terus jadi keyboard warrior tanpa pucuk pangkal dan menyiasat terlebih dahulu. *tetiba kan, entah ada kaitan ke tidak XD*
ReplyDeletesenang cerita bila org terus assume kita, tanpa carik bukti atau terus TEMBAK kita, just ignore and kalau berani sikit, TEMBAK balik. wakakaka XD
ohya, kalau BV diberi pilihan pilih merah ke biru, merah je la. sebab sirap banyak warna merah, bukan biru :3
Delete>BudakVanilla
DeleteSebab buat assumption itu mudah. Kita kan (manusia) lagi suka buat benda yang mudah berbanding nak cari kebenaran yang kena guna usaha...hehehe
Tapi kan BV, ada je sirap limau kaler biru, selalu ada hidang masa kenduri :)
betul, assumption sometimes will kill you. malas bertanya sesat jalan, bak kata orang dolu dolu. lagi satu, aku tak suka orang judge. tak tahu pucuk pangkal nak judge.zzzz
ReplyDelete>NADIA
DeleteAku pun tak suka orang judge. Tapi sebab dah dibesarkan dlm surroundings yg penuh dengan orang yg judgmental, so kadang2 tak boleh lari dari judging people.
Tapi aku sedar tentang itu dan sedang berusaha untuk membaikinya. Hehe
assumption.
ReplyDeleteselalu... menyakitkan hati. juga. memalukan diri.
>Aqu Lalangit
DeleteSetuju. Setuju.
Ada org assume kau apa ni weh?? Nak tahu gak...huuu
ReplyDeleteLek cEro...biasa la manusia memang kena assume. Kita x tahu segalanya. Boleh tanya, tp ada masanya kena assume sendiri je. Pada aku, xde masalah kalau assume something yg baik. Tapi bila kita tend to assume something bad pasal someone, better mintak explanation org tersebut. Takut jadi fitnah.
Btw, aku pernah rasa mcm mana tiba2 je org assume yg bukan2 pasal aku. Rasa mcm nk maki, tapi kena sabar....Just chill je bro... Kau sendiri tau kau bukan seperti apa yg diperkatakan org yg assume kau tu.
So, kalau aku, aku buat bodoh je la dan rasa kelakar dan kesian sbb sempitnya pemikiran dia sampai boleh assume mcm tu. Ada masa explain la... X rugi pun explain. Maybe lepas ni dia x buat kat org lain dah.
>Bro Ley
DeleteTak ada apa isu besar pun Bro Ley. Dah setel dah. Hehe
Assume itu natural rasanya. Semua orang assume. Tapi part assume tanpa asas tu yg jadi masalah sikit. Dah laa tanpa asas, tak nak bertanya, lepas tu terus anggap assumption dia tu fakta yang tak boleh disangkal. Itu isu besar.
Aku pun ingat hati nak buat bodoh, tapi tak sampai hati. Nak tanak gi laa explain supaya next time tak berlaku lagi...
Kalau aku jadi orang warna biru tu, aku takkan pilih satu pun gelas tu, aku akan terus bangun dan tumbuk muka orang merah tu tanpa sebarang kompromi...
ReplyDeletePastu aku terus blah dari tempat dengan gagahnya...
Lol, perasan John Cena dah aku ni...
Aku ni memang buta warna ni, Sorry...
DeleteOrang biru = Orang yang mati kena racun tu (padan muka)
Orang merah = Orang jahat hijou tu...
>khai
DeleteAKu rasa kau tak baca entri aku ni betul-betul.
Please stop assuming dan baca semua sampai habis please :)
Good point cEro ( kenapa aku termiss entri ni? )
ReplyDeleteAku pun selalu terASSume dan tak move on dari stage assuming. Tapi sekarang aku belajar tengok, assume, baca, kaji dan kemudian baru komen.
Huhuhu
>Aujinz
DeleteGenerally assuming tu macam perkara biasa kita sebagai manusia lakukan. Kita tak boleh lari dari assuming. Tapi isunya jadi bila kita assume dan anggap apa yang kita assume itu sebagai realiti, which is kalau betul takpe, tapi kalau salah? Hehehe