Selamat menyambut bulan Ramadhan 1435h.
Sempena Ramadhan ini,
aku ingin menceritakan satu kisah di bulan Ramadhan tahun lalu yang terjadi kepada aku. Setahun aku tunggu semata-mata nak ceritakan kisah ini. Alhamdulillah, nyawa masih ada dan peluang sekali lagi diberikan-Nya untuk aku lalui Ramadhan.
Kisah ini bermula pada awal bulan Ramadhan tahun lalu.
Aku singgah di bazar ramadhan di pekan tempat aku tinggal.
Pelbagai juadah ada. Lauk-pauk banyak jenis, kuih-muih pelbagai rupa, air minuman bermacam warna.
Semuanya suasana biasa sesebuah bazar ramadhan...
...kecuali satu.
Seorang gadis di gerai jual murtabak.
Perhatian aku tertarik ke arah gadis gerai murtabak ini.
Bukan semata-mata sebab dia cantik...hm...macam mana nak kata ek?
Memang tak dinafikan dia memang menarik perhatian, tapi bukan kecantikan dia yang menarik perhatian aku, tapi keadaan dia.
Dia, pada aku, kelihatan sangat tak suka dengan kerja yang dia buat, iaitu jual murtabak.
Nampak sangat muka dia tak ikhlas.
Senyum apatah pula, tak pernah ada langsung.
Dari segi pakaian pula, aku boleh kata yang dia memang berpakaian bukan untuk menjaga gerai murtabak.
Disebalik apron yang dipakai, aku tahu pakaian dia sangat tak sesuai.
Gerai murtabak itu dijaga tiga orang selalunya.
Si gadis tu selalu jadi bahagian pembungkusan dan duit (front face),
manakala dua lagi (lelaki dan perempuan, mungkin emak dan abah dia) berada di belakang masak murtabak ikut keperluan.
Aku dapat jangka bahawa dia bekerja di gerai itu atas paksaan,
mungkin paksaan kedua-dua ibubapanya.
Sebab itu jelas di wajah dia yang dia tak ikhlas.
Disebabkan berminat, aku beli murtabak di gerai itu.
Maknanya, aku berurusan jual beli dengan gadis itu.
Aku order, dia bungkus, aku bagi duit, dia pulang duit baki, selesai.
Dia langsung tak pandang muka aku, apatah lagi senyum.
Muka dia masam sepanjang masa.
"Harap muka je cantik, tapi tak mesra langsung..."
Mungkin itulah rungutan para pelanggan lain, tapi bukan aku.
Pada aku, memandangkan hobi aku ialah melihat gelagat manusia,
maka dia sangat menarik untuk aku perhatikan.
Dijadikan cerita,
setiap selang dua-tiga hari, aku akan beli murtabak dari gerai dia.
Setiap kali aku beli, aku akan berurusan dengan dia.
Setiap kali aku berurusan dengan dia, aku akan ucap terima kasih.
Dan setiap kali berurusan, aku dapat rasakan gadis itu semakin berubah.
Sehinggalah di satu hari pertengahan bulan Ramadhan,
selepas selesai urusan membeli, ketika aku berterima kasih kepada dia,
dia menjawab kembali,
"Terima kasih."
Itu kali pertama aku dengar suara dia.
Not bad.
Untuk hari-hari pembelian seterusnya,
sebelum sempat aku sebut terima kasih, dia sudah ucapkan akad
"Saya jual."
Dengan senyuman, aku jawab, "Saya beli."
Di pertengahan 10 hari terakhir Ramadhan,
aku dapat rasa ini mungkin kali terakhir aku membeli di bazar.
Sebabnya pada waktu itu gerai di bazar semakin kurang
dan disebabkan adik-adik aku balik ke rumah, maka makanan kebanyakan dimasak mereka, jadi aku tak perlu beli di bazar lagi.
Untuk kali terakhir, aku datang ke gerai murtabak itu.
Si gadis itu berdiri seolah-olah menunggu kedatangan aku.
Dia mula sapa, "Nak beli murtabak, bang?"
"Niatnya begitulah," balas aku.
"Hari ni kami last, bang. Esok dah tak buka gerai."
"Oh, jadi hari ni spesial-lah ye?"
"Spesial untuk abang, saya letak extra satu."
Perbualan kami berlarutan beberapa minit,
topiknya berkisar kepada kampung tempat bakal beraya.
Dari perbualan akhir yang singkat itu,
aku rasa dia sudah banyak berubah.
Dia semakin ikhlas berniaga walaupun pada mulanya jelas seperti terpaksa.
Dia juga semakin murah senyuman walaupun awalnya muka masam mencuka.
Kalau dulu langsung tak pandang muka, namun akhirnya aku mampu pertahankan perbualan selama beberapa minit.
Dan yang paling menarik pada kau ialah
aku mampu melihat dia senyum.
Dan seperti wajah dia, senyuman ikhlas dia sangat cantik.
Senyuman yang tidak boleh disifatkan dengan kata-kata.
Untuk itu, aku bertuah.
Pengajaran bagi cerita ini
bukannya aku nak suruh kalian bahawa stalk gadis jual murtabak, BUKAN!
Pengajaran yang aku nak kongsikan ialah setiap manusia ada potensi untuk jadi lebih baik, apatah lagi di bulan Ramadhan ini.
Maka rugilah mereka-mereka yang tidak memanfaatkan Ramadhan ke arah kebaikan.
Aku juga harap Ramadhan kali ini aku boleh berubah jadi lebih baik dari sebelumnya.
Bukannya tunggu Ramadhan baru nak jadi baik, BUKAN,
tapi gunakan Ramadhan sebagai pemangkin diri untuk jadi lebih baik.
Jadi,
kalau ada kawan-kawan yang berubah baik di bulan Ramadhan,
janganlah kita perlekehkan dia dengan berkata,
"Hek eleh, bulan puasa jadi baik. Bulan lain macam kacang hantu."
Bagilah sokongan dan dorongan kepada mereka untuk berubah
seperti kita perlukan sokongan dan dorongan untuk berubah.
Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.
.
Good cero, kau memang sama macam aku, suka perhatikan gelagat manusia yang ada macam-macam jenis . Dan juga kau memang heroes in real life.
ReplyDeletePs:selamat menyambut ramadan dan salam heroes buat semua.
@Heroes Reborn and r
DeleteSelamat berpuasa!
The Lost Ramadhan Heroes: Cero the hero!
ReplyDeleteAgak agak, tahun ni dia tolong meniaga murtabak lagi tak bro?
ReplyDelete@Aujinz
DeleteGood news bro. Tahun ni dia ada lagi...tapi lain sikit arr dia...hahaha
Bulan RAmadhan bulan yang penuh keberkatan :)
ReplyDeletepengajaran yang baik
dan salam ramadhan bro :)
@Khairulsyarafi Ruang Monolog
DeleteThank you bro...
Salam ramadhan utk mu jua...hehehe
salam ramadhan cero:)
ReplyDeletebila nak update blog haa.......hahahahahak...dah bersawang ak tgk.jgn sampai berhantu..
DeleteNtah Nazha ni...
Deletelama bebenor tersangkutnya...hehehe
Salam ramadhan cero.. bagus betul tuan hamba ni..kipidap
ReplyDelete@Dea Day
DeleteHaha...segan plak kena puji dgn Day...
Takde laa bagus sgt, biasa2 je...heheheh
Naise~ Salam ramadhan cero kun~ ;3
ReplyDeletep/s: aku tak suka mertabak, tak tau kenapa, mcm dia conpius antara roti canai dgn karipap, lps tu kuah pulak cuka n bwg... oufff~~ hen na mono desu (^____^")~
@plain83
DeleteMurtabak best arr...
Sedap!! Cuma zaman sekarang ni, murtabak ayam dgn murtabak daging dah susah nak beza sbb rasa dia sama je...hehehe
kenapa dalam otak ni harap cEro dan gadis murtabak bertemu kembali dan mempunyai happy ending eh? HAHHAH.
ReplyDeletebtw, mesti sedap en murtabak tersebut sampai selalu beli.
Nasib baik baru lepas sahur, bayangan murtabak tidak begitu menggugat iman.
@nanadhoi
DeleteHahaha...itu dah dramatik sgt dah tu...boleh buat drama swasta slot akasia...hehehe
'Murtabak Cinta'
Aku mmg peminat murtabak dr dulu lg, tp aku selalu beli masa bulan puasa je..jd imej bulan puasa aku mmg ada murtabak...hehehe
selamat berpuasa SEROOOOOOOOOOOOOOOOOO ;D
ReplyDelete@shada wentz
Deleteselamat berpuasa SHAAAAADAAAAAAAAAAAA :D
Ramadhan Mubarak!
ReplyDeleteKecewa dan merajuk dengan murtabak bazar sebab tahun lepas asyik dapat murtabak bawang bukannya ayam/daging hahaha
Kalau ada orang sekeliling aku yang berubah ke arah kebaikan,aku akan berlagak biasa je,dengan niat dia takla terasa sangat perbezaannya. Tapi,taktaula kalau dianggap tak beri sokongan pulak =\
Ps: aku tak suka betul kalau selalu beli kat satu kedai dan ditegur orang tu terutamanya jantina bertentangan,memang esok gi kedai lainla XD
@star
Delete1. Kesiannya ko kena murtabak dpat rasa bawang je...Mmg ada spesies yg meniaga tahu nak untung je..kan?
2. Aku pon selalu macam tu jugak. Kita bg sokongan dgn cara tak perlekehkan dia dan anggap dia masih selesa dgn kita...kan?
ps: Aku selalunya beli air yg lain2 kedai...bab makanan, sbb aku memilih sikit, jd hanya beli dkat gerai yg sama sbb dah tau rasa dia camna...hehehe
Hmm... Rase macam datang bulan je die mase awal-awal tu... Tu yang muke monyok je.. Hahaha.... Ntah le... Ouh... Salam Ramadhan cEro...
ReplyDelete-Zul-
@Zul
DeleteHahaha...mungkin juga kot...tak tau plak aku...Nak tanya tak pasal2 kena simbah minyak panas utk murtabak nanti...hehehehe
fewitt ! buleh buat drama ramadhan ni kesah cero nih hehe
ReplyDeletemurtabak is olwez my feveret tiap kali ramdahan ! weeee~
salam ramadhan Cero ! :)
@anamizu
DeleteHahaha...Ramadhan kena bykkan amal, bukan kena bykkan drama...hehehe
Aku pon suka murtabak bila masuk ramadhan....:)
Apa khabar cero, sihat?
ReplyDeleteHoi subaru, apesal ko ade kat sini haaa....Ko jangan nak buat tahayul kat sini!
DeleteNampaknya, mungkin begitu.
DeleteSedih wey sendiri taip sendiri reply...
DeleteHahahaha........ aku adalah macam-macam boleh aku jadi...
ReplyDeleteOk bro, super blog!
ReplyDeleteMisteri betul kau ni,cero.
ReplyDeleteYo cero, warna apa yang kau suka
ReplyDeleteReset minda dulu, bro!
ReplyDeleteReset minda dulu, bro!
ReplyDeleteKes pembunuhan cero!
ReplyDeleteBahagian 1.
Ini blog banyak busuk, ADA bau bangkai kucing..
ReplyDeleteHahahahahahahahaha...................
ReplyDeleteAaaaaa......! Sudah cero, macam mana ni??
ReplyDeleteCool.
ReplyDeleteOk lah tu.....
ReplyDelete?
ReplyDeleteAku, bab kau nak tukar2 nama sesuka hati dan komen tak ada makna dlm blog aku, aku tak kisah sgt...
DeleteTapi bab pakai nama cEro utk puaskan kemahuan kau utk menarik perhatian aku membuatkan aku sedikit sakit hati...
Kentut bau apa ,cero?
ReplyDeleteCero in future.
ReplyDeleteKo ni mmg jenis pemerhati..aku mmber sebelah lalu pon tak perasan..hahaha3 aku tengok Ramadhan tahun ni ramai yang berubah..sudah berhijab..terkejut tapi.. :)
ReplyDelete@Miss Comot
DeleteAku suka memerhati dr masuk campur...hehehe
Bagus laa kalau berubah ke arah lebih baik...
Tp harap2 tak berubah sbb trend...hehehe