Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 19, 2014

Ada Apa Dengan KAMI! #Projek3Kami


Salam.

Apa jadi bila Iron Man, Thor, Hulk dan Captain America disatukan?
Dapatlah filem The Avengers (dengan extra HawkEye dan hot Black Widow)
Tapi apa pula jadi bila tiga blogger disatukan?
Dapatlah buku KAMI!



Aku tak ingat sama ada aku pernah mention tentang projek ini,
tapi KAMI! adalah buku hasil kolaborasi tiga blogger:
Aku (cEro), Aujinz dan Nazha Anua.

KAMI! mengumpulkan kisah yang tidak pernah dikisahkan mengenai kami bertiga di dalam satu buku, ala-ala The Avengers versi blogger biasa-biasa.

Aujinz (aujinz.blogspot.com) yang sebelum ini pernah menerbitkan bukunya sendiri bertajuk Lanun Ranggi The Book, kini memperjudikan masa depan dan reputasinya dengan berkolaborasi bersama Nazha Anua (kartunster.blogspot.com) dan aku untuk menghasilkan buku bertajuk KAMI!.

Tapi,
bila aku sebut Aujinz dan Nazha Anua,
aku rasa kredibiliti buku KAMI! ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
Kan? Kan? Kan?


Buku KAMI! yang awesome!

Sinopsis

Buku KAMI! boleh dikategorikan sebagai sebuah nomik,
tapi tidak seperti nomik-nomik yang lain di luar sana.
Buku ini mempunyai 126 mukasurat bercetak dan terbahagi kepada tiga bahagian, di mana setiap dari kami bertiga mengambil satu bahagian.
Seperti yang aku beritahu, kisah yang terkandung merupakan kisah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini (kecuali dalam bahagian aku di mana aku kontang idea dan terpaksa recycle idea lama. Hahaha) yang lebih memfokuskan kepada kenangan zaman silam kami bertiga, sama ada semasa kecil, remaja, ataupun situasi sebenar dunia masa kini.


Sedutan dari bahagian Aujinz


Kenapa Perlu Kolaborasi?

Disebabkan aku sangat rendah self-esteem dan keyakinan diri,
maka aku merasakan diri aku masih tak layak nak buat buku sendiri-sendiri.
Apabila di'approach' oleh Aujinz untuk terbitkan buku secara bersama,
aku anggap ini sebagai peluang keplatinuman aku untuk lebih maju ke hadapan.

Bayangkan,
dapat bekerjasama dengan nama besar dan berbakat seperti Aujinz dan Nazha Anua,
bukankah itu awesome?


Sedutan dari bahagian Nazha Anua


Kenapa Perlu Memiliki Buku KAMI!

Aku tak paksa.
Tapi biar aku beritahu yang buku ini terhad dan eksklusif.
Bayangkan jika dalam dunia ni hanya ada 60 biji telur unicorn,
dan kalian antara yang pertama menemuinya,
takkan nak biarkan peluang keemasan berlalu depan mata, kan?
(Jap jap, unicorn bertelur ke?)

Lagipun ini adalah kali pertama aku terbitkan buku
dan antara langkah pertama aku untuk terus berkarya.
Mungkin pada masa akan datang akan ada lagi buku-buku dari aku.
Jadi, sokongan kalian amat aku hargai.


Sedutan dari bahagian cEro


Bagaimana Untuk Memiliki Buku KAMI! ini?

Antara cara yang berkesan ialah mengembara seluruh dunia dan cari 7 biji Mutiara Naga untuk dimakbulkan permintaan.
Tapi cara yang paling mudah ialah dengan mengorder dari kami bertiga.
Cara-cara order dan harga ada aku sertakan dengan klik imej di bawah:




Harga?

RM25 (termasuk kos penghantaran)



Sekali lagi aku beritahu,
buku ini terhad dan eksklusif.
Mana tahu pada masa akan datang, salah seorang (atau semua) dari kami bertiga bakal jadi orang penting dan terkenal.
Dengan memiliki antara karya pertama kami,
bolehlah kalian berbangga dan mendabik dada bila nampak kami di TV dan berkata kepada orang sebelah
"Aku ada buku pertama dia...and it's AWESOME!"


DAPATKAN SEGERA
SEBELUM KEHABISAN!




Bagi media sosial,
gunakan hashtag #Projek3Kami


Sebarang pertanyaan boleh berhubung pantas dengan aku di Facebook.


.


21 comments:

  1. wahhh dah siap projek kolaborasinya... omedetou~ *clap clap* X3

    rasa macam nak order jerrr... heee~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      c'mon plain, order je....
      nanti habis rugi tau...hehehe

      Delete
    2. Ohoho... anda terima bayaran via paypal tidak? Pos via postal service apa? ;3

      Delete
    3. @plain83
      Tak reti paypal ni...Bank-in je senang...hehehe
      Hantar by PosLaju or Pos Ekspres...

      Delete
  2. pergh, tahniah Cero! alas, setelah 4 tahun kenal, ada gak buku ko. nak la weh. tapi aku order nanti dapat gaji la,aci x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @chirpy_chummy
      boleh je mar, kalau ada stock lagi...
      Hehehe...
      tp kalau order cepat, cepat laa sampai...hehehe

      Delete
  3. why tak konfiden? layak je buat buku, ini kena praktis depan cermin ni bagi high self-esteem pulak, hahhah.

    btw, tahniaahhhh!
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      beli laa nanadhoi...
      beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...
      beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...
      beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...
      beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...
      hahaha

      Delete
    2. aarghhhh jangan begituuu. ni ilmu pujukan tahap ke berapa nih?

      tak pe, bagi peluang kat orang lain beli buku eksklusif ni,
      nak beli tapi duit pt dah nak habis, hahhha.

      hanya mampu bagi sokongan:

      "Semoga terus maju dan berjaya publish buku sendiri!"

      :D

      Delete
  4. Dulu cikgu aku kabo, kalau binatang tu ada telinga, ia mamalia. Kecuali platipus dan ikan paus. So, unicorn ada telinga, aku syak ia mamalia. Mungkin Unicorn jantan jer ada telo. Koh koh koh™

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      hahahaha, unicorn hanyalah kuda putih yg pakai cosplay sayap dan tak pandai pakai topi hari jadi...hahaha

      Delete
  5. hihi..cero aku ada pinjam ilustrasi hang ok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      silakan encek, silakan...hehehe

      Delete
  6. x sabar nk memilikinya~~ goodluck untk korang bertiga~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gadis Misteri
      nanti dah memilikinya, buat laa review sikit...hehehehe

      Delete
  7. aku suspek unicorn beranak. jgn mengada hapuskan impian aku yg unicorn wujud somewhere around the world...
    p/s:berdoala gaji aku masuk cpt... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ???????/????????????????

      Delete
    2. @cinderella
      Hahaha, dalam dunia aku, unicorn bertelur, dan telur dia kaler rainbow.
      Anak yg keluar selepas telur menetas berwarna pink tp semakin dewasa, bulunya bertukar kepada warna putih bersinar...hahahaha

      Delete
  8. Penantian aku selama 5 hari tunggu buku ni sampai ke rumah adalah sangat berbaloi. Buku kauorang memang super awesome! Kalau ada yang tanya "rumah kau jauh sangat ke nak ambik 5 hari baru sampai?'

    Aku akan jawab "WELL, POS LAJUUU.." :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceroooooo.

      Delete
    2. @Yousof Ngadi
      Hahahaha, tak boleh harap sungguh PL ni...
      btw, thanks sbb membeli...
      next time support lg yek :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License