Salam.
Apa jadi bila Iron Man, Thor, Hulk dan Captain America disatukan?
Dapatlah filem The Avengers (dengan extra HawkEye dan hot Black Widow)
Tapi apa pula jadi bila tiga blogger disatukan?
Dapatlah buku KAMI!
Aku tak ingat sama ada aku pernah mention tentang projek ini,
tapi KAMI! adalah buku hasil kolaborasi tiga blogger:
Aku (cEro), Aujinz dan Nazha Anua.
KAMI! mengumpulkan kisah yang tidak pernah dikisahkan mengenai kami bertiga di dalam satu buku, ala-ala The Avengers versi blogger biasa-biasa.
Aujinz (aujinz.blogspot.com) yang sebelum ini pernah menerbitkan bukunya sendiri bertajuk Lanun Ranggi The Book, kini memperjudikan masa depan dan reputasinya dengan berkolaborasi bersama Nazha Anua (kartunster.blogspot.com) dan aku untuk menghasilkan buku bertajuk KAMI!.
Tapi,
bila aku sebut Aujinz dan Nazha Anua,
aku rasa kredibiliti buku KAMI! ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
Kan? Kan? Kan?
Sinopsis
Buku KAMI! boleh dikategorikan sebagai sebuah nomik,
tapi tidak seperti nomik-nomik yang lain di luar sana.
Buku ini mempunyai 126 mukasurat bercetak dan terbahagi kepada tiga bahagian, di mana setiap dari kami bertiga mengambil satu bahagian.
Seperti yang aku beritahu, kisah yang terkandung merupakan kisah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini (kecuali dalam bahagian aku di mana aku kontang idea dan terpaksa recycle idea lama. Hahaha) yang lebih memfokuskan kepada kenangan zaman silam kami bertiga, sama ada semasa kecil, remaja, ataupun situasi sebenar dunia masa kini.
Kenapa Perlu Kolaborasi?
Disebabkan aku sangat rendah self-esteem dan keyakinan diri,
maka aku merasakan diri aku masih tak layak nak buat buku sendiri-sendiri.
Apabila di'approach' oleh Aujinz untuk terbitkan buku secara bersama,
aku anggap ini sebagai peluang keplatinuman aku untuk lebih maju ke hadapan.
Bayangkan,
dapat bekerjasama dengan nama besar dan berbakat seperti Aujinz dan Nazha Anua,
bukankah itu awesome?
Kenapa Perlu Memiliki Buku KAMI!
Aku tak paksa.
Tapi biar aku beritahu yang buku ini terhad dan eksklusif.
Bayangkan jika dalam dunia ni hanya ada 60 biji telur unicorn,
dan kalian antara yang pertama menemuinya,
takkan nak biarkan peluang keemasan berlalu depan mata, kan?
(Jap jap, unicorn bertelur ke?)
Lagipun ini adalah kali pertama aku terbitkan buku
dan antara langkah pertama aku untuk terus berkarya.
Mungkin pada masa akan datang akan ada lagi buku-buku dari aku.
Jadi, sokongan kalian amat aku hargai.
Bagaimana Untuk Memiliki Buku KAMI! ini?
Antara cara yang berkesan ialah mengembara seluruh dunia dan cari 7 biji Mutiara Naga untuk dimakbulkan permintaan.
Tapi cara yang paling mudah ialah dengan mengorder dari kami bertiga.
Cara-cara order dan harga ada aku sertakan dengan klik imej di bawah:
Harga?
RM25 (termasuk kos penghantaran)
Sekali lagi aku beritahu,
buku ini terhad dan eksklusif.
Mana tahu pada masa akan datang, salah seorang (atau semua) dari kami bertiga bakal jadi orang penting dan terkenal.
Dengan memiliki antara karya pertama kami,
bolehlah kalian berbangga dan mendabik dada bila nampak kami di TV dan berkata kepada orang sebelah
"Aku ada buku pertama dia...and it's AWESOME!"
SEBELUM KEHABISAN!
Bagi media sosial,
gunakan hashtag #Projek3Kami
Sebarang pertanyaan boleh berhubung pantas dengan aku di Facebook.
.
wahhh dah siap projek kolaborasinya... omedetou~ *clap clap* X3
ReplyDeleterasa macam nak order jerrr... heee~ ;3
@plain83
Deletec'mon plain, order je....
nanti habis rugi tau...hehehe
Ohoho... anda terima bayaran via paypal tidak? Pos via postal service apa? ;3
Delete@plain83
DeleteTak reti paypal ni...Bank-in je senang...hehehe
Hantar by PosLaju or Pos Ekspres...
pergh, tahniah Cero! alas, setelah 4 tahun kenal, ada gak buku ko. nak la weh. tapi aku order nanti dapat gaji la,aci x?
ReplyDelete@chirpy_chummy
Deleteboleh je mar, kalau ada stock lagi...
Hehehe...
tp kalau order cepat, cepat laa sampai...hehehe
why tak konfiden? layak je buat buku, ini kena praktis depan cermin ni bagi high self-esteem pulak, hahhah.
ReplyDeletebtw, tahniaahhhh!
:D
@nanadhoi
Deletebeli laa nanadhoi...
beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...
beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...
beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...
beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...beli laa nanadhoi...
hahaha
aarghhhh jangan begituuu. ni ilmu pujukan tahap ke berapa nih?
Deletetak pe, bagi peluang kat orang lain beli buku eksklusif ni,
nak beli tapi duit pt dah nak habis, hahhha.
hanya mampu bagi sokongan:
"Semoga terus maju dan berjaya publish buku sendiri!"
:D
Dulu cikgu aku kabo, kalau binatang tu ada telinga, ia mamalia. Kecuali platipus dan ikan paus. So, unicorn ada telinga, aku syak ia mamalia. Mungkin Unicorn jantan jer ada telo. Koh koh koh™
ReplyDelete@Aujinz
Deletehahahaha, unicorn hanyalah kuda putih yg pakai cosplay sayap dan tak pandai pakai topi hari jadi...hahaha
hihi..cero aku ada pinjam ilustrasi hang ok :-)
ReplyDelete@nazha anua
Deletesilakan encek, silakan...hehehe
x sabar nk memilikinya~~ goodluck untk korang bertiga~~~
ReplyDelete@Gadis Misteri
Deletenanti dah memilikinya, buat laa review sikit...hehehehe
aku suspek unicorn beranak. jgn mengada hapuskan impian aku yg unicorn wujud somewhere around the world...
ReplyDeletep/s:berdoala gaji aku masuk cpt... :)
???????/????????????????
Delete@cinderella
DeleteHahaha, dalam dunia aku, unicorn bertelur, dan telur dia kaler rainbow.
Anak yg keluar selepas telur menetas berwarna pink tp semakin dewasa, bulunya bertukar kepada warna putih bersinar...hahahaha
Penantian aku selama 5 hari tunggu buku ni sampai ke rumah adalah sangat berbaloi. Buku kauorang memang super awesome! Kalau ada yang tanya "rumah kau jauh sangat ke nak ambik 5 hari baru sampai?'
ReplyDeleteAku akan jawab "WELL, POS LAJUUU.." :D
Ceroooooo.
Delete@Yousof Ngadi
DeleteHahahaha, tak boleh harap sungguh PL ni...
btw, thanks sbb membeli...
next time support lg yek :)