Kalian tahu tak apa yang sudah bertambah?
Berat badan aku.
Tapi bertambahnya berat badan aku tidaklah mengecewakan.
Apa yang lagi mengecewakan adalah tak dapat melihat hujan meteor Perseid.
Beriya keluar media sana sini yang fenomena pancuran hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus yang dijangka dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia pada Isnin lepas (12 Ogos 2013) sehingga Subuh esoknya (Selasa, 13 Ogos 2013).
Akulah antara yang paling bersemangat.
Antara hobi aku dulu adalah merenung langit malam.
Kadang-kadang, kena waktu yang gila sikit, aku siap cakap sorang-sorang lagi masa merenung langit malam.
Tapi langit malam dekat KL apalah sangat.
Paling kuat pun dapat nampak bulan dan bintang sebiji dua.
Sebab tu bila dengar ada hujan meteor dapat dilihat jelas dengan mata kasar,
aku jadi super eksaited.
Nak dijadikan cerita,
aku pergi laa ke port aku selalu pergi merenung langit malam.
Hentian bas depan sekolah aku dulu.
Since sekolah aku berada atas bukit, jadi permandangan malam memang clear.
Sunyi, separa gelap dan tiada orang.
Port ni pernah jadi sarang couple-couple durjana yang tak cukup bajet nak sewa hotel murah untuk melempias nafsu.
Majoritinya budak-budak muda yang spender pun mak basuhkan.
Buat rosak tempat betul spesies macam tu.
Tapi malam nak melihat hujan meteor Perseid ni, aku seorang saja dekat port tu.
Tak pasti orang lain tak seteruja aku, ataupun aku terlebih teruja datang awal.
Tapi aku peduli apa.
Berita kata start pukul 11 dah boleh nampak.
Tapi aku pukul 10.30 dah tercegat kat situ.
Aku pun menunggu.
Tetiba aku sedar sesuatu, suasana dah lain. Dah berubah.
Dulu cantik langit dari sini.
Sekarang, terlalu banyak pencemaran cahaya.
Gedung jualan perabot yang dekat sebatu sana dengan gigih memancar lampu berwarna-warni ke langit dengan tujuan menarik pelanggan.
Pukul 11 sapa nak beli perabot oi!!
Dah macam lampu nak panggil Batman dah aku tengok.
Hasilnya,
langit tak secantik dulu.
Bintang terang biasa pun susah nak nampak.
Inikan pula hujan meteor Perseid yang katanya hanya boleh nampak setiap 133 tahun.
Waktu ni, aku amat berharap aku berada di kawasan pedalaman.
Biar clear habis langit, sure cantik yang amat.
Aku pun balik hampa.
Sepuluh minit lepas aku balik, hujan turun.
Dalam hati aku bersyukur sebab kalau aku terus menunggu,
sudah tentu aku tengah kesejukan terperangkap dalam hujan.
Esoknya, hek eleh...
Tak ramai pun yang dapat tengok hujan meteor tu..
Yang pakai teropong segala pun dapat nampak secalit je.
Masa jalan dekat shopping mall, aku ternampak poster wayang.
'NOW SHOWING! Percy Jackson: Sea of Monsters'
Aku suka Percy Jackson. Yang 1st dulu aku layan best gila.
Jadi niat hati nak laa layan yang sequel ni.
Tapi, sejak kebelakangan ni aku ada prinsip pelik yang aku pegang.
'AKU TAKKAN TENGOK WAYANG SEORANG DIRI LAGI'
Dalam usaha aku nak memelihara memori indah lama,
aku decide takkan tengok wayang sorang lagi.
Selalunya kalau nak tengok, aku ajak member atau famili.
Famili aku semua sibuk.
Kawan-kawan pula, yang sudah kahwin semua terputus contact.
Bila diajak lepak, semua kasi alasan komitmen keluarga.
Macamlah bila dah berkeluarga tu, kawan kena buang jauh-jauh.
Yang belum kahwin, sibuk dengan awek masing-masing.
Yang tiada awek, sibuk nak ke rumah terbuka, nak jual diri cari awek.
Maka, aku keseorangan.
Nak tengok wayang, kena ada teman.
Nak cari teman, semua ada hal.
Maka, pulanglah aku ke rumah diiringi kesedihan.
Percy Jackson, nanti aku download je laa...
Raya baru-baru ni,
aku reward diri aku dengan beli dompet baru.
Dompet jenis yang panjang, sebab aku tak gemar sangat duit berlipat.
Ceritanya,
dompet lama aku dekat 4 tahun aku pakai.
Bila beli dompet baru, nak pindah-pindah isinya mengambil masa.
Masa memunggah keluar isi dari dompet lama,
macam-macam aku jumpa.
Semuanya menggamit kenangan.
Keratan tiket wayang, resit makan di restoran, duit kertas terkoyak.
Semuanya hampir tiga tahun berkulat dalam dompet lama.
Semuanya membuatkan aku terkenang memori lepas.
Aku tersenyum.
Lepas tu, aku berkerut muka.
Akhirnya, aku mengeluh panjang.
Memori. Yang indah dirindui. Yang pahit diingati.
Ketiga-tiga event di atas membuatkan aku terfikirkan sesuatu.
Memori lepas bersama seorang insan begitu terkesan kepada aku,
sampaikan hingga saat ini, aku tak berminat nak cari pengganti.
Sampai tahap aku pernah dituduh gay.
Bagaimana dengan tekad aku mahu ke sana?
Adakah masih ada kuat?
Ya, ada. Masih tebal.
Tetapi, sama ada aku ke sana atas tujuan apa, aku masih belum pasti lagi.
Sehingga aku betul-betul pasti tujuan aku,
barulah aku akan ke sana dengan langkah berani.
Ya.
Memori indah membuatkan aku merindu.
Agaknya, apa khabar kamu di sana?
.
aku pun ada wallet panjang sebegitu. hua hua hua...
ReplyDeleteaku tak tunggu meteor shower sbb bergegas nak balik ke Sepang dan lepas tue hujan lebat.. hua hua hua
Adakah beliau itu si Kasut Converse yang jauh nun di sana?
aku pun beli wallet baru a few months ago, rupa dia 95% sama mcm wallet baru cero.. rupa2nya si jinz pun walletnya sebegitu rupa... wah, good taste la korang nih lol... ya cero, aku juga dpt melihat kenangan2 lama yg manis dan pahit semasa sorting out contents wallet lama ke wallet baru...
ReplyDeleteaku yg dok kat utara kawasan agak kekampungan ni pun dilanda kehampaan, takde rezki nk nengok perseid meteor shower... aku siap prepare camera, tripod dan binoculars, namun akhirnya hampa, awan hujan melanda :'(
genki de ne, cero-kun... ganbatte! ^^
Eh..bknke 'dia' dah tunang?
ReplyDeleteHaha..gigih gile kau cero nak tengok hujan meteor..aku tgk kat paper tu pun huk oloh dapat tgk secalit je..pun bolehla.."hujan"lah sangat..
ReplyDeletebagusnya kau no..berprinsip betul..ex awek tu tak baca ke blog ni..kalau baca mesti terharu..sampai xnk tgk wayg b2 untuk pelihara memori..aku rasa spesis rare mcm ni dah kurang nak ada kat dunia ni cero..
apepun..aku doakan ada jodoh yang baik cantik dan indah membukak balik pintu hati ko nanti..
ok:)
Ko x ajak aku, cerr ajak aku tengok wayang, sure on je. hehe :p
ReplyDeletedah hampir 2tahun kot L kat sana kn? btw, cerita ko ttg L itulah yg buat aku melekat kt blog ko sampai ke harini, tahu? cepat sungguh masa berlalu. *senyum*
aku rindu L jugak!! ekceli..rindu cite2 psl L yg ko slalu cite la..ehehe..cite psl L nih dh mcm cite bersiri yang xde ending..aku jadi sedih kalo bace cite yg xde ending nih..huhu..insyaAllah die baik2 aje..aku harap sgt2 satu ari nnti korg akn jumpe balik..n aku doakan ko dpt jodoh yg terbaik kelak..insyaAllah..
ReplyDeleteJangan dikenang kisah yang lama. Ada jodoh, tak ke mana. :)
ReplyDelete@Aujinz
ReplyDeleteMeteor shower dah meranapkan hati semua yang menunggu...
Semua sbb hujan..hahaha
Yup, dia adalah dia.
@plain83
nampak gaya mmg bukan rezeki kita rakyat malaysia nak tgk meteor shower...hehehe
@fISZ
Yup. Sudah.
@naza hada
aku positively 100% tahu dia tak baca. But, hell. Sejarah adalah sejarah, kan?
@~* chirpy_chummy *~
aku rasa, ianya satu cerita yang akan aku ceritakan dekat anak cucu aku nanti..Banyak pengajaran hidup ooo (ceh konon)
@pu3aan
hahaha, ko rindu L ke ko rinduu aku?
Hahahaha
@Elie Lily
Yup. Itulah yg diberitahu kepada diri sendiri. Tapi biasalah.
Kena waktu dan keadaan yang tak kena, akan terkenang jugak kisah lama.
betul ckp ko... cerita L dah mcm HIMYM..
ReplyDelete@cinderella
Deletecuma endingnya je tak berapa nak bahagia sangat...hehehehe