Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 18, 2013

Game of Luck [Doraemon & Friends 3D Puzzle]




Kalian tahu apa antara perkara yang memberi kepuasan hati?
Kepuasan mengumpul.







Bagi yang pernah isi minyak di Shell,
pasti ada terlihat poster besar Doraemon terpampang di merata-rata ceruk Shell.

Select di Shell sedang menjalankan promosi Doraemon & Friends dengan menjual puzzle 3D berdasarkan watak-watak dalam siri Doraemon.
Promosi ini berlangsung dari 1 Ogos lepas sehingga 30 September.
3D puzzle adalah puzzle yang memberi bentuk solid berbanding puzzle klasik biasa yang hanya plane.
Bagi 3D puzzle Doraemon ini, puzzlenya membentuk kepala para watak.



Ada 8 watak semuanya;
Doraemon, Nobita, Shizuka, Suneo, Giant, Jaiko (adik Giant), Dorami (adik Doraemon) dan Genzō Doraemon (Genzō = development, merujuk kepada warna asal Doraemon selepas dicipta iaitu kuning)

Aku bukanlah peminat Doraemon yang hardcore.
Tapi aku sedar, aku membesar dengan Doraemon.
Manga Doraemon merupakan komik pertama aku baca semasa kecil.
Aku sentiasa akan menonton anime Doraemon yang disiarkan setiap sabtu 7pm jika ada kesempatan.
Aku dapat nampak Nobita dalam diri aku semasa aku kecil; seseorang yang pemalas dan sentiasa mahu bergantung kepada orang lain tanpa mahu berusaha.
Disebabkan itu, aku tekad nak kumpul semua watak untuk koleksi ini.

Nak dijadikan drama,
aku beli kotak yang pertama pada hari raya pertama.
Ketika itu, aku tahu satu 'ugly truth' tentang koleksi ini.
Setiap satu diisi di dalam kotak yang sama tanpa sebarang pengenalan.
Ini dikenali sebagai blind box/ blind pack.
Pembeli tidak tahu apa watak Doraemon dalam kotak yang dibeli.
Semuanya bergantung kepada nasib, dan sedikit kebijaksanaan.

Belian pertama aku, aku dapat Nobita.



Aku gembira. Tapi tak lama. Aku tiba-tiba menjadi analytical.
Ayat-ayat seterusnya adalah hanya tafsiran matematik aku yang ditukar kepada bentuk ayat,
ianya mungkin akan membosankan,
maka kepada sesiapa yang alah dengan matematik,
aku suggest korang skip ke perenggan selepas gambar seterusnya.

Dengan beranggapan pengeluaran untuk setiap jenis watak adalah sama dan susunan bagi pengedaran adalah secara rawak,
maka kebarangkalian untuk mendapat mana-mana watak pada sekali pembelian adalah 1/8 (12.5%).

Aku menganggap dengan mendapat watak yang berbeza adalah sebagai 'berjaya'
dan mendapat watak yang sama dan pernah aku dapat adalah 'gagal'.
Setiap yang 'gagal' tidak akan dimasuk kira
dan setiap yang berjaya akan meningkatkan peratusan gagal sebanyak 12.5%.

Maka, belian pertama aku (Nobita) adalah 100% berjaya.
Tetapi, untuk belian kedua aku, kebarangkalian berjaya menurun menjadi 7/8 (87.5%).

Aku buat keputusan, untuk belian kedua aku, aku akan beli dua kotak.
Maka, aku berpotensi mengalami 21/32 (65.625%) berjaya kedua-dua kotak (dua-dua kotak ada watak berbeza),
1/64 (1.5625%) untuk gagal dalam kedua-dua kotak (dua-dua kotak dapat Nobita),
dan 21/64 (32.8125%) berjaya satu kotak dan gagal satu kotak.

Hasilnya, aku dapat satu Giant (berjaya) dan lagi satu Nobita (gagal).
Aku tergolong dalam 32.8125%.
Aku sedikit bernasib malang.

Beberapa hari selepas itu, aku beli lagi dua kotak,
menjadikan ianya sebagai belian ketiga aku.

Kali ini, kebarangkali berjaya dalam kedua-dua kotak menurun menjadi 15/32 (46.875%),
kebarangkalian untuk satu kotak berjaya dan datu kotak gagal juga adalah 15/32 (46.875%)
dan selebihnya 1/16 (6.25%) adalah untuk gagal kedua-duanya.

Fair play, aku berjaya kedua-duanya.
Aku dapat Shizuka dan Suneo, menjadikan koleksi aku melonjak kepada empat daripada lapan.
Aku sudah berada di pertengahan permainan kebarangkalian yang kejam.

Dengan berjaya mengumpul 4 daripada 8,
maka kotak seterusnya menjadikan aku berpeluang sama 50% antara berjaya dan gagal.

Belian keempat aku hanya satu kotak,
sebab aku nak melihat di mana akan aku jatuh.
Sama ada dalam kelompok 50% berjaya atau 50% gagal.

Syukur,
aku berada di dalam 50% berjaya apabila watak yang aku dapat semasa aku membuka kotak tersebut adalah Jaiko, adik perempuan kesayangan Giant.

Jadi, permainan ini akan bertambah rumit dan susah.

Untuk belian kelima, aku beli dua kotak,
meletakkan diri aku di dalam potensi untuk berjaya dalam kedua-dua kotak hanya 3/32 (9.375%)
dan satu kotak berjaya satu kotak gagal 33/64 (51.5625%)
dan gagal dalam kedua-dua kotak menjadi 25/64 (39.0625%)

Hasilnya, aku dapat satu Dorami (berjaya) dan satu lagi Jaiko (gagal).
Ini menjadikan aku berjaya mengumpul 6 watak daripada lapan dan mempunyai lebihan Nobita dan Jaiko.

Permainan semakin sengit, aku masih lagi mahu mencuba nasib.
Belian keenam aku adalah sebanyak dua kotak, dengan
hanya 1/32 (3.125%) untuk berjaya dalam kedua-dua kotak,
dan 13/32 (40.625%) untuk satu berjaya satu gagal,
dan 9/16 (56.25%) untuk gagal kedua-duanya.
Bermakna, aku mempunyai lebih 96% untuk bertemu dengan kegagalan.
Permainan ini menjadi semakin kejam.

Alhamdulillah,
satu kotak berisi Genzō Doraemon (berjaya) dan satu lagi Suneo (gagal)
Ini menjadikan permainan kebarangkalian aku berada di 7 koleksi daripada 8 patut dikumpul.
Satu lagi yang belum ada adalah Doraemon.
Si watak utama.



Sehingga entri ini ditaip,
aku sudah membeli 10 kotak dengan 3 daripadanya adalah gagal (berulang).
Aku mempunyai extra untuk watak Nobita, Jaiko dan Suneo.
Tapi aku tidak mempunyai watak utamanya, Doraemon sendiri.

10 kotak sudah terlalu banyak.
Aku sudah sampai tahap tidak mahu membeli lagi.
Bukan hanya disebabkan faktor kewangan, akan tetapi aku merasakan untuk mendapat peluan 12.5% mencari Doraemon dalam setiap belian aku, ianya menghampiri kemustahilan.
Aku mungkin berjaya dalam satu belian,
aku juga mungkin gagal dalam 100 belian seterusnya.
Permainan ini sudah menjadi terlalu kejam terhadap dompet (baru) aku.

Di sini,
aku ingin membuka peluang untuk sesiapa yang ingin memiliki watak extra yang aku dapat.
Nobita, Suneo dan Jaiko.
Adalah lebih baik jika kalian mahu bertukar dengan Doraemon yang aku cari melalui sistem barter.
Kita boleh berbincang cara-cara untuk bertukar.

Sesetengah dari kalian akan kata ianya hanyalah satu obsesi gila,
membeli mainan kanak-kanak tanpa mengetahui isinya.
Aku tidak menafikannya, tapi aku ingin cuba membuatkan kalian faham
ini bukan hanya satu obsesi, tetapi lebih kepada sifat seorang pengumpul.
Koleksi yang tidak lengkap adalah satu kecacatan, kan?

Akhir kata,
kepada sesiapa yang ingin bertukar Doraemon dengan mana-mana Nobita, Jaiko ataupun Suneo, atau mana-mana dua dari watak yang disebut,
boleh menghubungi aku di twitter @cerolian (DM kalau segan),
atau message di inbox facebook Empire State of cEro,
atau tinggalkan emel di ruangan komen entri ini.

Please help me finish my collection
and help me rip away the obsession that, bit by bit, chows down my heart.
Please.

Setiap kotak berharga RM 8.90 di Select Shell dengan pembelian barangan promosi ataupun belanja RM6 ke atas.
Info lebih lanjut mengenainya di sini.





.


16 comments:

  1. Apesal aku x perasan pun ada jual doraemon ni kt shell? hrmm.. *garu garu dagu*

    ReplyDelete
  2. damn, expensive. hahahhaha.. baiklah, nanti aku cuba beli gak laa.. tapi mungkin aku tak seobsesi hang cEro dan aku tak seanalitikal macam hang.. membeli permainan kanak kanak dan sambil membeli juga bermain permainan yang kejam...kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      best kalau ada satu. Lagi best kalau ada semua...hahaha

      Delete
  3. wow, kalo aku tak baca entry ko ni, aku tak akan tau pasal benda 3-D puzzle doraemon n the gang ni... shell? damn aku dok refill petrol kat petronas, maybe nnt aku akn singgah jenguk shell pulak...

    cero... ni off topic, tu pics tangan ko ke tu? aku notice tapak tangan dan jari2 ko seakan2 serupa mcm aku, setelah aku banding2 dgn tangan aku sendiri letak sebelah pics ko tu kat screen netbuk, mmg sangat hampir serupa... wah, are u my long lost lil' brother? lol (kidding, i don't have a brother)^^

    good luck cero, aku harap ko dapat doraemon ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      hehehe, susah nak cari org tapak tangan sama ni...
      kita patut lepak minum kopi sekali sekala sama2..

      Delete
  4. haha..kool..aku nak cuba nasiblah:)

    ReplyDelete
  5. pergh..gigih..!!
    kagum2..aku isi minyak kat shell..tp xbeli..nnti ade yg jadi tukang bebel..malas nk dengar..kihkih..
    anyway.ganbate ne..Cero-san..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @pu3aan
      cepat habis oo puzzle ni...
      try laa sometime...

      Delete
  6. suka doremon sebab die bolat.. jgn berputus asa sb mungkin sikit lg nak dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. @DYSHA
      Wah, mcam ada rhyme komen anda itu...
      boleh buat lagu rap...hehehe

      Delete
  7. Rasanya,
    ada tak orang yang baca setiap nombor yang ada di entri ini?
    Kalau aku pusing nombor tu dan letak apa-apa pun nombor yang ada, ada sesiapa perasan tak?
    Hehehe...

    ReplyDelete
  8. salam cero, wak saja nak tnye., patung doraemon tu dh dpt blom? hehe2 gighnyerr

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License