Selamat tahun baru 2013.
Tahu tak apa topik favorite awal tahun?
Azam tahun baru!
Tahun baru datang lagi. Kini 2013.
2013 adalah tahun pertama dengan empat angka berbeza selepas terakhir tahun 1987.
Dengan kata lain, kalau korang lahir selepas 1987,
2013 adalah tahun pertama korang dengan empat angka berbeza.
Tak percaya?
Tengok sendiri angka-angka dalam tahun selepas 1987.
Seperti biasa,
aku akan perbaharui azam aku tahun lepas.
Banyak azam tahun lepas aku tak tertunai,
tapi aku buat keputusan tak mahu bawa ke depan.
Sebaliknya, aku revise sikit azam tu bergantung kepada kemampuan aku sekarang.
Berikut adalah
ENAM azam aku untuk tahun 2013.
Sudah dua tahun berturut-turut,
aku berazam hendak buat 50 perkara baru dalam setahun.
Tapi kedua-dua tahun tersebut (2011 dan 2012) aku gagal penuhi 50.
Jadi, tahun ni aku kurangkan sikit, jadi 25 sahaja.
Oleh sebab angka dah kurang,
jadi aku letak syarat tambahan.
Kalau dulu 50 itu termasuk perkara remeh seperti
'pertama kali pandu van' dan
'pertama kali tidur berdiri'.
Tapi tahun ni, untuk 25, adalah perkara-perkara yang lebih signifikan,
seperti
'pertama kali bungee jumping' atau
'pertama kali masuk penjara'.
Perkara pertama dalam kepala aku ialah nak main laser tag untuk kali pertama.
Tapi, disebabkan aku tak rasa kawan-kawan aku minat laser tag, jadi aku mungkin kena buat perancangan yang lebih jitu.
Korang ada perkara yang nak ajak aku join buat kali pertama?
Ajak laa, ajak laa...
Penderma darah biasa hanya boleh derma darah setiap tiga bulan.
Bermakna, dalam setahun
seorang penderma biasa hanya boleh derma maksimum 4 kali.
Tapi, tahun sebelum ni, aku dah dinaiktaraf jadi penderma
aferesis tetap.
Maka, aku boleh menderma setiap dua minggu,
dengan maksimum pendermaan 26 kali setahun (huyoo!!)
Tapi, aku letak 10 kali je laa sebab aku rasa 2013 bakal jadi tahun sibuk bagi aku.
Apa yang seronok derma darah?
Masa aku masuk hospital untuk pembedahan hari tu,
aku hanya kena bayar harga barang yang aku pakai sahaja.
Yuran wad, pembedahan, dan semua ubat-ubatan adalah percuma, hanya kerana aku dah menderma darah sebanyak 28 kali.
Jimat hampir 60% bebeh!
Aku banyak tabung.
Tapi tabung aku tak pernah penuh.
Jadi, tahun ni, aku nak pastikan tabung aku penuh sampai tahap tak boleh masuk lagi.
Disamping untuk kumpul duit, aku juga nak tahu feeling memegang tabung yang penuh.
Poket penuh duit syiling pun dah rasa berat,
agak-agak kalau tabung penuh, mesti berat gila melampau, kan?
Duit yang terkumpul, aku nak buat belanja kahwin
(teeeeeet!!)
Umum tahu aku bukanlah pembaca yang setia.
Sebenarnya, aku bukan tak suka membaca.
Aku selalu kena marah sebab suka baca surat khabar masa makan malam.
Kalau pagi-pagi makan cereal, aku akan habis baca kotak cereal tu.
Waktu berak juga, aku suka baca apa yang tertulis dekat shampoo, pencuci muka, ubat gigi dan segala yang ada tulisan.
Jadi, aku rumuskan, aku bukan tak suka baca.
Aku hanya tak suka baca novel
(teeeeett!!)
Maka, tahun ni, aku akan habiskan baca semua buku cerita yang aku ada.
Aku akan mulakan dengan novel yang seorang kawan aku hadiahkan ni hampir 2 tahun lebih yang lepas.
Kalau kau baca entri ni, maaflah.
Bukan tak hargai novel yang kau bagi, cuma....
aku tak boleh nak fokus bila baca novel.
Masa baca novel, mesti ada perkara yang lebih menarik.
Contohnya, tengok semut berjalan dalam barisan. *batuk batuk*
Aku rasa, aku lagi suka tunggang motosikal dari pandu kerata.
Kenapa?
Aku pernah cerita dulu,
feeling angin menyapu pipi lagi best dari feeling angin aircond mencium pipi.
Tapi, hasilnya, muka aku akan lekat habuk.
Balik ke topik.
Aku nak naik taraf lesen B2.
Aku berangan nak ada sebijik moto kuasa besar (600cc atau 1000cc)
Tapi bukan sekarang la.
Mungkin dalam 2-3 tahun lagi.
Tapi, aku tetap nak buat lesen B penuh tahun ni.
Boleh rembat moto kawan aku pergi rempit sampai ke siam.
Hehehe...
Lastly,
tahun 2013 ni, aku nak kuasai satu bahasa asing.
Bahasa apa aku tak decide lagi.
Tapi, sama ada bahasa yang baru, ataupun mungkin aku polish lebih bahasa asing yang pernah aku belajar dan ada basic.
Belajar bahasa memang best.
Rugi oo siapa yang ada kesempatan tapi tak nak belajar.
Aku rekomen kepada kalian, belajar laa bahasa sementara usia otak masih muda.
Dah tua nanti, nak belajar pun dah tak masuk dah.
xxxxxx
Itulah enam azam aku tahun 2013.
Aku amat berharap aku dapat penuhi azam aku ni.
Bukan apa, kalau kita sama je setiap tahun
kan bermakna kita tak maju ke hadapan?
Ya, memang betul.
Ramai yang panas dengan azam hanya beberapa hari di awal tahun..
..dan kemudian terus lupa dan hanyut dalam hidup dan ruton harian.
Sebab itu, kalau kornag berazam,
tuliskan azam tersebut dan tampalkan dekat dinding, tempat kalian selalu pandang.
Itu boleh mengingatkan kalian setiap kali ternampak.
Jadi, apa azam kornag pula?
Aku percaya, korang pun ada azam 2013 yang awesome-awesome belaka, kan?
Kongsilah dengan aku.
Kalau rajin, buat satu entri macam aku ni
dan aku boleh baca dan kongsi di
twitter dan
facebook.
.