Aku tak suka membaca.
Kebanyakan orang sekeliling aku tahu aku tak suka membaca.
Waktu sekolah dulu,
walaupun peperiksaan besar semakin hampir,
sangat susah nak nampak aku membaca.
Study. Ulangkaji. Buat latihan.
Semuanya terlalu berat untuk aku.
For the record,
tiada satu pun novel aku pernah habis baca.
Termasuklah novel wajib untuk pembelajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu sewaktu sekolah dahulu.
Tidak. Ianya bukan rekod yang membanggakan.
Mungkin bernasib baik,
tapi aku tak pernah gagal dalam peperiksaan.
Ya. Aku anggap aku bernasib baik.
Cuma baru-baru ini aku terfikir,
"Jika dari kecil aku suka membaca,
sudah tentu tempat aku bukan di sini."
Jadi,
dengan beranggapan aku masih belum terlambat,
aku mahu memupuk budaya suka membaca dalam diri aku.
Tahun 2012 diletakkan sebagai percubaan.
Aku berniat, sehari aku akan membaca paling kurang 30 minit.
Ianya minima dan permulaan.
Aku rasa aku mampu, tapi...
Kini sudah masuk bulan terakhir pertengahan tahun 2012.
Dan hari yang benar-benar aku rasa aku membaca 30 minit hanyalah tak sampai 3 hari.
Begitulah lemahnya azam membaca aku.
Maka,
aku nak bertanyakan kalian.
Agaknya bagaimana nak memupuk budaya suka membaca?
Cara yang mudah diterima otak aku, dan mampu aku lakukan?
Dan beginilah reaksi orang keliling aku kalau aku membaca di hadapan mereka.
Keluarga, teman rapat, semua begitu.
Mungkin imej 'malas membaca' dah lekat sebati dengan aku, tak?
.